
Apabila ada mufti atau tokoh-tokoh agama yang mengeluarkan kenyataan menyokong PAS, maka berduyun-duyunlah para pencacai sekalian menggunakan kenyataan mufti tersebut. Akan dilambung ke langitlah jawabnya tokoh-tokoh agama berkenaan kerana memperlihatkan betapa benarnya PAS. Tetapi apabila ada tokoh-tokoh agama yang mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menyokong PAS, bahkan memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti jumud yang dipenuhi oleh para pemimpin dan ahli-ahli yang melihat DAP lebih mulia dari UMNO atau BERJASA, atau HAMIM atau AKIM atau PBB atau mana-mana parti politik yang Melayu-Islam adalah ahli teramainya, maka mereka akan dihina dan diperlekehkan. Bahkan sehingga tahap intelektual mereka sendiri pun dipertikaikan.
Alasan para pencacai ialah, mana yang lebih penting iaitu antara kekuatan pegangan umat Islam atau jumlah ahli umat Islam. Benchmark yang mereka berikan ialah, PAS adalah dianggotai oleh umat Islam yang sangat kuat pegangan agamanya. Segala yang melambangkan kekuatan pegangan, ketakwaan dan keimanan, telah diberikan 1000% kepada PAS!!!
Bandingan yang mereka buat ialah 313 tentera Badar berjaya mengalahkan 1000 orang Musyrikin Quraisy. Sebab kejayaan Tentera Badar adalah kerana kekuatan pegangan agama mereka.
Yang mereka tidak ceritakan tentang Tentera Badar ialah, kekuatan ahli-ahli Badar itu ialah kepada Allah dan Rasul, bukannya kepada politik dan mencari kuasa seperti yang berlaku kepada para pemimpin PAS. Bahkan antara salah satu sebab Syaidina Umar Al-Khattab r.a menggugurkan Syaidina Khalid Al-Walid r.a daripada menjawat jawatan Panglima Tentera Islam, ialah kerana amalnya.
Itu zaman para Sahabat r.a yang menerima didikan terus daripada Rasulullah s.a.w. Pada zaman fitnah sekarang, sebesar biji sawi pun, tidak mungkin dapat menyamai amal mereka, walaupun nama yang dibandingkan itu adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bahkan kalau dibandingkan antara Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nu'man, si penghibur Rasulullah s.a.w yang pernah 'menjual' Rasulullah s.a.w kepada seorang peniaga unta, pun bagaikan langit dengan bumi jaraknya.
Hanya kerana Dr. Juanda menamakan mereka yang menentang penyatuan dan perpaduan umat Islam sebagai pengkhianat, maka menderu-derulah puak berkenaan meletakkan label bodoh kepada Dr. Juanda. Masing-masing mula memetik hadis dan ayat-ayat al Quran untuk menyokong hujah.
Sedangkan antara perkara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada umat Islam ialah penyatuan dan perpaduan sekalipun di kalangan umat Islam itu sendiri ada yang sangat kurang amalnya, ada yang sangat kurang ilmunya, dan sebagainya.
Bani Umaiyyah menguasai Andalusia selama lebih 800 tahun bukan kerana kekuatan seperti yang diperkatakan oleh para pencacai Pakatan Rakyat. Kegemilangan tamadun dan ilmu Islam pada abad ke-8 hingga abad ke-12 bukanlah kerana alasan yang diberikan. Kejayaan intelektual Islam pada zaman keemasan tamadun Islam, bukan kerana tidak ada judi, tidak ada rumah urut, tidak ada rasuah, tidak ada penyelewengan dan sebagainya.
Begitu juga kejayaan Bani Fatimiyyah mewujudkan universiti tertua di dunia iaitu Al-Azhar, bukan kerana alasan yang para pencacai Pakatan Rakyat ciptakan, bahkan kebanyakan khalifah Fatimiyyah itu sendiri adalah SUNDEL BOLONG yang berfahaman muktazilah dan Syiah Rafidah!!!
Islam yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w bukan dalam bentuk parti politik. Sebaliknya fasa pertama ajaran Rasulullah s.a.w adalah individu. Kekuatan iman dan taqwa seseorang individu merupakan kekuatan Islam secara alami. Dan kisah rumah Abi Al-Arqam sewajarnya menjadi pedoman bagaimana yang berasa mereka sudah cukup Islamnya, mendidik umat Islam yang Islamnya hanya pada Syahadah Lisan dan bukan qalbi dan fi'li!!!
Ternyata para pencacai Pakatan Rakyat sudah berasa mereka terlalu hebat sehinggakan apa-apa sahaja panggilan untuk perpaduan dianggap sebagai panggilan jalang di muka pintu berlampu merah. Sudahlah mereka MENGKAFIRKAN dan MENGKHURAFATKAN Nabi s.a.w dengan menafikan kewujudan SUMPAH MUBAHALAH menerusi ayat 61 Surah Al-Imran, sekarang, mereka membodohkan pula seorang manusia yang cuba menyeru perpaduan di kalangan ummah!!!
Barangkali ummah pada kefahaman pencacai Pakatan ialah ahli-ahli PAS, PKR dan DAP semata-mata!!!!
Anda tidak salah kalau anda tidak bersetuju dan mendiamkan diri. Tetapi apabila anda bersuara dan beria-ia berkempen bahawa perpaduan antara ummat Islam adalah salah dan bodoh, maka anda layak untuk dikecai-kecaikan dan daging anda dijadikan makanan untuk anjing-anjing terbiar di tepi jalan!!!!