IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, August 26, 2011

MELAYU BERPECAH SEBAB ANWAR MELIWAT!!!

Friday, August 26, 2011
Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nur Manuty yang merupakan salah seorang daripada penjilat Anwar yang diberikan jawatan berkata, politik kotor yang diamalkan oleh UMNO sebagai punca perpecahan orang Melayu, bukannya disebabkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Dia menjuruskan neraca tersebut kepada kenyataan 'sekerat' Mufti Perak, yang dipetiknya. (BACA DI SINI)

Konteks yang diutarakan oleh Harussani Zakaria sebenarnya adalah lebih luas berbanding pemikiran kontot dan sontot Muhammad Nur Manuty. Nasihat yang diberikan oleh Harussani Zakaria kepada Dr.Mahathir adalah pada ketika peringkat awal Anwar diseret ke muka pengadilan, bukannya selepas pengadilan yang membuktikan Anwar Ibrahim memang bersalah kerana meliwat dan menyalahgunakan kuasa sekaligus menyebabkan dia dijatuhi hukuman penjara selama 16 tahun.

Gelagat Muhammad Nur Manuty menyalahkan UMNO sebenarnya adalah gelagat stereotaip untuk mengelakkan diri dan partinya daripada dipersalahkan.

Gerakan Reformasi pada 1998 digerakkan oleh Anwar Ibrahim yang sangat takut diseret ke muka pengadilan walaupun terdapat aduan yang kes yang memerlukan dia didakwa. Apakah Muhammad Nur Manuty berpendapat bahawa Anwar Ibrahim berada DI ATAS UNDANG-UNDANG dan tidak boleh didakwa dan dibicarakan agar orang Melayu tidak berpecah?

Bagaimana pula dengan hasutan, tohmahan, dakyah dan fitnah yang ditabur oleh Anwar Ibrahim selain pembodohan orang Melayu yang dilakukan secara berleluasa dan terang-terangan oleh Pakatan Rakyat? Tidakkah itu merupakan salah satu daripada kaedah pemecahan dan pengucar-kaciran?

Menariknya, ada kata-kata Muhammad Nur Manuty yang mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat. Dek kerana UMNO 'berjaya' mengesan perbuatan terkutuk Anwar Ibrahim itu, maka Muhammad Nur Manuty beranggapan bahawa UMNO telah memecah belahkan Melayu.

Tetapi yang paling aneh, apakah selepas UMNO tertubuh dan PAS menjadi serpihan, selepas itu Semangat 46 dan akhir sekali PKR, maka UMNO juga yang dipersalahkan kerana Melayu berpecah-belah?

Lawaknya orang jenis Muhammad Nur Manuty.... sepatutnya dia bertanya dirinya sendiri, mengapa dia sendiri memerlukan sebuah parti baru atau mengapa dia menyertai PKR. Apakah kerana perjuangan Melayu, atau kerana jawatan atau kerana simpati kepada Anwar Ibrahim?

Lawak-lawak belaka puak-puak ini!!!

1 comments

TONY PUA MENGAMUK APABILA DIMINTA SALINAN KAD PENGENALAN!!!

Tony Pua mengamuk sakan apabila SPR mengarahkan agar penolong pendaftar dari parti-parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru. Dan kata Tony Pua, arahan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah, termasuklah pendaftaran pemastautin tetap. ('KERAKYATAN' PENDUDUK TETAP menurut MALAYSIAKINI)

Pejabat SPR Selangor telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar dari kalangan parti politik. Dalam surat mereka, SPR menyatakan bahawa penolakan tersebut dibuat kerana:

(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap

Yang paling menariknya apabila Tony Pua berkata, arahan SPR itu mengehadkan jumlah pengundi baru yang boleh didaftarkan oleh penolong pendaftar. Dengan kata lain, salinan kad pengenalan yang perlu dibekalkan kepada SPR, akan mendedahkan siapa sebenarnya yang didaftarkan oleh parti politik sebagai pengundi baru.

Adakah KEMARAHAN Tony Pua ini mempunyai kaitan yang sangat besar dengan pendedahan-pendedahan yang mereka lakukan tentang pengundi hantu, pengundi klon dan sebagainya sebelum ini?

Kalau tidak berkaitan, mengapa pula Tony Pua melihat salinan kad pengenalan sebagai sesuatu yang amat MENAKUTKAN?

0 comments

HASAN ALI BETUL-BETUL KOREK LIANG LAHAD UNTUK DIRINYA!!!

Di tengah-tengah kebencian yang bukan kecil terhadap dirinya, Hasan Ali muncul lagi dengan 'idea baru'. Dia mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah bagi menghadapi KRISTIANISASI di Selangor... dan pengumuman tersebut pasti akan menjegilkan biji mata Teresa Kok, menjatuhkan rahang Khalid Samad dan meloncatkan songkok senget Khalid Samad.

Unit Selamat Akidah merupakan satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Masalah pemurtadan bukanlah masalah tersembunyi. Sekalipun Perlembagaan Malaysia dengan jelas melarang perbuatan mendakwahkan umat Islam kepada agama lain selain Islam, para mubaligh tidak pernah menghiraukannya lantaran TIADANYA HUKUMAN DAN TINDAKAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI.

Pun begitu, kebanyakan ahli-ahli politik, khususnya yang berkaitan dengan isu ini, seringkali berusaha untuk menafikan adanya pemurtadan dan apabila sudah terjubog, akan segera menyatakan bahawa ini adalah negara bebas di mana kebebasan beragama terjamin dalam Artikel 11. Dan kalaupun mereka sudah tidak dapat menjawab, mereka tetap akan berusaha untuk mengelakkan perkataan KRISTIANISASI disebut!

Justeru apabila Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah untuk hadapi KRISTINISASI seperti tajuk yang digunakan oleh MALAYSIAKINI, portal berita tajaan Zionis itu sebenarnya cuba mengundang kemarahan ahli-ahli politik seperti Teresa Kok, Lim Guan Eng, Ronnie Liu, ahli-ahli politik Bumiputera Sabah dan Sarawak bukan Islam, malah KHALID SAMAD!

Sebarang cerita serta kaitan dengan KRISTIANISASI sebenarnya akan menyebabkan Hasan Ali dipaksa mengorek lubang kubur dan liang lahadnya sendiri sebelum dia dikambus hidup-hidup!!!

Mungkin Hasan Ali tidak tahu, malah mungkin kebanyakan umat Islam di Malaysia tidak sedar, sekarang adalah ZAMAN CONQUISTADOR di Malaysia... sebut sahaja Kristian dan dikaitkan dengan pemurtadan, para CONQUISTADOR sudah bersedia untuk jadi SALIBIN!!!

0 comments

VIDEO: BAYANGKAN, YANG MEMBELASAH SUAMI ITU ADALAH WAN AZIZAH!!!


Lelaki di dalam video ini dibelasah oleh isteri dan ibu mertuanya kerana dituduh curang dan main kayu tiga. Turut ambil bahagian membelasahnya adalah seluruh ahli keluarga isterinya termasuklah kaum lelakinya.

Dan selepas puas membantai lelaki tersebut, giliran perempuan simpanannya yang jauh lebih muda menerima akibat...

Isteri-isteri di Malaysia tak teringin ke nak buat macam ni? Atau semuanya mengamalkan sikap WAN AZIZAH WAN ISMAIL yang sanggup menipu dan berputar belit cakap setiap kali suaminya kelihatan sangat mencuakkan termasuklah dalam kes penetrasi punggung jantan muda dengan KOTE BENGKOKnya?

0 comments

Satu Permulaan Atau Gempar Saja Yang Lebih?

The Malaysian Insider disaman RM200 juta
26/08/2011 11:03am
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.
Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.
Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal. - Utusan


___________


Yg lain2 tu kabor selalu difitnah oleh Malaysia Insider, Malaysia kini ..apa lagi??? Tak teringin ke...


Tak yah bagi alasan "rakyat matang" atau nak tunjuk macho dan gentleman..Ajor je!!!




Polis, KDN, SPRM, SPR dan Kementerian Pertahanan..tunggu apa lagi!!


FELDA tak yah ler, buang masa je..kecuali ambil ler loyar2 yg bagus sikit cam loyar Rais Yatim ke, atau yg terbaik loyar2 yg bela Anwar sekarang ni..




-aa



0 comments

FUZIAH SALLEH MALU TAPI SURUH TV3 MINTA MAAF KAT DIA!!!

Fuziah Salleh, MP Kuantan menuntut TV3 menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepadanya selepas TEMBELANG dan TEMBERANGNYA telah dibocorkan oleh Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, Che Rosli Che Mat.

Dan yang menariknya, Fuziah Salleh berkata, klip yang ditayangkan oleh TV3 merupakan konspirasi kerajaan Barisan Nasional untuk melindungi Lynas dan bukannya rakyat. (BACA DI SINI)

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat sudah mula menerima tekanan daripada pembesar-pembesar partinya. Sudah ada yang mula mengaitkan Ahli Parlimen itu dengan projek di Bukit Merah. Malah gema 'KERAJAANG PERPADUANG' juga mula dimainkan oleh para pencacai bagi menjatuhkan integriti Che Rosli Che Mat.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Che Rosli Che Mat begitu jelas memalukan Fuziah Salleh dan Pakatan Rakyat. Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang sebelum ini turut menyokong Fuziah Salleh dan Pakatan Rakyat juga nampaknya telah 'menarik' semula sokongan mereka selepas mendengar penjelasan saintifik yang diberikan oleh Che Rosli Che Mat dan Dr.Ahmad Termizi Ramli, pakar keselamatan dan kesihatan radiologi.

Dan seperti biasa, apabila sudah terkantoi, Fuziah Salleh mula bermain tarik tali serta pusing terbalik, sepertimana ajaran MAHAGURUnya iaitu Anwar Ibrahim.

Daripada pendedahan kepada radiasi nuklear, alasan yang diberikan sekarang adalah tuduhan kononnya Che Rosli Che Mat mempunyai kepentingan dalam projek tersebut dan dibayar oleh Barisan Nasional....

Paling menarik apabila para penjilat dan pemimpin Pakatan Rakyat mencadangkan agar Che Rosli Che Mat mengusulkan agar kilang tersebut dibina di sebelah rumahnya di Hulu Langat!!!

Dangkalnya otak Fuziah Salleh!!! Sepatutnya bukan Che Rosli Che Mat dan TV3 yang minta maaf tetapi Fuziah Salleh dan Pakatan Rakyat yang telah memutarbelitkan fakta sebenar!!!

NADIR BUMI ADALAH NUKLEAR? Lawaknya!!!

0 comments

GEMPAR!!! AIR MANI DI DALAM DUBUR SAIFUL ADALAH AIR MANINYA SENDIRI!!!


Akibat hendak menunjuk pandai, akhirnya PAKAR UPAHAN Anwar Ibrahim yang menjadi saksi keempat pembelaan kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim dan bekas pembancuh kopinya, Saiful Bukhari Azlan kedengaran seperti cerita Doraemon dan pintu masanya!

Dan memandangkan sudah tidak ada cara lain untuk membela Anwar Ibrahim, Brian McDonald menyatakan bahawa prosedur yang dijalankan oleh pakar DNA tempatan adalah salah, sekaligus orang putih Australia yang berhidung tinggi itu menyatakan pakar-pakar tempatan banyak yang tidak tahu, berbanding dirinya.

Menariknya, PAKAR UPAHAN Anwar Ibrahim itu sebenarnya terlupa satu perkara, dia sekarang berada di Malaysia. Oleh kerana itu, pandangannya harus diberikan berdasarkan standard tempatan, dan bukannya standard di negerinya.

Australia sendiri mempunyai prosedur yang tidak seragam tertakluk kepada undang-undang setiap negeri yang membentuk negara Australia. Perkara yang sama juga berlaku di Amerika Syarikat yang mempunyai 50 negeri itu.

Dan hari ini, pakar berkenaan terGOLEK DOG manakala para peguam bela Anwar terpaksa tepuk dahi masing-masing sebab Ketua Jabatan Kimia, Lin Boon Koon membuktikan, hujah kononnya Akreditasi Malaysia telah luput tarikh, boleh dibuang ke longkang. Sijil berkenaan ditampilkan sebagai pembuktian bahawa Jabatan Kimia Malaysia mendapat pengiktirafan dan ujian yang dibuat mengikut standard serta prosedur makmal jenayah Amerika.
Dan sekarang, orang putih berketurunan penjenayah Britain itu cuba mengajar Malaysia tentang betapa jahilnya Malaysia berdasarkan pandangannya?

McDonald menyatakan bahawa ada kemungkinan air mani yang disiasat oleh Dr.Seah dari Jabatan Kimia adalah AIR MANI SAIFUL sendiri!

Alasannya, Dr.Seah Lay Hong tidak membuat pemisahan sel-sel air mani secara sempurna dari sel bukan air mani pada celekan rektal Saiful. Dan yang paling menariknya, orang putih itu menuduh Dr.Seah Lay Hong hanya meneka-neka manakala keterangan yang diberikan oleh Dr.Seah sebelum ini dianggap tidak disokong oleh bukti!!! (BACA DI SINI)

Barangkali Brian McDonald mempunyai BUKTInya untuk menyokong tuduhannya itu, bukannya meneka-neka kerana ketika prosedur dijalankan, dia tidak berada di makmal, sebaliknya dia yang meneka-neka tentang 'kesilapan' prosedur tersebut.

Tidak ada yang lebih melawakkan, setelah berhempas pulas menceritakan tentang ciri-ciri teknikal untuk melarikan fokus, akhirnya PAKAR UPAHAN Anwar Ibrahim itu sekadar ingin menyatakan bahawa air mani di dalam punggung Saiful adalah air mani Anwar Ibrahim!!!

Barangkali Brian McDonald mempunyai sampel air mani dan profil DNA Anwar Ibrahim yang boleh menyokong tuduhan serta dakwaannya itu yang dibuat bersandarkan kepada pemerhatian dan pemantauan pihak antarabangsa selain mengikut prosedur yang dikatakannya lebih tepat berbanding makmal kimia Malaysia.

Lagipun Anwar sudah lama menolak penyerahan DNAnya secara sukarela!!!

Secara logik akal, macam mana air mani Anwar boleh bertukar jadi air mani Saiful? Dan kalaulah memang benar air mani Saiful... lebih kurang cakap, PANJANG SUNGGUH KOTE SAIFUL sambil boleh menjuborkan dirinya sendiri dan pancut dalam!!!

Hebat rupa-rupanya Mohd. Saiful Bukhari Azlan!!!



1 comments

Alahai SPR...............

SPR timbang guna dakwat kekal
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selain daripada sistem biometrik bagi memastikan tidak berlaku masalah pengundian bertindih.
Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, SPR kini mempunyai beberapa pilihan untuk dilaksanakan sama ada sistem biometrik atau dakwat kekal atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, beliau berkata, hanya satu sistem sahaja akan dipilih dan ia bergantung kepada hasil kajian menyeluruh yang kini sedang dijalankan oleh SPR.
“Tidak dinafikan sistem biometrik yang kita cadangkan sebelum ini baik, tetapi ia tetap mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu antaranya mesin pengimbas tidak boleh membaca ibu jari dan masalah cip kad pengenalan rosak.
“Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Kita tidak mahu timbul masalah pada hari pengundian. Jika sistem biometrik berjalan dengan baik, tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula sebaliknya?” katanya.-seterusnya di utusan.


_________________________




Alahai alahai...SPR oii..apa cara pun tetap ada kelemahan!! Apa yg leh dibuat ialah minimakannya. Apa hal nak dlayan sangat Berseh tu, ianya satu badan yg tak dikitiraf yakni badan yg haram!!




Percaya lah jika PAKATAN yg merintah sekarang ni..semua tuntutan tu tak de dan takkan ada, dan jika ada, ianya takkan dilayan!!!




Jelas dan amat jelas ianya adalah bermotif politik belaka..kerana ia brtunjang pada satu pihak saja. Jika Berseh adalah gabungan parti2 politik dari kerajaan dan pembangkang leh dipercayai satu badan yg adil dan tidak berat sebelah..




SPR adalah Suruhanjaya..




Satu lagi SPR tak berminat ke nak bersehkan nama atas tuduhan2 yg dikatakan fitnah tu????? Ataupun ianya bukan fitnah!!! Ambil tindakan undang2 jika yakin benar!!




-aa







0 comments

KJ DAH TERDESAK SANGAT KE SAMPAI MAIN POLITIK UGUT?

Khairy Jamaluddin atau KJ, sang Ketua Pemuda UMNO Malaysia nampaknya cuba main tarik tali. Katanya, dia akan keluar UMNO sekiranya majoriti ahli UMNO menyokong pertubuhan bukan kerajaan yang lantang memperkatakan tentang hak Melayu, PERKASA. Dan menariknya, dia bukan bermasalah dengan PERKASA tetapi bermasalah dengan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, bekas ahli UMNO yang diterajang keluar oleh bapa mertuanya sendiri, Abdullah Badawi.

Politik ugut sebegini biasanya diamalkan oleh ahli-ahli politik yang terdesak dan tahu mereka sedang terpinggir. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ahli-ahli politik yang sudah dapat membaca, keperluan terhadap mereka tidak lagi wujud dan terdapatnya desakan agar mereka berundur segera.

Contoh terbaik yang boleh dilihat adalah apabila Chua Jui Meng mengambil keputusan untuk keluar dari MCA selepas gagal menjadi Presiden MCA dalam cubaannya yang kedua. Sebelum itu, sudah terdapat ura-ura yang Chua Jui Meng akan keluar parti sekiranya dia masih gagal memperolehi sokongan. Dan akhirnya dia benar-benar keluar parti apabila kalah di tangan Ong Tee Kiat.

KJ nampaknya sedang mengulangi drama yang sama. Bezanya, kalau Chua Jui Meng menjadikan jawatan sebagai cagarannya, KJ pula kelihatan lebih tidak realistik dengan menjadikan Ibrahim Ali sebagai sandaran.

Kata, KJ kalau wujud situasi di mana ahli UMNO memilih PERKASA berbanding dirinya, maka dia akan keluar UMNO! (DI SINI)

Sebenarnya walaupun ahli-ahli UMNO sebahagian besarnya tidak berminat dengan PERKASA, tetapi majoritinya akan BERSENANG HATI sekiranya KJ benar-benar mengotakan kata-katanya untuk keluar dari UMNO.

Malah apabila KJ membangkitkan tentang kontrak yang perlu telus dan adil, maka ramai yang melihat KJ sendiri sebagai biawak berlidah dua! Walaupun tidak mempunyai kepentingan langsung, namun ramai yang melihat wujudnya proksi KJ terutama sekali pada zaman bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri. Dan perkara itu bukanlah sesuatu yang sangat aneh, terutama sekali dalam kes pembekalan buku-buku bacaan tambahan yang melibatkan Perpustakaan Negara!!!

Itu baru satu kes dan terdapat banyak kes lain yang juga membabitkan Khairy Jamaluddin!

Bukan sedikit orang yang melihat KJ adalah liabiliti terbesar UMNO. Desas-desus tentang perjanjian tolak ansur Abdullah Badawi sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri membabitkan KJ, tidak hanya diperkatakan di dalam parti-parti komponen Pakatan Rakyat, bahkan di dalam UMNO sendiri, itulah cerita yang akan dapat didengari.

Justeru, politik ugut KJ itu sebenarnya tidak menguntungkannya sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Sebaliknya KJ dilihat sebagai pengancam utama UMNO berdasarkan sejarah TIKAM BELAKANG pada PRU12 yang menyaksikan calon-calon UMNO kalah bukan kerana kekuatan calon-calon parti lawan sebaliknya kerana ditikam dan protes oleh ahli-ahli UMNO sendiri, terutama dari kalangan yang tidak menyetujui calon pilihan KJ dan Tingkat 4.

Nak keluar, keluar saja... tak payah buat cerita lawak seperti cerita dua biji peluru!!!

1 comments

KES LIWAT ANWAR SEMAKIN MENARIK, SAKSI UPAHAN GELABAH BERUK!!!

Hari ini, saksi Anwar, seorang PAKAR UPAHAN dari Australia, Dr.Brian McDonald akan disoalbalas oleh pihak pendakwa. Semalam, PAKAR UPAHAN tersebut cuba menerangkan secara teknikal bagi membantu Anwar melepaskan diri menerusi perlecehannya terhadap Jabatan Kimia yang dikatakan tidak dapat pengiktirafan antarabangsa.

Secara mudahnya, dari tiga tahun dahulu lagi, pasukan peguambela Anwar berusaha memenangkan kes tersebut dari segi teknikal, bukannya menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful.

Pertikaian tentang air mani di dalam dubur Saiful sebagai milik Anwar, langsung tidak wujud dan ia dianggap sebagai satu fakta yang tidak disangkal. Namun para pembela Anwar berusaha untuk mencari kelemahan dari sudut teknikal seperti sijil akreditasi yang telah tamat tempoh.

Ketika artikel ini ditulis, Brian McDonald masih lagi membicarakan tentang sudut-sudut teknikal bagi mempertikaikan hasil kerja pakar tempatan yang dianggapnya tidak standard dan memenuhi piawaian.

Bagaimanapun, dijangkakan, soal balas daripada pendakwa akan menyebabkan penjelasan terperincinya dari semalam akan berterabur seperti PAKAR UPAHAN sebelum ini.

Sehingga kini, tidak diterangkan bagaimana air mani Anwar berada di dalam dubur Saiful sekiranya Anwar tidak meliwat Saiful. Malah KESUKARELAAN Saiful membawa KY JELLY untuk Anwar juga, masih belum disentuh!!!

Takkan air mani Anwar boleh terpancut dan terus masuk dalam dubur Saiful? Takkan KY Jelly itu digunakan untuk dicicah dengan karipap daging?

1 comments

SELEPAS SIASAT GEREJA, TOLONG SIASAT PULA BAITULMAL DAN PUSAT ZAKAT!!!

Kemiskinan mendekatkan kekafiran!

Itu adalah peringatan yang diberikan lebih seribu empat ratus tahun lalu. Namun sejauh manakah golongan yang mengakui mereka beragama Islam benar-benar mempraktikkannya atau mengendalikan dana umat Islam selain daripada menuding jari menyalahkan pihak lain seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia?

JAIS yang terlibat dalam kemelut dengan sebuah gereja, menerima tekanan kiri dan kanan. Dari satu segi, JAIS telah menjalankan tugasnya berdasarkan enakmen yang dibekalkan. Namun dari satu segi yang lain, tindakan JAIS sebenarnya mengundang pendedahan satu lagi permasalahan yang sebelum ini jarang membuka mata dan jarang diambil berat.

12 orang kontroversi kerana mendapat bantuan daripada gereja dan dikaitkan dengan isu pemurtadan, seharusnya telah membuka mata dan pihak-pihak berkenaan seharusnya memikirkan cara serta kaedah paling sesuai untuk menangani masalah yang sedang berlaku.

Menyalahkan antara satu sama lain, dan dengan isu yang dipolitikkan, tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan ia semakin mengusutkan keadaan. Politik untuk menyembunyikan permasalahan seperti yang kita tengok sekarang ini, tidak lebih daripada kaedah sementara yang amat menjengkelkan.

Apa tindakan susulan yang dibuat oleh JAIS selepas melakukan pemeriksaan di Dream Centre yang dianjurkan oleh Gereja Methodist Damansara Utama? Adakah ia cukup sekadar dijadikan sebagai hujah politik bagi kepentingan parti-parti politik tertentu atau individu yang ingin melonjakkan nama mereka untuk pilihanraya akan datang, mahupun pemilihan jawatan dalam parti yang mereka wakili?

Isu murtad bukan perkara kecil dan bukan juga perkara main-main. Isu murtad membabitkan keseluruhan umat Islam, dan tidak hanya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa. Ia seperti juga menjaga kebajikan antara umat. Ia tidak sepenuhnya tanggungjawab pemerintah sebaliknya tanggungjawab setiap orang yang membentuk umat.

Sejauh manakah kita mengenali dan mengenali hati budi jiran-jiran di sebelah rumah? Berapa kerap kita turun membantu atau bergegas apabila mendengar kisah malang jiran kita? Atau kita sekadar menjadi cerita derita jiran sebagai bahan bercerita dan bergelak tawa? Kemudian apabila tercetus isu murtad JAIS-GMDU, maka kita pun menyalahkan UMNO kerana UMNO adalah kerajaan negara?

Sangat jelas, kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada kemelut berkenaan adalah tentang kewangan dan kesusahan. JAIS perlu menyelesaikan masalah GMDU dan kemudian memanjangkan tanggungjawabnya kepada SPRM atau badan-badan siasatan yang lain untuk mengenalpasti, siapakah CULPRIT yang menghalang bantuan kepada fakir miskin Islam di dalam badan-badan seperti BaitulMal dan Pusat Zakat.

Menyalahkan Gereja seratus peratus adalah tidak tepat kerana seandainya golongan yang dipertanggungjawabkan telah menjalankan tugas mereka dengan sesempurna mungkin, tidak akan ada alasan 'SUSAH dan KESEMPITAN WANG' yang boleh diberikan oleh mana-mana golongan yang terpengaruh dengan dakwah pengkristianan.

Masa sudah sampai untuk menghapuskan budaya SOROK MASALAH BAWAH TIKAR seperti yang diamalkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang beragama Islam, terutama sekali dari PAS, bahkan budaya TUDING JARI KEPADA ORANG LAIN seperti mana yang diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk mengejar populariti sekarang ini.

Lakukanlah reformasi secara menyeluruh dan penambahbaikan tanpa berselindung di sebalik tabir politik yang kian menular di hati dan jiwa umat Islam di negara ini!!!

0 comments

YANG DISENTUH IDRIS AHMAD, PASAI APA TUAN IBRAHIM YANG LOMPAT LEBIH?

Bila Ahli Parlimen Hulu Langat mendedahkan bagaimana dia telah dilarang oleh Penerangan PAS Pusat daripada membuka mulut tentang Lynas, yang melompat sampai kepala kena bumbung adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. Sebabnya, Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS Pusat. Yang ramai tidak tahu dan tak perasan ialah, Tuan Ibrahim Tuan Man baru beberapa bulan sahaja menjawat jawatan tersebut. Jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat disandang oleh Idris Ahmad sebelum Tuan Ibrahim Tuan Man dan isu Lynas yang turut membabitkan pemimpin-pemimpin PAS selain portal dan akhbar mereka, jauh lebih lama sebelum Tuan Ibrahim Tuan Man sudah diperkirakan jawatan Ketua Penerangan.

Tergugat dengan ketegasan Che Rosli Che Mat yang tidak mahu PAS menjadi pak turut tidak berotak, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga merupakan seorang pakar nuklear dipanggil untuk memberikan keterangan kepada kepimpinan utama. (BACA DI SINI)

Bodoh atau tidak, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya berkata, PAS TETAP MENOLAK PROJEK NUKLEAR di Gebeng itu. Nadir bumi atau rare earth diistilah oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai NUKLEAR.... ulama terompah kayu kelas ke berapa agaknya Tuan Ibrahim Tuan Man ni?

Tindakan PAS Pusat terhadap Che Rosli Che Mat sebenarnya sudah diduga dari awal-awal lagi. Oleh kerana majoriti pemimpin PAS adalah dari jenis dan kalangan BANGANG TIDAK BEROTAK, mereka seringkali akan mendidik ahli-ahli mereka agar tutup mulut dan jangan beritahu kesilapan pemimpin mereka. Telan dan hadamkan sahaja kebodohan para pemimpin atasan.

Alasannya, diam itu lebih baik agar jemaah tidak berpecah... pendapat yang hanya terpakai di dalam PAS tetapi tidak dipakai dalam bentuk yang lebih besar iaitu umat Islam!!!

Dasar munafik seperti itu sedang bermaharajalela di dalam PAS. Maka tidak hairanlah jikalau nadir bumi dikatakan NUKLEAR dan kata-kata itu perlu diterima serta dicatatkan sebagai kanun!!!

Jangan terkejut juga suatu hari nanti, akan muncul pelampau dalam pimpinan PAS yang mengatakan Malaysia adalah sebuah planet, bukannya sebuah negara!!!

1 comments

Thursday, August 25, 2011

HARGA AYAM MENINGKAT TINGGI KESAN PENGARUH DAP!!!

Thursday, August 25, 2011
Seperti yang dijangka, para pembekal dan pemborong daging ayam akan menjadikan musim perayaan untuk mengaut keuntungan besar, sama ada keuntungan berdasarkan harga, mahupun keuntungan kerana dapat memburukkan kerajaan.

Di sebalik iltizam KPDNKK untuk memperketat serta memperkemaskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan para peniaga tidak menaikkan harga daging ayam, namun tinjauan mendapati harga ayam yang ditawarkan kepada pengguna tidak menepati harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Tekanan untuk menaikkan harga, selain daripada permintaan menjelang perayaan, sudah lama dilakukan. Pada bulan Mei lalu, harga ayam di Pulau Pinang meningkat sehingga RM12 sekilo dengan alasan ladang ternak di Johor banyak dinaiki air akibat banjir.

Harga makanan merupakan senjata yang paling ampuh untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Biarpun kawalan terhadap harga bukanlah ditentukan oleh kerajaan, sebaliknya lebih dikuasai oleh pemborong dan pembekal, namun rakyat rata-ratanya akan menyalahkan kerajaan kerana gagal mengekang kenaikan harga.

Sebarang peningkatan harga makanan terutama menjelang perayaan, akan menyebabkan kemarahan terhadap kerajaan semakin membuak-buak. Dan pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan akan menusukkan jarum tohmahan kepada orang ramai dengan mengatakan, Barisan Nasional sengaja menaikkan harga untuk mengumpul dana pilihanraya.

Itu yang sedang berlaku sekarang. Dan permainan menaikkan harga sesuka hati ini sebenarnya adalah permainan pembekal dan pemborong serta orang tengah yang kebanyakan daripada mereka menganggotai persatuan-persatuan pembekal, pemborong dan orang tengah. Menariknya, kebanyakan daripada persatuan-persatuan berkenaan merupakan penyokong kuat DAP!

Harga siling telah ditetapkan... Ismail Sabri Yaakob juga telah menyatakan, pemantauan serta penguatkuasaan akan dilaksanakan secara tegas bagi mengelakkan para peniaga mengambil kesempatan. Agak aneh, mengapa pemborong, pembekal dan orang tengah tidak terbabit dalam perlaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan ini?

0 comments

HATA WAHARI BANTU BLOGGER PRO-UMNO SAMAN JASA!!!

Sebagai bekas wartawan dan sekarang dah jadi TAUKEH PORTAL BERITA, tentu sekali Hata Wahari memiliki sumber dan maklumat yang tepat sebelum dia membuat sebarang kenyataan. Apatah lagi dia sekarang merupakan salah seorang daripada pencacai Pakatan Rakyat yang mencari sudut-sudut yang boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR.

Menurut Hata Wahari, blogger-blogger pro-UMNO setaraf dengan blogger-blogger pro-Pakatan yang kebanyakannya mendapat gaji tetap dan pelbagai kemudahan lain, termasuklah peruntukan sebanyak RM2 juta. Malah status blogger-blogger pro-UMNO lebih hebat kerana mereka bekerja dengan JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas).

Oleh kerana itu, blogger-blogger pro-UMNO eloklah mendaftar dengan Hata Wahari dan cuba mendapatkan bantuan daripadanya bagi MENYAMAN JASA kerana tidak membayar gaji WAIMMA SATU SEN pun selama bertahun-tahun!

Hata Wahari mendakwa dia mempunyai bukti dan video 22 minit untuk menyokong tuduhannya bahawa JASA menggajikan blogger-blogger pro-UMNO yang sekarang ini kelihatan seperti cendawan tumbuh pada musim hujan dan menguasai medan siber, terutama sekali blog dan Facebook.

Memandangkan Hata Wahari mempunyai bukti, maka eloklah sekiranya para blogger pro-UMNO bersepakat dan menghantar Hata Wahari selain menjadikannya sebagai salah seorang saksi dalam kes saman JASA nanti.

Hata Wahari juga pastinya tidak akan keberatan membantu para blogger pro-UMNO yang sekarang ini sudah boleh tersenyum-senyum memikirkan jumlah GAJI TERTUNGGAK mereka yang tidak pernah mereka nikmati selama ini diperolehi.

Sebagai permulaan, mungkin Hata Wahari BOLEH MENDEDAHKAN SALAH SATU BUKTI yang JASA telah menggajikan blogger kerana setakat ini, tidak pernah pula kedengaran JASA membayar mana-mana blogger.

Atau barangkali dengan pendedahan yang dibuat oleh Hata Wahari, bolehlah para blogger pro-UMNO yang sebelum ini kerap digunakan nama mereka oleh segolongan manusia pembangkai untuk mendapatkan peruntukan kononnya atas sebab PERANG SIBER, menjejaki siapakah MANUSIA PEMBANGKAI yang ada dalam JASA pula...

Mustahil sangatlah Hata Wahari berbohong yang dia ada bukti dan JASA menggaji blogger-blogger pro-UMNO!!!

0 comments

PENGARUH KHALID, JAIS TAK DAKWA SESIAPA DALAM KES MURTAD?

12 orang yang tertera perkataan Islam pada kad pengenalan mereka telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Peguam mereka yang dikatakan peguam PAS, telah memberi amaran agar mereka tidak digelar sebagai MURTAD, bahkan peguam tersebut akan mempertahankan 'hak-hak' 12 orang tersebut untuk beragama!

Khabar yang sampai ialah, JAIS tidak akan mendakwa sesiapa pun kerana tidak mempunyai cukup bukti.... (SILA BACA DI UNSPINNERS)

Kalaulah benar bagai dikata, ditambah pula dengan kekalutan Khalid Samad untuk menyaman Papagomo, selain reaksi Latheefa Koya yang lebih cakap berbanding MBPJ, maka tidak dapat tidak, keputusan JAIS itu sebenarnya telah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. MBPJ pada masa yang sama, telah pun membuktikan bahawa tindakan menyita dan menutup premis yang digunakan oleh GMDU ketika pemeriksaan dibuat oleh JAIS, sebenarnya telah diterbalikkan.

Sehingga sekarang, tiada sebarang tindakan undang-undang daripada MBPJ terhadap premis berkenaan, sekalipun dalam beberapa kes yang melibatkan umat Islam, MBPJ bertindak bagaikan Zionis mendapat bulldozer!

Cubaan untuk mematikan isu dan melarikan fokus terhadap masalah pemurtadan dan perlanggaran terhadap Perlembagaan, telah dan sentiasa cuba dilakukan oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang berketuakan pula DAP!

Penubuhan Majlis Syura, kononnya atas titah dan perkenan DYMM Sultan Selangor, terpaksa ditukar menjadi Majlis Pendengaran setelah Khalid Ibrahim sah-sah menipu. Dan anehnya, Majlis Pendengaran itu akan menghadap GMDU, bukan sebaliknya seolah-olah ingin memberi isyarat bahawa JAIS yang bersalah kerana melakukan pemeriksaan di premis yang digunakan oleh GMDU sekalipun JAIS bertindak atas kapasiti dan enakmen undang-undang syariah Selangor.

Pada masa yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya dari PAS sibuk mencanangkan UMNO sebagai penghalang perkembangan Islam dan membenaran pemurtadan sekalipun ia sebenarnya langsung tidak kena mengena dengan kes yang sedang berlaku.

Maka, keputusan JAIS untuk tidak mendakwa sesiapa pun, walaupun memang terdapat bukti tentang unsur-unsur pemurtadan dalam majlis Annual Thanksgiving Dinner pada 4 Ogos lalu, memperlihatkan ada TANGAN HITAM dan TANGAN TOK DALANG yang menggerakkan mulut serta keputusan mereka!

Siapa tok dalang dan tangan hitam itu? Rasa-rasanya, semua orang tahu!

0 comments

KESAN SOLAT HAJAT PERDANA PAS, ANWAR TERKANTOI MENIPU!!!

Berkali-kali sudah, PAS mengadakan solat hajat perdana meminta agar Allah Taala menunjukkan kebenaran, menjauhi petaka, menghukum golongan yang salah, menunjukkan dan membuktikan golongan penfitnah dan memenangkan yang hak ke atas yang batil.

Barangkali ramai ahli-ahli PAS sudah boleh membuka mata mereka sebesar-besarnya sekarang. Mereka sudah seharusnya menambahkan keimanan kepada Allah Taala dan tidak lagi berusaha menafikan qada dan qadar Allah Taala.

Perbicaraan Anwar Ibrahim sudah semakin menunjukkan siapa sebenarnya yang pengecoh, pembelit dan penipudaya. Saksi-saksi yang ditampilkan oleh Anwar Ibrahim dan keterangan mereka bukan sahaja tidak dapat menafikan bukti serta keterangan saksi yang diberikan oleh pihak pendakwa, bahkan menelanjangkan Anwar Ibrahim sebagai penipu terhebat abad ini yang berasal dari Malaysia, sekaligus bakal mencatatkan namanya dalam buku 'HOAX AND FRAUD'
yang bakal diterbitkan nanti.

Bloopers and blunders Anwar semakin menjadi-jadi. Pakar-pakar upahan yang ditampilkan sebagai saksi, tidak sahaja tergagap-gagap dan cuba memutarbelit fakta sebenar, bahkan menghilangkan integriti mereka sebagai pakar yang hebat sepertimana yang dikempenkan oleh Anwar Ibrahim.

Permainan minda seperti yang dilakukan apabila Latheefa Koya dan Anwar sendiri menghantar pesanan melalui TWITTER kononnya pihak pendakwa cuba menahan bukti daripada dibentangkan di mahkamah, sebenarnya telah menelanjangkan perangai sebenar Anwar dan konco-konconya kepada golongan separuh masak yang masih melihat Anwar sebagai orang hebat.

Kesian betul Anwar Ibrahim... dia fikir dia boleh menipu orang ramai dengan imej Solat Hajat tanpa dia sedar, dia sebenarnya cuba mempermain-mainkan kewujudan dan kekuasaan Allah Taala. Sekarang, Allah Taala telah menunjukkan belang sebenar Anwar Ibrahim...

PAS seharusnya menganjurkan satu lagi Solat Hajat Perdana dan elok juga menggunakan Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil untuk tujuan itu!!!


Hari ini, Allah Taala membuka satu lagi pekong besar. Peguam-peguam mahal Anwar dikantoikan oleh tipu daya mereka sendiri.

Mereka cuba memperlekehkan Jabatan Kimia Malaysia dengan bantuan seorang PAKAR UPAHAN Anwar yang menjadi saksi. Kononnya penemuan dan laporan yang dibuat oleh Jabatan Kimia Malaysia tidak berkredibiliti dan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana tempoh hayat Jabatan Kimia sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, surat yang ditunjukkan oleh Pendakwaraya yang kemudian dikatakan oleh Latheefa Koya di dalam TWITTER sebagai MENAHAN BUKTI, menjelaskan bahawa peguam-peguam mahal Anwar sudah pun terperangkap kerana tertera jelas di dalam surat tersebut adalah tempoh lanjutan pengiktirafan yang diberikan oleh ASCLD sehingga 18 Oktober 2011.

Maha Suci Allah Taala...

0 comments

AKUILAH, UMNO KEDAH TENAT!!! SETENAT PEMIMPIN-PEMIMPINNYA YANG SUDAH TUA RENTA!!!

Cuba tanya kepada akar umbi di Kedah tentang situasi politik di Kedah sekarang. Adakah mereka berasa tersiksa hidup di bawah PAS atau lebih tepat lagi di bawah OSTAT KITA? Atau adakah majoriti daripada mereka akan berkata, SAPA PUN PERINTAH, UMNO KA PA KA, SAMA SAJA.

Nak lebih detail, cuba tanya sendiri kepada rakyat Kedah, apakah yang telah dibuat oleh para pemimpin UMNO Kedah sehingga membuatkan mereka lebih ISTIMEWA berbanding para pemimpin PAS terutama wakil rakyatnya.

Tidak dinafikan, di tengah-tengah kegawatan kepimpinan UMNO Kedah, masih terdapat segelintir kecil pemimpin-pemimpin UMNO yang sangat bersungguh-sungguh membantu rakyat. Masih terdapat pemimpin-pemimpin yang walaupun bukan wakil rakyat, tetapi seminggu sekali akan balik menjenguk kawasan sambil merayau mencari golongan yang boleh dibantu tanpa mengira akidah politik.

Pentadbiran PAS Kedah juga sama seperti pentadbiran-pentadbiran yang lain, ada kurang dan lebihnya walaupun kekurangannya yang berlebih-lebih, namun kalau dilihat kepada barisan yang bakal dihadapkan oleh UMNO Kedah pada PRU13 nanti, rasa-rasanya mungkin lebih baik UMNO Kedah, duduk dalam selimut dan peluk bini. Itu lebih afdal daripada membuang masa melaung-laungkan cerita Melayu dan perjuangan!

Masalah utama UMNO Kedah adalah pencantasan dan KAUM YANG SEBELAH KAKI SUDAH MASUK LIANG LAHAD masih perasan yang depa bagus sangat! Barisan pelapis kepimpinan utama UMNO Kedah masih tidak menonjol dan masih tidak ditonjolkan. Sebaliknya yang kelihatan, balik-balik muka Mat Bashah, balik-balik muka DINOSAUR ZAMAN JURASSIC!!!

Fosil-fosil yang ada di Kedah dan galak berkokok sekarang, seharusnya sudah sedar diri. Seharusnya sudah mulai berundur dan memberikan lebih peluang kepada pemimpin-pemimpin UMNO muda yang lebih berkelayakan dan bukannya berfikiran Khairy Jamaluddin.

Bariskan kepimpinan muda UMNO Kedah! Siapa mereka dan di mana mereka sekarang?

Tajuddin Sik? Man Pin? Azeez Rahim? Lat Shariman?

Berapa kerat mereka untuk mewakili UMNO Kedah...

Dan bariskan pula fosil-fosil JURASSIC... rasa-rasanya tak cukup jari kaki dan jari tangan untuk membilang jumlah mereka!

Jadi, apabila Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan memberitahu agar rakyat Kedah tidak perlu lagi memberi peluang kedua kepada PAS pimpinan OSTAT KITA, seharusnya Ahmad Maslan juga mencongak-congak keputusan Pilihanraya 2008 akan berulang lagi pada PRU13 jikalau UMNO Kedah terus mengekalkan FOSIL-FOSIL JURASSIC yang sangat tidak senang jikalau ada pemimpin muda UMNO yang mempunyai kelulusan, lebih bijak, lebih berjuang dan lebih bersemangat untuk mengubah status rakyat Kedah!

0 comments

ANWAR MAKIN TERTEKAN, SAKSI SETERUSNYA 'TIDAK BOLEH DIPERCAYAI'!!!

Saksi keempat pembelaan dalam kes Anwar LIWAT Saiful ditampilkan. Anwar dan barisan peguambela mahalnya mengharapkan satu keajaiban akan berlaku setelah keterangan daripada PAKAR UPAHAN Anwar semalam bukan sahaja tidak meyakinkan, bahkan memperlihatkan ketidaklayakan orang upahan dari Australia itu bergelar pakar menerusi hujah-hujah dan keterangannya seperti orang yang hanya memperolehi maklumat daripada hafalan buku sains!

Pengurus Pentadbiran Hospital PUSRAWI yang merupakan saksi keempat Anwar, Yusni Ali memberitahu mahkamah, ketika dia mengambilalih tugas pada 17 Ogos 2008, fail pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya mengandungi sehelai kertas iaitu 'REKOD PERUBATAN JABATAN KECEMASAN PUSRAWI' dan ianya hanyalah salinan, bukannya dokumen asal.

Dengan bahasa yang lebih mudah faham, keterangan Dr.Mohd Osman yang menyatakan telah menyediakan laporan pemeriksaan kesihatan terhadap Saiful, sangat-sangat menimbulkan keraguan.

Dalam keterangannya, pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar itu berkata, dia telah menyediakan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari dan menyerahkannya kepada seseorang yang didakwanya sebagai pegawai Hospital Pusrawi bernama Azlan.

Anwar Ibrahim dalam kenyataan membela diri yang tidak boleh disoalbalas oleh pendakwa, menafikan dia telah melakukan liwat ke atas MOHAMED SAIFUL dan bukannya MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN... Mohamed Saiful dan Mohd Saiful Bukhari adalah dua individu yang berbeza!

Sesuatu yang paling menarik ialah apabila Yusni juga memberitahu mahkamah yang dia telah menandatangani satu akuan bersumpah selepas seorang peguam bernama Yusri dan Pesuruhjaya Sumpah bernama Anuar yang merupakan wakil Anwar Ibrahim menemui dan meyakinkannya bahawa dokumen itu hanyalah untuk simpanan sulit.

Dan dokumen berkenaan kemudiannya diserahkan kepada wakil Anwar.

Keterangan yang diberikan oleh pegawai PUSRAWI itu nyata amat tidak menyenangkan dan langsung tidak memberi kelebihan kepada Anwar Ibrahim.

Adakah Yusni Ali, Dr. David Wells dan Dr. Osman Abdul Hamid telah dirasuah oleh UMNO selain membuat konspirasi dengan Najib Abdul Razak sebagaimana alasan yang kerap diberikan oleh Anwar serta para pencacainya setiap kali mereka terhimpit?

Kita nantikan... paling tidak pun dalam ceramah politik berbentuk tazkirah yang bakal diadakan malam nanti di seluruh Malaysia!!!

0 comments

ADUN PAS DIBERI AMARAN DAN SURAT TUNJUK SEBAB!!!

Che Rosli Che Mat sebenarnya mengundang masalah yang sangat besar kepada dirinya sendiri. Apatah lagi apabila dia SENGAJA memilih untuk menyuarakan pandangan yang berdasarkan kepada kepakarannya di TV3, media penyiaran yang sangat dimusuhi oleh kaum Pakatan Rakyat.

ADUN Hulu Langat itu sebenarnya memilih untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa Fuziah Salleh, MP Kuantan dan para pemimpin DAP yang sebelum ini bersungguh-sungguh menyatakan bahawa projek Lynas di Gebeng, Kuantan merbahaya kepada penduduk setempat sebagai BODOH, BAHLOL dan PENIPU BESAR!!!

Namun masalah yang paling besar yang ditempah oleh Che Rosli Che Mat ialah, kontroversi yang dicetuskannya. PKR sudah tentu tidak mahu kehilangan pengaruh di Kuantan setelah Fuziah Salleh dengan bantuan para pemimpin DAP menjalankan dakyah tentang bahaya radioaktif akibat pembinaan kilang berkenaan.

Pastinya, nasib Che Rosli Che Mat yang berkata, dia malu dengan pembohongan yang turut disertai oleh PAS walaupun dia sendiri adalah ADUN PAS, akan hampir menyamai nasib Hasan Ali, Exco Selangor yang menjadi ikon kebencian melampau kaum Pakatan Rakyat, khususnya penjilat dan pencacai Guan Eng serta Anwar Ibrahim! (BACA DI SINI)

Apakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akan didesak oleh Anwar Ibrahim dan Guan Eng untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Che Rosli Che Mat? Adakah para pencacai Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bodoh bahawa itu adalah modifikasi yang dilakukan oleh TV3 dan putar belit media penyiaran yang dilihat lebih berpihak kepada UMNO-BN?

Tidakkah selama ini, apa-apa sahaja yang keluar dari mulut para pemimpin PAS setiap kali tidak memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat akan dikatakan sebagai putarbelit UMNO atau istilah yang paling tinggi rankingnya iaitu KONSPIRASI?

0 comments

DAH TAK TUDUH PULAK? APASAL BUAT PUSINGAN U?

Badrul Hisham Shaharin atau menamakan dirinya sebagai Chegu Bard kembali membuat lawak. Ancaman saman daripada Jacob & Co jelas mempengaruhi otak dan memutuskan salah satu saraf di dalam otaknya. Katanya, dia TIDAK MENUDUH tetapi meminta penjelasan. Justeru, dia tidak perlu meminta maaf kepada Rosmah Mansor, sebaliknya Rosmah Mansor yang perlu memberikan penjelasan berhubung tuduhan yang dilemparkan oleh Badrul!

Ni apa punya jenis hukum yang dicipta oleh menantu saudara Anwar Ibrahim!

Dia cuba nak tunjuk berani kononnya dia tidak gentar dengan ancaman saman daripada Jacob & Co, namun pada masa yang sama, dia masih berharap Rosmah memberikan penjelasan berhubung tuduhannya yang jelas tidak masuk akal.

Sebelum dia membuat tuduhan lagi, cincin berlian yang dipertikaikan itu telah pun KELUAR dari Malaysia. Sepatutnya dia yang memberikan penjelasan, bagaimana tuduhannya itu boleh dilemparkan dan bagaimana dia mengeluarkan salinan Borang K1 yang menunjukkan cincin berlian itu dibawa masuk tetapi gagal menunjukkan Borang K2 yang membuktikan cincin itu tidak lebih daripada bersifat sebagai barang pameran kerana borang berkenaan menunjukkan cincin itu telah keluar dari Malaysia sebelum Chegu Bard membuat tuduhan lagi.

Seharusnya juga dia menerangkan apa motif sebenar dia menunjukkan item masuk tetapi menyembunyikan maklumat tentang keluarnya cincin itu!

Chegu Bard juga perlu menerangkan maksud 'buat kerja part-time' yang disabitkannya kepada Rosmah Mansor.
Bukti 'masuk'

Bukti 'keluar'

Cincin yang dipertikaikan itu telah dibawa masuk ke Malaysia pada 16 April 2011 tetapi dikeluarkan empat hari selepasnya iaitu pada 20 April 2011.

Tuduhan yang kononnya bertaraf pendedahan dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin pada 8 Julai 2011!

0 comments

PELURU UNTUK HISHAM... BERBALOI KA?

Seperti yang sedia maklum, Menteri Amaran Dalam Negeri telah mendapat dua butir peluru hidup yang diletakkan di dalam sampul surat dan kemudian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos. Selain dua butir peluru tersebut, turut disertakan adalah nota ugutan yang diselitkan di dalam sebuah buku.

Angin takdak, ribut pun tidak, alih-alih Hishamuddin terima dua butir peluru? Takkan isu Program 6P, Hishamuddin dapat peluru? Takkan isu saman Zuraidah, peluru dihantar dengan nota ugutan? Takkan beberapa isu lain, termasuklah isu BERSIH 2.0 menyebabkan dia diberi ancaman sebegitu rupa?

Apa benda yang dibuat oleh Hishamuddin yang menyebabkan dia menerima peluru?

Atau seperti yang disebutkan dalam beberapa blog, peluru serta nota ugutan tersebut mungkin untuk menguatkan semangat Hishamuddin agar tidak lagi lembik dan tidak lagi mengambil tindakan play safe seperti yang dilakukan sekarang.

Apa pun, ramai yang sedang menanti episod seterusnya...

0 comments

Wednesday, August 24, 2011

ULAMA TEROMPAH JAMBAN TAK PUAS HATI SEBAB TARAFNYA HANYALAH LALAT KEPALA HIJAU!!!

Wednesday, August 24, 2011
Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat, barangkali berasakan ulama itu adalah jawatan seperti jawatan Pengerusi Majlis Tari Menari. Barangkali juga Ketua Penerangan PAS Pusat itu beranggapan ulama seperti Badut Sarkas yang pakai baju warna-warni dengan mekap tebal di muka dan buat lawak bodoh agar orang yang menonton ketawa terbahak-bahak.

Maka kerana itulah, Tuan Ibrahim Tuan Man merengek-rengek kononnya layanan UMNO terhadap ulama sangat buruk dan sebagai 'terompah kayu' kerana tidak meletakkan golongan tersebut pada kedudukan terbaik dalam pentadbiran negara.

Katanya lagi, ulama tidak akan dihormati dan disanjungi jikalau tidak diiktiraf oleh parti atau pentadbiran negara...

Alangkah ceteknya kepala otak Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ulama yang hebat, ilmunya yang disanjung. Bahkan berapa ramai ulama yang muktabar pada hidupnya adalah penderitaan namun ilmunya berkembang mekar selain menjadi panduan dan kajian.

Imam Asyaari dan Maturidi misalnya, tidak pernah disanjung dan diletakkan pada kedudukan seperti yang dimahukan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Imam As-Syafie, Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Ibn Taimiyyah, Athoillah dan sebagainya, tidak menerima sanjungan atau pun mempunyai kedudukan yang hebat pada masa hidup mereka. Bahkan imam-imam muktabar itu kebanyakannya menderita, sama ada di penjarakan, diracun mahupun dicambuk.

Atas dasar apa seseorang itu bergelar ulama, kalau keulamaannya itu tidak pernah didatangi ujian dan dugaan Allah Taala bagi menguji kemantapan iman, ilmu dan amalnya?

Justeru, ulama-ulama yang hebat tidak pernah akan meminta jawatan, pandangan, sanjungan mahupun pujian. Mereka akan menjauhkan diri daripada pentadbiran dan keduniaan. Ilmu mereka hanyalah untuk bertaqarrub kepada Allah Taala, bukannya menjadi PEMBANGKAI seperti Tuan Ibrahim Tuan Man yang berebut-rebut kuasa. Bahkan mereka tidak akan menjadi pembantu kepada PEMABUK KUASA dengan mengeluarkan pelbagai bentuk teori untuk menghalalkan PERBUATAN KHIANAT mereka seperti yang berlaku dalam PAS.

Siapa yang lebih aula antara Imam As-Syafie berbanding Nik Abdul Aziz? Siapa yang lebih aula antara Jaafar As-Sadiq dengan Abdul Hadi Awang? Siapa yang lebih aula antara Al-Junaid berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man?

Adakah kesemua ulama-ulama berkenaan salah, bodoh, bebal dan babun kerana tidak disanjung, dihormati, mahupun diberikan jawatan dan kedudukan yang hebat pada zaman mereka hidup? Adakah kerajaan yang ada pada zaman mereka, merupakan kerajaan yang lebih teruk dari kerajaan UMNO? Atau terhentikan sumbangan mereka kepada ketamadunan manusia kerana mereka tidak disokong oleh parti politik dan pentadbiran negara?

Mungkin benak dan bebal Tuan Ibrahim Tuan Man ni sebab terlebih minum air kapur barus!!!


0 comments

SALAHUDDIN ANGGAP 'AYAM IMPORT' LAGI SEDAP!!!

Perangai lebih mempercayai pihak luar terutama sekali dari Eropah, sudah menjadi darah daging dan hirup nafas kaum Pembangkang. PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan sanggup mengkafirkan sesama saudara Islam, juga nampaknya sudah pun melanggar perintah Allah Taala terutama dalam kewaspadaan terhadap kaum bukan Islam.

Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS mahu daftar pemilih atau pengundi diaudit oleh pihak antarabangsa kerana itu akan lebih dipercayai dan lebih berkredibiliti. Dengan kata lain, Salahuddin Ayub meneruskan pembusukan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap segala sistem di negara ini dan cuba menimbulkan ketidakpercayaan rakyat Malaysia terhadap mana-mana sistem pun.

Ia adalah penerusan dan cubaan untuk melepaskan diri bagi kekalahan yang bakal dihadapi oleh Pakatan Rakyat nanti. PAS sedang berhadapan dengan masalah dan tekanan yang sangat besar membabitkan beberapa isu. Salahuddin Ayub sebelum ini telah menolak untuk menganggotai Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat menerusi Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi, Mohd Adram Musa pula menyatakan pihaknya telah mempunyai 'puluhan ribu' nama pengundi klon yang akan memenangkan sekurang-kurangnya 10 kerusi di Selangor untuk UMNO.

Satu lagi terpaan dan tuduhan yang hanya berdasarkan sedap cakap tanpa sebarang bukti. Mungkin elok juga Salahuddin Ayob meminta bantuan daripada entiti antarabangsa bagi membuat 'pembersihan' kepada senarai pengundi klon yang ada pada Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Lawaknyaaaaa....

0 comments

VIDEO: NGERI!!! PENYAKIT PENUNGGANG MOTOSIKAL!!!


Setiap kali musim perayaan, setiap kali itu jugalah ramai penunggang motosikal yang hilang nyawa sama ada kerana kecuaian, kerosakan mekanikal, faktor jalan, mahupun adakalanya kerana sebab-sebab aneh yang sukar dapat dirungkaikan dengan akal dan fikiran!

Al-maklumlah, penunggang motosikal, terutamanya golongan muda, seringkali beranggapan mereka sangat kebal, badan mereka sangat kuat, kepala mereka sangat utuh dan semua orang di jalan raya perlu menjaga keselamatan mereka.

Hakikatnya, apa yang dipaparkan dalam video di atas adalah kesan daripada kecuaian yang merupakan penyakit paling parah untuk para penunggang motosikal.

Maka, berhati-hatilah di jalan raya... kerana jalan raya merupakan medan bersabung nyawa yang sangat berpuaka dan gemarkan darah!!!

0 comments

VIDEO: KEJAM ATAU GERAM?


Lelaki yang telah dijatuhi hukuman mati ini, pastinya telah melakukan jenayah yang sangat besar, sehinggakan dia perlu menjalani hukuman mati dengan cara ditembak menggunakan BAZOOKA!!!

Atau barangkali peluru senapang puak Taliban ini sudah kehabisan sehingga memerlukan mereka menggunakan bazooka sebagai pemudahcara untuk perlaksanaan hukuman?

Anda fikir, macam mana?

0 comments

PAKAR UPAHAN ANWAR CUBA BUNUH ANWAR!!!

Pakar upahan Anwar Ibrahim, Dr.David Wells semakin melawakkan dan semakin tidak masuk akal, sekaligus membuatkan gelaran 'pakar' kepadanya boleh dipertikaikan. Penjelasan yang diberikannya tidak masuk akal, walaupun sekali imbas seperti tidak mustahil.

Katanya, air mani yang berada di dalam punggung Saiful tidak semestinya dimasukkan kerana penetrasi zakar sebaliknya dengan cara lain, termasuklah menggunakan alat asing termasuklah prosedur pembedahan atau memasukkan alat yang dikenali sebagai proctoscope ke dalam rektum.

Memang sangat menarik penjelasan yang diberikan oleh pakar upahan tersebut. Nampak bijak sungguhlah orang putih belaan Anwar Ibrahim.

Cuma dia tidak bijak ialah, barangkali air mani Anwar itu sangat mudah diperolehi umpama air liur. Barangkali Anwar hanya perlu disentuh dan air maninya pun boleh keluar seperti hingus pada ketika selesema melanda.

Atau pakar berkenaan ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menyimpan air mani Anwar Ibrahim dalam bank sperma? Bilakah agaknya kerajaan Malaysia dan UMNO menghantar penyuluh untuk mengeluarkan air mani Anwar Ibrahim?

Atau barangkali pakar tersebut sedang cuba menghidupkan cerita dongeng tentang pemerasan air mani?

Atau dia ingin menggambarkan, AIR MANI ANWAR DISAPU PADA ALAT ASING dan kemudian alat tersebut dimasukkan secara sengaja ke dalam dubur Saiful, sekaligus meninggalkan air mani Anwar di dalam punggungnya?

Kahkahkahkhahka... Anwar memang serba melawakkan! Pakar upahannya nyata jauh lebih lawak!!!

0 comments

PAKAR UPAHAN ANWAR KENA PANGKAH!!!

Pakar upahan Anwar Ibrahim yang didatangkan 'khas' dari Australia tidak mampu menjawab pertanyaan sama ada sperma yang ada dalam dubur Saiful sengaja dimasukkan atau sebaliknya. Pakar upahan yang sama juga telah mengatakan semalam bahawa air mani tersebut telah rosak kerana ia tersimpan dalam dubur Saiful selama 56 jam.

Bagaimanapun, perlu diketahui, kerosakan air mani tersebut tidak ada kena-mengena dengan DNA. Sebabnya, air mani di dalam dubur Saiful itu tidak berfungsi sebagai benih persenyawaan. Yang diperkirakan adalah DNA!

Ketika ditanya oleh pendakwaraya, Dr. David Wells jelas terkedu dan tidak mampu memberikan jawapan tentang kemungkinan pemindahan secara sengaja air mani itu ke dalam dubur Saiful. Bahkan dia memindahkan tanggungjawab tersebut untuk dijawab oleh seorang lagi pakar upahan Anwar Ibrahim yang kononnya hebat dalam bidang DNA!!!

Tidak lama dahulu, Anwar Ibrahim cuba mempopularkan tentang modifikasi DNA yang kononnya telah berjaya dihasilkan oleh saintis di Israel. Bagaimanapun, pemodifikasian tersebut tidak dapat dibuktikan dan kalaupun berlaku, tidak dibuat secara meluas, sebaliknya ia masih dalam kajian memandangkan DNA masih lagi merupakan pembuktikan klinikal penting yang masih digunakan di seluruh dunia, termasuklah di Amerika Syarikat dan di Israel sendiri.

Kesian Nuar... dia mengharapkan pakar-pakar yang diupahnya akan memberikan bantuan. Malangnya apa yang berlaku ialah, dia DIPANGKAH oleh orang upahannya sendiri!!!

0 comments

BAHLOL KE PANDAI? PAKATAN RAKYAT MANA PULAK YANG BAGI KENYATAAN INI?

Agak serba melawakkan apabila Pengarah Urusan MAHB (Malaysian Airport Holdings Bhd) membuat kenyataan bahawa krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah tidak akan memberi kesan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Barangkali KLIA tidak bergantung dengan jumlah kedatangan atau penggunaan KLIA sama ada menerusi penumpang mahupun kargo. Barangkali juga teras perniagaan KLIA adalah kedatangan UFO dari planet lain. Atau barangkali juga KLIA merupakan sebuah stesen angkasalepas yang sebelum ini digambarkan di dalam filem-filem fiksyen.

Apabila Pengurus Besar Kanan Operasi MAHB berkata, bahawa jumlah penumpang yang menggunakan KLIA telah meningkat dari 13.3 peratus iaitu peningkatan 21.836 juta penumpang berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Eropah dan Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi yang sangat teruk. Dengan kata lain, kebanyakan operasi syarikat-syarikat penerbangan selain lapangan terbang akan menurun secara drastik berikutan kurangnya permintaan.

Jadi, di mana sebenarnya rasional CAKAP BESAR DAN BERDEGAR-DEGAR MAHB dalam hal ini?

Apakah kesan politik syok sendiri dalam dunia politik Malaysia, sudah mula berjangkit dalam pengurusan lapangan terbang pula?

Nampaknya Malaysia memang terkenal dengan politiknya... tak lama lagi, apabila datang wabak penyakit melanda Malaysia pun, alasan yang akan diberikan lebih berunsur politik berbanding jawapan sebenar.


0 comments

5 BLOGGER DAN MUHYIDDIN 'BERGADUH' DENGAN NAJIB... PERANCANGAN JAHAT ORANG UMNO SENDIRI!!!

Secara luaran, yang membangkitkan isu 5 blogger hendak menjatuhkan Najib Abdul Razak dan pertentangan antara Muhyiddin dengan Najib Abdul Razak dimulakan serta dicetus oleh Pakatan Rakyat. Cerita kononnya, Muhyiddin hendak melanggar Najib, telah lama dimainkan oleh blog-blog dan media baru Pakatan Rakyat.

Kemudian, muncullah pula cerita 5 blogger Pro-Team yang sedang menggerakkan usaha menjatuhkan Najib Abdul Razak. Dan sekali lagi, pencacai serta portal pro-Pakatan Rakyat dipergunakan untuk menimbulkan isu ini.

Dan mungkin ada yang tidak sedar, serangan ke atas Muhyiddin telah pun bermula apabila pendedahan pembabitan anak Muhyiddin dalam isu Program 6P digembar-gemburkan!

Dalam hal ini sebenarnya, siapa yang paling beruntung dan cuba menangguk di air keruh?

Kes ini dengan kes kematian Altantuya Shiiribu sebenarnya tidak jauh berbeza. Pengekalan plot dibuat dan sekali lagi nama Najib ada dalam perancangan berkenaan. Umum melihat Altantuya Shiiribu merupakan 'buah fikiran' RPK dan Anwar Ibrahim, tetapi nama seorang VIP UMNO sebagai perancang utama kontroversi tersebut kini terdedah setelah permainan sebenar isu tersebut adalah untuk KUASA.

RPK hanya sekadar 'pencacai' yang memanjangkan dan menaikkan isu tersebut. Manakala Anwar Ibrahim adalah pihak yang cuba dimusnahkan bersama-sama Najib dengan menggunakan isu Altantuya Shiiribu.

Dalam kes terbaru ini, watak Altantuya Shiiribu telah 'diberikan' kepada lima blogger Pro-Team dan anak Muhyiddin, manakala Muhyiddin dan Najib pula diberikan watak 'Anwar Ibrahim' dan 'Najib Abdul Razak'.

Perhatikan kaitan antara anak Muhyiddin dan Muhyiddin sendiri. Pada 'bahagian' manakah kontroversi anak Muhyiddin berlaku? Dan siapakah yang 'mengetuai' bahagian tersebut? Manakala Pro-Team yang sebenarnya diketahui sebagai pendokong utama Najib Abdul Razak, siapakah yang berasa terancam dengan kumpulan 5 blogger tersebut?

Pembayangnya... siapa yang menggerakkan usaha 'MENJATUHKAN' Musa Hassan?

Dalam bahasa yang lebih mudah, siapakah sebenarnya yang paling beruntung dan dapat mengambil kesempatan dalam pertembungan serta peperangan yang digembar-gemburkan ini?

Petunjuknya sangat mudah... kaitkan dengan kontroversi anak Muhyiddin dan kaitkan pula dengan majlis berbuka puasa di sebuah hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur baru-baru ini!!!

0 comments

TIGA MENTERI PERSEKUTUAN NAK KENAKAN KHIR TOYO!!!

Pendedahan yang dibuat oleh Khir Toyo menerusi blognya yang kemudian dipetik oleh Malaysiakini, mengesahkan 'khabar-khabar angin' yang sedang bertiup kencang tentang pembabitan tiga orang Menteri Persekutuan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh bekas Menteri Besar Selangor itu.

3 'Datuk N' yang didedahkan sebelum ini sebenarnya adalah satu kesilapan. Bukan 3N sebaliknya 2N dan 1H!

Komplot tersebut mempunyai kepentingan kuasa di Selangor dan UMNO sebenarnya. Salah seorang daripada Datuk N tersebut merupakan orang penting UMNO Selangor dan kelihatan sangat terdesak untuk mempertahankan jawatan serta kedudukannya. Apatah lagi kelemahannya mulai diperkatakan, manakala sikap serakahnya mula menjadi liabiliti kepada UMNO Selangor untuk merampas semula negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.

Seorang lagi Datuk N tidak mempunyai kepentingan politik di Selangor, tetapi besar kemungkinan terbabit dalam konspirasi membabitkan 1H yang sedang mengatur langkah untuk mencapai puncak kuasa dalam masa terdekat dengan bantuan PKR dan Pakatan Rakyat!

Khir Toyo perlu DIKORBANKAN untuk survival ketiga-tiga orang Menteri Persekutuan tersebut. Sebabnya dua orang daripada mereka sedang menerima tekanan besar dari rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat sendiri ekoran perangai memandai-mandai dan seringkali tidak menggunakan otak, manakala seorang lagi perlu memperkemaskan kedudukannya di Selangor setelah kewibawaannya mulai tercabar dan tiada sebarang tindakan kreatif dan proaktif yang dilakukan untuk benar-benar menaikkan kuasa UMNO di Selangor!

Dan ada yang menariknya apabila, berlaku perubahan struktur organisasi membabitkan kenaikan pangkat dalam usaha hendak mengenakan Khir Toyo ini!

Siapa mereka?

Anda buatlah persepsi sendiri!!!

1 comments

MAJLIS PENDENGARAN LER PLAK... KHALID SUDAH MALU BESAR!!!

Setelah terkantoi menipu dan Khalid Ibrahim malu besar kerana penipuannya itu didedahkan sendiri oleh DYMM Sultan Selangor membuatkan Khalid Ibrahim terpaksa membetulkan semula kenyataannya. Pun begitu, perubahan tersebut menjelaskan ILTIZAMnya yang sangat utuh untuk memastikan bahawa Gereja Methodist Damansara Utama perlu diiktiraf sebagai tuan!

Majlis Syura yang sebelum ini ditipu atas nama DYMM Sultan Selangor ditukar kepada Majlis Pendengaran. Walaupun alasan yang diberikan oleh Khalid ialah 'takut bertindih' dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

MAIS berada terus di bawah DYMM Sultan Selangor dan terpisah daripada Kerajaan Negeri Selangor!

Khalid Ibrahim kelihatan jelas tertekan dan cuba melarikan masalah yang sedang dihadapinya. Ada pihak tertentu yang berada di belakang Khalid Ibrahim dan menjadi tok dalang!

Walau apa pun yang nama majlisnya dan fungsinya, sesuatu yang sangat pasti ialah, Khalid telah diarahkan untuk membawa majlis yang konon-kononnya sedang berusaha mengatasi masalah konflik agama di Selangor. Cara penyelesaian konflik yang sangat 'menarik' sebenarnya!!!

Yang menimbulkan masalah dan membuat masalah adalah Gereja Methodist Damansara Utama kerana telah 'didakwa' memurtadkan 12 orang Melayu menerusi pembuktian yang dibuat oleh JAIS. Dalam keadaan ini, seharusnya GMDU yang datang kepada mana-mana Majlis atau MAIS untuk menerangkan serta memberikan bukti yang mereka tidak seperti yang didakwa.

Menariknya, elemen 'demokrasi terpimpin Pakatan Rakyat' ialah, mana-mana entiti Islam yang mendapati ada pihak cuba memurtadkan umat Islam, entiti Islam itu yang akan menghadap dan menerangkan rasional tuduhan mereka kepada pihak tersebut.

Hal Perlembagaan dan Undang-Undang, hanya tertakluk kepada entiti yang menjaga kepentingan umat Islam, manakala pihak yang cuba memurtadkan umat Islam tidak boleh disentuh sama sekali. Mereka tidak perlu memberikan keterangan dan mereka juga tidak perlu membuktikan yang mereka tidak terlibat sebagaimana dengan tuduhan yang dikenakan!

Bagus kan, kerajaan Pakatan Rakyat?

1 comments

Tuesday, August 23, 2011

GERAKAN 'TAMATKAN RIWAYAT' BEKAS MB SELANGOR!!!

Tuesday, August 23, 2011
Kes perbicaraan Khir Toyo semakin menarik dengan TIUPAN SANGAT KENCANG dari arah Putrajaya membabitkan 3N. Siapakah 3N tersebut? Ramai yang pastinya sangat terkejut jikalau nama mereka disebut!

Salah seorang daripada mereka pernah berkata, kes membabitkan Khir Toyo akan berpandukan kepada dokumen-dokumen yang diperolehi, namun berdasarkan pembentangan serta pendakwaan kes, dokumen-dokumen yang dimaksudkan 'tidak kelihatan'.

Khir Toyo akan membela diri pada 26 September nanti.

Ketiga-tiga 'Datuk N' itu didalangi oleh seorang yang lebih berkuasa dan lebih bercita-cita tinggi selain dikhabarkan mempunyai sokongan yang kuat daripada para pegawai kerana 'kemurahan' hatinya. Walaupun sokongan daripada akar umbi kepadanya sudah hancur malah boleh dikatakan, merosot teruk berdasarkan prestasi semasanya yang amat memalukan, dokongan daripada golongan pegawai dikatakan sangat hebat.

Dan menariknya ada perubahan 'struktur organisasi'!!!

Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Benarkah pembabitan ketiga-tiga 'Datuk N' tersebut untuk melianglahadkan Khir Toyo?

0 comments

LAAAA... KHALID IBRAHIM MENIPU RUPA-RUPANYA!!!

Sial punya Khalid Ibrahim!!!

Beria-ia cakap kata DYMM Sultan Selangor sendiri telah mencadangkan penubuhan Majlis Syura untuk menyelesaikan kemelut JAIS-GMDU. Abis satu Malaysia percaya dengan pembohongan tersebut. Abis semua orang puji yang Khalid.

Rupa-rupanya dia menipu dan penipuannya itu ADALAH ATAS NAMA DYMM SULTAN SELANGOR!!!

DAP mana pula yang mengajar dia supaya menipu dengan nama Sultan nih? Takkan Khalid Ibrahim berani-berani menipu kalau tak ada dalang di belakangnya. Khalid Ibrahim takkan berani menipu kalau setakat orang PAS dan PKR sahaja yang backing... ini mesti ada pemimpin DAP Selangor yang ajar Khalid macam mana nak menipu supaya Pakatan Rakyat dilihat lebih Islamik dengan penubuhan Majlis Syura.

Padahal yang sebenarnya ialah Khalid menyembah maklum kepada baginda untuk membawa Mufti berjumpa dengan pihak gereja. Hebatnya Khalid, sepatutnya gereja tersebut yang perlu memberikan penjelasan kepada pihak berkuasa agama Selangor dan Mufti kerana mereka yang melanggar Perlembagaan dan undang-undang. Tapi Khalid pula nak bawa Mufti.

DYMM Sultan Selangor ternyata bijak menelah helah Khalid Ibrahim, lantas baginda mencadangkan agar Timbalan Mufti dibawa bersama. Dan penjelasan daripada Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Munir Bani menunjukkan baginda Sultan tidak pernah memperkenankan sebuah majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama.

Sebabnya, MAIS sendiri adalah penasihat agama dan syarak kepada DYMM Sultan... untuk apa pula Khalid hendak mengambilalih tugas MAIS dengan penubuhan Majlis Syura yang baru?

Macam haramjadah sungguh la... terang-terang buta menipu... betul-betul macam Anwar Ibrahim!!!

0 comments

EKONOMI ISLAM TIDAK BERKEMBANG ATAU PAS YANG BERTAMBAH BANGANG?


Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nazri Chik benar-benar menggelikan hati dengan kenyataannya bahawa di bawah UMNO, ekonomi Islam di negara ini tidak berkembang. Alasan yang diberikannya ialah, negara masih lagi membenarkan penggunaan dua sistem perbankan yang menurutnya, akan memberikan peluang kepada orang ramai untuk memilih sistem konvensional walaupun sistem Islam jauh lebih baik.


Barangkali kerana itulah, Mohd Nazri Chik menjadi seorang ahli PAS yang sangat totok tetapi bodoh!!!

Bagaimana agaknya cara fikir seperti ini dapat memajukan umat Islam? Bagaimana imej yang baik dapat diberikan kepada segala macam sistem yang diperkenalkan oleh Islam sekiranya para pemimpin Islam mempunyai kecenderungan untuk tidak mahu bersaing?

Dua sistem perbankan Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan UMNO-BN, memberi peluang kepada kebanyakan rakyat menilai sendiri kebaikan-kebaikan yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perbankan Islam. Apakah Mohd Nazri Chik memikirkan PERLAKSANAAN SECARA PAKSAAN adalah lebih baik untuk golongan bukan Islam bagi mengenali Islam?

Tidakkah apa yang cuba dipraktikkan oleh Mohd Nazri Chik itu sendiri bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS dalam persekutuan mereka dengan DAP? Dan tidakkah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat itu tidak mahu rakyat dan golongan bukan Islam membuat perbandingan antara Islam dan konvensional bagi memilih yang terbaik buat mereka?

Dan yang terlebih penting, adakah itu mencerminkan sikap para pemimpin PAS yang sangat takut jikalau 'Islam' mereka dibuat perbandingan dengan 'Islam-Islam' yang lain terutama sekali 'Islam' UMNO sehingga menampakkan bahawa 'Islam' PAS sangat jumud, berlumut dan terkemut-kemut?

Baru bab Ekonomi,.. belum lagi bab Akidah!!!

0 comments

PAKAR UPAHAN ANWAR TUDUH POLIS CEMARI PUNGGUNG SAIFUL

Pakar upahan Anwar Ibrahim dalam keterangan yang sepatutnya membela Anwar Ibrahim seolah-olah ingin 'membunuh' majikannya itu, menyatakan yang dia lebih suka pemeriksaan terhadap Saiful dilakukan tanpa kehadiran pihak polis. Menurutnya kehadiran anggota dan pegawai polis termasuklah Inspektor Pereira ketika pemeriksaan dibuat oleh Dr. Osman ke atas Saiful yang mengadu diliwat oleh Anwar Ibrahim menyebabkan kemungkinan sampel akan dicemari lebih besar.

Namun kalau diperhatikan kepada kenyataan tersebut selepas pakar upahan itu menyatakan bahawa laporan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang pakar dari HKL tidak tepat, isyarat yang cuba disampaikan oleh orang putih upahan itu ialah, pegawai polis telah mencemarkan bukti yang terdapat dalam punggung Saiful.

Mungkin dalam keadaan biasa, orang putih upahan yang cuba memberikan imej bahawa penganalisaan yang dibuat oleh pakar-pakar tempatan tidak tepat menerusi bahasa yang paling lunak dan enak. Apatah lagi dengan menggunakan psikologi bahawa orang putih lebih baik dari orang Malaysia, Anwar mengharapkan persepsi rakyat dan mereka yangmengikuti perbicaraannya akan menyebelahinya.

Kecaman, tohmahan dan pengejian terhadap segala institusi penguatkuasaan undang-undang, telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim semenjak di a tercampak dari kabinet dan UMNO pada tahun 1998. Persepsi buruk yang ditanam oleh Anwar dan bala tenteranya sehingga beranggapan apa-apa shaja yang tidak menyebelahi Anwar akan dianggap sebagai pencacai UMNO. Tujuannya tidak lain adalah untuk menimbulkan rasa bersalah di kalangan para penguatkuasa dan pandangan buruk orang ramai terhadap mana-mana keputusan yang tidak menyebelahi Anwar.

Justeru apa yang diucapkan oleh pakar upahan Anwar itu sebenarnya adalah SKRIP yang terpaksa diikuti dan dipatuhi kerana sifat Upahan!!!

0 comments

BIARKAN ZURAIDAH MENANGIS MACAM BUDAK KECIK!!!

Tiga tindakan sedang dipertimbangkan dan bakal diambil terhadap Zuraidah Kamaruddin oleh KDN selepas Ahli Parlimen Ampang itu membuat fitnah berhubung SURAT SUMPAH PATI iaitu saman, laporan kepada SPRM dan laporan polis.

Sebenarnya KDN tidak perlu memberitahu apa tindakan yang akan diambil terhadap Zuraidah, malah sewajarnya mengambil ketiga-tiga tindakan tersebut secara serentak mahupun berturut-turut.

Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir, bukan kali pertama buat tohmahan tanpa bukti sebaliknya lebih bersifat populis. Tohmahan dan fitnah kononnya UMNO Bahagian Hulu Selangor telah meminta KDN menjadikan PATI sebagai PR dan kemudian warganegara bagi tujuan memenangi kerusi Hulu Selangor, merupakan salah satu daripada tohmahannya yang masih lagi tidak diambil tindakan.

Di Ampang, kempen memburuk-burukkan Program 6P walhal yang hadir ramai dalam ceramahnya, adalah PATI sedang berjalan dengan rancak tanpa sebarang sekatan. Tohmahan seperti tanah runtuh di Hulu Selangor yang mengorbankan anak-anak yatim akibat perlaksanaan dan pembinaan saluran air mentah dari Pahang, turut dijalankan secara giat oleh kumpulan-kumpulan tersebut walaupun siasatan menunjukkan gelongsoran itu berlaku disebabkan perkara lain.

Justeru, KDN tidak seharusnya menunjukkan sikap lembik, dayus, pondan dan bacul dalam menangani kerenah serta perangai Zuraidah Kamaruddin. Mungkin tindakan KDN tidak bersifat populis, namun sebagai kementerian yang dipertanggungjawab untuk menjaga keamanan dalam negara, seharusnya ia perlu dilakukan lebih pantas dan lebih bersegera... bukannya menunggu sehingga isunya sudah sejuk!!!

Biarkan Zuraidah Kamaruddin menangis dengan mulut tersebik-sebik asalkan rakyat Malaysia dapat hidup aman damai dan dapat menumpukan perhatian terhadap masalah yang jauh lebih besar berbanding masalah yang cuba diperkatakannya!!!

0 comments

PENJILAT ANWAR CUBA TIMBULKAN PERSEPSI!!!

Permainan persepsi adalah permainan yang paling digemari dan dimahiri oleh PKR! Itulah yang cuba dilakukan oleh para penjilat Anwar Ibrahim walaupun semakin ramai yang menyedari, permainan sebegitu sebenarnya telah pun diketahui oleh khalayak ramai.

Naib Presiden PKR, N.Surendran yang cukup dikenali sebagai penjilat tegar Anwar, dalam satu kenyataan menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai Mandela.

Perkataan 'Mandela' itu merujuk kepada bekas Presiden Afrika Selatan yang merupakan seorang pejuang Anti-Apartheid terhebat abad ini.

Apa yang cuba dilakukan oleh N.Surendran itu sebenarnya adalah untuk melembutkan sedikit pandangan orang ramai atau lebih tepat lagi, cuba mengembalikan semula maruah Anwar selepas dia dikritik dan digelak hebat kerana SANGAT KETAKUTAN SEHINGGA MENGGIGIL-GIGIL DAN TERKENCING-KENCING seandainya dia disoal balas oleh pendakwaraya selain hujah-hujahnya disanggah.

Justeru, apabila Anwar memberikan CERAMAH POLITIK di mahkamah semalam, para penjilat Anwar seperti N.Surendran terpaksa memberikan imej hebat kepada Ketua Umumnya itu.

Ia tidak menghairankan apabila Presiden PKR, Wan Azizah yang juga merupakan isteri 'piring hitam' Anwar, turut memberikan gelaran ANUGERAH TUHAN kepada Anwar dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan selain menimbulkan aura luar biasa proksi Zionis di Malaysia itu.

Dek kerana Anwar hanya mampu memberikan ceramah, maka bagi mengelakkan Anwar terus dilanda malu besar dan PKR pula menjadi parti yang akan dipinggirkan kerana menyimpan manusia pembohong seperti itu selain meneruskan hayat konsep yang diperkenalkan oleh Anwar, maka N.Surendran perlu menyatakan bahawa kepincangan perjalanan mahkamah yang tidak berpihak kepada Anwar sehingga memaksa Anwar memberi ceramah.

Walhal semua orang tahu bagaimana perbicaraan tersebut telah dan dengan SENGAJA dipanjangkan dan ditunda-tunda, malah pelbagai peluang telah diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk membela diri.

Apa yang pasti ialah, anak-anak ayam Anwar seperti N.Surendran telah mati akal bagaimana hendak menimbulkan kedewaan Anwar Ibrahim lagi melainkan terpaksa terus bermain dengan persepsi dan manipulasi keadaan!!!

0 comments

KETERANGAN SAKSI TIDAK BERPIHAK KEPADA ANWAR!!!

Tidaklah diketahui sama ada ia memang disengajakan sebagai taktik pembelaan terhadap Anwar Ibrahim atau sememangnya Anwar Ibrahim diserang oleh masalahnya sendiri apabila saksi yang ditampilkan hari ini iaitu Dr. Mohammad Osman Abd. Hamid, bekas pegawai PUSRAWI, turut menceritakan bagaimana perubahan dilakukan pada laporannya dan sesalinan laporan tersebut turut diserahkan kepada 'orang Anwar Ibrahim'. (RUJUK SINI)

Kebanyakan pencacai Pakatan memilih untuk mempercayai alat plastik yang dimasukkan ke lubang dubur Saiful, namun pada masa yang sama, cuba mengelirukan rakyat Malaysia tentang laporan awal pegawai perubatan itu sendiri yang membuat catatan agar pemeriksaan lanjut dijalankan di Hospital Besar Kuala Lumpur yang mempunyai lebih kepakaran berbandingnya.

Namun yang lebih besar, doktor yang berasal dari Myanmar itu juga tidak dapat menjelaskan punca tentang kehadiran air mani manusia di dalam jubor Saiful. Adalah tidak munasabah sekiranya air mani tersebut datangnya dari alat plastik yang didakwa dimasukkan oleh Saiful selain milik Saiful sendiri... tak tahu lah kalau Saiful memiliki alat kelamin yang panjangnya hampir sekaki!!!

Sangat-sangat tidak membantu... lebih-lebih lagi tentang 'perubahan dan penambahan catatan' yang dikatakan oleh doktor tersebut dilakukan pada hari yang sama. Sebabnya kalau ada 'perubahan dan penambahan catatan' pada hari yang sama, bermaksud ia memang disengajakan dan mempunyai motif, bukan lagi catatan profesional!!!

0 comments

Blog Archive

Labels