Mahfum hadis..."Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan."
Hadis ni selalu diwar2kan dalam usaha mencari "downline" dan menggalakkan org2 melayu utk libatkan diri dalam perniagaan atau "melabur"dalam perniagaan yg disyorkan..
Tapi......kenapa banyak yg bermasalah?
Hadis tak mungkin silap..jadi dimanakah silapnya?
Pada pemerhatian aku..silapnya ialah kefahaman. Kita tersalah faham bahwa perniagaan leh bawa kekayaan!! Yg leh datangkan kekayaan ialah Allah swt..dan jalan2nya ialah amal dalam perniagaan trsebut.
dikaborkan mahfumnya..mereka yg tidak dilalaikan ngan perniagaannya dalam mentaati perintah2 Allah swt akan masuk kesyurga tanpa hisab....satu anugerah dan janji yg sangat besar sekali!!!
Juga..melebihkan timbangan juga satu amal yg dialu2kan dlm perniagaan..ni adalah muamalat yg menunjukkan akhlak dan budi pekerti yg mulia..melebehi timbangan juga adalah satu sedekah, yg mana sedekah pula akan digandakan oleh Allah swt akan balasannya didunia dan disediakan ganjaran yg besar diakhirat kelak.
Meringankan pembeli..yakni menjual pada kemampuan pembeli kerana sangat2 memerlukan pada harga yg rendah atas kemampuan pembeli..satu kebaikan yg sangat besar!!
Senyuman..kata2 yg manis..ni juga satu amalan.
Berbanding ngan keja makan gaji..masa dan tenaga adalah milik majikan, harta2 pejabat/kilang adalah milik majikan..terlalu banyak perkara yg mana leh menyusahkan diri kita diakhirat kelak.
Jika brniaga sendiri..harta dan masa adalah bawah jagaan sendiri!!
Dan ..kabornya nabi saw dan para sahabat yg utama bila brniaga tidak brhutang ngan sesapa, brniaga ngan apa yg ada!! Kerana amalan dan akhlak yg utamakan kepuasan pelanggan kerana Allah swt..menyebabkan perniagaan mereka maju..Jujur dan amanah juga menjadi ciri2 mereka.
Kini..kononnya kita brusaha "buy last other than Malay" atau utamakan peniaga2 Melayu tapi peniaga2 Melayu tidak amalkan sifat2 sedemikian. Aku percaya jika org2 Melayu amalkan agama dalam perniagaan bukan saja org2 Melayu akan datang malah org2 lain juga akan brlumba2 dan suka utk brniaga ngan org2 Melayu dan menjadi pelanggan.
kata2.."tak menipu tak leh dalam berniaga", patutnya langsung tidak pernah wujud dalam pemikiran org2 Melayu.
Bila trlebih timbangan, segera dikurangkan dan memastikan tepat2 timbangan trsebut..
Yg paling angin sekali... "tak de duit kecik ke, bang?" ngan muka masam dan tension..kita yg jadi pelanggan pulak rasa bersalah..
Kita tak perlu brsaing atau brmusuh..tapi belajarlah dan hayatilah cara2 nabi saw brniaga, para sahabat berniaga dan mereka2 yg trdahulu ngan kita..
Kata2 bahwa Melayu ni tak pandai brniaga..kata2 negatif ni pun tak betul, walaupun ianya telah trpahat kukuh dalam diri kita..bayangkan sebelum kedatangan org2 cina, org2 putih, org2 lain keTanah Melayu..selama beribu tahun sebagai empayar yg disegani dan dihormati, sapakah yg jalankan perniagaan ketika itu?
Jika niat kita nak berniaga pasal nak kaya..tukarlah niat trsebut!! Niatlah utk beramal dan nak buat kebajikan semata2..yg kayakan kita ialah Allah swt, yg tetapkan hati2 org utk brurus niaga ngan kita ialah Allah swt..nak datangkan keuntungan pun Allah swt..so sukakanlah Allah swt ngan menjaga amal2 dalam perniagaan.
Gitu juga kata2.."kalau tak de kabel","kalau tak de org dalam"," kalau tak bagi sikit "processing fee", komisen ", "kalau bukan kroni"..maka susahlah!! ianya satu tekanan pada peniaga2, kerana peniaga pada rasminya kena ada hubungan baik ngan semua golongan..pembeli, pembekal, pekerja, dll.
Padahal hakikatnya..org brniaga kena mesra dan berkawan ngan semua orang..bagi hadiah pada org lain kerana Allah swt juga digalakkan..ianya merapatkan siratulrahim. Jika niat bagi hadiah, dan berkawan kerana nak dapatkan projek dsb, ubahlah niat trsebut!!
Jika berhutang..walaupun atas bantuan TEKUN, PUNB, MARA, dll..hendaklah niat utk bayor..bukan niat, ahh duit kerajaan adalah duit rakyat yakni duit kita. Dikaborkan sesapa yg brhutang ngan niat utk bayor balik, nescaya Allah swt akan bantu dia bayor kembali. Tapi jika niat nak belasah, maka tiada jalan baginya utk bayor!!
Tak jaga semayang, tak bayor zakat, tak jaga amalan2 yg lain..tak jaga kebersihan ngan sangkaan ahhh org2 Melayu mesti tolong kita..ni adalah fahaman yg silap. Jika servis kita kurang baik dsb..tentu org2 melayu dan org2 Islam yg lain tentu cari peniaga bukan Islam.
Betulkan cara kita berniaga...nescaya kita akan kembali kuasai ekonomi kita. Kerajaan hanya leh bantu..tapi yg nak berjayakan kita menguasai ekonomi ialah kita sendiri. Tak kira le apa jua bantuan, grant dan macam2 subsidi semuanya ibarat mencurah air didaun keladi..jika kita tak ambil sikap sebenar org2 Islam berniaga!!
Org2 kapir tak pandang..zikir kita yg riban2, semayang malam, semayang brjemaah, dahi hitam bekas sujud, dsb..tapi memandang pad akhlak kita. Jika kita berebutkan kekayaan bagaikan anjing berebut tulang, apa istimewanya kita disisi Allah swt dan dimata org2 kapir!! malah dikalangan org2 Islam pun hina..
sekadar..citer2 je. Semoga ada faedahnya..
-aa