
Apabila Pesuruhjaya PAS Selangor menyebelahi Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, maka ramailah jalang-jalang dan pencacai-pencacai DAP berkeriau marah. Lebih malang lagi apabila pimpinan PAS Pusat menerusi suara Mustapha Ali segera memberi amaran kepada Hasan Ali agar tidak menyanggah keputusan yang dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat yang wala' tidak bertempat di dalam Pakatan DAP-PKR.
Jemaah PAS Selangor, terutama di kawasan-kawasan luar bandar yang sendat dengan Melayu sama ada Melayu Jawa, Melayu Banjar, Melayu Batu Bara mahupun Melayu yang dia sendiri tak tahu apa kacukan dalam darahnya, sebenarnya lebih rapat dengan Hassan Ali berbanding Khalid Samad dan pasukan Erdogan-Liberalnya.
Ceruk rantau mana Hassan Ali tidak meranjau. Ban bendang dan parit mana yang tidak dilangkahnya, dalam usaha mendapatkan pengaruh untuk PAS. Sedangkan kepimpinan PAS Pusat yang mabuk dengan kuasa dan dendangan lullaby Pakatan DAP-PKR, begitu mudah memarahi Hassan Ali tanpa menyedari pengaruh PAS Selangor yang kian meruncing.
Ambil sahaja kemelut yang berlaku antara Hassan Ali dengan Ronnie Liu dalam hal penjualan arak di Shah Alam. Berapa kerat pemimpin Pusat yang membantu Hassan Ali dan menyokongnya berbanding mereka yang melawak-lawakkan Hassan Ali dan mencercanya. Berapa ramai pula jalang-jalang dan pencacai-pencacai yang menggunakan segala medium tulisan untuk meramas-ramas telur Hassan Ali?
Konon-kononnya tak mahu PAS dilihat jumud dan beku. Konon-kononnya konsep PAS sekarang adalah 'PAS For All'....
Taiklah!!!!
Kepala-kepala PAS yang ada di Jalan Raja Laut, Taman Melewar dan Jalan Pahang, sebenarnya kepala-kepala busuk yang dunia mereka hanyalah sebesar serban di atas kepala. Mereka beku, otak mereka beku. Mereka tongong dan mereka juga bahlol kerana hanya percaya kepada dunia di sekeliling mereka.
Mereka terlalu bergantung kepada kekuatan DAP dan PKR di Selangor. Konon-kononnya, PAS kuat di Selangor. Kuat dengan 8 kerusi yang bila-bila masa sahaja boleh dirampas semula oleh UMNO dengan mudah. Macam teori bangang kaum PAS di Kajang dan Bandar Baru Bangi... apabila Shafie Abu Bakar menang pada 1999 kerusi DUN Kajang, konon-kononnya kerusi tersebut tidak akan terlepas lagi ke tangan UMNO-BN... kesudahannya kerusi tersebut terlepas ke tangan DAP dan PAS hanya mampu melihat dengan air liur meleleh... Shafie Abu Bakar sekarang menyandang kerusi DUN Bangi, dan semakin hari duk nampak, kerusi tu pun bakal dipangkas oleh kaum PKR atau beralih kembali ke tangan UMNO jikalau Amran Kasimin yang dipertaruhkan....
Siapa sebenarnya yang cuba bunuh Dr.Shafie Abu Bakar di DUN Kajang dengan meletakkannya di DUN Bangi? Mujur Shafie nasibnya seperti Mukhriz Mahathir... kalau kalah, PAS hilang lubuk di Parlimen Serdang sebab DUN Balakong dan DUN Seri Kembangan, kedua-duanya milik DAP selain Parlimennya!!!
Kemenangan di Selangor tidak menambahkuatkan PAS sebaliknya PAS banyak hilang kerusi yang berpotensi kepada PKR dan DAP.
Dan untuk meminta kembali kerusi-kerusi tersebut bagi ditandingi oleh PAS, samalah seperti meminta Karpal Singh mahupun Lim Kit Siang pergi bersunat dengan tok mudim mata rabun!!!!
Mengata UMNO bermain politik cantas, politik PAS Selangor juga tidak kurang hebatnya. Hassan Ali masih hidup, masih kukuh, sama ada di Sungai Burung, Gombak mahupun di Parit Buntar... namun geng-geng Erdogan-Liberal yang sudah tidak sabar-sabar untuk bersemenda dan menjadi jalang DAP-PKR menghenyak Hassan Ali agar Hassan Ali mengisytiharkan diri keluar dari PAS dan seterusnya melompat masuk ke dalam UMNO agar teori mereka tentang Hassan Ali menjadi benar.
Kepimpinan pusat PAS sepatutnya turun ke padang, melihat sendiri layanan orang Melayu kepada PAS di Selangor semenjak PAS bersemenda secara langsung dengan DAP-PKR. Tak perlulah berkhayal dengan cerita-cerita besar tentang sambutan orang ramai terhadap PAS dengan doktrin baru mereka, 'PAS For All', padahal semakin hari, PAS Selangor semakin senget dan tenggelam dipijak dek DAP-PKR.
Tak gunalah menyalahkan Malaysiakini konon-kononnya portal berita yang menyebelahi Pakatan DAP-PKR itu cuba melaga-lagakan PAS Selangor, sebaliknya buktikan, bukan golongan Erdogan-Liberal yang lapar kuasa yang menjadi dalang dan jalang di sebalik kemelut yang berlaku dalam PAS Selangor sendiri!!!!