Keselamatan tanggungjawab polis - Ambiga
KUALA LUMPUR 6 Julai – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan atau rusuhan ketika berlangsungnya perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Sebaliknya Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menjelaskan, perintah awam di negara ini terletak sepenuhnya di bawah tanggungjawab polis dan bukannya Bersih.
Katanya..
“Dalam menjalankan perintah awam, ia bukan di bawah tanggungjawab Bersih tetapi polis. Sehubungan itu adalah diingatkan kepada semua pihak supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang ketika hadir di perhimpunan ini.
“Polis mempunyai kuasa untuk menahan dan mendakwa mereka yang melakukan sebarang kesalahan. Bersih sendiri tidak boleh menerima sebarang tindakan ganas daripada mana-mana pihak kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
TETAPI..tuntut ni pulak
- Pada sidang akhbar sama, beliau turut menuntut kerajaan membebaskan keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj yang ditahan di bawah Ordinan Darurat atau menghadapkan mereka ke mahkamah.
-“Kami juga menuntut pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih ditarik balik atau digugurkan, manakala mereka masih ditahan dibebaskan tanpa syarat.
-“Kami juga mahu selepas ini, mereka memakai baju kuning Bersih tidak lagi dikenakan tindakan. Kami berharap tuntutan ini dipenuhi selepas kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium,” katanya.
______________________________________
Mengenai pemilihan Stadium Merdeka, Ambiga berkata, ia disebabkan lokasinya strategik, mempunyai kemudahan pengangkutan awam baik selain merupakan tempat bersejarah.
“Tambahan pula, perhimpunan ini hanya diadakan selama dua jam iaitu antara pukul 2 sehingga 4 petang. Oleh itu, kami memerlukan satu lokasi yang amat bersesuaian bagi memudahkan orang ramai datang dan menyertai perhimpunan ini,” katanya.
_________________________________
Apakah nak kabor..stadium shah Alam tak strategik?, tak de kemudahan awam?
Kabor je ler --kat stadium shah Alam tak provokatif, stadium merdeka lebih provokatif..malah Ambiga dah leh baca kebarangkalian yg dia takkan dapat approval, so ianya akan dijadikan alasan utk brdemo jalanan juga.
_________________________
Namun, beliau mengakui pihaknya masih belum diberi kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka kerana ia masih dalam proses permohonan.
Ambiga turut mempelawa semua pihak termasuk UMNO serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hadir dalam perhimpunan tersebut.
Mengenai permit, beliau berkata, berdasarkan pandangannya Bersih tidak perlu memohon permit kerana kerajaan sendiri menawarkan gabungan itu mengadakan perhimpunan di stadium.
_______
Jemput ramai bebenor ma..cukup ke stadium merdeka. Jika nak beri keselesaan pada rakyat nak berhimpun, elok ler ambil je offer Khalid MB selangor..stadium shah Alam..
Loyar oo Loyar...walaupun ditawarkan, kena ler juga ikut proses undang2 ma. Katakanlah Bank tawarkan pinjaman, takkan bermakna terus juga jumpa pegawai Bank minta duit , ngan alasan pihak Bank tawarkan pinjaman ma..kena ler isi borang prmohonan spt biasa ma, kelulusan brgantung ma.. pehh puak2 penjilat mesti anggap Amiga genius giler!!
___________
Berhubung penglibatan parti pembangkang, jelasnya, Bersih tidak ada hak untuk menghalang mereka menyertai perhimpunan itu.
“Mereka juga rakyat Malaysia, tetapi Bersih mahu menjelaskan di sini bahawa mereka yang hadir dilarang memakai baju parti masing-masing atau membawa bendera parti. Bersih adalah gabungan bebas daripada pengaruh politik,” katanya.
Beliau berkata, Bersih juga melarang sesiapa sahaja membawa sebarang senjata pada perhimpunan tersebut.
________
Kalau yg hadir buat juga semua tu, sapa nak brtanggungjawab? dan apakah tindakan dari pihak Bersih? Kalau ikut kenyataan diatas, polis ler kena tanggung dan jawab, tapi polis pulak tak leh nak tangkap..kalau tangkap kena bebaskan pulak..so apa citer ma?
__________
Berhubung memorandum, Ambiga berkata, ia akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong selepas tamat perhimpunan dan ahli rombongan yang akan menyerahkannya tidak lebih daripada 10 orang.
“Kita akan menyerahkan memorandum itu kepada pihak istana tanpa sebarang perarakan iaitu selepas program perhimpunan selesai. Selain itu, kita juga mahu menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secepat mungkin,” katanya.
________
Leh jamin ke tak lebih dari 10 org?..gerenti bila lebih 10 orang, Ambiga akan jawab tu hak rakyat ma, Bersih tak leh halang ma..dah leh baca dah!!
Sekarang apa Ambiga dan Bersih mampu di pertanggung jawabkan? Cuba citer terang2?
_______
-aa