
Antara penyebab kepada kegemilangan Islam dan empayar-empayarnya dari abad ke-6 sehingga abad ke-12 adalah disebabkan ekonomi dan ilmu pengetahuannya. Rasulullah s.a.w dan para Khulafa Ur-Rasyidin telah meletakkan asas yang kukuh dalam kedua-dua bidang ini. Bermula daripada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a, negara Islam melebar sehingga ke Afrika dan Asia Tengah. Dan kegemilangan tersebut diteruskan oleh Khalifah Uthman Affan r.a dan Khalifah Ali bin Abi Talib r.a.
Apabila tamatnya pemerintahan Khulafa Ur-Rasyidin, maka muncullah pula Dinasti Umayyah dengan Syaidina Muawiyyah bin Abi Suffian r.a mengembangkan apa yang telah dikembangkan oleh khalifah-khalifah terdahulu. Pertentangannya dengan Zubair Al-Awwam r.a yang merupakan sahabat karibnya sememangnya sangat menarik untuk direnung.
Zubair Al-Awwam r.a merupakan kelompok pemeluk Islam yang terawal. Bahkan dia seorang yang sangat zuhud. Sedangkan Muawiyyah r.a pula adalah Sahabat yang memeluk Islam sewaktu Futuhat Makkah bersama-sama bapanya, Abu Suffian dan ibunya, Hindun binti Utbah yang pada zaman sebelum pemelukan Islam, merupakan musuh Allah Taala dan rasul-Nya yang sangat tegar.
Beza antara Zubair al-Awwam r.a dengan Muawiyyah r.a ialah kezuhudan mereka. Zubair r.a seorang yang menolak dunia, manakala Muawiyyah r.a pula seorang yang melihat dunia sebagai perkakas untuk mendaulatkan Islam. Ditambah pula sewaktu kekhalifahannya, umat Islam menikmati kemewahan dan kekayaan yang sangat hebat kesan daripada pengembangan Islam di beberapa buah negara, termasuklah Parsi dan sebahagian empayar Byzantine atau Rom Timur.
Salah satu pendapat Muawiyyah r.a yang sangat terkenal ialah, Islam dan umatnya perlu dilihat sebagai golongan yang berjaya dalam serba-serbi terutama sekali ekonomi dan sosial kerana janji Allah Taala ialah, sesiapa yang memeluk Islam dan beriman kepada-Nya adalah golongan yang berjaya.
Justeru pembinaan armada tentera laut yang pertama oleh Muawiyyah r.a untuk menawan Constantinople atau sekarang ini, Istanbul merupakan titik mula penguasaan umat Islam dalam menguasai perdagangan, terutama sekali perdagangan laut mahupun perdagangan darat. Dan Islam selepas itu tidak sahaja tersebar menerusi pembebasan rakyat daripada pemerintah yang zalim, tetapi juga menerusi perdagangan seperti yang dinikmati oleh Melayu di Nusantara.
Dan kerana perdagangan atau ekonomi jugalah, Sepanyol di bawah Isabella dan Ferdinand berhasrat untuk menguasai dunia. Kejayaan Isabella dan Ferdinand meneroka jalan-jalan perdagangan serta carta-carta pelayaran yang telah disiapkan oleh pelayar-pelayar Islam serta China beratus-ratus tahun sebelum itu, telah menyaksikan mereka berjaya menguasai Amerika Selatan dan sebahagian Nusantara iaitu Filipina.
Portugal menerusi Ferdinand Magellan tidak mampu menguasai jaluran perdagangan umat Islam kerana Ferdinand Magellan telah berpihak kepada Sepanyol ekoran kemelut di dalam istana Portugal. Pun begitu, kekayaan dan kemakmuran umat Islam dalam bidang ekonomi dan ilmu pengetahuan berjaya diperolehi oleh Portugis tetapi Sepanyol menguasai hampir tiga perempat daripadanya, terutama apabila Granada dan Andalus adalah pusat kebudayaan dan ilmu pengetahuan umat Islam sebelum kejatuhannya.
Itu sejarah yang wajar direnung...
Justeru, apabila TERAS (Teras Pengupayaan Melayu) memberitahu PAS bahawa parti tersebut perlu menfokuskan kepada ekonomi bagi mendapatkan sokongan orang Melayu, kepimpinan tertinggi parti tersebut, perlu mula menggerakkan otak masing-masing.
Taktik dan perdaya yang dilakukan sekarang dengan cubaan menakut-nakutkan umat Islam di Malaysia dengan hukum-hakam yang sekejap boleh, sekejap tak boleh, sebenarnya tidak berjaya langsung. Apatah lagi dengan pengembangan ilmu pengetahuan yang nampaknya semakin hari, semakin pantas dan lebih menyeluruh.
Kempen yang digerakkan menggunakan modal lapuk seperti yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz hanya memperlihatkan bahawa PAS sebenarnya tidak mempunyai sebarang perancangan terhadap pengukuhan ekonomi di kalangan orang Islam, sebaliknya lebih tertumpu kepada perkara-perkara retorik dan provokasi semata-mata.
Semenjak penubuhan PAS pada tahun 1951 sehinggalah sekarang, sayap ekonomi di dalam PAS langsung tidak berfungsi. Bahkan para pemimpin yang diletakkan dalam Lujnah Ekonomi juga keliru sama ada mereka adalah pemikir atau mereka sebenarnya anggota perang saraf.
Kalau Al-Arqam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Asyaari Muhammad boleh membuktikan bahawa mereka mampu memecahkan monopoli pasaran makanan dan perkhidmatan yang sebelum itu dimonopoli oleh bukan Melayu, mengapa PAS tidak boleh. Apatah lagi, berbanding Al Arqam, PAS mempunyai jaringan yang lebih luas kerana keberadaan mereka dalam arus politik negara.
Masakan setelah berusia lebih 60 tahun, PAS hanya mampu bercerita tentang khilaf, tentang kempen, tentang retorik falsafah dan tentang provokasi, walhal PAS sendiri tidak mampu membuktikan bahawa idea ekonomi mereka terbukti dan berkesan.
Pembuktian boleh dilakukan di Kelantan di mana majoriti adalah ahli PAS. PAS Kelantan perlu lebih bersungguh-sungguh untuk membasmi kemalasan kaum lelakinya yang lebih seronok bergebang dan bercerita hal politik sedangkan bab ekonomi diurus dan dijalankan oleh kaum wanita. Tak perlulah nak sibuk menyembang tentang kelemahan UMNO menguruskan ekonomi Melayu secara keseluruhan sedangkan kelompok sekecil Kelantan pun PAS yang sudah 20 tahun kuasai, tidak mampu diubah walau seinci beras pun.
Kalau benar PAS hendak menguasai Putrajaya, pastikan PAS berjaya mentarbiyyah para pengikutnya untuk menguasai ekonomi terlebih dahulu. Tak guna berhimpun 4 juta orang sekalipun, jikalau untuk membeli sebotol kicap pun, perlu tengok label agar ada cop halal JAKIM.
Sembang politik memang PAS terer... perlu diakui dan perlu ditabik. Tapi sembang bab ekonomi, PAS hanya mampu berkata, RASUAH! RASUAH! RASUAH!
Lebih daripada itu, kebanyakan ahli dan pemimpin PAS, BLURRRRR...