iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, February 26, 2011

PUSAT PERNIAGAAN BUMIPUTERA?... TAK PAYAH ADA LAGI BAIK!!!!

Saturday, February 26, 2011
Apabila Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (Perak) Raja Ahmad Zainuddin berkata, kebanyakan kompleks perniagaan yang dibangunkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk peniaga-peniaga Bumiputera, gagal dan tidak bermaya, ia sebenarnya bukanlah perkara baru. Malah sudah berdekad-dekad lamanya ia diperkatakan.

Antara agensi kerajaan yang sangat giat membangunkan kompleks perniagaan 'HANTU' ialah MARA. Dari awal kemunculan sehinggalah sekarang, MARA banyak membina arked-arked perniagaan yang disewakan kepada peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera di seluruh Malaysia. Bagaimanapun, ramai yang merungut kerana lokasi arked MARA kebanyakannya berada di kawasan yang sangat tidak strategik dan jauh dari tumpuan orang ramai, sekaligus memberi petanda bahawa arked tersebut dibina sekadar untuk memenuhi tuntutan pihak kontraktor dan bukan sebenarnya untuk golongan peniaga.

Pergilah periksa ke mana-mana, kompleks-kompleks perniagaan untuk para peniaga Melayu dan Bumiputera benar-benar hidup segan mati tak mahu. Mujur jugalah sewa premis jauh lebih murah berbanding premis-premis swasta, kalau tidak besar kemungkinan ia bagaikan bangunan-bangunan empat tingkat di Jalan Haji Manan, Kluang yang kebanyakannya kosong tidak berpenghuni.

Keadaan ini menggambarkan kedaifan dan KEMALASAN serta kelembapan daya fikir perancang yang diambil bekerja dalam agensi-agensi kerajaan itu. Dan yang lebih menarik, kebanyakan daripada mereka adalah PENYOKONG PAS yang sangat tegar.... pergilah ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut dan pergilah ke Unit Perancang dan bawa-bawalah bersembang tentang politik UMNO-PAS, anda akan tahu, walaupun mereka bekerja di bangunan berwarna biru, hati, kulit dan darah mereka adalah hijau pekat!

Mungkin memikirkan bahawa dana yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan tersebut adalah di bawah peruntukan untuk pembangunan Melayu dan Bumiputera, maka mereka bebas berbuat apa-apa sahaja. Asalkan ada bangunan yang dapat mereka siapkan dan buktikan bahawa wang tersebut telah disalurkan mengikut kehendak kerajaan, mereka pun berharap tiada sesiapa lagi yang akan mempertikaikan mutu kerja mereka.

Agensi-agensi kerajaan seperti MARA memerlukan transformasi yang sangat menyeluruh dan lebih tegas. Para pegawai yang tidak mampu hidup dalam dunia realiti, wajar dibuang dan digantikan dengan kakitangan yang lebih berinovatif dan lebih berfikiran kritikal.

Untuk apa membina sebuah kompleks perniagaan yang terletak nunnnnnnnnnnnn sayup di hujung dunia dan jauh dari kawasan tumpuan. Sudahlah lokasinya tidak menarik, tiada apa-apa yang menarik pun di kompleks perniagaan tersebut bagi menjadikan ia sebagai daya tumpuan atau dengan kata lain, bagi membolehkan masyarakat sekeliling menjadikan kompleks berkenaan sebagai 'harapan'.... pergilah ke mana-mana Arked MARA, tiada sebuah bangunan pun yang mempunyai daya tarikan seperti bank, pejabat pos, pejabat kerajaan mahupun restoran 24 jam!

Adakalanya elok juga sekiranya agensi-agensi kerajaan seperti MARA tidak perlulah lagi membazirkan wang untuk membina bangunan-bangunan yang hanya dihuni oleh hantu, jembalang dan puaka. Lebih baik lagi, agensi-agensi kerajaan tak perlulah lagi bercita-cita untuk jadi peniaga, kerana mereka bukan sahaja gagal mengenal pasti corak dan trend perniagaan, bahkan mereka juga sama sekali gagal menaiknilaikan bangunan yang mereka sendiri bina.

7 comments

HINDRAF ISYTIHAR PERANG TERHADAP MALAYSIA!!!!


Di sebalik amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara agar 'Tamil Eelam Malaysia' HINDRAF di bawah nama Parti Hak Asasi Manusia (HRP) tidak mengadakan perhimpunan dan perarakan besar-besaran esok, ketua penerangan kumpulan subversif tersebut, S.Jayathas mengisytiharkan bahawa mereka akan melanggar peraturan dan undang-undang negara Malaysia dengan mengadakan perhimpunan dan perarakan berkenaan. Sekaligus mengesahkan bahawa kumpulan berkenaan adalah kumpulan subversif yang perlu diperangi dan dihapuskan!

Alasan yang diberikan oleh S.Jayathas ialah, mereka telah berkali-kali memohon permit daripada pihak polis tetapi permohonan mereka ditolak.

Mungkin seronok sebab mendapat publisiti, dipuji oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan mereka sendiri memerlukan biaya serta dana daripada masyarakat India yang berharap mereka mampu menjadi SIVAJI THE BOSS, para pemimpin HINDRAF berkenaan merancang untuk mencetuskan huru-hara dengan hanya beralasankan NOVEL INTERLOK.

Paling menarik ialah apabila nampaknya sehingga setakat ini, tiada seorang pemimpin Barisan Nasional sama ada dari MIC, Gerakan, PPP mahupun Makkal Sakti yang memberikan komen terhadap tujuan subversif HINDRAF itu.

Sekalipun berlindung di sebalik anti-perkauman, namun perhimpunan yang akan dianjurkan oleh HINDRAF itu sebenarnya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang Melayu secara keseluruhan, sekaligus memberi isyarat kepada semua orang India di negara ini agar melakukan pemberontakan dengan alasan mereka tertindas. Mereka benar-benar mengharapkan agar satu fenomena yang hampir menyerupai Mesir, Tunisia dan Libya berlaku di Malaysia.

Dengan 'tangan ghaib' yang berada di belakang perhimpunan anjuran HINDRAF pastinya, tidak satu pun perkara baik yang ingin dilakukan oleh kumpulan terbabit selain daripada kekacauan dan kekecohan di Kuala Lumpur.

Tindakan yang bakal diambil oleh pihak polis dan pihak keselamatan, pasti akan mengundang seribu satu macam tuduhan daripada para penyokong HINDRAF sama ada mereka berwajah PAS, PKR apatah lagi DAP.

Bermula dengan perhimpunan dan perarakan kerana novel INTERLOK... selepas ini, apa pula yang akan kumpulan berkenaan lakukana di Malaysia? Mungkin mengimport dan membawa masuk saki-baki Tamil Eelam Sri Lanka dan kemudian dikatakan sebagai orang India yang tidak mempunyai kad pengenalan dan dokumen kelahiran?

Dan bagaimana pula dengan senjata-senjata Tamil Eelam yang masih banyak dan belum diserahkan kepada kerajaan Sri Lanka? Bagaimana pula dengan kumpulan-kumpulan samseng India yang semakin banyak di negara ini yang melakukan pembunuhan, rompakan, pecah rumah, ragut, rogol dan seribu satu macam jenayah yang lain?

Adakah kesemua elemen tersebut akan wujud dalam perhimpunan raksasa HINDRAF di tengah-tengah Kuala Lumpur, esok seperti yang dirancang?

BACA DI SINI

3 comments

JOM DENGAR TAZKIRAH NIZAR JAMALUDDIN DI MERLIMAU!!!!

Nizar Jamaluddin dikatakan mendapat pelawaan untuk menyampaikan tazkirah kepada beberapa buah keluarga ahli UMNO di surau di Merlimau. Kononnya juga dia diminta untuk bertazkirah sambil menjawab beberapa soalan tentang kemelut di Perak.

Ternyata Nizar masih lagi berangan-angan yang dia adalah Menteri Besar Perak. Masih lagi berangan-angan yang peluangnya untuk mendapat kerusi empuk yang kini diduduki oleh Zambry Abdul Kadir dikembalikan.

Nizar Jamaluddin beri tazkirah? Allahuma... moga-moga dia sendiri terkesan dengan tazkirah yang ingin disampaikannya.

Jomlah pi dengar apa yang nak ditazkirahkan oleh Nizar Jamaluddin kepada 'keluarga-keluarga' ahli UMNO itu... rupa-rupanya dalam dia duk kata macam-macam kat orang UMNO, orang UMNO juga yang hendak ditazkirahkannya...

0 comments

HADI AWANG BUKAN PRESIDEN PAS LAGI!!!

Abdul Hadi Awang merupakan Presiden PAS yang paling banyak ditentang oleh para pengikut PAS sendiri selepas Allahyarham Tan Sri Asri bin Muda. Pertembungan kuasa antara Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz dalam PAS sememangnya sangat ketara sehingga pada suatu ketika, Nik Abdul Aziz 'mengisytiharkan' bahawa dia mempunyai lebih banyak kuasa berbanding Presiden.

Tentangan dari dalam PAS terhadapnya tidak lagi disembunyikan apabila Abdul Hadi Awang mengutarakan konsep Kerajaan Perpaduan yang turut membabitkan beberapa orang pemimpin PAS dalam rundingan bersama-sama pemimpin tertinggi UMNO. Kemuncak daripada penentangan tersebut adalah munculnya kelompok PAS Terengganu dan PAS Kelantan. Dan apabila satu lagi pertemuan yang diusahakan oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong membabitkan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO di mana Nik Abdul Aziz turut serta, sekali lagi Abdul Hadi Awang menghadapi kesulitan sebagai Presiden PAS.

Pilihanraya Kecil di Merlimau dan Kerdau turut menyaksikan perkembangan yang sama. Di sebalik saranan Abdul Hadi Awang agar keperibadian tidak dijadikan sasaran serangan, budak-budak HAMPAS telah menggunakan kertas sijil calon UMNO-BN Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai senjata ampuh mereka.

Cerita kononnya, Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak lulus dalam peperiksaan di Universiti Al-Azhar dan ijazah yang diperolehinya adalah menerusi hasil pembelian serta Syed Ibrahim Syed Ahmad mengaji di Hadramaut yang kononnya menjadi pusat liberalisasi dan penyamarataan agama Islam dengan agama-agama lain sudah mula didendangkan tanpa sebarang bukti dan fakta.

Apabila Syed Ibrahim membuktikan bahawa ijazah yang diperolehinya adalah TULEN, masih ada lagi suara-suara sumbang dari kalangan budak-budak HAMPAS mempertikaikannya tanpa mereka sedari, pertikaian mereka itu sebenarnya lebih tertumpu kepada ijazah Al-Azhar yang diperolehi oleh Mursyidul Am mereka sendiri.

Tidak ada satu pun saranan daripada Presiden PAS yang dituruti dan dipatuhi. Kebanyakan propagandis PAS lebih memberikan perhatian kepada Mursyidul Am mereka. Walaupun Mursyidul Am kerap melalut-lalut dan terlupa apa yang dicakapkannya sendiri, namun propagandis PAS seringkali memberikan imej yang baik kepada Nik Abdul Aziz.

Pilihanraya kecil di Merlimau dan Kerdau sekadar untuk menguatkan tanggapan bahawa Abdul Hadi Awang cuma Presiden di atas kertas, sedangkan 'tuan presiden' yang sebenar adalah Anwar Ibrahim yang bersuara dari belakang kepala Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tanpa serangan peribadi, apa lagi yang PAS boleh lakukan di Kerdau dan Merlimau? Tanpa serangan peribadi, apa lagi RUKUN WAJIB yang ada dalam propaganda pilihanraya PAS?

Itu pun, lambat lepa... dakwah sesaja!!!!

2 comments

NIK AZIZ GAGAL SERBA-SERBI... GAGAL TOTAL!!!!

Kalau sembang dengan budak-budak PAS dan Pakatan, pujian melambung akan diberikan kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Malahan adakalanya pujian yang diberikan dan lambungan yang dibuat macam tidak masuk akal. Macam dengar cerita wayang kulit pulak bagaimana Rama dilahirkan dan Laksamana pergi menyelamatkan Sitta Dewi.

Punyalah dongeng yang didongeng-dongengkan....

Tapi paling menarik ialah apabila masing-masing segera menjadikan Kelantan sebagai contoh teladan kepada negeri-negeri lain. Kata mereka, Kelantan adalah negeri contoh. Kelantan negeri maju yang berada di bawah pentadbiran ulama. Kata mereka lagi, disebabkan barokahnya tangan ulama yang memerintah Kelantan, kehidupan di Kelantan dipenuhi dengan warna-warna keIslaman. Bahkan ketika azan berkumandang dari arah masjid, para peniaga tidak bertangguh meninggalkan premis masing-masing untuk berjamaah di masjid. Bukan itu sahaja, premis pula tidak ditutup dan dikawal. Pendek kata, punyalah aman Kelantan nih sepanjang 20 tahun berada di bawah Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persoalannya, benarkah begitu atau ia sekadar angan-angan si pengangau yang sebenarnya tidak ada jawapan untuk sebarang masalah di Kelantan sebaliknya terpaksa mengarang cerita dongeng untuk meyakinkan orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz adalah seorang pemimpin yang baik?

Tinjauan yang dibuat di Kota Bharu dan pekan Pasir Mas, bahkan di Pasir Puteh, jauh daripada benar berbanding cerita yang dikhabarkan!!! Bahkan ketika azan berkumandang dari arah Masjid Muhammadiyyah, Kota Bharu, manusia di Pasar Khatijah atau Pasar Kubu Buluh, masih berurusan dengan sibuk macam tak dengar apa-apa.
KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN

Paling menarik ialah apabila mereka cuba bandingkan Nik Abdul Aziz dengan Ali Rustam. Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka selama 10 tahun, jauh lebih 'junior' berbanding Nik Abdul Aziz.

Di atas adalah carta perbandingan 18 perkara penting.... dan dalam kesemua perkara baik (No 1 sampai No. 13) Kelantan di bawah Nik Abdul Aziz ketinggalan serba-serbi.... tetapi apabila melibatkan perkara-perkara buruk seperti kelahiran anak tak sah taraf, jenayah kekerasan, jenayah keseluruhan dan perceraian di kalangan Muslim (No.14 - No.18) Kelantan mendahului Melaka jauh ke hadapan!!!!

Atau dalam bahasa halusnya, KEMUNGKARAN DI KELANTAN MENGATASI MELAKA!!!!

Ada pula yang berpendapat, Kelantan ketinggalan jauh dalam keadaan serba-serbi kerana Kerajaan Pusat telah menganaktirikan Kelantan. Bahkan sehingga mendaratkan minyak di perairan Kelantan (benar ke?) di Siam bagi mengelakkan pemberian royalti kepada Kelantan.

Benarkah dakwaan itu atau sama seperti dongeng tentang kehebatan Nik Abdul Aziz juga?

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, peruntukan untuk Kelantan adalah RM6.7 bilion, manakala Melaka pula sekadar memperolehi RM3.7 bilion. Oleh kerana itu, dakwaan bahawa Kelantan telah dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat adalah tertolak sama sekali, bahkan Kelantan merupakan antara negeri yang mendapat peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Persoalannya, apa yang Nik Abdul Aziz buat dengan duit-duit peruntukan itu? Untuk rakyat atau untuk kaum keluarga, sahabat handai dan kaum kroninya?

Perhatikan pula... jumlah keseluruhan yang diperolehi oleh Kelantan dari RMK3 sehingga RMK9 adalah RM19.7 bilion sedangkan Melaka hanya memperolehi RM10.4 bilion!!!

Perlu diingat, Melaka tidak ada balak, tidak ada tanah yang berlebihan, tidak ada pasir dan bahan mentah sebagai komoditi. Bahkan Melaka juga tidak membenarkan industri berat di negeri tersebut. Industri yang ada di Melaka adalah industri sederhana dan kecil.

Barokah tang mananya Nik Abdul Aziz dalam sudut pentadbiran dan pengurusan? Hebat di mananya Nik Abdul Aziz yang kerap berceramah dan memberi kelas pengajian kepada para pentaksubnya? RM600 juta untuk penaiktarafan bekalan air bersih di seluruh Kelantan pun, lesap begitu sahaja dan projek penaiktarafan tidak pula dijalankan....

Atau barangkali segala peruntukan yang berbilion-bilion ringgit dari Kerajaan Pusat itu telah dicampakkan oleh Nik Abdul Aziz ke laut sebab takut makan benda syubhah?

Buka mata, buka hati dan perdalamkan ilmu... Dajal tidak hanya datang dalam bentuk seorang penjahat, tetapi Dajal yang dibantu oleh Yaajuj dan Maajuj juga boleh datang dalam bentuk seorang tua berserban, berjubah dan sembangnya kedengaran mirip benar dengan tazkirah dan kuliah agama Islam!!!!

5 comments

SEKALI ANWAR BELIT, TUJUH KALI HADI AWANG TERBELIT!!!!

Kritikan Najib Abdul Razak terhadap Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi mengundang persepsi negatif terhadap Perdana Menteri Malaysia itu. Paling menarik apabila Najib Abdul Razak dikatakan mengecop Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas kerana dalam kata-katanya ada 'ekstrem... Ikhwanul Muslimin.... Yusuf Qardhawi'.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang begitu pantas memberikan respons (RUJUK SINI) dan Anwar Ibrahim mendahului Abdul Hadi Awang dengan memetik laporan daripada National Review dan kemudian dimanipulasi dengan tujuan untuk menunjukkan betapa jahilnya Najib Abdul Razak dan sikap permusuhannya terhadap Ikhwanul Muslimin serta Yusuf Qardhawi.

Satu perkara yang sangat menarik berdasarkan ucapan Najib Abdul Razak yang dipetik oleh National Review itu ialah, pada bahagian mana yang menunjukkan Najib Abdul Razak mengecop Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sebagai pengganas dan ektrim?

Apakah Abdul Hadi Awang sebenarnya tidak membaca National Review, sebaliknya sekadar mendengar cakap Anwar Ibrahim tanpa sebarang usul periksa sekalipun Anwar Ibrahim menerusi BLOGnya turut meletakkan pautan dengan National Review? Atau barangkali Abdul Hadi Awang BUTA BAHASA INGGERIS?

National Review dalam laporannya menyebut Najib Abdul Razak menyatakan, Ikhwanul Muslimin tidak wajar menjadi sebahagian daripada proses peralihan yang sedang berlaku di Mesir sekarang, selagi mereka tidak menolak keganasan dan ekstremisme. Najib juga dalam ucapannya berkata, beliau bimbang dengan sikap yang ditunjukkan oleh Yusuf Qardhawi, yang boleh menyebabkan pandangan serta pertimbangan terhadapnya akan menjejaskan kredibilitinya sendiri.

Yusuf Qardhawi dalam satu 'fatwa' tentang Libya, mengatakan Muammar Ghadafi perlu dibunuh dan orang yang 'menghantar peluru' kepada Muammar Ghadafi adalah pensyahid.

Seperti yang dinyatakan oleh Abdul Hadi Awang, Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan dakwah yang menentang penjajahan dan ditubuhkan untuk melaksanakan islah dan tajdid mengikut al Quran dan al hadis. Ikhwanul Muslimin menyertai pilihanraya dan melakukan penentangan dengan jalan damai sekalipun para pemimpinnya termasuklah As-Sayyid Hasan Al-Bana telah dibunuh kerana kebimbangan melampau proksi Amerika Syarikat dan Zionis Israel terhadap perluasan kuasa serta pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Bahkan, seperti yang dinyatakan oleh Abdul Hadi Awang, Yusuf Qardhawi telah memainkan peranan yang penting untuk membawa golongan muda Mesir yang melampau dan tidak sabar ke pangkal Islam dan berjuang mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh agama.

Justeru apabila Najib Abdul Razak menekankan tentang keganasan dan fahaman melampau, yang menyentuh Ikhwanul Muslimin serta Yusuf Qardhawi, seharusnya ia dipandang dari sudut yang lebih baik, bukan mengikut mata dajal Anwar Ibrahim.

Persepsi Barat terhadap Islam dan ulama-ulama Islam seringkali SANGAT NEGATIF. Apabila Yusuf Qardhawi mengeluarkan fatwanya berkenaan dengan pembunuhan Muammar Ghadafi secara umum, Barat dan musuh Islam semakin memperkukuhkan persepsi buruk yang mereka tanam tentang Islam dan ulamanya. Begitu juga Ikhwanul Muslimin yang sekarang ini diberikan label sebagai HAIWAN POLITIK yang sudah tidak sabar-sabar untuk merebut kuasa di Mesir, sedangkan hakikatnya, Ikhwanul Muslimin masih belum memberikan kata putus untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam pentadbiran Mesir.

Musuh Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sentiasa mencari-cari peluang untuk memburukkan dan memusnahkan mereka. Dengan memberikan tanggapan bahawa Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi adalah penyokong keganasan menerusi sokongan mereka terhadap keganasan di Mesir dan Libya, Ikhwan dan Al-Qardhawi perlu dihapuskan dari muka bumi ini.

Dan kerana itulah, Najib Abdul Razak meminta agar Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi tidak tercebur dalam persepsi negatif musuh-musuh Islam. Malangnya, dajjal yang bertubuh badankan Anwar Ibrahim di Malaysia segera mewujudkan tanggapan bahawa Najib Abdul Razak mengecop Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qardhawi sebagai ekstremis dan pengganas dengan memautkan National Review sebagai sandarannya.

Keadaannya serupa benar dengan PAS. PAS ditubuhkan untuk tujuan yang murni dan suci. Malangnya apabila golongan yang laparkan kuasa berada dalam PAS dan mengeluarkan pendapat mereka, persepsi majoriti rakyat Malaysia, bahkan umat Islam sendiri, terhadap PAS sangat buruk. Sekalipun para pemimpin PAS terus mendabik dada bahawa mereka memperjuangkan Islam, tetapi kenyataan-kenyataan umum mereka, seringkali memperlihatkan PAS sebenarnya sebuah parti yang bacul, tidak berpendirian, sangat lemah, mudah dimanipulasi dan TIDAK BEROTAK.

Keadaan itu bukanlah disebabkan oleh PAS dan perlembagaan atau dasar perjuangannya tetapi kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpinnya secara umum.

10 comments

PAS TAK BERMAYA DI KERDAU DAN MERLIMAU!!!!

maaf, gambar belum 'sampai'....

LAPORAN 1:

Alamat rumah calon PAS, Yuhaizad Abdullah;

No. C1, Kompleks Perumahan Guru,
77000, Jasin, Melaka.

Duduk rumah kerajaan, nak lawan kerajaan. Melayu akhir zaman.

Tolong minta pastikan dia bukan Sam Kemetot menyamar sebagai calon PAS.


LAPORAN 2:

PAS mainkan slogan nak gantikan UMNO. Pada penamaan calon Kerdau, PAS banyak menggunakan anak muda dan pelajar untuk bawa slogan ini pada scarf/muffler yang dililit di leher.

(Khaled Nordin dan Saifuddin pantau ke penglibatan pelajar-pelajar ni?)

Tapi pada masa sama, PAS dah tunjuk hasil pentadbiran di Kelantan. Sama maju ke dengan UMNO untuk menggantikannya?

LAPORAN 3:

Tak pasti berapa ribu. Tapi saya sekarang memandu di bandar Temerloh dan ramai anak-anak muda (kebanyakan gadis) dalam kumpulan-kumpulan sedang berjalan balik dari perarakan calon menampakkan penampilan ini di merata pekan Temerloh.


LAPORAN DITERIMA MENERUSI SMS.

2 comments

Friday, February 25, 2011

BETULLAH KUT UMNO MEMANG TAK FAHAM POLITIK ISLAM....

Friday, February 25, 2011
Orang UMNO cukup marah kalau dikatakan tidak faham agama, tidak ikut ajaran agama, melebihkan dunia berbanding agama, menyanjung syiar berbanding akidah dan sebagainya. Biarpun sebahagian besar daripada tuduhan tersebut sebenarnya tidak berfakta sebaliknya sekadar untuk membuktikan kumpulan sendiri lebih Islam berbanding UMNO, hakikatnya memang terdapat 'agen-agen' jahiliyyah di dalam UMNO terutama sekali yang berbentuk perebutan jawatan atau pencalonan sebagai wakil rakyat.

Kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon DUN Merlimau, atau alasannya, Wanita tidak dipilih sebagai calon, Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang mengambil keputusan untuk menutup Bilik Gerakan Wanita UMNO Jasin di Taman Merlimau Jaya. Konon katanya, UMNO telah memilih orang yang kurang popular sebagai calon.

Roslan Ahmad adalah AJK UMNO Bahagian yang dilantik, bukan dipilih.

Ia sebenarnya situasi yang sangat menarik. Lebih menarik lagi apabila keputusan untuk menutup bilik gerakan dilakukan ketika penamaan calon akan diadakan pada esok hari. Dan lebih menarik lagi apabila Zaleha Bujang membayangkan kecenderungannya kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS dengan menjadikan Normala Sudirman sebagai contoh teladan.

Dalam satu peristiwa, Syaidina Umar Al-Khattab r.a telah ditemui oleh Syaidina Abu Dzar Al-Ghiffari r.a. Sebenarnya Syaidina Umar Al-Khattab r.a bercadang untuk mengangkat Abu Dzar r.a sebagai Gabenor di sebuah negeri yang baru berada di bawah naungan Madinah. Namun apabila Abu Dzar Al-Ghiffari r.a yang tidak mengetahui rancangan Syaidina Umar Al-Khattab r.a meminta jawatan Gabenor, maka permintaannya ditolak oleh Syaidina Umar Al-Khattab r.a sambil mengingatkan Abu Dzar Al-Ghiffari r.a tentang pesanan Nabi s.a.w kepadanya.

Abu Dzar Al-Ghifari r.a adalah seorang yang sangat zuhud, berilmu, mempunyai pendirian yang keras, terutama pendapatnya yang keras dalam menentang perbuatan mengumpulkan harta, bahkan Nabi s.a.w sangat mencintai Abu Dzar Al-Ghifari r.a, sehinggakan apabila Abu Dzar tiada dalam suatu majlis yang baginda hadiri, baginda agak sedih.

Dalam Thabaqat ibn Saad jilid 3 muka surat 164, Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari r.a ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan jawatannya yang maksudnya:

"Sesungguhnya engkau adalah orang yang lemah dan sesungguhnya jawatan itu adalah amanah dan sesungguhnya jawatan itu akan menjadi kehinaan dan penyesalan bagi orang yang menerima jawatan itu, kecuali orang yang mengambil jawatan itu dengan cara yang benar dan dia menunaikan amanah jawatan itu dengan benar pula." (Hadis riwayat Ibn Saad dalam Thabaqatnya)

Manakala di dalam kitab Hilyatul Auliya' Jilid 1 muka surat 162, ada dinukilkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang maksudnya:

"Wahai Abu Dzar, engkau adalah seorang yang soleh. Sesungguhnya engkau akan ditimpa pelbagai malapetaka sepeninggalanku." Maka Abu Dzar pun bertanya, "Apakah musibah itu sebagai ujian di jalan Allah?" Rasulullah s.a.w pun menjawab, "Ya, di jalan Allah." Dengan penuh semangat, Abu Dzar pun menyatakan, "Selamat datang wahai malapetaka yang Allah taqdirkan." (Hadis riwayat Abu Nu'aim Al Afahani dalam Kitab Al-Hilyah jilid 1, muka surat 162)

Itu cerita tentang Syaidina Abu Dzar Al-Ghifari r.a yang meninggalnya di sebuah kawasan yang bergunung-ganang dan terasing daripada kelompok manusia, bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan, sebaliknya kerana tidak mahu dirinya dikotori oleh jawatan, kemewahan dan segala perkara yang syubhah termasuklah mengumpulkan harta benda.

Maka amat musykil benar, seorang yang berjawatan Ketua Wanita UMNO gagal memahami sirah Nabawiyyah dan para Sahabat r.a. Tidakkah ianya menjadi satu iktibar? Alangkah buruk dan jeleknya seorang wanita bernama Zaleha Bujang yang kesal, merajuk dan kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon pilihanraya kecil DUN Merlimau.

Walhal, apalah kiranya dia membandingkan dirinya dengan Abu Dzar Al-Ghifari r.a yang hidupnya sangat daif, melarat tetapi penuh kerinduan kepada Allah Taala dan rasul-Nya. Kalau seorang Sahabat r.a sanggup berbuat begitu, apatah lagi seorang manusia yang hidup 1400 tahun kemudian, meneladaninya. Seharusnya dia bersyukur kerana tidak perlu menanggung beban sebagai pemimpin kerana jawatan itu bagi ramai orang hanyalah satu kelaknatan dan menyebabkan kesesatan yang lebih berat, meskipun kepalanya ada serban sebesar tong dram dan jubahnya pula panjang berjuntai-juntai laksana obor-obor di dalam laut.

Asma' binti Yazid bin As Sakan menceritakan bahawa suatu hari Abu Dzar setelah menjalankan tugas seharian menemani Rasulullah s.a.w, dia beristirehat di masjid memandangkan dia adalah seorang ahli suffah. Maka masuklah Nabi s.a.w ke masjid dan mendapati Abu Dzar sedang tidur. Maka Rasulullah s.a.w pun meramas jari-jari kaki Abu Dzar dengan tangan baginda yang suci, sehingga Abu Dzar terjaga dan terus duduk.

"Bukankah engkau sedang tidur, wahai Abu Dzar?" tanya Nabi s.a.w.
"Di mana lagi aku boleh tidur kerana aku tidak mempunyai rumah selain masjid?"

Maka Rasulullah s.a.w pun duduk bersama-samanya dan bertanya,

"Apa yang engkau akan lakukan apabila engkau diusir dari masjid ini?"
"Aku akan berpindah ke Syam kerana Syam adalah negeri tempat hijrah dan negeri hari kebangkitan di Padang Mahsyar dan negeri para Nabi sehingga aku akan menjadi penduduk negeri itu," jawab Abu Dzar.

"Bagaimana pula apabila engkau diusir dari negeri Syam?"
"Aku akan kembali ke masjid ini dan akan aku jadikan masjid ini sebagai rumahku dan tempat tinggalku."

Nabi s.a.w bertanya lagi, "Bagaimana kalau engkau diusir lagi dari masjid ini?"
"Kalau begitu aku akan mengambil pedangku dan aku akan memerangi pihak yang mengusirku sehingga aku mati."

Maka Rasulullah s.a.w demi mendengar jawapan Abu Dzar, tersenyumlah baginda sehingga menampakkan giginya.

"Mahukah aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik darinya?"

Segera Abu Dzar berkata, "Tentu, demi bapaku dan ibuku wahai Rasulullah."

"Engkau ikuti penguasamu (pemerintahmu) ke mana sahaja dia perintahkan kamu. Engkau pergi ke mana sahaja engkau diarahkan oleh penguasamu (pemerintahmu) sehingga engkau menemui aku (iaitu menemui Rasulullah s.a.w di alam kubur) dalam keadaan mentaati pemerintahmu itu." (Hadis riwayat Ahmad dalam MUSNADnya Jilid 6 muka surat 457)

Semoga mereka yang berasakan mereka lebih layak diangkat sebagai calon pilihanraya, wakil rakyat atau penguasa mendapat manfaat daripada kisah Syaidina Abu Dzar Al-Ghifari r.a ini tak kiralah sama ada anda UMNO, PAS atau PKR selagi anda berasa anda seorang Islam dan tujuan hidup anda adalah untuk Allah Taala dan mengikuti rasul-Nya.

12 comments

AWAT TAK BUNYI LANGSUNG? TERTELAN KAHAK SENDIRI ATAU TAKUT KENA JERKAH?

Semenjak Presiden Majlis Peguam mengumumkan kenaikan bayaran yuran perkhidmatan guaman dari 200% hingga 400% akibat tidak boleh lagi menangguh-nangguhkan kes, TIDAK ADA SEEKOR MAAROP dari Pakatan Rakyat yang bersuara langsung. Mereka sebaliknya membayangkan kesusahan akibat kenaikan harga barang makanan. Bahkan mereka juga sangat sibuk dan sangat takut dengan kenaikan harga minyak kerana kononnya itu semua melibatkan rakyat biasa.

Sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya membayar kos nyata atau terlindung untuk peguam dalam segala hal terlebih-lebih lagi hartanah. Biarpun perkhidmatan guaman tidaklah seperti beras atau gula, namun antara kerjaya yang paling hebat sehingga mereka diperlukan dalam segala lapangan hatta untuk membina sebiji tandas pun, peguam sudah menjadi MAKANAN RUJI dalam kehidupan zaman sekarang.

Ramai orang yang tidak bersalah, terpaksa mengaku bersalah kerana mereka tidak mampu membayar yuran guaman yang tinggi. Ramai orang yang bersalah, tetapi berjaya melepaskan diri kerana mampu menggaji dan mengupah peguam handalan. Lebih hebat lidah peguam-peguam berkenaan berputar, lebih tinggilah bayarannya.

Maka itulah sebabnya mengapa Anwar Ibrahim terpaksa memasang 12 orang peguam bertaraf 6 bintang yang harga yuran perkhidmatan mereka setakat ada dua tiga puluh ribu ringgit dalam akaun, lebih baik mengaku salah sajalah dan dipenjarakan sekalipun tak buat salah apa-apa.

Agak aneh juga kerana tiada seorang pemimpin Pakatan pun yang menyuarakan bantahan dan membuat tunjuk perasaan di hadapan bangunan Majlis Peguam untuk mendesak agar Ragunath Kesavan atau Majlis Peguam dibubarkan kerana peningkatan harga yang bukan setakat mencekik batang leher, mayat dalam kubur kalau dengar pun, boleh hidup balik!

Kenapa agaknya ya? Kenapa para pemimpin Pakatan terutama sekali Melayu-Melayu PKR dan PAS langsung tidak bersuara tentang hal ini? Kenapa Mahfuz Omar yang begitu sibuk dengan kenaikan yuran perkhidmatan kad kredit, langsung buat-buat tak tahu tentang peningkatan harga yuran guaman? Dan mengapa agaknya mereka langsung tidak mengulas, membantah, mengeji atau menjadikan sebagai kempen ceramah untuk Yayasan yang ditubuhkan oleh Najib Abdul Razak bagi membantu golongan tertuduh yang tidak mampu membayar kos guaman?

Kenapa ye?

Atau mereka sebenarnya sangat takut kalau Karpal Singh jegil dan pandang mereka dengan tajam sebab jegilan Karpal Singh sahaja sudah cukup untuk membuatkan Mahfuz Omar, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim berak cirit tak berhenti-henti selama seminggu?

3 comments

HISHAMUDDIN HUSSEIN ONN DISERANG SAKIT TEKAK!!!!

Kalau anda perhatikan dan amat-amati, kelibat Hishamuddin Hussein sudah sangat jarang kelihatan di mana-mana media, baik media elektronik, massa mahupun media baru. Agak aneh juga memandangkan Hishamuddin Hussein adalah Temenggung di dalam kerajaan feudal Melayu zaman dahulu atau orang kelima terpenting dalam Kerajaan Malaysia.

Tuntutan dan perangai HINDRAF yang tidak henti-henti berusaha untuk menimbulkan kekacauan dan permusuhan kaum di dalam negara ini, langsung tidak mendapat respons daripada Menteri Dalam Negeri yang bernama Hishamuddin Hussein. Mujur juga polis cepat bertindak... atau barangkali Hishamuddin memilih untuk bersikap low-profile sejenak memandangkan Sembrong, Parlimen yang diwakilinya, ramai India yang masih tinggal di estet dan bekas-bekas estet?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin telah bersuara 'menggantikan' Hishamuddin Hussein apabila meminta polis bertindak tegas terhadap pemimpin-pemimpin HINDRAF berdasarkan dua kesalahan yang dilakukan iaitu memperjuangkan pertubuhan yang telah diharamkan dan merancang mengepalai perhimpunan tanpa permit.

Sepanjang kewujudan HINDRAF semenjak dari zaman Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, usaha Kementerian Dalam Negeri untuk menghapus dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini serta pemimpinnya dilihat sangat longlai. Sekalipun tindakan ISA dikenakan kepada beberapa kerat pemimpinnya, kesemua daripada mereka telah pun dibebaskan dan ini bermakna mereka juga bebas untuk menghasut, mengacum dan merancang huru-hara.

Tindakan menahan, mengambil keterangan dan membebaskan mereka tidak akan mendatangkan hasil. HINDRAF sudah mula wujud dan berakar umbi dalam masyarakat India kelas bawahan. Para pemimpin India yang berada dalam kerajaan pula, lebih gemar dan selesa dengan kot, bertali leher dan bercakap dengan gaya Menteri Maharaja berbanding menyelami sebenar masalah yang masih membelenggu masyarakat berkenaan.

Masyarakat India bukan tidak boleh berubah seperti masyarakat lain di negara ini. Sekalipun tidak menikmati hak keistimewaan seperti orang Melayu-Bumiputera-Pribumi tetapi bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan peruntukan besar untuk kemajuan masyarakat tersebut, seolah-olah tidak sampai kepada golongan sasaran, sebaliknya yang sampai hanyalah retorik politik semata-mata dan menyalahkan orang lain kerana kemiskinan dan kesusahan yang dihadapi oleh kaum tersebut.

Atau barangkali UMNO yang perlu turun ke padang bertemu dengan masyarakat akar umbi India menggantikan tugas BRAHMIN-BRAHMIN MIC yang lebih senang mengira untung atas kesusahan bangsa sendiri?

HINDRAF diwujudkan oleh golongan oportunis yang cuba mengambil kesempatan untuk menyalahkan orang lain, bagi keserakahan mereka. Ditokok pula oleh oportunis dari bangsa Melayu yang gagal bersaing secara pilihanraya sebaliknya mengharapkan transformasi politik berlaku menerusi keganasan, masyarakat akar umbi India sebenarnya tidak lebih daripada objek mainan yang boleh diterajang ke sana ke mari.

Namun sehebat mana pun usaha yang dijalankan, tanpa pembabitan Menteri Dalam Negeri untuk menangani masalah keganasan dan kekacauan serta ancaman keselamatan terhadap negara dan majoriti rakyat, segala usaha tersebut bolehlah dianggap sebagai sampah yang dihanyutkan air sungai pada musim tengkujuh!!!

3 comments

PKR DAN DAP BERJANJI MACAM BIASA... YANG PULUN TETAP PAS!!!

Seperti biasa, setiap kali ada pilihanraya kecil yang melibatkan PAS, dua sekutunya, DAP dan PKR akan memberikan janji yang mereka akan berhabis-habisan untuk membantu PAS bagi memenangi kerusi yang dipertandingkan. DAP dan PKR akan memperlihatkan yang mereka adalah sekutu tulen PAS dan usaha PAS untuk memenangi pilihanraya kecil yang disertai bererti usaha mereka juga.

Hakikatnya, itu adalah cerita penglipur lara DAP dan PKR. Dalam apa juga keadaan, PAS akan diperlihatkan sebagai kambing tua yang hanya boleh birahi sedangkan kambing betinanya dikurung di dalam kandang. Hanya embek yang kuat dan akhirnya PAS tergolek sendirian.

Sudah berkali-kali, bermula dengan DUN Bagan Pinang, DAP dan PKR tidak bersungguh-sungguh lagi untuk membantu PAS. Sekalipun DAP kelihatan menghantar taiko-taikonya ke kawasan pengundi Cina, tetapi setakat dua tiga nama itu sahajalah. Jentera kempen pula sepenuhnya adalah jentera PAS. DAP cuma datang tumpang tui.

Dan PKR seperti juga kebiasaannya yang lain, akan mendabik dada mereka telah melakukan segala-galanya, bahkan perbelanjaan untuk kempen sepanjang tempoh berkempen juga, akan didakwa datangnya daripada akaun mereka. Kononnya juga PKR telah bertungkus lumus bahkan lebih bertungkus lumus berbanding PAS sendiri untuk menang.

Itulah dakwaan yang dimainkan oleh PKR dan DAP dalam pilihanraya-pilihanraya kecil lalu di mana calonnya adalah PAS.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah, PAS yang tonggeng terbalik dan kedatangan 'tokoh-tokoh' dari PKR dan DAP untuk berkempen, akan disambut meriah. 'Tokoh-tokoh' ini hanya akan bercakap dan selepas itu berambus. Kalau ditinggalkan pun, hanyalah beberapa kerat ahli mereka, terutama daripada DAP di kawasan-kawasan pekan Cina. Manakala PKR pula, akan terus berlagak sebagai tandey dan mengarah itu mengarah ini sambil bercekak pinggang.

PAS mungkin bersikap jujur terhadap PKR dan DAP, namun kedua-dua parti tersebut tidak pernah bersikap jujur dengan PAS. Azmin Ali marah dengan PAS sebab beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, semuanya ditandingi oleh PAS. Sekalipun pilihanraya berlaku serentak, PKR terpaksa menelan liur dan ludahnya sendiri dalam apa yang dikenali sebagai konsensi Pakatan. Usaha PKR untuk mendapatkan kerusi Merlimau buat Ketua AMK mereka tidak berjaya walaupun si bulat pendek itu sudah pun mewar-warkan dirinya sebagai calon Pakatan di Merlimau jauh lebih awal sebelum PAS buat keputusan untuk meletakkan calon.

Mujurlah juga DAP tidak begitu berahi dengan perebutan kerusi kerana tumpuan DAP adalah di kawasan-kawasan bandar di mana peratusan untuk mereka menang adalah tinggi. Sedangkan PAS dan PKR terutama kepimpinan Melayu PKR terpaksa mengintai peluang dan berebut-rebut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Itu pun belum tentu menang...

Sekaligus ini menjadikan DAP sebagai tuan besar yang memerhatikan kedua-dua kuli bataknya berebut, siapakah yang lebih hebat dan siapakah yang lebih kuat. Untungnya PAS adalah jentera kempen yang lengkap dan melengkapi. PAS juga tidak bergantung kewangan kepada Presiden atau Mursyidul Am yang bertaraf Ketua Umum dalam PKR. PAS mempunyai sumber kewangan daripada ahli-ahlinya yang sentiasa setia dan ketaatan mereka tidak berbelah bahagi.

Yang menjadi masalahnya, adakah PAS akan terus termakan dan menaruh harapan tinggi kepada 'bantuan' yang konon-kononnya akan diberikan oleh DAP dan PKR? Adakah bantuan tersebut sepenuh hati seperti yang diikrarkan, atau sekadar tunjuk muka dan buat kerja lebih kurang, seperti yang sering dilakukan oleh kedua-dua parti terbabit dalam mana-mana pilihanraya kecil yang membabitkan PAS?

Atau tawakkal PAS bahawa kedua-duanya akan mengotakan kata-kata mereka, jauh lebih kuat berbanding tawakal terhadap kekuatan sendiri? Atau sekali lagi PAS tenggelam dalam tawakkal kosongnya terhadap kedua-dua rakan sekutunya, sama seperti sebelumnya?

Merlimau dan Kerdau akan jadi saksi...

4 comments

AMERIKA BAKAL JAJAH LIBYA

Lepas dari mulut harimau terjun masuk mulut buaya... itulah ungkapan yang paling sesuai untuk rakyat Libya yang bangun memberontak dan menentang pemerintahan Muammar Ghadafi. Di sebalik ancaman Ghadafi untuk menghapuskan pemberontakan tersebut dengan cara kekerasan, kini wujud pula masalah lain.

Amerika Syarikat dan beberapa rakan sekutu kuatnya seperti Perancis dan Italy sudah mula berbincang untuk mengambil kesempatan di atas kekacauan dan ketidakstabilan yang berlaku di Libya. Beberapa tindakan termasuklah zon larangan terbang bakal digunakan di Libya dengan alasan untuk tidak membenarkan pesawat-pesawat tempur Libya menyerang orang awam... alasan yang sama digunakan ke atas Iraq ketika penghujung pentadbiran Saddam Hussein sebelum Amerika dan sekutunya menyerang dan memusnahkan negara itu serta menjajah negara itu sehingga kini.

REUTERS melaporkan, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah lain sedang mengkaji beberapa langkah untuk menyukarkan kerajaan Libya sekarang dengan meletakkan sepenuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Libya di atas bahu Ghadafi. Malah laporan tersebut tidak menolak kemungkinan campurtangan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Libya menerusi 'BANTUAN KEMANUSIAAN'.

Amerika Syarikat sudah lama mengidamkan Libya yang merupakan negara pengeluar minyak serta pelabuhan minyak terpenting di utara Benua Afrika selain kedudukan strategiknya bagi sebarang ancaman terhadap Zionis Israel yang menjajah dan menjarah Palestin.

Semakin jelas kekacauan yang berlaku di negara-negara Arab kini semuanya berpunca dan berpangkalan di Washington dalam perebutan dan penguasaan perdagangan minyak. Rantau tersebut merupakan rantau terpenting pengeluaran minyak dunia. Kedudukannya di tengah-tengah laluan perdagangan, menambahkan lagi nilai negara-negara terbabit, termasuklah Yaman yang merupakan antara negara Arab termiskin dalam kelompok negara Timur Tengah.

Hanya dengan alasan DEMOKRASI, umat Islam di negara-negara terbabit dijajah. Hanya kerana kegilaan terhadap kebebasan, umat Islam membenarkan campurtangan asing di negara mereka. Dan kesudahan yang menanti mereka, tidak akan bertambah baik, bahkan menjadikan mereka lebih sengsara sepertimana yang berlaku di Iraq dan Afghanistan serta Sudan.

Itulah harga yang perlu dibayar bagi penggadaian Tauhid kepada politik demokrasi!!!

5 comments

KENAPA GELAKKAN CALON-CALON PAS?

Hasanuddin Salim, 48 telah dinamakan sebagai calon DUN Kerdau yang akan mewakili PAS dalam pilihanraya kecil yang akan berlangsung. Hasanuddin Salim akan berhadapan dengan calon UMNO-BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Hasanuddin merupakan bekas calon yang mewakili PAS dalam pilihanraya umum 2008. Dia kalah di tangan Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dengan majoriti 1,615 undi.

PAS menurunkan Yuhaizad Abdullah, Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin untuk menentang Roslan Ahmad di DUN N27 Merlimau. Roslan Ahmad adalah AJK UMNO Bahagian YANG DILANTIK. Yuhaizad juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Keyakinan tinggi ditunjukkan oleh UMNO untuk mempertahankan kedua-dua kerusi ini pada 6 Mac nanti. Mungkin atas sebab itulah juga, PAS tidak mempertaruhkan jagoan heavyweight mereka di kedua-dua kerusi sekalipun ahli-ahli propaganda mereka mengatakan, PAS mempunyai peluang di kedua-dua kawasan tersebut, terutama sekali di Kerdau.

Namun sesuatu yang agak menjengkelkan ialah apabila calon-calon PAS diperlekehkan dan dilawak-lawakkan sekaligus mengingatkan semula bagaimana UMNO bersikap angkuh, sombong dan bongkak pada 8 Mac 2008 sehingga akhirnya mereka kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen dan kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Setinggi mana sekalipun keyakinan, kedua-dua calon PAS tersebut pastinya mempunyai keistimewaan masing-masing terutama sekali Hasanuddin Salim yang sudah tentu sangat berpengalaman di DUN Kerdau kerana dia pernah bertanding di situ. Setidak-tidaknya, Hasanuddin dan bala tenteranya akan dapat memastikan kawalan ke atas para penyokong selain menambah undi dari kalangan pengundi baru, khususnya pengundi muda dan generasi kedua serta ketiga di tiga buah FELDA di Kerdau.

Begitu juga di Merlimau. Sekalipun dari mata kasar, UMNO boleh menang besar tetapi jangan lupa, pengundi di Merlimau juga terdiri daripada masyarakat Cina. Apa yang pasti, fenomena undi Cina kepada bukan UMNO-BN masih lagi berterusan. Pandangan masyarakat Cina terhadap MCA begitu teruk ekoran kekalahan Ong Tee Kiat kepada Chua Soi Lek dalam perebutan jawatan Presiden. Ditambah pula dengan prestasi buruk MCA pada PRU12, MCA sebenarnya tidak mempunyai harapan besar untuk menggalas tugas mendapatkan undi Cina buat UMNO di Merlimau.

Seperkara yang perlu diingat, UMNO ada masalah di Bukit Katil apabila gagal menjelaskan tentang perobohan sebuah surau dan tadika PASTI bagi membolehkan sebatang jalan yang bengkok dibina di tapak berkenaan berbanding membina sebatang jalanraya lurus hampir setahun lalu.

Bukit Katil terletak tidak jauh dari Merlimau dan cerita tentang perobohan surau dan tadika PASTI itu masih lagi hangat diperkatakan dan disesalkan.

Jangan gelakkan dan lawakkan lawan meskipun lawan kelihatan kerdil, bersenjata kontot atau kelihatan lemah kerana Nabi Daud a.s yang masih kecil telah membunuh Goliath yang agam dan gagah perkasa dengan hanya tiga butir peluru lastik sahaja!!!

5 comments

BILA SI PEMALAS DIJADIKAN CEO... LAGI 5 TAHUN, KULIM HI-TECH TUTUP BISNES!!!

Aku dok dengaq ramai member2 di KTPC dan Sg Petani dok sembang kata Hj Sobri ni memang tak minat membaca. Kalau bab kerja dia mau semuanya simple saja.

Kalau aku tengok repot yg dia minta tu, bukannya tak baik, tapi kalau ini la caranya report kepada Presiden mampus org bawahan dia nak karang. Hangpa nilai la sendiri...

Email THMSO kpd staffnya - Arahan menghantar report bulanan.
------------------------------------------------
Mon 7/12/2010 10:45 AM
From:
Muhamad Sobri Osman
To:
Abd Syukur bin Haji Ahmad; Ahmad Sabki Yusof; Ahmad Shiraz; Annuar Mohd Saffar; Awang Bin Hashim; Husniyah Yahya; Ibrahim Ahmad; Khairul Fithri Osman; Ku Masharizal Ku Mahmood; Maizan Mohd Hassan; Mohammad Azhar; Mustaffa Said; Nazmi Abdullah;Noor Izam Ishak; Nor Salman; Norizan Dollah; Patrick Teh; Shahiran Hassan; Tengku Nasir;Zulkefli bin Ahmad; Abdul Kadir; Ahmad Takiuddin Bin Shuaib; Aminudin; Annuar Mohd Saffar; Anuwar; Azizan; Elleza; Francis Xavier; Ghazali Bin Ahmad; Hasnah; Kadri; Laily Gmail; Mohd Bakry bin Abu Kasim; Mokhtar; Murali; Najmi; Nor Laily Mat Sharif; Nur Azrin;Saidin; Saridun; Saridun Gmail; Shahril; Shaliza; Shaliza Gmail; Suhaimi; Thiagarajan; Wan Sharina; Zaidi; Zaidi Gmail; Zaiton; Zulkefli bin Ahmad
Cc: Aniza Ramli

Subject: Monthly Report

Asslammualaikum dan salam sejahtera

Please submit your monthly report as requested.

As a reminder, please take note on the items listed below:

1. Subject/Title: Monthly Report (June 2010). Name of month will be change accordingly. This aims to ease sorting task.

2. Date of submission: Before 7th every month.

3. Item to report:
a. Trend of achievement
b. Good News
c. Bad News

4. Length of report: Not exceeding 1 page (not more than 1 screen monitor/without scrolling down) - Aku tak tau la apa nak tulis kalau report dari satu GLC yg gah di Kedah kalau dlm 1 mukasurat, dah tu tanpa scroll down. Mungkin senang dia nak copy semua report send terus kat Exco.).

5. Report to who ?
a. All VP/DVP submit to President
b. All managers, AM and relevant head of unit – to submit to your immediate superior and cc to VP and P

Thank you and have a nice day
------------------------------------------------

Aku percaya VP ka DVP ka akan pening nak tulis report. Apatah lagi kalau Manager ka AM ka lagi la berserabut. Kena pula yg ada subordinate ramai. Mampus nak compile report seperti yg diminta "Not exceeding 1 page (not more than 1 screen monitor/without scrolling down)".

Aku ambil contoh salah satu Monthly Report yg sempat aku korek di bawah:

Monthly Report yang dihantar oleh THAMS kpd THMSO.
------------------------------------------------
From: Annuar Mohd Saffar
Date: Tue, Oct 12, 2010 at 10:15 AM
Subject: Monthly Report September 2010
To: Muhamad Sobri Osman

Salam THMSO,

Good News:

1. Pilkington is serious about coming into KHTP Phase 4 by May 2011. Solexel is also coming for the third visit in October 2010. - (Sampai la ni sunyi sepi walaupun dah 3 kali Solexel mai melawat. Ada harapan THAMS pi melawat Milpitas California pulak).

2. Ministry of Finance has indicated that funding of P-VED underRMK-9 Sambungan amounting to RM 2.1 mil is already approved. In actual case, from that RM 2.1 mil., the amount that has not been spent yet is RM 1.0 mil. - (Approved RM2.1 mil. baki yg tak spent RM1.0 mil. Mana pi RM1.0 mil. lagi...?)

3. MITI has requested KTPC to re-submit proposal for continued funding VDP Program, which was previously under MeCD’ s work scope. Last year (2009), KTPC obtained RM 876,000 for this VDP Program.

Bad News

1. RMKe-10 New Funding for Phase 4 Infra, Techno Centre Equipment (RM 25 mil), P-VED (RM 10 mil) and PRISE (RM 1 mil) have been put on-hold for 2011-2012. - (On hold benda2 lagu ni yg buat pelabur malas nak mai KTPC).

Trend/Area of Concerns

1. St Gobain wants RM 10 mil facility built for them for Phase 1 of their project. Otherwise, they will supply glass to First Solar from their plant in Chennai. - (Nak bagi facility lagu mana, KTPC dok lena dan nagnga perabih duit kot lain. Kemudahan asas di dlm KHTP put masih lagi tidak memenuhi kehendak pelabur).

2. Suniva, Miasole, and Solexel are requesting various incentives from MIDA/MITI/MOF. These requests can delay their decisions to come into KHTP. - (Adakah alasan sebegini utk THAMS mencari jln utk melancung lagi kot...?).

END OF REPORT
--
Annuar Mohd Saffar
------------------------------------------------

Inilah Monthly Report datangnya dari seorang Executive Director kepada Presiden. Mungkin terlalu rumit nak compile, THAMS terpasa delay 5 hari utk hantar report yg sepatutnya due date yg ditetapkan oleh THMSO "Before 7th. every month".

Report yg cukup simple sehinggakan kalau aku la selaku Presiden, seolah2 menjadi satu beban bagi aku terpaksa fikir dan menilai mencari2 sejauh mana perkembangan dan pembangunan KTPC telah dicapai.

SUMBER: COPY-PASTE DARI BLOG DAHULU KINI DAN SELAMANYA

5 comments

MALU PUNYA PASAL, AWAL-AWAL LAGI DAH UMUMKAN!!!!

Mungkin menyedari peluang PAS tidak begitu cerah di Kerdau, ditambah pula PKR sememangnya 'tidak kuasa' membantu kempen pilihanraya kecil PAS di Kerdau kerana asyik 'kalah direbut PAS' dalam empat kerusi DUN yang dipertandingkan dalam siri pilihanraya kecil terbanyak dalam sejarah, Setiausaha Agung PKR terpaksalah main taktik kong-kali-kong. Konon katanya, UMNO main taktik kotor dengan mengumpan ratusan ahli-ahli PKR keluar parti dan semua itu akan diumumkan dalam tempoh berkempen sebelum hari mengundi nanti.

Konon-kononnya juga UMNO telah 'mengupah' beberapa Ketua Cabang untuk 'memurtadkan' ahli-ahli PKR dengan imbuhan ribuan ringgit seorang. Susulan itu, tindakan tegas akan diambil oleh PKR bagi mana-mana ahli parti yang bersubahat untuk memurtadkan ahli-ahli PKR.

Itu cerita Saifuddin Nasution yang sudah mati akal apabila melihat partinya semakin hari semakin melingkup... mujur juga Saifuddin Nasution memegang dua kerakyatan (kalau dia belum keluar dari PAS). Setidak-tidaknya apabila PKR lingkup dan bungkus, dia sudah ada tempat dalam PAS dan apabila PAS bungkus kerana menerima orang sepertinya, dia boleh pula menyeberang masuk KITA atau paling tidak pun, buat muka sedih dan isi borang keahlian UMNO semula.... macam biasa!!!

Apa yang berlaku sebenarnya ialah perpecahan di kalangan akar umbi PKR di Pahang sememangnya bukan rahsia lagi. Anwar Ibrahim secara tersirat telah pun mengisytiharkan peperangan dengan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan kerana memalukan kekasihnya, Azmin Ali. Fauzi Abdul Rahman, sang serigala lapar yang masih mengintai ruang, berusaha mengumpul kekuatan untuk kembali merampas tempat lamanya ketika dia masih Ketua Bahagian UMNO Kuantan dahulu.

Ahli-ahli PKR Pahang tidak lagi perlu menunggu Kerdau untuk keluar parti kerana ramai daripada mereka yang telah pun berbuat demikian. Sama ada menjadi ahli PAS, kembali menjadi ahli UMNO atau pun menamatkan pembabitan aktif mereka dalam politik kepartian.

Bahkan Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota pun sudah beberapa kali membayangkan kebosanannya dalam politik PKR Pahang. Perseteruannya dengan Fauzi Abdul Rahman Pengerusi PKR Pahang, bukan lagi perkara yang boleh disorok-sorok.

Setakat menyalahkan UMNO untuk KEMAMPUSAN PKR di Pahang, rasa-rasanya tidak ramai lagi yang boleh telan alasan sebegitu. Pemilihan jawatan dalam parti yang dilangsungkan sebelum ini pun sudah cukup untuk membuktikan PKR sememangnya tidak punya ahli lagi.

Dan kerana masih mahu menunjukkan serta membuktikan kepada PAS bahawa PKR masih kuat, Setiausaha Agung PKR itu terpaksa berhelah dengan menjadikan UMNO sebagai kambinghitam. Jadi, kalau PKR kurang membantu PAS di Kerdau, faham-fahamlah bahawa ahli-ahli PKR telah disogok oleh UMNO...

Alasan basi daripada SEEKOR KATAK BERMUKA KETAK-KETAK!!!

2 comments

MACAM BIASA.... MENJELANG PRK

Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE


0 comments

BAHAN KEMPEN UNTUK PAS DI KERDAU!!!

CADANGAN BUAT JENTERA PILIHANRAYA KECIL DI KERDAU...

INI BAHAN-BAHAN BERGAMBAR YANG BOLEH DIJADIKAN KEMPEN PAS DI KERDAU BAGI MERAMPAS KERUSI TERSEBUT DARIPADA UMNO. SEKALIPUN ADNAN YAAKOB BUKANLAH CALONNYA, TETAPI BOLEH JUGALAH MEMANDANGKAN DIA ADALAH PENGARAH PILIHANRAYA KECIL UMNO DI KERDAU...

KALAU GAMBAR DI ATAS TAK BAGUS... HAAAAA, YANG DI BAWAH TU SANGAT SESUAI..

KALAU GAMBAR PUN TAK BAGUS JUGA, KLIP VIDEO INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN TERUTAMA DALAM BLOG DAN FACEBOOK...


AMBILLAH... SEGALA-GALANYA PERCUMA...

JANGAN LUPA UNTUK BUAT POSTER BESAR-BESAR... BUNTING PUN JANGAN LUPA. KALAU PERLU, BUAT SEKALI IKLAN DI HARAKAH DAILY DAN HARAKAH... JANGAN LUPA UNTUK MASUKKAN KE SELANGOR TV DAN MANA-MANA PORTAL BERITA YANG BERPIHAK KEPADA PAS....

SELAMAT MAJU JAYA!

6 comments

Thursday, February 24, 2011

KALAULAH KERJA DAKWAH SEPERTI DAKWAAN PAS, ALANGKAH MUDAHNYA!!!!

Thursday, February 24, 2011

Orang tabligh,

Ntah sape la yang bagi nama,

Sedangkan kita sumer kan sama,

Umat Nabi s.a.w semuanye,

Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,

Nabi dah xde,

Kalau kita tak buat, sapa pula?

X kan la keje ustaz dan ulama saja,

Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,

Lari!! Lari!! Orang Tabligh dtg,

Yang tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,

Yang tadi segar bugar dah tido terlentang,

Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,

Heh... betul kata orang,

Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,

Ajak keluar khuruj,

Bukannya nanti tak pulang,

Yang baru dapat gaji pun kata takde duit, nak bayar hutang,

Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain pulak datang,

Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,

Heh, dakwah ni takat cakap je memang la senang,

Cuba buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,

Lain la kalau ajak pada dunia,

Bondong-bondong orang datang.


Orang Tabligh,

Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,

Jumpa sumer orang tak pilih bulu,

Dari ustaz sampai ke kutu,

Sume nak ditemu, nak diajak kepada Allah Yang Satu.


Orang Tabligh,

Jalan bawak periuk belanga,

Dipandang orang takat sebelah mata,

Dituduh jahil, tinggal dunia perkara biasa,

Walaupun kekadang pedih gak telinga,

Nabi dulu2 pun selalu kena,

Dituduh dusta, dipanggil gila,

Itu Nabi, apatah lagi kita,

Yang banyak salah, yang banyak dosa,

Takpe2, Allah kan ada, Yang Maha Mengetahui, yang mana intan yang mana kaca.


Orang Tabligh,

Kekadang buat silap... adat la manusia,

Memang tengah nak belajar2 tiru sahabat (r.anhum) yang dah terbukti berjaya,

Terpancung, terlaser... sori, bukannya sengaja,

Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambik masa,

Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.


Orang Tabligh,

Ada kat mana2, kat US, Afrika, kat Israel pun ada,

Dari petani, engineer, sampai la raja,

Pelbagai adat, perangai beza2,

Tapi bleh makan dalam dulang yang sama,

Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,

Bila nak berpisah... isk2... kluar plak air mata.


Orang Tabligh,

Nak hidupkan sunnah Nabi,

Janggut, jubah, seluar atas buku lali,

Kalau nak diikutkan, memang ader banyak lagi,

Kekadang tu kena gak perli,

“Kita skang kan di zaman IT”

“Tak main la sunnah2 nih!”

Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,

Kang menyesal esok, sapa yang rugi? Kan diri sendiri...


Orang Tabligh,

Manusia biasa, ada hati,

Sedih bila diperli,

Sakit bila dimaki,

Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,

Kalau nak ikutkan hati, memang nak duk rumah,

Bergurau dengan bin, or ajak anak main lari2,

Or layan PS2 sampai pagi,

Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,

Kena korban lagi dan lagi, Yela... hidup ini kan Cuma sekali,

Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan),

Bila lagi?


Orang Tabligh,

Malam2 doa hidayat,

Fikir risau, camne nak selamatkan ummat,

Supaya di akhirat sok semua selamat,

Orang sekarang ingat hidayah bleh senang2 dapat,

Tak perlu susah2, tak perlu keringat,

N tak mahu plak jumpe masyarakat,

Jus bz buat ibadat,

Kalau camtu xde la kita ni ‘The Best Ummat’.


Orang Tabligh,

“Apsal la ulama India yang jadik ikutan?”

Mmmm... kan Nabi dulu dah pesan,

Sape saja yang bawa kebenaran,

Tak kisahla orang Arab ke bukan,

Sume kena bagi sokongan,

Yang Allah pandang bukan luaran tap kan Iman,

Bab mazhab jangan bimbang, still sendiri punya pegangan,

So x jadik masalah la kan?


Orang Tabligh,

Ajak keluar 3 hari,

“I can’t go... sorry!”

Yang dah kahwin tak nak berenggang dengan isteri,

Yang si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,

Berderai2 air mata keluar macam air pili,

“Kalau abang nak gi jugak, antar saya balik kampung esok pagi!!”

Heh, orang laki memang lemah bab air mata nih,

Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,

Yang dadi josh (bersemangat) tak ingat pun,

Jadik lemah seluruh sendi, Kes2 camni memang banyak terjadi,

Blh tengok dgn mata kepala sendiri.

Tapi kalau bab dunia (cth: kursus naik pangkat)

“No prob... anytime kami ready!”

Si isteri lambai pemergian suami dengan wajah berseri2,

Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,

Wife mana la yang tak happy,

Heh... ni la realiti, bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,

Bab akhirat, masing2 buat tak kesah, tak ambil peduli....


Ya Allah! Selamatkanlah kami!


Sumber oleh: Hamka

http://pakarhowto.com/luahan-hati/sajak-orang-tabligh.html

Nota The Flying Kick:

Itu cuma keluar nak ajak orang sembahyang jemaah. Cuma jihad kukuhkan ukhwah dan pereratkan silaturrahim ummat menerusi kerja ziarah. Tapi ada yang kata, itu tak penting. Yang penting, masuk PAS atau mana-mana parti politik, boleh ubah perlembagaan negara dan semua orang Islam akan beriman secara automatik...

Kalau nak solat jemaah pun liat dan banyak helah sampai mengkafirkan orang yang mengajak, kalau kuatkuasakan undang-undang pun, ada sesiapa yang peduli? Datang dari mana iman dan taqwa kalau bukan kerana TAUBAT, ZUHUD, TAWAKKAL, REDHA, SABAR, UBUDIYYAH, KHAUF, AR-RAJA’ dan MAHABBAH?

Letak semua perkara tersebut adalah di hati, bukannya pada parti politik yang kononnya memperjuangkan Negara Islam!


3 comments

NAK TERJUN? TERJUNLAH... NANTI DAP BUAT SURUHANJAYA!!!!

Orang yang hendak terjun dari tingkap di Plaza Masalam ini sebenarnya sangat terkenal kalau anda seringkali mengikuti pelbagai peristiwa politik di Selangor. Dia tidaklah berjawatan di dalam parti yang disertainya, tetapi dia sangat aktif terutama dengan jawatan Timbalan Presiden NGO yang disertainya.

Yang pastinya, orang ini sebenarnya adalah bekas PENJILAT ANWAR IBRAHIM YANG TEGAR dan kini telah pun meninggalkan peliwat Azizan Abu Bakar itu! Khabarnya inner-circle juga, terutama sebagai pencacai untuk BERBOHONG tentang 6 kotak misteri yang sebenarnya hanyalah sebuah fail cabuk yang tidak ada kena-mengena dengan dakwaan rasuah yang Anwar Ibrahim selalu war-warkan sewaktu kempen Reformasi 1998-1999 dahulu. Hanya setelah mengetahui bahawa 6 kotak rahsia tersebut sebenarnya hanya wujud dalam cerita dongeng Anwar, orang ini meninggalkan Anwar dan Ezam Mohd Noor.

Ezam Mohd Noor beberapa tahun kemudiannya turut meninggalkan Anwar Ibrahim!

Agak menarik apabila namanya pernah 'naik' dalam hierarki kanan Pemuda UMNO Selangor tetapi seperti biasa, pencantas-pencantas di dalam UMNO segera mencantasnya. Begitu juga Presidennya. Kalau tak salah, jawatan Presidennya yang terakhir adalah Setiausaha di salah satu bahagian UMNO yang kerusinya dimenangi oleh PKR. Dicantas bukan kerana tak boleh bekerja, tetapi kerana lebih menonjol berbanding Ketua Bahagiannya!!!

ORANG INI menjemput sekalian rakyat Selangor untuk beramai-ramai ke pidato/rapat umum yang akan diadakan secara besar-besaran pada 25 Februari ini bersamaan dengan hari Jumaat jam 8.45 malam. lokasinya adalah di pekarangan Dewan Tabika KEMAS, Jalan Serdang 18/15C, Seksyen 18, Shah Alam.

Antara pemidato yang dijangka hadir adalah Ummi Hafilda Mohd Ali (adik dan musuh ketat Azmin Ali serta Anwar Ibrahim), Abdul Ghani Haroun (bekas tahanan ISA juga bekas kawan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim), Ng Lum Yong (pengasas Parti Keadilan Nasional 98, bekas reformis dan bekas kawan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim)

Dan ORANG INI juga memberitahu, sesiapa yang mahukan tapak perniagaan secara PERCUMA di tempat pidato serta rapat umum tersebut, bolehlah menghubunginya di nombor 019-3682664.

Namanya adalah WAN INDERA PUTERA atau lebih dikenali di kalangan sahabat-sahabat sebagai WIP!!!

Pastikan dia tak buat kerja gila dan kemudian satu lagi suruhanjaya diraja terpaksa diadakan!!!

1 comments

AKIBAT MENTERNAK PELAJAR-PELAJAR BENGONG!!!!

Pergaduhan tercetus. Perasaan tak puas hati sebab keputusan pilihanraya kampus ditarikbalik dan dibatalkan. Perasan macam bagus sangat dengan berpilihanraya. Konon-kononnya itu adalah untuk bekalan masa hadapan kerana mahasiswa adalah bakal pemimpin masa hadapan.

Yang jadi masalahnya, pelajar-pelajar yang BENGONG dan BAHLOL kerana seronok berpolitik layak ke jadi pemimpin? Takkanlah rakyat sebodoh mereka untuk memilih pemimpin BANGANG yang belajar pun kerana subsidi dan kerana hak keistimewaan Melayu bukan kerana merit? Takkanlah rakyat pada masa hadapan akan bergantung kepada pemimpin yang mengharapkan subsidi, biasiswa dan bantuan kerana mereka Melayu dan Bumiputera?

Konon-kononnya nak ikut sangatlah para pelajar di negara barat. Negara barat, ada pilihanraya kampus. Malaysia pun nak buat juga. Negara barat ada kebebasan bersuara dan kebebasan segala-galanya termasuk mengawan di hujung padang, pelajar-pelajar di Malaysia pun teringin nak buat perkara yang sama.

Cuma para pelajar di negara barat mampu bentang kertas kerja yang bagus, pelajar-pelajar di Malaysia hanya harapkan copy-and-paste. CGPA tak sebaik mana pun, tapi bab politik bukan main lagi berapi-api sampaikan ada gimik kehilangan misteri!

Kerajaan sebenarnya menyediakan mahasiswa yang bangang dengan membenarkan politik kampus menjadi satu kebiasaan. Para pelajar universiti tidak harus dilayan seperti orang dewasa kerana mereka adalah pelajar. Tugas mereka adalah belajar bukannya bermain politik. Mana-mana pelajar yang sibuk sangat nak berpolitik, sila campak keluar dari universiti awam dan berikan tempat mereka kepada pelajar lain yang hendak belajar dan mempunyai merit tetapi tidak berjaya masuk kerana kuota.

Tiada gunanya MENTERNAK MANUSIA SEPERTI ANWAR IBRAHIM, HISHAMUDDIN RAIS dan beberapa nama yang lain kerana mereka bukan sahaja tidak cemerlang dalam pelajaran, bahkan mereka tidak cemerlang dalam segala bidang, kecuali TEMBERANG dan BERPOLITIK!!!!

8 comments

Blog Archive

Labels