Masa tu, tak ada pula nampak Lim Kit Siang buta? Bahkan selepas PRN Sarawak pun, beberapa kali Lim Kit Siang pergi ke Sarawak untuk meneruskan kempen walaupun pilihanraya baru sahaja habis. Dan selama dua minggu Lim Kit Siang ke Sabah untuk berkempen dan menghasut, tidak pula kedengaran dan kelihatan matanya sudah buta!
Sama ada benar atau sebaliknya dakwaan Kit Siang dia buta selama 5 hari atau sehari, atau berbulan-bulan, itu bukanlah perkara penting.
Yang penting, sebarang kecederaan merupakan isu yang paling terbaik untuk dimanipulasikan, terutama dalam usaha mendapatkan promosi percuma selain mempermain-mainkan jwa rakyat Malaysia agar bersimpati, sekaligus memudahkan kempen menghasut dan mempengaruhi.
Kaedah itu telah digunakan oleh Anwar Ibrahim menerusi lakonan sakit tulang belakang, dicucuk virus HIV, diberi makan arsenik, sengaja ditumbuk oleh KPN sehaingga 'separuh nyawa', cuba dibunuh oleh polis ketika demonstrasi BERSIH sehingga Anwar nazak nak mampus dan sebagainya.
Pada tahun 1998, kaedah menarik simpati seperti yang digunakan oleh Anwar Ibrahim sangat berjaya. Simpati orang ramai terhadap mata lebamnya sehingga mata lebam itu jugalah yang menjadi inspirasi untuk penubuhan Parti Keadilan, membuatkan RAMAI YANG LEBAM OTAK dan BUTA MATA HATI lantas memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, bukan sahaja dengan pendirian, bahkan dengan akidah mereka sendiri!
Itu jugalah yang digunakan oleh Lim Kit Siang untuk memastikan sokongan kepadanya dan DAP tidak akan berkurangan, terutama dari kalangan orang Melayu yang jiwa mereka sangat mudah dibeli dengan unsur-unsur simpati dan sentimental.
Dan buktinya, anda boleh lihat pada komen-komen di bawah siaran berita di MALAYSIAKINI itu!!























