IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, June 25, 2011

UMNO-BN BOLEH MENANG KE? MENANG ANGAN-ANGAN KUT?

Saturday, June 25, 2011
Sebenarnya kalau ditanya kepada para pemimpin UMNO di seluruh negara, mereka akan memberikan pelbagai gambaran yang indah-indah tentang PRU13. Kata mereka, keyakinan UMNO-BN akan mencapai kecemerlangan dan mengatasi tsunami 2008, jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Apatah lagi kata mereka, populariti Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin sudah cukup untuk membolehkan UMNO-BN menang!

Tanggapan yang sebenarnya sangat salah!

Zaman di mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan mendekatkan diri dengan rakyat, memberi pulangan besar kepada parti mereka, sudah lama berakhir. Dan seandainya terdapat para pemimpin UMNO-BN yang masih mempunyai anggapan sebegitu, sebenarnya mereka menempah kubur dan liang lahad lebih awal daripada yang disangkakan.

Para pemimpin yang tahu dan faham tentang peranan orang ramai serta para pengundi untuk menjamin kemenangan UMNO-BN, sebenarnya tidaklah ramai mana. Masih ramai yang tidak tahu apa sebenarnya fungsi mereka sebagai pemimpin.

Azeez Abdul Raheem atau Aziz Rempit merupakan antara pemimpin yang paling kerap turun padang terutama sekali melawat kawasannya di Baling. Walaupun Aziz kalah pada PRU12 lalu dengan majoriti yang agak teruk, namun kekalahan tersebut tidak membuatkan dia berputus asa.

Kekalahan Aziz paling teruk adalah di Kuala Ketil. Dalam pertemuan dengannya, Aziz nyata mengetahui poin kelemahannya di Parlimen Baling. Kuala Ketil sahaja telah mengalahkannya 4000 lebih undi majoriti daripada 7000 lebih undi majoriti di seluruh Kulim.

Tindakan Aziz yang kerap turun padang, dilihat memberikan kesan yang sangat positif kepadanya. Biarpun mungkin ramai yang berpendapat Aziz sebenarnya lebih baik dan sesuai untuk bertanding di Padang Serai, apatah lagi setiap kali dia pulang ke Baling, ramai rakyat serta pengundi Padang Serai yang datang untuk mendapatkan bantuan daripadanya, namun penduduk di Baling juga senang hati dengan Ketua Putera UMNO itu.

Bagaimanapun, masalah paling besar yang dihadapi oleh Aziz Rempit sebenarnya bukanlah dari kalangan pengundi-pengundi di Baling. Apatah lagi, Kampung Memali, biarpun kubu kuat PAS tetapi ia terletak di kawasan yang satu-satunya dimenangi oleh UMNO-BN di bahagian Selatan Kedah.

Aziz Rempit berhadapan dengan masalah yang besar daripada orang UMNO Baling sendiri!!!

Pengkhianatan para pembesar UMNO Baling begitu jelas kelihatan dalam beberapa program melibatkan UMNO-Baling. Apatah lagi ramai yang menjadikan alasan Aziz bukanlah anak tempatan Baling untuk mewajarkan tentangan mereka ke atasnya, turut mendapat sokongan daripada para pembesar UMNO-BN Kedah.

Itu adalah salah satu contoh klasik melibatkan seorang pemimpin UMNO yang bersungguh-sungguh turun padang bertemu dengan para pengundi. Walaupun imam-imam di seluruh Baling begitu gembira dengan apa yang dilakukan oleh Aziz Rempit kepada mereka, terutama dengan bantuan dalam bentuk kewangan, namun ramai juga pembesar UMNO Baling yang melihat tindakan Aziz Rempit itu sebagai suatu cara untuk mengepikan mereka.

Justeru, sebelum mereka dikesampingkan dalam perebutan bagi pencalonan PRU13 nanti, maka mereka pun membuat perancangan untuk mencantas Aziz terlebih dahulu.

Perhatikan fakta demografi yang dikeluarkan oleh SPR pada Disember 2010 lalu. Kaitkan pula dengan kerenah para pemimpin UMNO yang sentiasa kreatif untuk membunuh para pemimpin UMNO yang rajin turun padang bertemu akar umbi.

Rasa-rasanya boleh kah UMNO-BN menang dalam PRU13 kelak, atau UMNO-BN sekadar mampu jadi Mat Jenin yang akhirnya jatuh dari pokok kelapa kerana terlalu kuat berangan-angan?


0 comments

KEMENTERIAN DALAM NEGERI 'HALALKAN' DEMONSTRASI BERSIH 2.0!!!!

Penganjur serta pendokong BERSIH 2.0 sudah boleh menarik nafas lega. Sebabnya KEMENTERIAN DALAM NEGERI sudah pun MENGHALALKAN demonstrasi tersebut. Alasan yang diberikan sangat menggelikan hati, bahkan dilihat sebagai bukti tentang betapa BACHOLNYA KDN, bermula dari Menterinya sehinggalah kepada para pembesarnya!!!!

Hishamuddin Hussein Onn telah membuktikan bahawa dia HANYALAH seekor PONDAN YANG BERPUNGGUNG LICIN!!!

Menariknya, yang membuat pengumuman bukanlah Hishamuddin Hussein Onn, sebaliknya adalah Timbalan Ketua Setiausaha KDN. Hishamuddin Hussein Onn terlalu takut untuk membuat pengumuman dan terpaksa meminta bantuan TKSU.

Menurut TKSU, tindakan tangkap tanpa amaran sudah tidak praktikal lagi. Sebaliknya kerajaan memilih pendekatan MEMBERI PENJELASAN berbanding menangkap!!!

Dengar wahai Rakyat Malaysia!!!

Kementerian Dalam Negeri telah mengubah pendekatan kepada pendekatan PALING BANGANG yang pernah wujud dalam dunia... para penjenayah sekarang juga tidak perlu takut-takut lagi kerana KDN juga besar kemungkinan akan mengubah undang-undang negara daripada langkah-langkah pencegahan kepada langkah-langkah penerangan!

Dengan PENJELASAN yang diberikan oleh TKSU KDN, maka rakyat Malaysia sudah boleh menyimpan senjata di rumah masing-masing kerana pada bila-bila masa sahaja, perang saudara akan tercetus di Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha untuk menangani masalah itu akan menggunakan pendekatan MEMBERI PENJELASAN!!!

0 comments

YUSUF HUSSEIN ADALAH JEMBALANG PENGHISAP DARAH ANAK-ANAK YATIM MEMALI!!!!

Antara HAIWAN PALING JAHANAM yang pernah dilahirkan dalam PAS adalah YUSUF HUSSIN yang sekarang ini merupakan Senator mewakili Kedah di Dewan Negara. YUSUF HUSSIN ini juga adalah HAIWAN PALING JAHANAM yang sanggup menggunakan apa-apa sahaja demi kepentingan diri tanpa sebarang perasaan takut mahupun gentar terhadap Allah Taala....

Barangkali dia beranggapan dengan menjadi orang kuat PAS Kedah dan sekarang ini dilantik pula sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Kedah, maka dia sudah boleh bebas daripada DOSA-DOSA BESARnya.... walhal orang sepertinya perlu DISULA, DIPANGGANG dan DISALIB sebagai pengajaran kepada orang lain supaya tidak memakan harta anak-anak yatim dan balu-balu!!!

Dan kalau menurut hukum hudud, YUSUF HUSSIN harus dipotong kedua-dua belah tangannya KERANA ROMPAKAN yang dilakukannya bukan sekali, bahkan berkali-kali dan dia tidak langsung menunjukkan tanda-tanda sudah insaf!!!

Begitu juga para pemimpin tertinggi PAS yang selama ini telah membela Yusuf Hussin dan menganiayai anak-anak yatim serta balu-balu seperti arwah FADHIL NOR, NIK ABDUL AZIZ, MAT SABU bahkan OSTAT KITA AZIZAN ABDUL RAZAK sekalipun!

YUSUF HUSSIN perlu tampil untuk menjelaskan dakwaan serta bukti-bukti yang dilampirkan dalam pencurian dan rompakannya ke atas harta anak-anak yatim serta kaum balu MEMALI dan tidak boleh terus menjadi kura-kura yang berselindung di belakang punggung serta perut boroi kaum pemimpin tertinggi PAS yang lain.

Seharusnya seluruh penduduk KAMPUNG CHAROK PUTEH berasa malu kerana PENCURI dan PEROMPAK harta anak-anak yatim serta balu MEMALI itu tinggal di kampung mereka!!!!

0 comments

VIDEO CEMAR MARUAH ANWAR, KOTE BENGKOKNYA TAK CEMAR!!!

Naib Presiden PKR yang dilantik, N.Surendran menuduh penayangan video lucah yang menyebabkan ketiga-tiga orang Datuk T didenda, telah mencemarkan maruah Anwar Ibrahim. Tindakan Mahkamah semula video seks tersebut di dalam prosiding Datuk T, kata Surendran hanyalah bertujuan untuk memastikan Anwar Ibrahim dimalukan dan tidak ada kena-mengena dengan pengakuan yang telah dibuat oleh ketiga-tiga orang Datuk T.

Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Rahim Thamby Chik adalah ketiga-tiga orang Datuk T yang dikaitkan dengan penayangan video tersebut. Ketiga-tiga mereka telah mengaku bersalah dan didenda oleh pihak mahkamah.

Bagaimanapun, konco-konco Anwar mendakwa, denda dan hukuman yang dikenakan kepada ketiga-tiganya adalah satu lakonan memandangkan ia terlalu ringan.

Surendran berpendapat, mahkamah tidak sepatutnya menayangkan video tersebut kerana ketiga-tiga orang Datuk T tersebut telah mengaku bersalah.


Lawak apa anak India sekor nih!

Apa nak ditakutkan kalau sudah bukan Anwar di dalam video berkenaan? Anwar sendiri yang mengaku bahawa pelaku di dalam video tersebut bukanlah dirinya sekalipun pakar-pakar video dan visual mengesahkan bahawa pelaku tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ditambah pula dengan CCTV yang jelas menunjukkan Anwar Ibrahim bersama-sama Eskay di tempat kejadian pada tempoh 2 jam kehilangan daripada waktu TWITTER yang sebelum ini cuba dijadikan sebagai alibi.

Kalau Johari Abdul menjadi BEDUL yang melawakkan dirinya dengan fakta-fakta bangang menerusi video-video yang dikeluarkannya untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, si peguam bernama N.Surendran pula cuba menutup bukti tentang pembabitan kote bengkok Anwar Ibrahim dalam video lucah berkenaan.

Nampak sangat dah, kelam-kabut para cukong Anwar terpaksa mencari alasan. Biarpun SANGAT TIDAK MASUK AKAL, mereka akan terus menggunakan alasan tersebut, asalkan Anwar Ibrahim tidak dilihat sebagai manusia yang tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Kalau kote bengkoknya sendiri sudah tidak dapat dikawal, bagaimana pula dengan jari-jari dan tangannya dalam mencuri, merompak, menjarah serta memindahkan harta negara kepada dirinya sendiri.

Contoh terbaik ialah, sampai sekarang, Anwar masih tidak dapat memberikan penjelasan, dari manakah dia memperolehi kekayaan yang sangat luar biasa, termasuklah pembinaan rumah yang berharga lebih RM7 juta sekalipun dia tidak mempunyai sebarang jawatan, tidak mempunyai syarikat perniagaan, bahkan bukannya berasal dari keluarga jutawan kerana datuknya dahulu hanyalah seorang India pencari botol kosong sahaja!!!

0 comments

TANAH KUBUR BARISAN NASIONAL UMNO... BONGOK PUNYA PEMIMPIN MIC!!!


Kalau anda melihat papan tanda di tanah perkuburan seperti di atas, apa yang anda fikirkan?

Sudah tentulah anda akan terfikir bahawa orang Islam juga hidup berkasta-kasta. Brahmin tak boleh ditanam bersama-sama Kesatria... Waisya tak boleh campur dengan Brahmin dan Kesatria... dan Sudra memang tak boleh campur langsung dengan tiga kasta teratas... kalau PARIAH lagi ler, jangankan tanam sekali, bayang mayat kena tanah perkuburan Brahmin pun, boleh menyebabkan satu kampung ditimpa petaka!!!

Itukah fahaman yang cuba diterapkan?

Dah terdesak sangat gamaknya, M. Saravanan, si Ahli Parlimen Tapah sampaikan tanah perkuburan orang Islam pun 'ditajanya'. Apa ke bangangnya MIC sekor nih!

Semenjak bila pula ada Ahli Parlimen di Malaysia ni yang telah menaja tanah perkuburan orang Islam? Dah memang dah nak mandi air mayat ke si Saravanan ini sampaikan langsung tak ada pantang larang nak berpolitik dan nak menunjukkan yang dia bermurah hati dengan masyarakat yang diwakilinya?

Apa ke bangang sangat MIC sekor nih?

Kalau setakat nak taja papan tanda, tak perlulah sampai ada cop UMNO dan Barisan Nasional di situ. Mayat-mayat dan tulang-tulang dalam tanah di kubur itu, sudah tidak berparti politik lagi. Kalaupun mereka PAS, tapi kalau semasa hidup, iktikad mereka ialah menyokong PAS akan menjadi syafaat kepada mereka, mereka akan dibalun sampai ke hari akhirat. Kalaupun semasa hidup, iktikad mereka UMNO adalah tempat bergantung, kubur mereka akan disempitkan sehingga tulang selangka mereka berselisih kiri dan kanan....

Yang orang UMNO kat TAPAH tu, apa ke bangang sangat!!!

Takkan perkara semudah itu pun masih lagi lekat di mata? Pergilah tanggalkan papan tanda bongok sebegitu! Buat malu UMNO-BN sahaja dengan promosi sebangang dan semurah itu!!!

0 comments

ANWAR AKAN GUNAKAN KOTE BENGKOKNYA SEBAGAI ALIBI YANG DIA TAK BERSALAH!!!

Anwar cuba main reversed psychology.... Anwar dah cuba main beli jiwa. Keterangan dua orang pakar visual dari Amerika Syarikat telah menyebabkan segala hujah dan pertahanan Anwar Ibrahim runtuh. Kalau sebelum ini, nama apa-apa sahaja pakar dari Amerika Syarikat akan digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk mempertahankan diri, tetapi kali ini pakar dari Amerika Syarikat pula yang membunuhnya.

Dalam beberapa kenyataannya, Anwar Ibrahim menyatakan dia sudah dapat menjangkakan yang dia akan diheret kerana membuat laporan palsu. Dan tanpa sebarang alibi, bukti atau fakta, Anwar Ibrahim berulang kali menafikan pelaku di dalam video berkenaan adalah dirinya.

Tetapi pada ketika penafiannya dibuat menerusi KENYATAAN AKHBAR, satu lagi CCTV yang merakamkan dia bersama-sama Eskay pada waktu kejadian turut mendapat 'tempat' dalam siasatan berkenaan.

Dan seperti biasa, Anwar Ibrahim akan berhujah bahawa segala-gala yang berlaku ke atasnya adalah kerana konspirasi. Dalam hal ini, Anwar menuduh 'dia' dalam video berkenaan sebagai pelaku adalah perancangan hebat Peguam Negara dan peguam hebat, Shafee Abdullah...

Sesuatu yang sebenarnya hanya menyerlahkan sikap gementar Anwar Ibrahim yang jelas sangat takut dengan pintu penjara berbanding pintu neraka!

0 comments

Sokonglah Ambiga.... Sokonglah Perjuangannya!!!

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama klik sini )


2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.


3.Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.


4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam


5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.


6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.


7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..


8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid


.9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.


10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.


11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.


12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.


13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.


14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


______________


Menyokong Ambiga serupa ler menyokong kesemua usul diatas..PAS dan ahli2nya tahu atau tidak?


Tak tahu, tak mungkin..dulu dengor riuh gak ceramah2. Atau pun, PAS memang cukup pakar melupakan apa saja spt fatwa kafir mengapir dll..macam tak pernah berlaku malah dikabornya UMNO je pandai2 buat fitnah.




Jgn beri kekuatan pada Ambiga, usah beri kekuatan pada org2 kapir..Jgn harap org2 kapir ada ehsan pada org2 Islam. Usah kerana ikutkan perasaan dan nafsu, agama digadaikan.




AQ dah kabor..org2 kapir tak pernah menyenangi Islam dan org2 Islam.




KAlau ye pun anggap demo ni satu ibadah, buat lah sendiri takyah berpayong bawah naungan org2 kapir. Takkan PAS ketandusan pempin yg leh terajui demo?




-aa





0 comments

PKR SENDIRI AKAN 'DEDAHKAN' VIDEO LUCAH ANWAR!!!!


"Kepada rakyat Malaysia, berhati-hati. Teman mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR sendiri bahawa mereka merancang membuat satu videoklip palsu ataupun mengubahsuai videoklip Eskay sehingga menimbulkan keraguan; dan video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat disegala pelosok negara.

Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat lapuran polis mendakwa UMNO, BN dan Kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar videoklip itu.

Setelah rakyat nanti terpengaruh dengan video palsu itu, mereka akan bawak cerita konon jelas dari video palsu itu bukan Anwar Ibrahim. Dan rakyat akan terpengaruh dan percaya sebab mereka sudah menerima video palsu itu.

Teman nasihatkan pihak berkuasa dan Kerajaan supaya mengambil tindakan pre-emptif. Jangan tunggu nasik jadi bubur; jangan sampai rakyat terpengaruh saperti cerita 'gambar si-mata lebam'!!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Jumaat
22 Rejab 1432
24 Jun 2011


0 comments

Friday, June 24, 2011

PINJAMAN PTPTN DIHENTIKAN!!!! ALHAMDULILLAH... DAP TENTU SERONOK!!!

Friday, June 24, 2011
Seramai 152,000 pelajar di seluruh Malaysia bakal berhadapan dengan kehilangan pinjaman PTPTN untuk meneruskan pengajian mereka memandangkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Sekaligus tindakan tersebut akan MENJIMATKAN RM632 JUTA daripada dibazirkan dalam bentuk pinjaman kepada pelajar-pelajar yang sebenarnya tidak berminat pun untuk belajar, sebaliknya berasa mudah kerana dihidangkan dengan pelbagai kesenangan berbentuk mudah tunai di tangan.

Seharusnya tindakan ini dilakukan lebih awal dan secara lebih tegas. Ditambah pula, kebanyakan pelajar institusi pengajian tinggi terutama sekali yang berbangsa Melayu, amat culas dengan pelajaran, tetapi lebih sibuk dengan politik.

Dan memandangkan 152,000 orang pelajar tersebut sudah kehilangan kemudahan pinjaman PTPTN, mereka sekarang bolehlah terlibat sepenuh masa dalam politik. Lagipun, apalah yang hendak dihairankan. Dalam politik, ramai yang BANGANG-BANGANG DAN TIDAK BERPELAJARAN tetapi boleh berlagak seperti orang bijak pandai yang mempunyai ramai pengikut.

Para pelajar Melayu yang kehilangan PTPTN itu tidak seharusnya malu kerana CGPA rendah, memandangkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, kantoi Diploma ITM, Anwar Ibrahim gagal dalam pelajarannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya, Mahfuz Omar pula sekadar SRP. Jadi, memandangkan para pelajar berkenaan berada dalam kelompok LEMBAM dan PEMALAS BERUSAHA untuk jadi terpelajar, elok sangatlah mereka join forces dengan Mat Sabu, Anwar Ibrahim serta Mahfuz Omar.

Walaupun janji PTPTN ialah para pelajar terbabit akan memperolehi semula pinjaman mereka apabila berjaya mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan semester beriktunya, tidak perlulah lagi mereka bersusah payah memikirkan tentang pelajaran. Apatah lagi bercita-cita untuk menukarkan PTPTN sebagai biasiswa, sebab mereka tidak akan ke mana-mana pun....

Fikirkanlah tentang POLITIK dan parti politik!!!

Politik dan Parti Politik adalah yang terpenting dalam kehidupan masa hadapan!!!

Syukurlah kerana 152,000 budak-budak Melayu gagal dapat pinjaman kerana gagal dapat CGPA 2.0... kalau mereka belajar dari Azwandin Hamzah, Yang Dipertua JMM, tentu mereka boleh mendapat CGPA 4.0 setiap subjek dari Semester pertama sehingga ke tahun akhir pengajian mereka.

DAP suka nih!!!

Makin banyak le lembu-lembu untuk disembelih... lembu-lembu yang akan marah kepada UMNO-BN kerana mereka tak dapat pinjaman dan kerana mereka BODOH serta PEMALAS!

Macam BOB LOKMAN!!! DIA SENDIRI JAHIL, DIA SALAHKAN SISTEM!!!






1 comments

PENDEDAHAN PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI MAKIN HANGAT!!!

Sebenarnya ini adalah artikel lama yang masih tersimpan dalam komputer penulis. Penulis sendiri pun dah tak ingat, siapa sebenarnya yang menghasilkan tulisan ini dan ia adalah saki-baki zaman TRIPOD sebelum munculnya BLOGSPOT seperti yang ada pada hari ini.


Artikel ini adalah artikel nombor 3. Artikel No.1 bertajuk 'Mengata Dulang Paku Serpih', Artikel No.2 bertajuk 'Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali,' manakala artikel yang disiarkan di bawah adalah Artikel No. 3 yang bertajuk 'Balu Tragedi Memali Jadi Mangsa'.


Sebelum munculnya buku Mohd Sabu Air Mata Di Bumi Memali karya Cikgu Non, pendedahan-pendedahan tentang Tabung Memali telah pun dibuat dalam dunia blog atau Tripod pada waktu ini. Ini adalah sebahagian daripada pendedahan berkenaan.



***


SATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.

Ikuti temuramah Penulis dengan beliau dirumahnya yang kebetulan berhampiran dengan madrasah berkenaan.

PENULIS: Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.

Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.

Pada tahun 1978 - lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 - kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani - Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.

Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.

Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.

Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.

Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.

PENULIS: Apa jawatan Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki?

AZMI: Pada peringkat PAS Kawasan Baling, Yusuf Hussin adalah Setiausaha Kawasan dan di madrasah beliau juga sebagai Setiausaha Jawatankuasa Tadbir, sementara Ustaz Zaki sebagai Bendahari.

Walaupun pentadbiran madrasah dikatakan ditadbir oleh AJK PAS Kawasan Baling, tetapi yang berkuasa penuh di madrasah ini ialah Yusuf Hussin. Semua urusan dikuasai olehnya.

PENULIS: Sebelum pentadbiran madrasah diambil alih oleh AJK PAS Kawasan Baling, apa peranan Yusuf Hussin?

AZMI: Selepas Tragedi Memali, Yusuf Hussin mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai pejuang atau 'Mujahid Memali'. Oleh kerana beliau pandai bercakap dan cekap mengambil kesempatan, beliau telah dianggap sebagai 'orang penting' dalam tragedi itu.

Selepas dibebaskan dari tahanan ISA, beliau dilantik sebagai Setiausaha Tadbir madrasah. Tetapi apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Baling, barulah beliau mengambil-alih sepenuhnya pentadbiran madrasah dengan alasan ditadbirkan oleh PAS Kawasan. Semua Ahli Jawatankuasa Tadbir yang asal terlucut dengan sendirinya.

PENULIS: Apa punca yang menyebabkan balu dan mangsa Tragedi Memali mengambil tindakan melapor kepada polis atas isu penyelewengan tabung setelah ianya berjalan dengan baik begitu lama ?

AZMI: Ada banyak sebabnya. Isu fitnah memfitnah dan mempersendakan maruah balu dan keluarga mangsa tragedi menambahkan kekalutan. Bagaimanapun, isu pokok yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kami ialah pertama, wang tabung telah disatukan menjadi Tabung Mangsa Memali sahaja.

Pada asalnya, tabung itu terdiri dari tiga saluran iaitu Tabung Balu Syuhada dan Anak Yatim, Tabung Mangsa Memali dan Tabung Madrasah. Walaupun akaun di bank satu, tetapi perkiraannya tetap berasingan. Wang dari tabung anak yatim tidak boleh dicampurkan dengan tabung mangsa. Begitu juga halnya dengan wang tabung balu. Wang anak yatim dan wang balu adalah khusus untuk mereka. Ianya tidak boleh dicampurkan dengan wang lain. Wang untuk mereka adalah khas dan terkhusus untuk mereka sahaja. Bila semuanya disatukan dari segi kira-kira, ini sudah melanggar syarat dan hak.

Kedua, Yusuf Hussin selaku pentadbir tidak pernah membentangkan penyata kira-kira mengenai wang tabung. Jawatankuasa tidak pernah diberitahu berapa jumlahnya dan kepada siapa disalurkan serta berapa banyak yang telah disalurkan kepada yang berhak. Bantuan yang disalurkan kepada balu dan mangsa tidak tetap. Ia dikeluarkan mengikut pertimbangan dan budi bicara Yusuf Hussin sahaja. Biasanya menjelang Hari Raya.

PENULIS: Bila perubahan itu berlaku dan siapa yang mengubahnya?

AZMI: Perubahan ini terjadi selepas Ckgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 dan Yusuf Hussinlah yang mengubah semuanya.

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, saya terlebih dulu ingin menceritakan sejarah pengurusan tabung ini.

PENULIS: Siapa Cikgu. Non dan apa pula kisahnya?

Pada awal tahun 1992 Yusuf Hussin dikatakan dikehendaki berkhidmat di pejabat PAS Negeri Kedah, di Alor Star. Oleh kerana beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk mentadbirkan madrasah, beliau telah membawa Encik Zainon bin Ismail (lebih dikenali sebagai Cikgu Non) untuk memangku jawatan beliau mentadbirkan madrasah. Kerana sokongan kuat Yusuf Hussin kami menerima kehadiran Cikgu Non untuk mentadbirkan madrasah dengan hati terbuka.

Pada masa itu kedudukan kewangan madrasah tenat. Bangunan yang ada hanya bangunan sekolah dan asrama lelaki. Sementara bangunan asrama perempuan yang sedang dalam pembinaan tidak dapat disiapkan kerana kekurangan wang. Akhirnya Yusuf Hussin meminta fatwa dari Ustaz Awang untuk menggunakan wang yang disumbang oleh seseorang untuk membina madrasah madrasah sebanyak RM11,000.00. Ustaz Awang membolehkan wang itu digunakan untuk menyiapkan bangunan asrama perempuan dengan syarat diganti semula.

Bermula dari situ Cikgu Non pun mulalah menyumbangkan tenaga dan ideanya untuk mengisi Tabung

Madrasah, Tabung Memali dan Tabung Balu Syuhada.

Tindakan pertama Cikgu Non ialah menulis dan menerbitkan tiga buah buku bertajuk Asyahid Ibrahim Libya, Memali Lambang Syuhada dan Gugurnya Anak Melayu di Afghanistan.

Kesemua hasil jualan buku-buku berkenaan disumbangkan kepada tabung-tabung berkaitan setelah kos penerbitannya.

Sesungguhnya buku-buku tersebut membawa banyak kebaikan kepada madrasah dan waris mangsa Tragedi Memali. Penulisan buku itu membuatkan orang ramai simpati dan datang mencurah-curah dan rombongan ziarah banyak berkunjung ke madrasah dan Kampung Memali ini.

Di bawah pentadbiran Cikgu Non pembangunan madrasah bertambah rancak. Bangunan madrasah dapat dibina baru. Anggaran pembangunan yang diusahakan oleh Cikgu Non adalah seperti berikut:

1. Membeli tanah tapak asrama RM 20 000.00

2. Membina Asrama Guru RM 50 000.00

3. Membina tambahan Asrama Putera RM 60 000.00

4. Membesarkan Kantin RM 50 000.00

5. Membeli tanah RM 30 000.00

6. Saham dalam Jitra Food RM 70 000.00

Selain dari itu di bawah kelolaan Cikgu Non juga terdirinya Bengkel balu Syuhada dan koperasi KOMIK.

Kesemua jasa dan khidmat Cikgu Non tidak dihargai malah dia diperlakukan sebagaimana "Hang Nadim" dalam kisah Singapura dilanggar Todak.

PENULIS: Siapa yang mengawal-selia kewangan ketika itu ?

AZMI: Semua urusan kewangan hasil sumbangan penderma masih dikendalikan oleh Yusuf Hussin selaku Setiausaha Tadbir. Seminggu sekali bila beliau balik dari Alor Star, beliau akan mengumpul semua cek-cek sumbangan dan menyerahkannya kepada bendahari untuk disimpan di bank. Bank Islam.

Cikgu Non tidak berperanan mengenai soal kewangan tabun-tabung yang telah ditubuhkan itu. Semua sumbangan yang beliau terima diserahkan kepada Yusuf Hussin untuk urusan seterusnya.

PENULIS: Apa peranan sebenar Cikgu Non?

AZMI: Peranan Cikgu Non ialah membantu menguruskan pentadbiran madrasah dan publisiti. Peranan luar. Melalui usaha beliaulah ramai orang bersimpati terhadap mangsa Tragedi Memali dan sumbangan terhadap tabung-tabung yang ada mencurah-curah.

Sebelum Cikgu Non membantu mentadbirkan madrasah, pengurusan kewangan madrasah dan tabung-tabung yang ditubuhkan tidak teratur. Mesyuarat Agung tidak pernah diadakan dan pembentangan kewangan tidak ada sama sekali. Semuanya terletak pada kawalan pribadi Yusuf Hussin sahaja. Maka mulai tahun 1996 Cikgu Non mula menyusun kira-kira kewangan berkenaan dengan teratur dan kemas.

Bagaimanapun, peranan Cikgu Non ini tidak ramai yang tahu. Beliau tidak mahu menjaja khidmatnya. Lagipun Cikgu Non ini seorang yang pendiam. Itu sebabnya bila timbul isu penyelewengan tabung, penduduk kampung berpecah dua. Ada yang menyokong Yusuf Hussin dan ada yang menyokong Cikgu Non.

Mereka yang menyokong Yusof Hussin ialah mereka yang tidak tahu apa-apa mengenai perjalanan pentadbiran Madrasah dan tabung-tabung berkenaan. Mereka nampak yang melakukan pembinaan baru terhadap bangunan-bangunan madrasah ialah Yusuf Husin. Begitu juga dengan wang sumbangan dari tabung. Yusuf Hussin yang mengeluarkannya. Mereka nampak khidmat Yusuf Hussin sahaja.

Tetapi bagi sebahagian besar kami yang tahu peranan Cikgu Non tidak bersetuju dengan tindakan-tindakan Yusof Hussin yang terdapat pelbagai penyelewengan bila kewangan tabung-tabung berkenaan semakin banyak terkumpul.

PENULIS: Kenapa Cikgu Non meletakkan jawatan pada tahun 1997 ?

AZMI: Apabila wang tabung ada banyak dan populariti Cikgu Non diperingkat luar Baling semakin popular, Yusuf Hussin mula tak senang hati. Sementara Cikgu Non pula merasakan apa yang dilakukannya selama ini seperti tidak dihargai.

Sebelum itu Cikgu Non menegur disiplin guru dan pelajar serta soal meningkatkan mutu pembelajaran yang kelihatan merosot.

Teguran ini tidak disenangi oleh pihak Jawatankuasa Tadbir, terutamanya Yusuf Hussin. Hubungan Cikgu Non dengan Yusuf Hussin tidak sebaik dulu.

Satu ketika Cikgu Non menegur tindakan mudir Madrasah dan Bendahari yang menghantar anak-anak-anak mereka belajar di sekolah agama lain.

Pada Cikgu Non, tindakan merka itu bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Tadbir sebelumnya yang memutuskan untuk berkempen di kampung-kampung bagi menarik ibu-bapa menghantar anak-

anak mereka belajar di Madrasah Islahian Diniah ini.

Kalau begitulah tindakan mereka, sepatutnya mereka berdua meletakkan jawatan kerana tidak yakin kepada pembelajaran di madrasah ini. Tetapi oleh kerana kedua mereka adalah orang lama di madrasah tentulah mereka tidak wajar meletakkan jawatan.

Atas dasar itulah Cikgu Non mengambil keputusan biarlah beliau sahaja yang meletakkan jawatan.

Pada pendapat beliau daripada jemaah berpecah, biarlah beliau berundur. Cikgu Non pun meletakkan jawatannya pada tahun 1997.

PENULIS: Apa Cikgu Non buat selepas itu?

AZMI: Setelah meletakkan jawatan Cikgu Non pergi ke Afghanistan dengan tujuan mendalami ilmu agama. Tetapi dalam masa empat bulan beliau di sana, beliau sering bermimpi mengenai isu madrasah. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan kembali ke tanah air.

Sesampainya beliau ke kampung berbagal fitnah dan tohmahan Yusuf Hussin terhadapnya disampaikan. Semuanya buruk dan tidak menyenangkan.

PENULIS: Apa antara fitnah dan tohmahannya?

AZMI: Ada banyak dan bermacam-macam. Antara yang paling tidak menyenangkan Cikgu Non ialah tohmahan kononnya dia melesapkan wang bengkel balu syuhada sebanyak RM 40,000.00 dan lain-lain wang lagi. Mereka mendakwa Cikgu Non pergi ke Afghanistan jadi jutawan.

PENULIS: Apa terjadi selepas Cikgu Non kembali ke Memali?

AZMI: Apabila Yusuf Hussin menyedari yang Cikgu Non telah kembali dan pelbagai fitnahnya telah disampaikan kepadanya. PAS Kawasan Baling telah menganjurkan satu majlis 'perdamaian' antara Cikgu Non dengan Yusuf Hussin.

Cikgu Non tak faham apa maksud perdamaian yang memerlukan satu majlis seperti itu. Apa kesalahan yang telah dilakukannya.

Oleh kerana Yusuf Hussin adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, tentulah majlis yang dianjurkan itu berpihak kepadanya. Segalanya dibuat untuk kepentingan dirinya dan menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Dan majlis 'perdamaian' itu dilakukan secara 'bersalaman' sahaja. Tak ada penjelasan khusus apa yang ingin didamaikan.

Cikgu Non berasa tak puas hati dan bangun memberikan pandangan. Pada pendapat Cikgu Non majlis

Ini tidak jelas dan tidak dapat membersihkan nama baik yang tercemar hasil fitnah dan tohmahan jahat. Oleh itu beliau mencadangkan supaya PAS Kawasan Baling menganjurkan satu majlis penjelasan yang lebih besar dimana dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung terdekat.

Cikgu Non seterusnya mencadangkan supaya dalam majlis itu nanti diperjelaskan kepada ramai apa kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan selama ini. Jika benar beliau ada melakukan kesalahan beliau sedia akan bertaubat dan jika ada kesilapan beliau berjanji akan membetulkannya.

Majlis itu tidak mencapai matlamatnya dan Cikgu Non mengambil keputusan membiarkan saja ia berlalu.

Sebagaimana biasa Cikgu Non meneruskan usahanya dalam perniagaan yang diusahakan selama ini, iaitu berjualan pada mailis-majlis ceramah PAS di seluruh negara. Dalam masa yang sama beliau membawa beberapa orang mangsa dan balu tragedi Memali, sama ada sebagai pembantunya atau menjalankan perniagaan sendiri bersama-samanya.

Bagaimanpun, orang luar Baling masih mengenali Cikgu Non sebagai perantara bagi urusan bantuan untuk balu-balu dan mangsa Tragedi Memali. Apabila PAS Kawasan di negeri-negeri lain mahu mengadakan majlis untuk balu dan mangsa Tragedi Memali, mereka masih menghubungi Cikgu Non. Keadaan ini wujud kerana selama ini beliaulah yang memperkenalkan mereka kepada jemaah-jemaah luar. Lagi pun Cikgu Non dikenali ramai kerana beliau pernah menjawat jawatan-jawatan seperti Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Nerang, Exco Pemuda PAS Pusat selama enam tahun dan juga wartawan Harakah.

Oleh kerana Cikgu Non sudah meletakkan jawatan maka semua dari luar diserahkan permintaan dari kepada Ustaz Zaki. Tapi kerana pihak pentadbir sudah rasa simpati kepada balu-balu dan mangsa, mereka menyuruh Cikgu Non sahajalah yang uruskan perkara itu.

Satu ketika Cikgu Non pun bawalah beberapa orang balu untuk satu majlis di Melaka dan Taman Melewar. Dalam majlis itu, para dermawan yang simpati telah memberikan sumbangan wang sejumlah lebih kurang RM10 000. 00 secara terus kepada balu-balu.

Sekembalinya mereka ke kampung, Cikgu Non menasihatkan Kak Soleha (balu Ibrahim Libya) dan Pak Teh Mat Piah supaya membuka satu akaun bank sebagi tempat simpanan wang berkenaan. Tujuannya supaya wang tersebut tidak cepat habis dan cuma diberikan mengikut jumlah pembahagian sama rata, apabila balu-balu terbabit benar-benar memerlukan wang. Siapa selalu ambil, cepatlah habis wang untuknya itu.

Apa yang dilakukan itu menimbulkan satu fitnah baru dari kalangan Jawatankuasa Tadbir madrasah. Mereka menyebarkan fitnah bahawa Cikgu Non menggunakan balu untuk mengutip derma dan wangnya tidak diserahkan kepada tabung yang dikelolakan oleh madrasah. Tidak cukup dengan cakap-cakap di sekitar kampung, tohmahan dan fitnah itu disampaikan mereka kepada pucuk pimpinan, terutamanya Datuk Fadzil Nor.

PENULIS: Apa tindakan Cikgu Non bila ditohmah sedemikian ?

AZMI: Cikgu Non mendiamkan diri dan memendam rasa sendirian. Satu ketika terjadi satu permasalahan mengenai tandatangan cek koperasi (KOMIK).

Kisahnya, setelah Cikgu Non meletakkan semua jawatan, urusan koperasi diserahkan kepada Ustaz Zul tetapi tandatangan cek masih tidak diubah pada rekod bank.

Satu ketika, Ustaz Zul mengeluarkan cek koperasi dengan meniru tandatangan Cikgu Non. Bila pihak bank dapati tidak sesuai, maka cek itu jadi 'cek tendang. Bila penerima cek menyedari cek koperasi tidak dapat ditunaikan, ia berjumpa dengan Cikgu Non untuk meminta kepastian. Setelah Cikgu Non menyedari bahawa tandatangannya pada cek tersebut adalah palsu, maka dia pun buat laporan polis atas perbuatan yang dianggap menyeIeweng itu.

Apabila pihak polis memulakan siasatan, satu perjumpaan diadakan di madrasah. Dalam perjumpaan itu Ustaz Zul mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Cikgu Non atas apa yang terjadi. Akhirnya dengan persetujuan bersama Cikgu Non bersetuju menarik balik laporan polisnya itu.

Setelah selesai, dalam majlis itu Yusuf Hussin berkata kepada Cikgu Non, "Sekarang ente report Ustaz Zul, nanti ente akan repot ana pula !'. Jawab Cikgu Non , "Mungkin kalau Pak Cop tak ubah sikap - masih ego dan angkuh, ana akan dedahkan semua penyelewengan yang Pak Cop telah lakukan."

Pada pendapat saya, mulai saat itu Yusuf Hussin menyedari bahawa Cikgu Non adalah merbahaya dan kredibilitinya dalam PAS mestilah dihakiskan di semua peringkat. Itu pendapat saya saja.

Dalam bulan puasa tahun 1998, tersiar satu pengumuman oleh PAS Kawasan Baling, menyatakan bahawa Encik Zainon bin Ismail (Cikgu Non) tidak lagi ada hubungan dengan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali, dan kerana itu beliau tidak berhak menerima sumbangan atau derma bagi pihak madrasah dan balu-balu syuhada.

Ini sangat memalukan Cikgu Non dan perniagaannya pun jadi merosot kerana beliau rasa terhalang untuk berniaga. Malu. Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering menerima panggilan telefon yang mengugut akan dipukul.

PENULIS: Cikgu Non masih terus berdiam diri ?

AZMI: Tidak. Beliau terus berusaha membersihkan nama baiknya yang tercemar. Pada mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan Memali, Cikgu Non menimbulkan soalan dengan meminta penjelasan dari Yusuf Hussin apa maksud dan niat PAS kawasan membuat pengumuman mengenainya dalam Harakah.

Yusuf Hussin tidak mahu menjawab soalan yang ditimbulkan semasa ucapan penangguhan itu. Katanya, "Saya tidak dapat menjawab masalah itu kerana bapanya 'berwasiat' supaya jangan jawab."

Penjelasan itu tidak memuaskan hati Cikgu Non. Beliau seterusnya meminta supaya pihak PAS Kawasan mengadakan satu dialog atau penjelasan bagi menyelesaikan masalah dengan dihadiri oleh jemaah dari tiga kampung berdekatan dan seorang Tok Guru yang dihormati.

Sehingga ke hari ini majlis yang diminta itu tidak pernah diadakan, malah lebih malang lagi, mesyuarat agung PAS Cawangan Memali pun tidak berani diadakan untuk tahun 1999 lalu.

Apabila PAS Cawangan Memali tidak bermesyuarat agung, sedangkan mesyuarat agung Kawasan sudah hampir tiba masanya, maka seramai 118 ahli PAS cawangan menandatangai sarat perisytiharan untuk mengadakan mesyuarat agung khas.

Maka dilaksanakanlah mesyuarat khas dan tiga orang perwakilan dilantlik. Tetapi, pada mesyuarat agung Kawasan Baling, perwakilan Kampung Memali tidak diterima kerana tidak ada mesyuarat agung. Kami gagal lagi. Begitulah hebatnya permainan Yusuf Hussin. Oleh kerana beliau adalah Setiausaha PAS Kawasan Baling, segalanya beliau kawal dengan baik dan cuma memihak kepadanya sahaja.

Bagaimanapun kami dapat tahu bahawa dalam mesyuarat agung itu terdapat enam cawangan yang tidak bermesyuarat agung tetapi menghantar perwakilan penuh dalam mesyuarat dan berhak pula bercakap mengenai usul.

Penyelewengan itu kami dedahkan kepada PAS Pusat dan akhirnya pihak pusat mengarahkan PAS Kawasan Baling hendaklah mengadakan semula mesyuarat agung kerana mesyuarat yang terdahulu tidak sah. Yusuf Hussin tidak senang hati dengan kami dan dendamnya semakin membara.

Justeru, dalam mesyuarat agung semula itu, seorang wakil Pemuda PAS Baling, mencadangkan supaya diluluskan satu usul memecat Cikgu Non (Zainon Ismail) dari keahlian parti.

Selepas itu seorang wakil Pemuda yang lain mencadangkan supaya usul itu dipinda atau ditambah supaya berbunyi: 'Pemuda PAS Kawasan Baling mengusulkan supaya keahlian Cikgu Non dipecat dan semua jawatan Yusuf Hussin dalam PAS digugurkan'.

Kerana pengaruh Yusuf Hussin dalam PAS Kawasan Baling sangat kuat, maka usul itu ditolak.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas jawatankuasa PAS Kawasan selepas itu telah memutuskan bahawa Zainon Ismail dan Azmi Haji Salim dipecat keahliannya, sementara keahlian Ramli Cik Mid digantung.

Keadaan menjadi semakin rumit dan jalan penyelesaian kelihatan tertutup rapat. Tapi Cikgu Non masih tak berputus asa. Dia sendiri menganjurkan satu majlis dialog dengan menjemput semua ahli PAS Cawangan Memali dan pemimpin-pemimpin PAS Cawangan dalam Kawasan Baling termasuk Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib. Malangnya, Ustaz Taib tak dapat hadir pada malam itu kerana beliau berada di Telok Intan, Perak.

Majlis itu juga gagal. Pemimpin tertinggi Kawasan Baling dan Ketua-Ketua Cawangan dalam Kawasan Baling tidak datang. Yang ada cuma lebih kurang seramai 50 orang yang terdiri dari penyokong Cikgu Non di kampung ini.

Setelah terus gagal, Cikgu Non menyediakan satu memorandum dan dihantar kepada pimpinan tertinggi PAS pusat. Dalam memorandum, itu diperjelaskan kenapa tiga nama yang dicadangkan pecat oleh PAS Kawasan Baling itu. Selain dari itu Cikgu Non juga menjelaskan rasa kecewanya terhadap pimpinan PAS Kawasan Baling dan Negeri Kedah yang tidak prihatin terhadap masalah yang timbul selama tiga tahun itu.

Bagi saya, ketidakprihatinan pimpinan PAS tertentu terhadap masalah ini sangat dikesali. Masalah yang timbul ialah masalah balu syuhada dan mangsa tragedi Memali. Kalau dulu mereka disanjung dan dihormati, kenapa apabila timbul masalah mengenai tabung mereka, semuanya diam dan tidak peduli lagi.

Kini wang tabung mereka telah kering dan mereka semua dalam kesempitan, sedangkan peruntukan untuk mereka sebenarnya ada tetapi telah diselewengkan oleh pentadbirnya.

Akhirnya, setelah semua tindakan dan langkah penyelesaian gagal serta tertutup rapat, mahu tidak mahu kami yang diketuai oleh Cikgu Non berserta balu-balu Syuhada terpaksa membuat laporan polis mengenai penyelewengan Tabung Memali pada 27 Julai 2000.

Malangnya, bila pecah khabar mengenai laporan polis itu seperti mana yang tersiar dalam akhbar, pemimpin atasan menggelabah dan bertindak mengecap kami dengan pelbagai gelaran bagi maksud menimbulkan rasa benci terhadap kami. Yang jadi mangsa ialah balu-balu syuhada yang dulu disanjun dan dimuliakan.


0 comments

Blog Archive

Labels