
Seperti yang dinyatakan dalam posting terdahulu, Pakatan Rakyat telah menjadikan kematian Noramfaizul Mohd Nor, 39, di Somalia akibat tembakan curi militia African Union sebagai isu politik. Dan Latheefa Koya merupakan salah seorang daripada haramjadah dalam Pakatan Rakyat yang langsung tidak mempunyai sebarang perasaan kecuali politik, politik dan politik!
Latheefa Koya menerusi TWITTERnya secara langsung menyalahkan UMNO di atas kematian Allahyarham Noramfaizul. Katanya, UMNO sengaja mengambil risiko ke atas nyawa wartawan dan jurugambar untuk rombongan propaganda!
Alangkah memalukan bagi seseorang yang bernama LATHEEFA yang sudah pasti nama tersebut mencerminkan agama yang dianutinya.
Pendapat Latheefa Koya itu sebenarnya disokong oleh para PENENTANG ALLAH TAALA dan RASULLAH S.A.W yang lain. Kata mereka, masalah dalam negara lebih meruncing sehinggakan ada orang Islam yang minta makan kat gereja. Dan masalah itu seharusnya diselesaikan terlebih dahulu oleh UMNO.
Apa ke baghal benar manusia pengecut yang hanya memikirkan tembolok dan akidah politik mereka. Di negara ini, tidak harus wujud sebarang masalah kebuluran seandainya mereka benar-benar ingin berusaha mencari rezeki. Kalau orang luar berjuta orang yang datang dan kemudian dapat hidup senang lenang, walaupun hanya bermodalkan tenaga, mengapa pula anak tempatan mati kebuluran terutama dengan peluang pekerjaan yang sangat banyak?
Apatah lagi terdapat Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tabung Unit Amal, Tabung Memali, Yayasan Basmi Kemiskinan dan sebagainya. Yang pergi minta makan di gereja itu, tidak kelihatan langsung seperti orang susah, sebaliknya objektif mereka memang hendak ke gereja. Walaupun dilambakkan duit berjuta pun, mereka tetap akan ke gereja.
Dengan rezeki yang melimpah ruah dan kebanyakan rakyat Malaysia, MAMPUS SEBAB TERLEBIH MAKAN, apa salahnya jikalau lebihan makanan tersebut disalurkan ke Somalia. Apatah lagi, tiada paksaan bagi sesiapa pun untuk mengikut Azeez Abdul Rahim dan Kelab Putera 1Malaysia sebaliknya yang pergi kebanyakannya secara sukarela walaupun setelah diberitahu bahawa Mogadishu dan Somalia bukanlah tempat selamat, apatah lagi dengan 7 orang lanun mereka yang bakal dihukum gantung sampai mati, masih disimpan dalam penjara Malaysia.
Dari awal lagi, risiko pemergian ke Somalia telah pun diberitahu. Masing-masing boleh menarik diri jikalau mereka mahu. Bagaimanapun, kebanyakan yang pergi adalah atas sifat kemanusiaan dan keinginan untuk berjihad.
Melissa Ong, wartawan dan pemberita Media Prima, sudah pasti tidak menjadikan ancaman keselamatan ke atas orang asing di bumi Somalia sebagai penghalangnya untuk ke negara tersebut.
Begitu juga dengan Allahyarham Noramfaizul juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan di negara yang memiliki lebih banyak peluru dan senjata api berbanding makanan.
Hanya si pengecut dan golongan yang berlagak pandai sahaja yang akan menyalahkan kematian Noramfaizul kepada UMNO, apatah lagi di Somalia, UMNO tidak wujud. Bahkan rakyat Malaysia sebenarnya tidak terpengaruh langsung dengan bantuan yang diberikan oleh kumpulan yang diketuai oleh Azeez Abdul Rahim.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, golongan Pakatan Rakyat, terutama sekali yang berketayap putih, bercerita tentang Negara Islam bagaikan zikir yang tiada henti, AMAT PENGECUT tetapi mereka bijak berselindung. Bagi mereka, bantuan kepada mangsa kebuluran di Somalia, hanyalah salah satu daripada propaganda politik untuk menang PRU13 kerana hidup dan setiap zikir nafas mereka adalah politik dan pilihanraya. Bagi puak ini, bantuan akan menjadi lebih afdal dengan SOLAT HAJAT PERDANA DAN DOA...
Al-maklumlah, golongan pengecut tetapi sentiasa berlagak, merekalah juara... kerana itulah, mereka akan menyokong komunis sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN kerana dengan cara itu, nampaklah yang mereka ini berani....
Kerana itulah, mereka menubuhkan pelbagai tabung, termasuklah Tabung Memali tetapi duit dalam tabung berkenaan yang jumlahnya berjuta-juta ringgit, tidak pernah sampai ke tangan golongan yang berhak, bahkan anak Ibrahim Libya yang dijadikan modal untuk mengutip derma, terpaksa mengemis untuk menyambung pelajaran ke luar negara tanpa sebarang bantuan daripada tabung tersebut.
Dan sekarang, mereka mahu membicarakan tentang kematian Noramfaizul sekalipun mereka sedar, jurukamera BERNAMA TV itu mungkin bukan ahli UMNO, bukan juga ahli politik dan barangkali tidak pernah berkempen untuk mendapat jawatan dalam politik.
Amat memalukan dengan perangai yang ditunjukkan oleh Latheefa Koya. Mangkuk ini sudah terlalu selesa dan selamat berada di Malaysia sehinggakan tiada sebarang belas kasihan di hatinya terutama terhadap mangsa kebuluran di Somalia. Mungkin dalam kepalanya hanya ada propaganda dan setiap bantuan yang diberikan, perlu dibalas dengan undi kepada Pakatan Rakyat.
Dan jangan hairan, kalau mangkuk ini yang pernah berusaha untuk menjadi wakil rakyat, tidak pernah tahu tentang jiran sebelah rumahnya yang mungkin sedang kelaparan kerana baginya, semua itu tidak penting, kecuali PROPAGANDA POLITIK!!!
SUNGGUH MEMALUKAN BERSAUDARAKAN SEORANG ISLAM SEPERTI LATHEEFA KOYA!!!!
































