Agama ialah satu cara hidup yg mempunyai prinsip2 yg mana membawa manusia ketahap kesempurnaan.
Didalamnya terkandung satu keyakinan..keyakinan yg betul yakni kita kabornya iman. Terkandung didalamnya pengamalan yg kita kabor amalan2 agama.. Keyakinan yg salah akan rosakkan amalan, amalan yg rosak akan merosakkan manusia dan membantut manusia trsebut mencapai kesempurnaan.
Agama memberi panduan pada manusia agar tempoh masa kehidupannya yg sementara didunia ni memberi munafaat yg terbaik dan sempurna pada dirinya, keluarganya, dan masyarakat disekelilingnya..munafaat2 ni dikaborkan sebagai pahala ataupun ganjaran2 yg baik. Kesudahan yg baik menanti pada manusia yg beragama.
Mereka yg beragama akan hidup dalam kemuliaan, kebaikan, dan penuh bermakna tak kira apa bangsanya, professionnya, latar belakangnya..kaya atau miskinnya...brpangkat atau tidak..berkuasa atau tidak..kuat atau lemah. Dalam apa suasana dan keadaannya berada atau tercampak..dia umpama raja dan merdeka!!
Agama dan politik...agama tidak perlukan politik atau kuasa politik utk menentukan jatuh atau bangunnya agama..makmur atau merosotnya agama.
Agama dan politik..politik perlukan agama utk terus makmur atau terlungkup menyembah bumi.
Tiada satu kuasa kerajaan pun didalam dunia ni dari sejak Adam as sehingga kiamat yg berkuasa majukan atau hancurkan agama..
Tapi sudah beribu2 kuasa kerajaan telah musnah..beribu2 kaum dan bangsa telah musnah..tamaddun manusia telah musnah bila musnahnya dalam agama.. ni kita leh lihat dalam sejarah.
Kerajaan Firaun, Namrud, ROm dan Parsi telah musnah kerana agama..walaupun telah ribuan tahun menguasai manusia. Dimusnahkan oleh manusia2 yg kerdil yg didalam diri mereka ada agama.
Agama bebas dari segala sesuatu termasuk lah kuasa politik dalam menentukan jatuh dan bangunnya..ianya hanya bergantung pada manusia sejauh mana ia menghargai dan mengamalkan agama.
Sebab tu tiap hujung tamadun manusia..Allah swt utuskan nabi2Nya menyeru manusia padaNya, taatiNya dan jauhi larangan2Nya. Allah swt tidak hantar kerajaan yg amat berkuasa atas maksud ini.. ..leh dikatakan keseluruhan nabi2Nya hanya berbekalkan iman dan taqwa...bukan berbekalkan bala tentera yg besar atau kekayaan yg melimpah ruah.
Sulaiman as mewarisi kerajaan bapanya Daud as dan diluaskan lagi oleh Allah swt sehingga menguasai sekelian makhluk yakni binatang2 didarat dan dilaut, jin, angin dsb..Tetapi tetap yg mengekang sekelian kekuasaan ini ialah kerana agama yg ada didalam diri Sulaiman as.
Kewafatan Sulaiman as, wafat jugalah agama dalam dirinya..kini kerajaannya yg besar hanya diturunkan sebagai satu hikayat, ianya tidak kekal. Jika keutuhan agama adalah brsebabkan kuasa kerajaan/kuasa politik maka sudah tentu kekalnya kerajaan Sulaiman sehingga hari ni..tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya.. Kerajaan Sulaiman as telah lupus dan hilang, seolah2 tidak pernah wujud.
Agama mati brsama wafatnya Sulaiman as..gitu juga kerajaannya.
Agama Islam..ternyata tersebarnya keseluruh dunia kerana hasil usaha pengorbanan nabi saw dan para sahabat ra. Agama Islam masih kekal hingga ke hari ni kerana masih ada orang yg mengamalkannya..kerajaan2 yg kononnya memelihara agama Islam satu demi satu telah jatuh dan luput ditelan oleh zaman. Dari kerajaan khulafak arrasyidin, Umaiyyah, Abbasiyah, Ottomaniah dll..satu demi satu telah jatuh dan musnah sedangkan Islam masih kekal hingga kehari ini.
Islam masih kekal kerana masih ada yg mengamalnya...makin sedikit yg amalkannya makin lemahlah Islam. Walaupun ada macam2 jenis kerajaan, kekayaan yg melimpah2..sedikit tak dapat bantu Islam utk makmur, jika manusia enggan amalkan Islam.
Gitu juga parti2 politik didalam dunia ni..sekali2 tidak mampu utk bangunkan Islam ngan kuasa politiknya, gunalah segala kekuatan yg ada..pasti dan pasti tiada lah mampu.
Kerana agama bukan ditegakkan ngan kuasa politik..agama ditegakkan ngan semayang, dan semayang ialah tiang2 agama..hadis nabi saw jelas tentang perkara ini..mahfumnya..sesapa yg dirikan semayang dia telah tegakkan agama, sesapa yg tinggalkan semayang ia telah runtuhkan agama...
Dan secara simboliknya..utk tegakkan semayang, azan dilaungkan..dan doa selepas azan dilaungkan ialah mahfumnya.." azan adalah seruan atau dakwah yg sempurna"..
Utk gerakkan manusia tegakkan agama ialah pastikan manusia dirikan semayang..dan utk usahakan manusia semayang, usaha dakwah kena digerakkan..
Hudud, sistem ekonomi Islam, atau apa2 sistem kita ingin Islamkan..malah negara Islam..hanya leh ditegakkan dan diletakkan pada tempat sewajarnya jika tiang2 agama ni kukuh dan tegap..
Politik tidak ubah manusia..malah kerakusan politik leh hancurkan manusia dan kehidupannya.
Hanya agama saja menjanjikan perubahan manusia..bukannya politik.
Pembahuruan2 yg dituntut oleh penduduk2 mesir, tunisia, libya dan mana2 negara jadi satu impian sahaja..dan mungkin leh jadi satu "nightmare" saja..
Pembahuruan politik sebenarnya ada pada setiap manusia..bukan pada kerajaan mana2 pun. Ianya hanya leh diterokai dan dimunafaat sepenuhnya apabila manusia trsebut amalkan agama..
Jadi jgn letakkan harapan dan usaha yg salah..kehidupan kita singkat, dan usahlah buat kesilapan yg kita akan kesali buat selama2nya. Dan usahlah menipu manusia, yg parti kita dan kuasa politik leh suburkan dan jaminkan agama dalam diri manusia..usah beri harapan yg sia2.
-
aa