Anugerah Tuhan pada manusia..satu golongan sebagai petunjuk dariNya yakni para ambiya' as..dan satu golongan lagi adalah sebagai ujian2Nya.
Spt utk ummat akhir zaman..Isa Al Masih as adalah sebagai satu anugerah Tuhan pada ummat akhir zaman sebagai hidayat2Nya/petunjuk2Nya..sedangkan Dajjal AlMasih pula sebagai ujian dariNya.
Dajjal AlMasih merupakan ujianNya yg terbesar pada ummat akhir zaman..
Sebelum datangnya kedua2 AlMasih ni..akan didatangkan dulu perintis2nya.
Semoga kita semua berhati2..dan sentiasa dilindungiNya dari pembawa2 ujian2Nya dan didorongkan pada pembawa2 petunjuk2Nya.
________________
Baru2 ni aku tengok TV pasal mengenang kembali salah satu lagenda Tanah Melayu..yakni Tan Sri Dr P Ramlee..
Sumbangannya pada negara dan perfileman Melayu amat2 lah besar sehingga tiada tolok bandingnya dizamannya hingga kini..Karya2nya terus menerus mendapat pujian dan kehormatan dari pencinta2 seni tempatan dan diluar negara!!
Kesungguhannya, pengorbanannya, usaha2nya memang tiada bandingan..nampaknya perumpamaan "patah tumbuh hilang berganti" masih lum trpakai bagi pihaknya. Sehingga kini tiada pengganti baginya dalam bidang seni negara!! Jika ada yg ngaku sudah sampai tahapnya, kita leh kabor..kamu siok sendiri je ler yeob oiii..
Dari segi kepempinan negara..rakyat2 Malaysia yg tahu ..sehingga kini memandang tinggi Tun Abd Razak, Tun Dr Ismail dan masih merasa ketiadaan mereka tiada dan lum berganti..
Tun Mahathir yg masih hidup ni juga..disebut2 oleh semua lapisan masyarakat..sebagai tokoh yg tiada gantinya jua.
________________________
Setakat kebolehan yg umum dan biasa..betullah perumpamaan "patah tumbuh, hilang berganti" leh diguna pakai..
Tapi mereka2 yg mempunyai tahap keikhlasan, kesungguhan yg tinggi..biasanya satu tu je..tiada sebelumnya dan tiada juga selepasnya.
__________
Begitu juga mereka2 yg unik jahatnya, kejamnya..spt Firaun, Qarun, Namrud..golongan ni juga tiada sebelumnya dan selepasnya..
Jika ada..hanya ada sikit2 je.
________________
Tapi kabor si isteri Anwar, PAS, dan ahli2 PKR..Anwar adalah anugerah Tuhan pada rakyat Malaysia..
Bagi DAP, memang mereka akui, Anwar umpama satu hadiah yg besar pada mereka..kerana berjaya menguasai Perak, Selangor, dan Pulau Penang dan nampaknya berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu... Perak dan Selangor hampir2 je mereka leh jadi Menteri Besar..
Dan hadiah yg paling besar Anwar berikan pada DAP ialah PAS!!! PAS berjaya ditundukkan untuk DAP..
Dan hadiah yg teramat besar yg bakal dihadiahkan oleh anugerah Tuhan ni, ialah Putrajaya pada DAP..walaupun atas nama PAKATAN..umum ketahui bahwa PAKATAN ialah DAP, lebih2 lagi PKR telah dibatalkan pendaftarannya..
Usaha meletakkan calon2 Melayu bagi pihak DAP..adalah satu strategi yg baik!! DAP benar2 telah kaji dan memahami org2 Melayu..mereka tahu ada golongan2 Melayu yg kononnya mahu dikenali sebagai bijak, terbuka, dan tidak ada semangat perkauman ( semua org sama je-atuk ko ler)..dan golongan2 Melayu yg tak suka UMNO dan tak suka PAS..
wakil2 dan calon2 PAS hanya kekal di Kedah, Kelantan dan Ganu..DAP akan kuasai kerusi di Parlimen bagi pihak PAKATAN!!
Dan spt biasa..mereka akan calonkan org2 Cina, jika berlaku bantahan atau tak dipersetujui atau berkenan Yg Dipertuan Agong, maka mereka akan beri laluan pada org2 Melayu utk jadi PM..
Tapi..tu ler spt mana di Selangor dan di Perak( semasa Nizar jadi MB) DAP lah yg tentukan hala tuju.
Zaman kembali spt zaman penjajahan British..bezanya, dulu kita leh tuntut kemerdekaan..kali ni nak tuntut apa? Jika ikut kehendak demokrasi, dan sistem demokrasi..sampai ler bila2 selagi demokrasi diamalkan..malah kedudukan mereka akan brtambah kukuh..Melayu akan jadi spt Red Indian di USA..sekarang ni pada hakikatnya kita, yakni org2 Melayu merupakan etnik minoriti je..
Ramai Melayu2..apa2 hal tuntut pada gomen, gomen kena tanggungjawab dan prihatin pada mereka. Gomen kena buat itu dan ini..
he he..tunggu ler selepas PRU 13..apa kamu leh komen!! Tarif air naik kat Penang dan Kedah, main telan je..
________
pada PAS...satu hadiah besar pada PAS dari Anwar ialah penyingkiran para ulamak dari PAS tu sendiri..dan berjaya sekularkan PAS walaupun dasar Islamnya tidak akan dipadamkan.
Anugerah Tuhan..satu golongan sebagai pembawa rahmat dan kegembiraan..satu lagi sebagai ujian dan penghinaan..
-aa