Sudah 54 tahun Malaysia merdeka. Dan selama 54 tahun itu jugalah, rakyat Malaysia, terutama dari kalangan generasi baru berhadapan MERDEKA hanyalah sebuah perayaan yang ada konsert, ada nyanyi-nyanyi, ada menari-nari, ada rempit merempit, ada acara golek-golek atas katil di bilik hotel murah dan ada juga ada cara jolok-jolok di dalam semak!Para pemimpin khususnya dari pihak kerajaan pula, begitu seronok menceritakan KEJAYAAN mereka mengedarkan Jalur Gemilang kepada rakyat bawahan untuk dikibarkan pada bulan kemerdekaan. Berbelas-belas rigu Jalur Gemilang khabarnya diedarkan.
Bahkan, Menteri Penerangan sendiri pun turut BERBANGGA memberitahu pihaknya telah berjaya mengedarkan Jalur Gemilang. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang saban masa dibuat di media-media di bawah Kementerian Penerangan.
54 tahun merdeka... dan 54 tahun Jalur Gemilang terpaksa dikempenkan kepada rakyat Malaysia!
Kebelakangan ini, Jalur Gemilang hanya berkibar untuk demonstrasi semata-mata. Jalur Gemilang dibakar oleh warga asing yang lambat lepa masuk ke dalam negara ini secara haram, kita sekadar berkokok dan marah-marah tetapi kita sendiri ramai yang tidak tahu berapa sebenarnya jumlah jalur berwarna merah dan berwarna putih yang terdapat pada bendera itu. Malah ramai yang tidak tahu, mengapa Jalur Gemilang kelihatan serupa benar dengan bendera Amerika Syarikat, Wake Island, Hawaii, Midways Island atau Liberia!
Dalam keadaan sekarang, di mana rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi terperangkap dengan kemiskinan tahap dewa pada tahun-tahun sebelum merdeka dan 30 tahun selepas merdeka, seharusnya tiada lagi kempen mengibarkan Jalur Gemilang yang dibuat. Kalau ada pun, sangat minima dan tidak memerlukan pemberian Jalur Gemilang secara percuma.
Malangnya di Malaysia, semangat kecintaan kepada negara tidak wujud. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia kalau ditanya adakah mereka cintakan Malaysia, mereka akan marah-marah sekiranya pertanyaan tersebut dilihat seperti meragui kesetiaan mereka, namun hakikatnya perasaan cinta itu tidak pernah wujud.
Dan kerana itulah, terdapat ramai rakyat Malaysia, khususnya yang berketurunan imigran sentiasa mencari jalan untuk berambus dari negara ini membawa segala modal dan kekayaan yang diperolehi di sini untuk dihantar ke negara baru mereka. Anehnya, ketika berada di negara asing, mereka terlebih-lebih watan dan sangat bersemangat dengan negara baru berbanding ketika di Malaysia.
Manakala anak-anak watan yang datuk nenek mereka sangat menyayangi negara ini serta sanggup berkorban jiwa dan raga, beranggapan apa yang ada di negara ini adalah hak mereka semata-mata. Serakah mereka seperti sekumpulan biawak yang berebut bangkai untuk dimakan. Ada yang sanggup melakukan apa-apa sahaja, hatta memalukan negara sendri, semata-mata untuk menghidupkan peluang kumpulan-kumpulan yang mereka sokong untuk menjadi pemerintah di negara ini.
Dan yang paling menariknya, apabila ditanya kepada mereka, mereka akan berkata, "KAMI PUN BAYAR CUKAI", seolah-olah expatriate dan warga asing yang berada di negara ini tidak membayar cukai seperti mereka! Dan kalau pembayaran cukai yang tidak sahaja berkisar tentang tanah dan pendapatan, sebaliknya pelbagai barangan serta perkhidmatan yang tersedia menjadi petunjuk, apa bezanya mereka dengan golongan warga asing yang masuk ke negara ini sama ada secara haram mahupun secara halal?
Memang benar, semangat cintakan Malaysia dan menghargai anugerah Allah Taala serta rahmat-Nya menerusi sebuah negara bernama Malaysia tidak menjadikan pengibaran Jalur Gemilang sebagai satu rukun wajib, namun setidak-tidaknya ia dapat menggambarkan betapa kita sebenarnya sanggup untuk mempertahankan kesenangan yang kita miliki sekarang, berbanding sanggup menjual negara, atau membocorkan rahsia negara seperti yang dilakukan oleh Nurul Izzah, Anwar Ibrahim dan Tony Pua kepada pihak asing!
Jadi, kepada pemimpin-pemimpin yang TERSANGAT BANGGA kerana dapat mengedarkan Jalur Gemilang kepada rakyat bawahan, ANDA SEBENARNYA GAGAL TOTAL!!!
Anda gagal kerana pengibaran Jalur Gemilang bukan kerana 'SAHAJA' tetapi kerana dapat percuma!!!





























