1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, November 15, 2011

ANAK LUAR NIKAH: MALUKAH KITA DENGAN PERANGKAAN INI?

Tuesday, November 15, 2011
Seramai 152,182 orang anak tidak sah taraf telah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari tahun 2008 sehingga 2010. Sabah menduduki tempat tertinggi, diikuti Selangor dan ketiga, Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah tersebut amat memalukan. Memalukan kerana jumlah berkenaan sangat besar dan dianggap sebagai satu kegagalan kepada kerajaan. Kalau boleh, mereka tidak mahu langsung ada angka dalam perangkaan berhubung golongan berkenaan.

Satu perkara yang menjadi masalah terbesar bagi masyarakat di negara ini, khususnya orang Melayu ialah kegemaran mereka mencaci-caci anak-anak tidak sah taraf itu. Sedangkan anak-anak itu tidak salah dan mereka tidak minta untuk dilahirkan. Mereka dilahirkan ke dunia ini akibat perbuatan ibu bapa mereka yang enggan mematuhi norma-norma kehidupan normal.

Namun sesuatu yang lebih baik ialah, kesanggupan ibu bapa anak-anak itu mendaftar dan menjadikan kewujudan mereka sebagai manusia yang berwarganegara. Terdapat banyak kes di mana, anak-anak tidak sah taraf dibunuh, dibuang dan diberi makan haiwan semata-mata kerana aib dan enggan dimalukan.

Masyarakat kita seringkali bersikap hipokrit dalam hal ini. Anak-anak yang tidak berdosa itu seringkali dijadikan sasaran untuk melepaskan kekecewaan kerana kegagalan kita sendiri membentuk sebuah komuniti yang mematuhi perintah agama.

Kalau ditanya kepada masyarakat jahil, mereka akan mengatakan, semua itu berlaku kerana tiada hukuman dan undang-undang yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Sedangkan pematuhan sebegitu, sebenarnya bukan disebabkan oleh undang-undang. Seorang ahli parti akan berusaha mematuhi segala perintah parti meskipun tiada hukuman berat yang dijatuhkan ke batang tengkuknya. Seorang yang mengakui dirinya sebagai Islam akan memastikan kelima-lima rukun Islam sama ada menerusi qalbi, fi'li dan qauli, walaupun tiada api di bawah tapak kaki.

Menariknya dalam masalah seperti ini, masalah dari kalangan kita sendiri, kerapkali dilemparkan kepada orang lain, dan dalam hal ini, kerajaanlah... Kita terlalu susah untuk mengakui kepincangan tersebut sebenarnya kita sendiri yang sumbangkan.

Berapa kerat daripada kita yang benar-benar mengambil jalan pencegahan dan berani bertanya kepada anak-anak kita siapa rakan-rakan sepergaulan dan apa pergaulan mereka. Atau kita sekadar berharap anak-anak kita akan jadi lebih baik daripada anak-anak orang lain kerana berpendapat anak-anak kita boleh menilai sesuatu itu dengan baik kerana kita telah mendidik mereka dengan jalan agama, misalnya.

Dan berapa kerat pula daripada kita yang kenal dengan persekitaran selain kelompok kita sendiri!

1 comments

Baitulmal dan Pusat Zakat... Tolonglah Buatkan Umat Islam Rasa Bangga Kerana Sistem Islam!!!!

Ibu tunggal rayu bantuan untuk anak sakit jantung
15/11/2011 3:16pm
ALOR SETAR 15 Nov. – Ibu tunggal Puziah Ramli merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan beliau membawa anaknya Muhammad Hidayat Mohd Salleh, 11, menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur esok.
Menurut Puziah, 42, anaknya yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas di Alor Mengkudu di sini, disahkan menghidap jantung berlubang oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejak berusia 5 tahun.
"Saya tiada pekerjaan tetap hanya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan untuk menyara tiga anak sejak suami meninggal dunia lima tahun lepas,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongor di sini.
Puziah berkata, selepas suaminya yang bekerja kampung meninggal dunia pada 2006, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara dua lagi anak, Nurul Nabilah Huda, 20, yang kini menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), manakala Muhammad Iskandar Zukarnian, 14, tidak bersekolah.
Orang ramai yang sudi menolong boleh menyalurkan sumbangan mereka dalam akaun bank CIMB Puziah, bernombor 0205-0127987-52-5 atau menghubungi adik iparnya, Asri, melalui nombor 012-5632845. – Bernama


__________________




Cam mana Kedah sebagai negeri berkebajikan..mungkin leh buktikan, takkisah ler ambik gambar dan bagi cek besor..


Atau bagaimana Baitul Mal Kedah..tak pa lah walaupun guna press conference, mudah2an sekelian ummat Islam di Malaysia leh berbangga kerana adanya Baitul Mal.


Masjid2 di Kedah, yg sentiasa pampangkan kutipan2 setiap Jumaat..leh gak buat press conference ngan cek BESOR!! nak kabor Masjid2 di Kedah lebih baik dari gereja..malah membanggakan ummat Islam..


Leh ler ummat Islam berkata kepada penganut2 Kristian..Kami, Islam pun ada fasiliti membantu sesama ummat Islam dan tak perlukan bantuan dari orang2 Kristian..




TOLONGLAH!!!!! TOLONGLAH...buat kami berbangga ngan institusi2 Islam ni..


Takkan harap ngan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT je..




Baitul Mal kalau bagi RM 500 setiap bulan pun tak pa..pasal kabornya kutip puluhan juta!!




Atau pun mungkin Mak cik ni terlupa nak beritahu kut...




-aa



0 comments

SIAPA BAYAR TONY PUA UNTUK HENTAM KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA?

Tanda tanya semakin besar siapa dalang di belakang Tony Pua yang mengetuai kumpulan Pakatan untuk menghentam Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Berdasarkan modus operandi yang dilakukan oleh Tony Pua dengan dibantu oleh Nurul Izzah, tidak mustahil kedua-duanya itu mewakili pemilik-pemilik rangkaian kedai runcit yang menggunakan konsep mini market.

KR1M sangat membimbangkan puak-puak ini. Ditambah pula dengan bantuan daripada Petronas yang memiliki outlet peruncitan di stesen-stesen petrol mereka, menjadikan KR1M satu jenama yang benar-benar mengancam pemonopolian golongan berkenaan.

Mempertikaikan tentang harga beberapa jenis barangan yang kononnya, lebih mahal berbanding hypermarket lain, merupakan cara termudah bagi Tony Pua dan Nurul Izzah mempertahankan pemonopolian tersebut. Mereka seperti cuba menggambarkan negara ini dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan dan semua barangan dikawal harganya oleh kerajaan.

Anehnya, mengapa Tony Pua dan Nurul Izzah tidak membandingkan harga murah yang ditawarkan oleh KR1M dengan barangan yang dijual oleh hypermarket pada harga yang lebih tinggi? Mengapa hanya barangan terpilih dan tidak secara keseluruhannya?

Tanda tanya timbul, skrip siapakah yang digunakan oleh Tony Pua dan Nurul Izzah? Tony Pua dan Nurul Izzah tidak bercakap kerana mereka ingin bercakap tetapi kerana mereka disuruh bercakap. Sebagai balasannya, sudah tentulah bantuan dalam bentuk kewangan untuk parti-parti mereka bertanding dalam pilihanraya nanti.

Di sini sahaja, kita sudah boleh melihat apa sebenarnya yang dinamakan Pakatan Rakyat. Siapa atau golongan mana yang sebenarnya menjadi sasaran pembelaan mereka. Kepentingan siapa yang mereka cuba jaga dan mengapa mereka begitu risau jikalau rakyat mampu membeli barangan keperluan pada harga yang lebih murah.

Justeru, memang tidak menghairankan mengapa sebenarnya Tony Pua dan Nurul Izzah amat resah dengan perkembangan terkini berhubung KR1M. Lebih banyak KR1M terbina, lebih banyak sokongan yang diberikan kepada KR1M, maka lebih lemahlah Pakatan Rakyat. Lebih kuat sambutan rakyat terhadap KR1M, maka taktik mentohmah kerajaan kononnya harga barangan sengaja dinaikkan oleh kerajaan sebagai dana pilihanraya, akan mati dengan sendirinya!!!

0 comments

KHALID SAMAD SEPENDAPAT DENGAN TONY PUA... MRT SATU PEMBAZIRAN!!!!

Ingatkan sudah pupus golongan ahli politik yang pendek akal, bengap dan bahlol serta melihat apa-apa sahaja pelaburan jangka panjang sebagai sesuatu yang merugikan. Rupa-rupanya, golongan seperti itu masih ramai, bahkan bertambah-tambah pula.

Kalau dahulu, Fadhil Nor kata, kalau PAS menang, maka Putrajaya dan Cyberjaya akan dilelong kerana projek-projek berkenaan yang masih dalam pembinaan pada waktu itu, tidak serupa seperti yang duk ada sekarang ini. Yang Fadhil Nor duk nampak pada waktu itu adalah MAHLIGAI PERDANA MENTERI yang dikatakannya, lambang kemewahan dan sengaja dibina oleh Mahathir untuk diduduki sebagai diktator!

Ketika Projek Lebuhraya Utara-Selatan dibina pula, Lim Kit Siang dan Karpal Singh merupakan penentang yang paling kuat dengan menyatakan projek tersebut tidak perlu kepada rakyat Malaysia. Bahkan beranggapan projek terbesar UEM itu akan menjadi gajah putih. Lim Kit Siang pernah berhadapan dengan tindakan undang-undang berikutan provokasi melanggar pondok tol dan enggan membayar tol.

Begitu juga dengan projek Jambatan Pulau Pinang yang disifatkan sebagai gajah putih. Kononnya, jambatan tersebut sekadar satu legasi Mahathir dan tidak mungkin akan dapat sambutan daripada rakyat Pulau Pinang yang kata Kit Siang, sudah cukup dengan feri semata-mata. Hari ini, anak Kit Siang sendiri meminta agar projek Jambatan Kedua Pulau Pinang dipercepatkan!

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana puak-puak ini menentang pembinaan LRT Putra dan LRT STAR kerana kononnya tidak menguntungkan. Malah ketika tahun pertama LRT beroperasi, mereka bertepuk tangan kerana projek tersebut masih tidak menguntungkan, sekalipun projek berkenaan telah berjaya memberikan bantuan yang besar kepada penduduk di Ampang dan Gombak, terutama sekali dengan kepesatan dan kesesakan di kawasan berkenaan yang berkali-kali ganda jumlahnya berbanding tahun 70-an.

Projek MRT yang sedang dirancang dan bakal menelan belanja sebanyak RM40 bilion, dikecam oleh Tony Pua terutama sekali yang berkaitan dengan pengambilan dan penggunaan tanah masyarakat Cina di Jalan Sultan dan Jalan Petaling. Khalid Samad pula menyifatkan projek berkenaan sebagai satu projek membazir yang tidak akan membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Kadang-kadang, kebangangan ahli politik seperti Tony Pua dan Khalid Samad langsung tidak boleh disorok-sorok. Dengan penduduk di Lembah Kelang yang sudah mencecah lebih 5 juta orang, apakah dalam tempoh 20 tahun akan datang, jumlah tersebut akan berkurangan dan jumlah kenderaan di jalan raya juga akan berkurangan sepertimana pemikiran Rafizi Ramli berhubung pelaburan hartanah mewah?

Bagi puak-puak akal singkat seperti para pemimpin Pakatan, terutama sekali Tony Pua yang sangat tidak berpuas hati dengan peningkatan dan kenaikan standard persenjataan negara, pastinya melihat semua perkara sebagai satu pembaziran. Apa-apa sahaja yang dibuat untuk rakyat marhein yang setiap hari berhadapan dengan masalah jalanraya, dilihat sebagai membuang duit negara.

1 comments

GAYA PELABURAN RAFIZI RAMLI Y ANG HEBAT!!!

Akhirnya, terpaksalah kita akui bahawa Rafizi Ramli yang bukan sahaja disokong oleh kartel-kartel, para pemimpinnya, bahkan dari kalangan yang mengaku memperjuangkan UMNO dan Kerajaan pun, sebagai seorang pemimpin yang hebat dan berwawasan jauh.

Menurutnya, pelaburan hartanah yang dilakukan oleh NFC sebenarnya adalah pelaburan yang salah. Orang yang membuat pelaburan dengan membeli aset di kawasan hartanah mewah, tidak mengetahui tentang fenomena penurunan harga dari tahun 2010 sehingga ke beberapa tahun akan datang. Begitu juga dengan ceritanya, kononnya sewa unit pelaburan tersebut akan menurun. (BACA DI SINI)

Entah dari mana agaknya, budak bernama Rafizi ini mendapat ilmu pengetahuan tentang hartanah. Barangkali dia boleh menunjukkan kepada awam, di mana atau di kawasan mana sebenarnya lokasi pelaburan hartanah yang mengalami penurunan. Bahkan mungkin Rafizi boleh menuding jari mana satu agaknya, unit hartanah yang disewa mengalami penurunan kadar sewa dari setahun ke setahun dan kemudian berakhir dengan kerugian di mana-mana sahaja tempatnya di negara ini.

Belum pernah didengar lagi, pelaburan ke atas hartanah akan mengalami penyusutan atau penurunan. Inilah kali pertama dan lebih menakjubkan, orang yang menuturkan teori berkenaan bekerja di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor.

Mungkin disebabkan teori itulah, habis segala bangunan milik anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dijual bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan nilai seperti yang dilakukan oleh kerajaan Teresa-Khalid semenjak tiga tahun kebelakangan ini. Mungkin untuk mengelakkan PKNS dan Yayasan Selangor kerugian besar, maka nasihat diberikan agar semua aset PKNS dan Yayasan Selangor yang bernilai tinggi dilepaskan bagi mendapatkan wang tunai yang banyak dan boleh dibangga-banggakan.

Tak sangka, rupa-rupanya bijak-bijak belaka orang PKR ini sehinggakan pelaburan ke atas hartanah mewah pun disamakan dengan pelaburan ke atas barangan mewah. Tentu Rafizi boleh menjawab, mengapa agaknya Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Adakah Rafizi akan memberitahu, hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya, ekoran trend penurunan sebagaimana yang didakwanya?

Patutlah para penyokong Pakatan buta perut, pemimpin mereka sendiri pun memang tak berakal!!!

0 comments

Monday, November 14, 2011

Titah hanya titah...

Monday, November 14, 2011
Sultan dan raja2..dah bertitah sekian kalinya..sambutan hari pertabalan, pembukaan persidangan dewan dan lain2 majlis..

Tiap kali titah..berkenaan keamanan dan pentingnya memelihara..penting mendokong undang2, institusi raja..dan kemuliaan agama..

Aku rasa..titah ni bukannya titah..cuma sekadar baca skrip yg telah disediakan utk dibaca..tanpa perlu kisah, apa tindakan selanjutnya dari titah2 sultan ni..atau sekadar sebagai syarat majlis yg sultan perlu bertitah..dan sekadar utk menunjukkan keperihatinan sultan2 terhadap keadaan negara dan rakyat jelata..

Buktinya...yg anugerah Datuk, Datuk Seri, Tun, dsb adalah dari pihak istana..dan leh dikatakan kebanyakan usaha2 membelakangkan undang2, memijak2 keutuhan perlembagaan dan istitusi raja2, menghasut rakyat kepada kehidupan yg luar tabii dan bercanggah ngan adat susila org2 timur dan org2 yg beragama..mempersoalkan dan mencabar kesucian agama..didokong, dipelopori dan didalangi oleh golongan2 yg diiktiraf oleh institusi istana..

So sapakah yg mampu memperlihatkan betapa seriusnya "titah-titah" tuanku ini? Apakah pihak istana tak mampu? tak berdaya?

Ibrahim Ali, gelaran "Datuk"nya leh ditarik kerana ada sedikit hal ngan istana..takkan gelaran Datuk2 pada yg lain yg dilihat secara langsung dan tidak langsung sedang gugatkan keamanan negara dan terang2an bangun menentang kedaulatan agama dan perlembagaan..malah ada "Datuk2" ni dari kalangan bukan bangsa Melayu dan beragama Islam tapi berusaha memperlekeh2kan agama dan adab2 org beragama..

Mungkin benar Sultan2 hanya mampu bertitah je kut..tak mampu dan tak berdaya nak tarik balik gelaran yg mereka sendiri anugerah!! atau hanya mampu menarik kembali gelaran2 ni jika hanya berkait ngan tubuh badan dan keluarga sultan..tapi jika berkenaan agama dan negara serta rakyat..biorkan je ler.

Mereka2 yg cuba gugatkan keamanan, menimbulkan kekeliruan, menabur fitnah, melanggar undang2 negara...dan macam2...wajarkah masih layak dipanggil dan digelar "YANG BERHORMAT"" YANG BERBAHAGIA"? semata2 kerana ada gelaran yg dianugerah oleh Sultan..walaupun umum tahu siapakah mereka ni?

Biorlah "YANG BERBAHAGIA", "YANG BERHORMAT" benar2 seorang tokoh yg benar2 layak utk dihormati ..contoh pada setiap lapisan masyarakat.

Rasanya..pihak istana perlu tunjuk sikit..keperihatinan melalui perbuatan lak. Rasanya dah berbuih beri amaran, nasihat dan pesanan..elok ler panjangkan sikit langkah tu, agar menjadi tauladan pada yg lain!! dan kembalikan keyakinan rakyat akan Sultan2 ni..Sultan ada kuasa rupa2nya..dan bukannya boneka bahan tinggalan sejarah atau "maskot" sesapa..


Ampun maap kalau terkasar bahasa..




-aa

0 comments

Hak asasi...atau penyakit?

Agak mengelirukan sejak menjak ni..hak asasi menjadi satu isu atau satu landasan utk golongan tertentu, semada mencari populariti atau sokongan atau sebenar2nya menuntut hak asasi..atau kebebasan yg lebih.


Spt yg kita ketahui ..setiap kehidupan ada batas2nya..ada had2nya..muda dibatasi ngan tuanya..kuat dibatasi oleh faktor umur..kuasa membeli dibatasi oleh kemampuan..kebebasan dibatasi oleh undang2 negeri/negara, adat budaya dan juga agama..dan masing2 juga ada "expiry date" nya trsendiri.


Hak asasi yg dituntut agar membolehkan kumpulan2 tertentu mendapatkan kebebasan yg sedikit lebih yg kononnya hak asasi mereka telah dibatasi oleh undang2, adat budaya, dan agama..minta diiktiraf dan "dibenarkan" oleh undang2, adat budaya dan agama.


Kumpulan2 ni kononnya rasa tertekan..ditekan atau didiskriminasi oleh golongan majoriti.,.dan juga untuk "menghalalkan" perkara yg diharamkan oleh undang2 setempat dan agama...atau pun untuk menghilangkan perasaan "guilty" atau dipandang serong oleh masyarakat.




Jika berjaya 'hak asasi" yg dituntut..maka seolah2 perbuatan mereka adalah "halal", "suci", "baik" dan tidak dipandang serong.




Pada pandangan aku...yg tak berapa faham ni..


"hak asasi" yg layak utk dituntut atau minta pengiktirafan dan diperjuangkan ialah hak-hak yg telah diperuntukkan oleh agama/undang2 negara atau negeri /agama/adat budaya tapi telah disalah ertikan ..atau hak-hak asasi yg dalam ruang lingkup agama dan undang2 telah didiskriminasikan oleh kerana salah faham golongan tertentu, kejahilan, atas kepentingan tertentu atau cubaan utk menhilangkan hak2 asasi golongan tertentu.




Dalam negara ni..atau umumnya dalam kehidupan manusia..tiada siapa yg diminta dilahirkan cacat, dilahirkan lelaki tapi nalurinya perempuan, dilahirkan pompuan tapi nalurinya lelaki..dilahirkan miskin, dilahirkan "different"..


Apa2 pun jenis semada yg "normal" atau "pelik sikit"..dari sudut agama, undang2 ..semuanya mempunyai hak yg sama..semua kena patuhi ugama yg dianuti dan undang2 tempat mereka tinggal..termasuk juga undang2 tak bertulis yakni "norm" masyarakat setempat.




Kebebasan yg dibenarkan oleh agama dan undang2 tapi disekat oleh kerana latar belakang maka ni "hak asasi" yg perlu diperjuangkan..dan dituntut.




Contoh..semua leh gi sekolah..tapi kerana "ganjil" sedikit, maka dihalang persekolahannya atau dinafikan hak pembelajarannya oleh golongan2 tertentu..sedangkan dia telah menepati segala kriteria dan tak brsalahan ngan undang2 dan agama.




Dalam Islam..ianya jelas dan terang2an telah dikaborkan larangan Allah swt dan RasulNya..akan hubungan sejenis..lelaki nak jadi pompuan, pompuan nak jadi lelaki..malah brpakaian atau berprangai walaupun saja2 seronok adalah dilarang sama sekali..Ni adalah ketetapan agama..ketetapan Allah swt dan RasulNya. Orang2 Islam yg menuntut hak asasi ini..sebenarnya menuntut sesuatu yg dilarang oleh Allah swt dan RasulNya..so sapa leh beri kebenaran? Malah perbuatan ni seolah2 mencabar atau melancarkan peperangan pada Allah swt dan RasulNya..bersekongkol ngan golongan ni ngan membantu perjuangan mereka sama juga kedudukannya yakni menentang Allah swt dan RasulNya.




Tapi Allah swt dan RasulNya melarang kita menindas mana2 golongan yg dilahirkan sedemikian..




Apa yg mereka leh perjuangkan ialah hak2 asasi mereka yg dibenarkan disisi Allah swt dan RasulNya tapi ditindas dan dinafikan.




Aku, secara umumnya..rasanya tiada dari golongan ni dinafikan hak2 mereka disisi agama setakat hari ni ler..( aku bukan dari golongan mereka maupun bersama golongan2 ni)..hak mereka utk bekerja, belajar, berumah tangga, dsb tiada yg dinafikan. Malah mereka ni pun leh ngundi gak.


________


Hubungan sejenis, sejak dari dulu hingga hari ni..dan pasti sampai kiamat..tiada agama, adat budaya yg membenarkan...ianya telah dikenal pasti sebagai penyakit sosial..penyakit mental


Sama je tarafnya..ngan perogol, seks ngan kanak2 bawah umur..seks ngan binatang..semua ni adalah penyakit..




Jika hubungan sejenis ada hak asasinya..yakni minta diiktiraf dan dibenarkan berleluasa dan terang2an..bagaimana ngan mereka ygmempunyai penyakit suka rogol, seks ngan binatang, seks ngan kanak2..adakah golongan ni juga nak kita benarkan dan iktirafkan?




Ianya bukan hak asasi..tapi penyakit menular yg perlu dicegah dan dibasmikan!!




Secara jujur..mereka yg terjebak dalam penyakit ni..tidakkah berasa bersalah..pada diri sendiri sekurang2nya? Usahlah kerana hendak melepaskan diri dari rasa bersalah, atau nak rasa lega dan betul..maka dicampak kepada golongan lain akan kesalahan tersebut.




Pada yg beragama Islam tu..masih ada ruang utk bertaubat, bertaubatlah..hiduplah ikut ketetapan Allah swt dan RasulNya..susah payah mentaati Allah swt dan RasulNya dalam keadaan diri yg berlainan sedikit..pasti mendapat limpah kurniaNya yg pasti kita tidak akan kesal buat selama2nya..didunia dan akhirat.


Usahlah ikut sesangat rentak orang2 tak beragama..tidak malu pada masyarakat, tidak malu pada Allah swt dan RasulNya ..sekurang2nya malu lah pada diri sendiri..


Ambil ler cermin..tatapi lah diri sendiri..kenalilah diri..




-aa

0 comments

Saman je ler...

Dalam usaha kerajaan untuk beri kemudahan pada rakyat..maka kedai runcit 1 Malaysia ditubuhkan..

Sejak ditubuhkan..banyak pihak tidak begitu senang.

Ada yg cuba memperlekehkan kedai 1 Malaysia..ada yg cuba sedaya upaya cuba membuktikan bahwa harga yg dijual adalah "mahal".. atau secara rengkasnya, usaha nak perlingkup kedai 1 Malaysia yg kabornya telah menarik perhatian rakyat!!

Secara umumnya..org tengah, ramai yg rasa tergugat "sedikit"...sedikit je, tapi melenting macam nak rak.Kuasa pengawalan harga mereka rasa sedikit tergugat..
________________________

Ianya adalah market yg kompetitif..kedai2 runcit yg lain kena bersaing ler ngan kedai runcit 1 Malaysia. Bukannya reka macam2 citer ..
_______

Yg aku rasa tak puas hati..kenapa perlu buang masa nak menjawab dakwaan2 yg dikatakan fitnah dan palsu? Teruskan usaha dan kembangkan lagi rangkaian kedai runcit 1 Malaysia ni..

Dakwaan2 yg dikatakan palsu atau fitnah ni jawab je ngan saman!!!! Atas semua dakwaan2 trsebut hanya brniat jahat dan cuba bersaing ngan cara yg tidak sihat!! dakwaan trsebut leh gugat integriti kerajaan, kedai runcit 1 Malaysia dan leh mengelirukan rakyat!!

Usaha menjawab ngan buat roadshow, press conference tidak akan hentikan usaha2 fitnah mereka..malah mula meyakinkan rakyat yg kerajaan cuba brmain2, "murah" hanya pada mulanya dan mula memerangkap rakyat. segala penerangan akan di putau2kan, dan rakyat spt biasa akan mudah percaya citer2 yg diputau2..

harga, tetap akan ikut pasaran..cuma kenaikan jika berlaku masih dibawah kawalan dan tidak mendadak spt mana berlaku dipasaran kedai2 runcit yg lain..

SAMAN!! Gunakan kuasa undang2..tu je cara untuk menghentikan politik dan cara kotor yakni fitnah dan citer2 bohong.

Penerangan2 yg dibuat hanya diikuti oleh golongan yg sedikit je..dan dibuat sekali sekala..tapi fitnah dan citer2 bohong lebih kerap dan bersungguh2..citer2 palsu jika didengarkan lagi dan lagi, pasti mula meyakini..

Cegah sebelum parah..apalagi usaha mencegah tu masih lagi berpeluang utk dilakukan..jgn menyesal kemudian hari!!




-aa



0 comments

VIDEO: LAIN KALI JANGAN MABUK DAN MENONONG!!!



Kalau dah mabuk, maka yang diundang adalah padah...

Seronok tengok orang mabuk. Seronok juga melayan orang mabuk. Usik sikit, melentingnya berlebih-lebih. Cuba pula tanya, dia mabukkah, maka akan dijawab, dia tidak mabuk tetapi jawapannya bernada orang mabuk, sehinggakan semua orang yang mendengar pun tahu, dia memang mabuk sekalipun tidak mencium bau arak dari mulutnya.

Jadi, jangan mabuk dan jangan menonong tak tentu arah. Nanti kepala kena lenyek macam si pemabuk dalam video di atas!!!

0 comments

Adat dunia berbayor!!

Isu blogger dibayar atau diupah tak jadi soal..soalnya apakah fakta2 yg dibangkitkan benar atau salah..

Yg penting buktikan..golongan2 yg brtopengkan agama, brtopengkan pejuang kebebasan dan keadilan, brtopengkan hak asasi..sebenarnya hanya melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak asasi org lain ngan mereka-reka dakwaan palsu, sebarkan fitnah, memutar2kan kenyataan org lain.. Mereka lakukan atas nama agama, hak asasi, keadilan, rakyat tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah langsung..malah dengan selambanya mendakwa ianya brsesuaian ngan kehendak Allah swt dan RasulNya..pehhh.

Semua berbayor..polis berbayor, peguam berbayor, ADUN2 dan MP2 semada dari BN atau PAKATAN semua berbayor, doktor berbayor, bomoh2 pun berbayor..yg kabor buat ngan ikhlas pun berbayor..
sekarang ni tahlil, doa selamat, haji, pun kena berbayor..semayang hajat..ceramah2 agama pun berbayor..

Usah terkesan ngan tuduhan brbayor ni..semada benar2 berbayor atau tidak..pedulikan je, tak payah ambik port!!

Malah semua amal ibadat pun brbayor..cuma Allah swt yg bayor ler..ngan pahala. Cuma beramal semata2 nak dapatkan bayaran pahala ni -kualitinya kurang ler sikit..tak der menjadi kesalahan pun, cuma dari segi adabnya kurang ler sikit. Adat ler kita beramal..mula pasal takut mak pak marah, takut apa kata orang..pasal semua orang buat..takut kena tangkap pihak berkuasa..

Teruskan amal..insya' Allah, pelan2 Allah swt akan baiki niat kita ngan asbab istiqamah dan brsungguh2nya kita.

Ikhlas semata2 kerana Allah swt adalah hadiah dari Allah swt jua..maklum ler, Dia yg buat hati kita, dan hanya Dia je leh sembuhkan hati2 yg sakit dan rosak.

lagi pun manusia ni tetap spesis makhluk..sentiasa brharap2kan balasan. Para ambiya dan auliya' pun sentiasa berharap akan rahmatNya dan redhaNya atas segala pengabdian mereka..makhluk tetap makhluk, tak lari mana pun.

Yg Allah swt larang..ialah berharap2 pada makhluk. Dilarang pun bukan apa, ianya utk kebaikan manusia tu sendiri, maklum ler tiada makhluk yg mampu menunaikan harapan mana2 manusia..jika mampu pun, ianya hanya sekadar yg dimampukan oleh Allah swt..

Bila tak dapat spt mana yg diharapkan..akan lahirlah kekecewaan, sakit hati, dan dendam..

Nabi saw pun ada brpesan..mahfumnya..segera balas kebaikan orang ngan kebaikan, sekurang2nya ngan doa2 kebaikan.

tak salah pada mereka yg dibantu jawab oleh blogger..bayor atau bagi hadiah sebagai tanda terima kaseh. Semada dari segi undang2 maupun agama.. Itu pun kalau mereka yg dibela ni jenis pandai mengenang budi ler. ..

Walaupun ada blogger2 ni yg membela kerana agama dan mengharap balasan baik dari Allah swt semata2..demi keadilan dan memerangi fitnah dan berita2 palsu. Usah lah ambik kesempatan atas "niat yg betul" blogger2 pulak..kelak leh binasakan diri sendiri jugak.

Tiada didunia tiada pembalasannya.."tidak mengenang jasa dan budi", pasti ada pembalasannya...didunia maupun diakhirat! Ni bukannya doa, tapi peraturan yg telah ditetapkan oleh Allah swt. ( kalau ada yg tanya pasal dalil AQ atau hadis, aku simpati ler ngan yg bertanya ni)

-aa

0 comments

NURUL IZZAH DAN TONY PUA BERANG, PERMOHONAN BUKA KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA TIDAK DILULUSKAN!!!

Satu perkara yang menjadi stigma dan ketakutan melampau kepada para pemimpin Pakatan Rakyat ialah sekiranya kerajaan dapat menurunkan atau membekalkan barangan keperluan pada harga yang lebih murah daripada yang ditawarkan oleh golongan yang menjadi penyumber dana untuk Pakatan Rakyat. Paling ditakuti apabila rakyat boleh menarik nafas lega kerana beban kewangan dapat diringankan.

Disebabkan itulah, munculnya pelbagai isu yang cuba dibangkitkan. Sehinggakan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menyediakan barangan berharga lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh pemborong, orang tengah dan pembekal milik Pakatan Rakyat, pun menjadi sasaran.

Perhatikan sahajalah isu-isu yang ditimbulkan. Selama ini, merekalah yang paling kuat memekak dan menyalak-nyalak kepada rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional sengaja menaikkan harga barangan untuk dana pilihanraya.

Namun apabila Barisan Nasional dengan bantuan Mydin menyelesaikan masalah tersebut dengan outlet Kedai Rakyat 1Malaysia yang semakin bertambah dan program kedai runcit TUKAR yang juga menyediakan barangan pada harga yang lebih rendah, maka dicari-carilah kesilapan dan kelemahan lain untuk dijadikan sebagai senjata.

Amat menarik apabila melihat Tony Pua bersungguh-sungguh untuk membuktikan barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia tidak berkualiti. Ditohmahnya Kedai Rakyat 1Malaysia, kononnya menyediakan barangan murah sedangkan ianya boleh membunuh rakyat Malaysia.

Dan apabila Petronas Dagangan Berhad Cabang Pemasaran Domestik menyatakan sokongan kepada Kedai Rakyat 1Malaysia menerusi penyediaan ruang di Kedai Mesra di stesen-stesen minyak Petronas di seluruh negara, ia semakin menambahkan sakit hati Tony Pua dan Nurul Izzah.

Secara jelas, kedua-dua orang ini sebenarnya bukan menyuarakan pandangan rakyat, sebaliknya mereka menyuarakan kegusaran pendana-pendana Pakatan Rakyat, khususnya kepada DAP memandangkan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia dan produk yang serupa di pasaran, bermakna semakin ruyuplah penguasaan dan monopoli puak-puak berkenaan.

Seharusnya, orang seperti Tony Pua dan Nurul Izzah seharusnya menggalakkan rakyat untuk mendapatkan barangan yang murah dan berkadar berpatutan di Kedai Rakyat 1Malaysia agar mereka dapat mengurangkan penggantungan kepada kuasa monopoli pasaran runcit selama ini.

Bayangkan betapa susah payahnya Tony Pua dan Nurul Izzah hendak mencari setin susu manis berkulat yang digandingkan dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, semata-mata untuk membuktikan yang mereka adalah pihak yang bertanggungjawab kepada rakyat!!!

1 comments

BELANG TERDEDAH, AKHIRNYA TERPAKSA KATA, BLOGGER DIBAYAR!!!

Sejarah BLOG di Malaysia bukanlah lama sangat. Dari tahun 1998 sehingga 2008, penguasaan blog dan portal dikuasai oleh golongan yang berpihak sepenuhnya kepada Pakatan. Namun selepas kejatuhan Barisan Nasional, barulah nampak kelibat penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Mungkin memikirkan kekuatan Pakatan dalam menguasai ruang siber tidak tercabar, pada peringkat awal, tiada apa-apa yang dilakukan. Namun dari sehari ke sehari, apabila semakin ramai dan semakin banyak blog pro-UMNO muncul, selain penguasaan Facebook dan Twitter, maka masing-masing mula tersentak.

Setiap isu yang dibangkitkan, dijawab dengan pantas dan bersepadu. Manakala isu-isu yang dilancarkan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan pula, banyak yang tidak berjawab dan dibiarkan begitu sahaja.

Kecewa dengan apa yang berlaku, maka puak-puak penyokong Pakatan terpaksa menyamar sebagai pro-UMNO dan melakukan kerosakan dari dalam. Sebarang pembelaan terhadap isu-isu yang melibatkan pemimpin UMNO dan dasar kerajaan, segera dibentes dengan momokan 'DIBAYAR' dan 'BERBAYAR'.

Perhatikan sahaja bagaimana isu NFC dan Shahrizat Jalil. Isu berkenaan yang sebenarnya BUKANLAH SATU ISU pun, melainkan cubaan Pakatan untuk memperlihatkan ketirisan, kegagalan dan pemutarbelitan Laporan Ketua Audit Negara, segera disambut oleh puak-puak tersebut dengan gaya yang sangat menjengkelkan.

Apabila diberitahu bahawa kondominium tersebut merupakan satu pelaburan syarikat tersebut, maka mereka segera menanggapi bahawa soft-loan itu adalah geran kerajaan. Mereka tidak mahu menerima kenyataan bahawa soft-loan adalah soft-loan dan geran adalah geran. Sebaliknya gambaran yang diberikan ialah soft-loan adalah pemberian percuma oleh kerajaan dengan menggunakan dana rakyat.

Kegagalan untuk memburukkan NFC selain bukti-bukti yang menunjukkan program tersebut berjaya kecuali menghadapi masalah abbotoir atau pusat penyembelihan, menyebabkan penyusup-penyusup tersebut melakukan satu lagi fitnah bagi menutup kegagalan mereka membuktikan yang program berkenaan telah menghabiskan dana rakyat. Mereka menfitnah Shahrizat Jalil pula dengan mengatakan Menteri Wanita itu telah membayar sejumlah blogger untuk mempertahankannya.

Pemikiran sebegini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Pada ketika, gambar palsu yang telah dibuat moderation oleh Tian Chua diberitahu sebagai gambar palsu, puak-puak ini dengan segera membidas, sesiapa sahaja yang mengatakan gambar tersebut sebagai palsu, telah dibayar oleh Najib dan Rosmah.

Apabila butiran tentang kes liwat Anwar Ibrahim yang pertama dan pendedahan tentang kesimpulan ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang menyatakan bahawa ANWAR IBRAHIM SEORANG PELIWAT, maka yang mendedahkan dan ketiga-tiga hakim itu juga dikatakan dibayar.

Malah pada ketika, DUMC dilaporkan cuba memurtadkan umat Islam, juga dikatakan sesiapa sahaja yang membuat pendedahan tersebut sebagai telah dibayar.

Apa-apa sahaja isu yang gagal dijawab dan dibuktikan oleh Pakatan, maka yang menjadi mangsa adalah blogger dan jentera cyber UMNO yang dikatakan telah menerima pembayaran lumayan.

Dalam kes NFC dan Shahrizat Jalil juga tidak terkecuali.

Menggambarkan UMNO sebagai pemain duit sudah lama dilakukan. Label UMNO menggunakan duit untuk membeli wakil-wakil rakyat, dilaung-laungkan semenjak kegagalan Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan mimpinya, Kerajaan 16 September. Walaupun hakikatnya, Anwar dan Pakatan yang mengamalkan politik BERBAYAR, namun getahnya diberikan kepada UMNO.

Dan kes kali ini juga tidak sama bezanya. Jawab sahajalah, mana yang lebih baik, antara pelaburan hartanah yang dilakukan oleh NFC dan penjualan aset serta hartanah milik anak-anak syarikat negeri Selangor?

Asal tak boleh jawab sahaja, blogger UMNO berbayar!... Nak tunjuk yang tuduhan itu berkredibiliti, maka digunakan pula blogger-blogger yang kononnya pro-UMNO sedangkan hakikatnya mereka berbaju sahaja UMNO tetapi sedang bekerja untuk Pakatan!

Kelakarnya...


0 comments

APA CERITA ANAK LELAKI LIM GUAN ENG DAN RAMAS TETEK?

Pegawai dari Putrajaya khabarnya telah ke Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan lanjut setelah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sebelum ini menafikan berlakunya kes cabul di SJKC Heng Ee membabitkan anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng.

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Pulau Pinang sebelum ini tidak memberikan laporan yang memuaskan berikutan keterangan yang mereka buat hanyalah berdasarkan jawapan rambang daripada beberapa orang guru dan pengetua sekolah tersebut.

Banyak pihak meragui keterangan yang diberikan oleh pengetua sekolah itu ditambah pula dengan bantuan RM2 juta yang dikatakan diterima daripada kerajaan negeri.

Lim Guan Eng sehingga kini masih lagi gagal mentuntaskan beberapa perkara dalam isu ini, terutama sekali punca utama anaknya dipindahkan sekolah dan mengapa isterinya begitu berang dan menggelabah.

Para penyokong Pakatan dan Guan Eng secara khusus mempersoalkan moral mereka yang mendedahkan skandal salah laku ini tetapi pada masa yang sama berusaha untuk mengalih serta mengelakkan orang ramai daripada terus memperkatakannya.

Lawatan pegawai-pegawai dari Putrajaya itu merupakan salah satu prosedur yang dilakukan dalam pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Jadi, Lim Guan Eng boleh terus mencari alasan dan para penyokongnya boleh terus mengalihkan pperhatian rakyat Malaysia agar tidak memperkatakan langsung hal ini. Malah konco-konco LGE bolehlah menjadikan cerita ini kelihatan amat menjijikkan sehinggakan untuk terfikir yang anak lelaki Guan Eng melakukan pencabulan pun sebagai sesuatu yang boleh dilaknat!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

Sunday, November 13, 2011

SEMOGA BERJAYA, HUSNI HANAZLAH!!

Sunday, November 13, 2011
Husni Hanazlah pada tahun 2008 bertanding di Tambun. Tambun merupakan tempat dan kubu yang paling selamat untuk UMNO. Ramai yang sedang mengintai kerusi Tambun untuk dijolok nama mereka sebagai calon. Dan salah seorang daripada penjolok tersebut adalah salah seorang Exco Pemuda yang sudah tamat tempohnya selaku Pemuda dan sekarang sedang bergelut dan kelam-kabut untuk menempatkan dirinya dengan melabelkan semua orang yang dilihat boleh menghalangnya sebagai Trojan Horse.

Kesungguhan Husni untuk mempertahankan UMNO di Perak boleh dilihat menerusi pembiayaan RM300,000 sebulan kepada pihak tertentu yang dijangka boleh bekerja untuk Perak dan dirinya sendiri.

Tidak dapat dipastikan, apakah proposal yang dibuat dan kertas-kerja apa yang dibentang sehinggakan RM300,000 boleh dijanjikan setiap bulan untuk kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, perlu diingatkan, itulah yang membezakan kumpulan tersebut dengan kumpulan blogger yang kerapkali dilabelkan sebagai kumpulan penyemak dan penghalang.

Kumpulan blogger kebanyakannya tidak pandai menyua kertas projek dan berjanji bulan bintang. Malah, hampir kesemua blogger yang bukan dari dalam kumpulan tersebut, tidak berani mengaku blogger ini, blogger itu sebagai sebahagian daripada kumpulan mereka selain tanpa segan silu mendabik dada tentang kerja orang lain yang dikatakan kerja mereka.

Kumpulan tersebut dikatakan mengandungi tersangat ramai blogger dan facebooker, sehinggakan ada yang berkata, kalaulah blogger-blogger naungan kumpulan tersebut diketahui, nescaya ramailah yang menepuk dahi. Bagaimanapun, sehingga kini, sehingga ke hari ini, kumpulan tersebut hanya memperkenalkan empat atau lima orang blogger PICISAN yang melalak mereka kuat, dan jalan mereka terkengkang-kengkang!

Kepada rakan-rakan blogger yang berasa senak perut mendengar RM300,000 itu, sila tetapkan fikiran anda dan sedar diri, anda semua hanyalah blogger nyamuk yang bodoh, bebal, tidak pandai buat kertas proposal dan kertas kerja. Dan yang paling penting, anda sangat bahlol kerana tidak pernah berusaha untuk mengaku segala macam blogger dan facebooker yang hebat-hebat sehinggakan kalau diketahui, boleh menyebabkan anda mati terkejut tujuh lapan kali sebagai geng anda.

Kepada ketua kumpulan tersebut yang semakin hebat kebelakangan ini, tahniah diucapkan. Tak sia-sia ilmu penyamun yang anda pelajari sepanjang anda menjadi Exco Pemuda UMNO!!!



1 comments

SIHAT KE TAK SIHAT, YANG SAHNYA MAHASISWA BERPOLITIK MEMANG DISURUH MEMBODOHKAN DIRI!!!


Kononnya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata, mahasiswa berpolitik akan membuatkan mereka lebih panjang akal, lebih sihat dan berfikiran terbuka, lebih sihat dan lebih segala-galanya. Dan katanya lagi, bukan semua mahasiswa berpolitik itu anti-kerajaan, bahkan ramai yang tidak minat politik!

Benak ke bodoh bedul si KP UMNO nih sebenarnya?

Ini bukan soal sokong kerajaan atau anti kerajaan. Ini masalah penyimpangan maksud tujuan pembelajaran dan pengajian tinggi. Mengapa sudah terlalu kemaruk dengan politik golongan pelajar? Mengapa tidak dibenarkan mereka menghabiskan dan menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya tanpa perlu berlagak pandai dengan terlibat politik?

Apakah sebenarnya niat orang-orang politik seperti Khairy Jamaluddin yang mahu melihat mahasiswa berpolitik. Hebat sangatkah Khairy Jamaluddin sebagai pelajar dan pemimpin yang berpolitik ketika zaman pelajarnya? Apakah bantuan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang telah disumbangkan oleh Khairy Jamaluddin mahupun Saifuddin Abdullah yang mendokong politik baru dan menyokon gpenuh mahasiswa berpolitik?

Hanya si bodoh yang diberikan geran untuk belajar tinggi sahaja akan berpendapat para pelajar universiti perlu bebas berfikir dan bebas memilih sama ada untuk berpolitik atau sebaliknya. Golongan ini sebenarnya adalah golongan penjahil yang cuba menyembunyikan kebodohan mereka dan kemelaratan daya fikir mereka sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1974.

Anwar Ibrahim dan gerombolannya termasuklah Hishamuddin Rais merupakan golongan pelajar keciciran tetapi berjaya masuk universiti kerana mereka adalah Melayu. Dan sehingga kini, mereka kekal sebagai perosak negara yang menghasut generasi muda negara ini agar mengikut jejak mereka sebagai manusia bongok!

1 comments

AWAS!!! PEMBUNUH NURIN JAZLIN, SAH BERKELIARAN DI AMPANG!!!

Beberapa hari lepas, sebuah van putih dengan dua orang lelaki yang dicurigai berkeliaran di sekitar Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran. Sebelum ini, van putih yang sama dan orang yang sama, cuba menculik seorang budak lelaki di Kampung Melayu Ampang, tetapi gagal setelah mangsa culik itu berjaya melompat turun dari van dan menyelamatkan diri.

Dalam kejadian terbaru, van putih bersama kedua-dua orang lelaki tersebut telah dilihat oleh beberapa orang guru berlegar-legar di sekeliling sekolah yang terletak di tepi jalan besar. Biarpun polis sebelum ini menyatakan mereka sedang dan masih melakukan pemburuan besar-besaran, van putih tersebut menerusi operasinya tanpa sebarang halangan dan masalah.

Sebaik-baik sahaja sekolah sesi petang tamat, kedua-dua lelaki tersebut telah menangkap seorang budak perempuan dan membawa masuk ke dalam van. Bagaimanapun, budak perempuan yang berusia 9 tahun itu meronta-ronta dan berjaya melepaskan diri. Van putih dan keanya akan berlaku satu lagi kes yang hdua-dua orang lelaki tersebut yang disyaiki mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kematian Nurin Jazlin binti Jazimin yang mayatnya ditemui di dalam sebuah beg sukan di hadapan sebuah kedai, segera berlalu.

Pihak sekolah telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin sehingga kini masih belum diselesaikan... dan nampak gaya, kes yang serupa bakal berulang di Ampang pula....

Adakah hanya setelah berlakunya kejadian ngeri, baru masing-masing akan bercerita dengan penuh sedih tetapi pencegahan awal dan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk menangkap kedua-dua orang lelaki kejam itu tidak pernah diberikan!!!

Perhatikan anak-anak anda... jangan melalak pula selepas anak anda ditemui dalam beg sukan nanti!!!

0 comments

YANG TAK ADA AKAL SEBENARNYA RAFIZI RAMLI, BUKANNYA LEMBU FIDLOT!!!


Rafizi Ramli dengan bongkaknya berkata, tidak masuk akal, pembelian kondominium mewah sebagai pelaburan kepada NFC. Sebaliknya Rafizi cuba menggambarkan pembelian kondominium tersebut sebagai salah satu penyelewengan NFC sekalipun wang yang digunakan adalah daripada soft-loan, bukannya geran kerajaan!

Sehingga setakat ini, Rafizi Ramli dan sekalian pemimpin Pakatan, menggambarkan soft-loan yang diberikan kepada syarikat berkenaan sebagai geran kerajaan. Dari semasa ke semasa, mereka cuba menggambarkan NFC merupakan syarikat kerajaan yang menggunakan dana awam untuk operasinya.

Justeru, dalam mana-mana perbelanjaan syarikat tersebut, perlu dibentangkan kepada awam hala tuju kewangannya. Sehinggakan perbelanjaan setiap satu aset pun perlu diperjelaskan untuk menunjukkan tiada sebarang penyelewengan di dalam syarikat berkenaan.

Agak aneh memandangkan tidak ada seorang pun, terutama sekali Rafizi Ramli yang mahu mendesak agar laporan kewangan syarikat tersebut dibentangkan. Sebaliknya mereka bermain tembak rambang untuk mewujudkan persepsi, soft-loan adalah geran kerajaan.

Bukankah daripada soft-loan tersebut, perkara terpenting ialah wajib bayar semula? Kalaulah NFC langsung tidak membuat pembayaran balik, mungkin satu hal tetapi apabila syarikat berkenaan membuat pembayaran semula pinjaman mereka, maka di manakah masalahnya kalau pun syarikat tersebut mahu membeli aset bagi menjamin pelaburan?

Sepatutnya Rafizi juga menjawab, apakah dengan menjual aset seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di mana Rafizi merupakan salah seorang daripada tukang penasihatnya merupakan satu tindakan yang baik?

Tatkala NFC melabur dalam bidang hartanah bagi menjamin duit yang mereka pinjam tidak hilang begitu sahaja, kerajaan negeri Selangor pula menjual setiap hartanah yang dimiliki oleh anak-anak syarikat negeri untuk menunjukkan mereka mempunyai wang tunai dalam tangan.

Mana satu yang lebih baik?

NFC beli kondominium berharga RM7.5 juta yang dikatakan oleh Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin sebagai RM9.8 juta. Penjelasan diberikan ialah, NFC mengambil keputusan tersebut untuk mengurangkan kebarangkalian kehilangan wang tunai dan memutuskan untuk melabur dalam bidang hartanah. Lokasi pelaburan adalah di Bangsar, kawasan yang diketahui mempunyai nilai hartanah yang amat tinggi.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh PKR dan mempunyai penasihat ekonomi berharga RM1 bernama Anwar Ibrahim dan dibantu pula oleh Rafizi Ramli memutuskan untuk menjual bangunan yang bernama Menara Worldwide di Jalan Bukit Bintang. Bangunan tersebut diuruskan oleh Faber Facilities Sdn. Bhd. Faber Facilities pula merupakan salah satu anak syarikat Faber Group Bhd, rakan kongsi UEM Berhad. Harga yang ditawarkan adalah RM350 juta, dan boleh dirunding.

Antara dua tindakan tersebut, yang mana satukah agaknya yang lebih mendatangkan keuntungan sama ada untuk jangka pendek mahupun jangka panjang?

Yang pertama, dikatakan menyeleweng... manakala pihak yang kedua pula dikatakan membela rakyat....

Anda pilih yang mana?

0 comments

AWAS! WANITA GILA SEDANG BERKELIARAN DI AMPANG!!!

Seorang wanita yang dipercayai tidak siuman sedang berkeliaran di Ampang dengan bebasnya.

Wanita gila yang dipercayai bernama Zuraidah Kamaruddin dilaporkan kerap bertandang sambil tersengih-sengih dan menghulurkan salam sambil berkata, "Sayallah YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang."

Adalah dipercayai wanita malang Kod 71 itu sedang berusaha untuk membuatkan orang ramai percaya bahawa lembu-lembu fidlot diletakkan di dalam sebuah kondominium mewah di Bangsar.

Wanita tidak waras itu juga dipercayai sedang berusaha menempatkan namanya sebagai ahli politik bijaksana, setelah berulang-ulang kali dibuktikan dia adalah seorang penipu besar.

Bagi anda yang terserempak dengannya, baca ayat-ayat pendinding yang sesuai terutama sekali surah muawizzatain bagi mengelakkan sebarang masalah yang dionarkannya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

NAKKAN SIJIL HALAL PUN KIRA JALAN SENANG JUGAK?


Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia bimbang, pemberian hak tunggal kepada JAKIM untuk mengeluarkan sijil halal akan menyebabkan transaksi yang tidak beretika. Alasan yang paling dilihat sangat wajar ialah pemberian hak tunggal kepada JAKIM akan menjejaskan industri makanan dan perkilangan.

Kalau dilihat sekali imbas, alasan yang diberikan oleh geng-geng yang bukan beragama Islam itu kelihatan sangat wajar dan menjejaskan. Namun pada masa yang sama, ia juga memperlihatkan ketamakan mengatasi segala-galanya.

Logo dan status halal bagi pihak berkenaan hanyalah satu transaksi perniagaan semata-mata. Manakala bagi orang Islam yang seringkali dilabelkan sebagai golongan tidak mempunyai kekuatan ekonomi, label halal menjadi satu kepentingan bagi memastikan barangan yang masuk ke dalam perut dan menjadi darah daging adalah suci dan bersih. Dan kesucian tersebut bermula daripada punca pendapatan itu sendiri.

Keserakahan seperti yang ditunjukkan oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (BACA DI SINI) sebenarnya sudah cukup untuk mencerminkan bagaimana puak-puak berkenaan sentiasa tidak mahu melepaskan apa-apa sahaja yang membabitkan keuntungan.

Bayangkanlah kalau JAKIM benar-benar melaksanakan hukum HALAL, tentunya puak-puak ini akan melompat sakan memandangkan mereka tidak boleh langsung mendapat hak Logo HALAL.

Bab hendakkan sijil HALAL pun, puak-puak ini nak kira cincai jugak!!!!

0 comments

Saturday, November 12, 2011

ZURAIDAH KATA DIA BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI WAKIL RAKYAT!!!

Saturday, November 12, 2011
Zuraidah Kamaruddin atau Mak Lampir Ampang cuba memperkatakan tentang tanggungjawabnya selaku rakyat Malaysia Kod 71 dan Ahli Parlimen apabila bermulut biadap terhadap Shahrizat Jalil. Zuraidah Kamaruddin memperkatakan tentang kecurangan, penyelewengan dan susah hatinya kerana fidlot NFC mendapat soft-loan yang berjumlah RM250 juta.

Kalau dilihat secara tidak langsung, maka memang benarlah Zuraidah Kamaruddin seorang yang sangat bertanggungjawab!

Namun apabila diteliti perangai dan tindakannya, terutama sekali di Ampang, Zuraidah sebenarnya adalah pembohong besar yang bukan sahaja menipu sebaliknya melakukan perompakan besar terutama sekali yang membabitkan kontrak dan tender Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Zuraidah sampai sekarang masih lagi tidak menjawab tentang rezoning tender dan kontrak pembersihan membabitkan beberapa nama yang dikaitkan dengannya. Zuraidah juga tidak pernah menjawab tentang pembabitan KETUA KONGSI GELAP sebagai Ahli Majlis MPAJ yang dibela dan disimpannya bagi memudahkan kerjanya. Bahkan Zuraidah juga tidak pernah berani memberikan penjelasan berhubung terlalu banyak kontrak dan tender MPAJ yang terpaksa diberikan kepada kroni-kroninya di kawasan PBT tersebut.

Justeru apabila Zuraidah menyebut tentang tanggungjawabnya, dan memberi alasan mengapa dia yang diupah oleh kartel-kartel, mendesak Shahrizat Jalil untuk meletak jawatan sedangkan segala tuduhan hanya berlandaskan kepada sakit hati kartel kerana penguasaan mereka terjejas, Zuraidah terlebih dahulu menjawab pelbagai persoalan penduduk Ampang. Mengapa sampai sekarang, Zuraidah terus tutup mulut apabila diajukan masalah-masalah itu kepadanya?

Letak sajalah jawatan kalau tidak mampu menjawab walau satu persoalan pun! Ada sebagai Ahli Parlimen Ampang pun, Zuraidah tidak pernah berbuat apa-apa di Ampang, melainkan mentekedaghah gaji haram dan mempergiatkan serta memperkasakan kewujudan kongsi-kongsi gelap serta sindiket-sindiket pelacuran, dadah dan judi haram!!!

0 comments

CAKAP TARAK SERUPA BIKIN, SERUPA DIA PUNYA MUKA JUGA!!!

Kalau dengar daripada sembangnya, maka kita akan menyangkakan, Saifuddin Nasution adalah makhluk yang paling idealis dan sangat mementingkan kesamarataan, terutama yang membabitkan hak-hak golongan tidak berkolar. Daripada sembang-sembangnya dan ceramah-ceramahnya, si pengecut yang akan lari dulu kalau ada apa-apa masalah, akan bercakap tentang pembahagian harta negara yang tidak serata dan seragam.

Malangnya, dia tidak pernah pula menceritakan tentang betapa kayanya dia dan betapa mewahnya kehidupan dia sekeluarga. Saifuddin Nasution juga tidak pernah menceritakan tentang harta-harta negara yang dilarikannya ke negara asing pada zaman Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bahkan perompakan tersebut dibuat dalam skala besar pada zaman Reformasi yang menyaksikan, Saifuddin tidak pernah berada dalam negeri pun pada waktu itu.


Saifuddin Nasution sekarang ini menumpukan perhatian kepada kekayaan keluarga Shahrizat Jalil. Pelaburan yang dibuat oleh NFC yang dikaitkan dengan keluarga Shahrizat menerusi pembelian sebuah unit kondominium mewah, dikatakan sebagai kecenderungan pemimpin-pemimpin UMNO-BN untuk mencuri hasil negara.

Padahal kondominium tersebut bukannya milik individu sebaliknya milik sebuah syarikat bernama NFC. Pelaburan hartanah merupakan pelaburan terbaik bagi memastikan aliran tunai sesebuah syarikat terjamin dan tidak terbuang begitu sahaja.

Namun hal tersebut tidak menjadi soal kepada orang seperti Saifuddin Nasution. Baginya, orang lain tidak boleh jadi lebih kaya berbandingnya. Kalau ada juga orang kaya, bermakna orang itu telah mencuri harta negara. Kalau ada syarikat yang ada kaitan dengan soft-loan kerajaan membeli aset sebagai pelaburan, dikatakan aset tersebut adalah hasil perompakan dan penyelewengan dana.

Tetapi Saifuddin tidak pula menerangkan, dari mana dia mempunyai kekayaan yang keterlaluan dengan rumah agam menjadi milik peribadinya. Masakan dengan hanya elaun sebagai Ahli Parlimen Machang, dia berjaya memperolehi kekayaan yang amat diragui itu.

Perhatikan dua gambar di atas. Rumah besar agam yang sangat cantik dan indah itu, milik Saifuddin Nasution. Manakala gambar kedua pula adalah gambar rumah rakyat di Parlimen Machang.

Sekarang, Saifuddin Nasution mahu bercerita tentang kekayaan dan rumah besar orang lain? Dia sendiri perlu jawab dari mana sumber pendapatannya untuk dapatkan rumah besarnya sekarang!!!

0 comments

KHALID IBRAHIM CADANG JUAL LAGI BANGUNAN PKNS DENGAN HARGA RM350 JUTA!!!


Ketika puak-puak PKR sedang berusaha mendedahkan 'penyelewengan' yang dilakukan oleh pentadbiran Abdullah Badawi dahulu menerusi program fidlot dengan menghentam Shahrizat Jalil, mereka sebenarnya pada masa yang sama cuba menyembunyikan satu lagi rompakan besar yang bakal dilakukan.

Kerajaan Negeri Selangor sedang menggunakan khidmat UEM untuk menjual salah satu aset PKNS dengan harga RM350 juta!

Perkara tersebut telah diputuskan dan kerja-kerja mencari pembeli sudah pun dijalankan oleh UEM. Terdapat beberapa dokumen yang disilangkan dengan OSA, berada di tangan 'orang tertentu'.

Khalid Ibrahim dalam ucapannya di DUN Selangor baru-baru ini menggunakan taktik yang diamalkan oleh Lim Guan Eng, iaitu mendabik dada dan mengangkat diri sendiri. Bagaimanapun, Khalid Ibrahim bahkan keseluruhan pentadbiran negeri Selangor, gagal menjelaskan tentang penjualan dan kehilangan sejumlah besar wang hasil jualan aset-aset beberapa buah anak syarikat negeri.

Pada ketika Khalid Ibrahim yang mendapat khidmat nasihat ekonomi daripada Anwar Ibrahim memberitahu massa bahawa mereka bijak mencari duit, apa yang sedang berlaku sebenarnya jauh lebih menyedihkan. Sekadar ada duit di dalam tangan dan duit tunai itu hanya tertera pada kertas tetapi akhirnya hilang begitu sahaja, rakyat negeri Selangor sebenarnya sudah kehilangan banyak 'harta' mereka akibat penipuan dan penjarahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Dan penjualan aset PKNS itu merupakan rompakan terancang di Selangor yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dengan bantuan kepakaran mengubah auditing yang dimiliki oleh DAP!!!

0 comments

Friday, November 11, 2011

TAHNIAH! WARDINA BAKAL JADI CALON DI TITIWANGSA GANTI LO'LO'

Friday, November 11, 2011
Selebriti yang sekarang ini bekerja dengan media UMNO, Wardina Safiyya dikhabarkan bakal menjadi calon di Titiwangsa. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan, sama ada selebriti yang sangat bermasalah pada zaman remajanya itu akan mewakili PKR atau PAS.

Bagaimanapun berdasarkan kepada senario semasa Wardina dilihat lebih rapat dengan PKR berikutan persahabatan baiknya dengan Nik Nazmi. Namun Wardina pada masa yang sama juga kelihatan cuba menjelmakan dirinya sebagai selebriti PAS yang bercakap tentang agama.

Sebelum ini dikatakan Wardina bakal dicalonkan di Kota Damansara memandangkan dia tinggal di sana. Namun memandangkan Titiwangsa kehilangan Dr. Lo'Lo yang meninggal dunia kerana kanser dan Pakatan memerlukan calon yang mudah diterima oleh pengundi Titiwangsa, maka Wardina adalah calon yang lebih layak. Malah jauh lebih layak berbanding Aiman Athirah yang tidak cantik kalau dibandingkan dengan Wardina.

Dari awal lagi Wardina telah menunjukkan kecenderungannya berpolitik dan memperkenalkan politik liberal dan hak sama rata walaupun sebelum ini sibuk bertangkis bersilat apabila dituduh jadi pengembang ajaran PKR dalam TV3.

Walau bagaimanapun, kalaulah benar seperti yang dikhabarkan itu, maka makin terbuktilah bahawa elemen LGBT sudah menyerap jauh dalam semua bidang!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

BOMOH-BOMOH SUDAH KELUAR DARI SARANG!!!

Apabila konvensyen BN diadakan hari ini dengan perkara pentingnya adalah ucapan perdana menteri, maka sudah tentulah perkara utama yang menjadi tumpuan atau dibincangkan adalah tarikh pilihanraya.

Konvensyen BN itu sendiri adalah satu indikasi penting dan petunjuk kepada hampirnya pilihanraya.

Pada ketika ini, puak-puak yang sebelum ini jual cincin batu, mula tersengih-sengih sambil menghulurkan kad perniagaan masing-masing sambil memberitahu merekalah bomoh terhandal.

Testimoni yang menjadi circula vitae pastinya menampilkan nama-nama hebat yang pernah memohon bantuan agar para pengundi memenangkannya. Bahkan ada yang berterus terang, dia memerlukan sejumlah wang untuk mengupah 40 orang jemaah solat hajat, majlis bacaan Yassin dan tahlil serta memberi makan 40 orang anak yatim piatu selain sedekah untuk masjid.

Yang berjenama Islam pun akan berperangai lebih kurang tapi kuranglah sedikit taghutnya tetapi tetap juga melakukan syirik.

Kemenangan mengatasi segala-galanya. Apa-apa cara pun kemenangan yang perlu dicari dan digamit.

Namun yang pasti dalam keadaan sekarang tok bomoh atau tok jampi dan sembahyang hajat sedang buat duit yang sangat banyak apabila menerima permohonan untuk memudahkan 'pesakit-pesakit' mereka yang teringin nak jadi calon.

Yang duk hingar-hingar tak dapat duit pilihanraya, apa kata cuba bertukar kerjaya kejap sebagai bomoh atau broker angkat doa dan solat hajat. Apa nak susah, HARAKAH tentu sanggup bagi harga special untuk iklan mereka.

Kalau ubat kuat kote pun HARAKAH boleh tolong iklankan, takkanlah HARAKAH sanggupp mengenepikan iklan bomoh dan tok angkat doa serta solat hajat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

BERAPA RATUS JUTA RINGGIT YANG DIBAWA KE TAHUN HADAPAN OLEH PUSAT ZAKAT?

Bila cerita tentang zakat dan orang susah serta miskin, maka mahu tidak mahu cerita yang perlu dikaitkan sekali adalah pusat zakat dan baitulmal.

Pusat zakat dan baitulmal adalah toll-gate yang sangat menguntungkan. Perniagaan yang menggunakan perintah Allah Taala itu tidak mempunyai sebarang risiko kerugian mahupun sebarang kos.

Berbilion ringgit dalam setiap pusat zakat dan baitulmal sepatutnya digunakan untuk kelapan-lapan asnaf. Malangnya apa yang berlaku sekarang merupakan kepincangan pengagihan zakat yang sangat ketara bahkan zakat dilihat sebagai beban bukan lagi satu ibadah.

Saban tahun ratusan juta wang zakat dikutip. Namun saban masa juga kita dapat mendengar tentang orang Islam yang susah, yang terpaksa meraih simpati, yang terpaksa menadah tangan dan yang lebih malang terpaksa bertukar agama semata-mata kerana tidak ada langsung perhatian dari pusat zakat.

Cukup haul dan cukup hisab, maka zakat perlu dibayar. Namun zakat yang terkumpul terlalulah susahnya untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf mengikut turutan dan keperluan. Sebaliknya yang duk ada di lembaga zakat melihat wang terkumpul zakat sebagai modal untuk memulakan perniagaan atau membeli bangunan, bahkan ada yang membina hospital dan jalanraya!

Pengagihan zakat terlalu besar kepincangannya di Malaysia. Puak-puak yang ada di jabatan zakat berlagak sebagai tuan besar yang menaburkan dinar emas di atas jalan untuk direbut oleh pengemis.

Berurusan dengan mereka seolah-olah berurusan dengan munkar nakir yang tidak ada tolak ansur langsung. Suara, ekor mata dan layanan seolah-olah yang datang meminta bantuan zakat itu adalah anjing yang lapar tulang.

Dek kerana kebahlolan mereka itulah, terdapat terlalu ramai umat Islam di negara ini yang hidup dalam kemiskinan dan terbiar.

Dan anehnya, puak-puak berjanggut, berkopiah putih dan kelihatan alim dalam bidang keagamaan, langsung tidak berasa malu seolah-olah mereka sebenarnya tidak ada maruah dan harga diri langsung.

Sepatutnya kalau benarlah puak-puak yang mentekedaghah gaji kerana menguruskan zakat, merayap setiap pelusuk wilayah mereka mencari kelapan-lapan asnaf tersebut.

Dan kalau itulah yang berlaku, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya tertumpu kepada masyarakat bukan Islam sahaja. Martabat umat Islam di negara ini akan tinggi memandangkan sistem zakat yang diwajibkan dalam agama, benar-benar berfungsi sepertimana tujuan kewujudannya.

Bukan seperti sekarang wang zakat untuk tujuan yang entah apa-apa.

Anehnya terdapat ramai penyokong hudud dalam baitulmal dan lembaga zakat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


0 comments

Thursday, November 10, 2011

PULUN PAKATAN PULUN, JANGAN BAGI BERSISA!!!

Thursday, November 10, 2011
Apabila Pakatan terutama sekali PKR begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan fidlot sebagai isu besar, sebenarnya ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalihkan isu sebenar terutama tentang kesukaran PKR memberikan penjelasan berhubung banyak penyelewengan dan ketirisan yang berlaku di Selangor.

Dek kerana itulah, DAP memilih untuk menutup mulut. Manakala PAS pula tercangak-cangak menunggu 'cue' dari DAP apa yang harus mereka cakapkan.

Rafizi Ramli, Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution cuba menjadikan NFC dan Shahrizat Jalil sebagai bahan sensasi untuk membuatkan rakyat Malaysia tidak mempersoalkan tentang bagaimana Yayasan Selangor dihancurkan dan wang serta ekuitinya dicuri, PKNS yang sudah pun muflis dan anak-anak syarikat negeri yang tidak mendatangkan keuntungan, selain penjualan terlalu banyak aset oleh kerajaan negeri.

Contoh terbaik adalah bagaimana Menteri Besar Selangor tidak dapat menjawab tentang pembayaran gaji kepada Pengurus Besar PKNS yang berjumlah RM1.4 juta. Itu baru satu kes. PKNS yang berbelit-belit tentang pembinaan pangsapuri perkhidmatan atau pangsapuri di atas padang PKNS di Kelana Jaya, bakal melibatkan jumlah yang jauh lebih besar berbanding RM1.4 juta. Belum lagi cerita tentang rumah-rumah murah yang tidak dibina sebaliknya pembinaan lebih banyak melibatkan pembinaan mewah dan bukannya untuk golongan miskin.

Itu baru di Selangor. Belum lagi cerita tentang SPICE di Pulau Pinang. Belum lagi cerita tentang transaksi tanah melibatkan tapak Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang 'diserahkan' oleh Lim Guan kepada Vincent Tan secara direct nego, projek tambun tanah bernilai lebih RM70 juta dengan pembayaran yang telah selesai dibuat tetapi kerja tidak sempurna, atau Kancil Car Park di Bukit Bendera yang juga pembayarannya telah selesai tetapi bangunan tersebut tidak boleh digunakan kerana terlalu rendah dan muka masuk yang terlalu kecil.

Justeru taktik yang digunakan oleh Zuraidah Kamaruddin dan Saifuddin Nasution dengan mengkeledaikan Rafizi Ramli, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu pengalihan isu yang lebih besar memandangkan NFC terdapat di dalam laporan Ketua Audit Negara dan projek berkenaan tidak gagal berbanding tohmahan yang dibuat oleh PKR.

Sedangkan semua perkara melibatkan PKR dan DAP, dilabelkan oleh Ketua Audit Negara sebagai gagal, dan memerlukan penjelasan... yang sehingga sekarang, baik Khalid apatah lagi Guan Eng, gagal menyebut malah tidak berani langsung memperkatakannya!!!

0 comments

RM100 BANTUAN KERAJAAN, PIBG SEBAT BERAPA PULAK?

Setiap tahun terutama pada pangkal persekolahan, perkara utama yang akan menjadi persoalan atau lebih tepat lagi, menjadi duri dalam daging kepada setiap ibu bapa.

RM100 dari kerajaan mungkin dianggap sebagai umpan namun pada masa yang sama setiap ibu bapa tahu dan sangat sedar, walaupun retoriknya yuran persekolahan telah dihapuskan tetapi yuran yang dihapuskan itu telah ditukar jenama dan dipecah-pecahkan sekaligus mewujudkan juah yang lebih kurang sama walaupun kononnya telah dihapuskan.

Ada dua yuran yang sangat mencekik leher iaitu YURAN PIBG dan YURAN KOMPUTER. Kalau kedua-dua yuran tersebut digabungkan, jumlahnya adalah lebih dari RM100.

Walau atas alasan dan retorik apapun pemberian RM100 kepada setiap orang pelajar, jumlah berkenaan akan hilang begitu sahaja bagai angin lalu.

Sebenarnya tidak perlulah beretorik seperti kerajaan negeri Selangor yang kononnya prihatin kepada rakyat tetapi harga air yang dibayar selepas air percuma itu, bukan sahaja meliputi 'harga percuma' sebaliknya 'upah' kerana beretorik dengan air percuma.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

RUPA-RUPANYA SETIAUSAHA DAP PULAU PINANG CUBA BUNUH OKU!!!

Kereta Setiausaha Negeri Pulau Pinang yang dipandu pemandunya melanggar seorang 'Orang Kurang Upaya' (OKU) . Kejadian ini berlaku berhampiran Lebuh Victoria pada jam kira-kira 1.20pm.

Nasib OKU itu bagai 'jatuh ditimpa tangga' ,apabila seorang lagi lelaki yang keluar dari kereta tersebut memaki hamun OKU itu tanpa belas kasihan. Sudahlah tidak mahu mengaku salah 'langgar belakang' , lelaki (bukan pemandu) dengan sombongnya tidak juga mahu minta maaf atas kejadian tersebut.

Alasannya : 'You tak pasang signal light'

Tidak tahu undang-undang jalan raya Malaysia ? Langgar belakang salah Tuan! Tak kisah lu siapa!

Ini satu contoh yang buruk ditunjukkan..Harap pembaca jangan sekali-kali ikut teladan buruk ini.

INGAT! Langgar belakang dan main belakang kedua-duanya adalah salah disisi undang-undang!!


0 comments

SPINNING FITNAH TAK SAMA DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH!!!

Ada pihak yang cuba menyamakan apa yang sedang berlaku kepada Shahrizat Jalil sekarang dengan malang serta aib yang menyelubungi keluarga Anwar Ibrahim. Baru sekarang Shahrizat baru sedar kepentingan maruah keluarga, kata mereka. Kemudian, dibandingkan pula dengan Wan Azizah yang selama ini menanggung malu akibat perbuatan suaminya yang telah didedahkan oleh semua pihak.

Ternyata, puak berkenaan sudah terlalu amat terdesak sehinggakan tidak dapat membezakan antara FANTASI dan REALITI.

Bandingkan antara lembu dan liwat. Mana satu yang lebih memalukan dan lebih menyentuh sensitiviti?

Puak-puak berkenaan cuba membangkitkan tentang RM250 juta untuk 8000 ekor lembu setahun. Yang digambarkan kepada orang kampung ialah betapa mahalnya lembu fidlot. Yang tidak dibangkitkan ialah RM250 juta itu turut melibatkan pembinaan prasarana yang masih belum lengkap termasuklah pusat penyembelihan berkapasiti tinggi. Yang tidak diberitahu ialah, lembu-lembu berkenaan berada di sebuah kawasan yang dikhususkan untuk penternakan bagi pengeluaran berskala besar dan bukannya lembu-lembu yang dilepas bebas masuk ke kebun dan tanah orang lain.

BACA SEL13.COM untuk gambaran lebih jelas.

Namun apabila puak tersebut cuba membayangkan, kekejaman terhadap keluarga Wan Azizah jauh lebih hebat berbanding lembu-lembu di fidlot, ia sudah cukup menggambarkan betapa peranan LGBT yang diperjuangkan oleh sekumpulan pencinta hak asasi dan kebebasan baru-baru ini, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan untuk meminda pemikiran masyarakat Malaysia bahawa meliwat dan melakukan seks songsang itu bukanlah satu kesalahan.

Memperkatakan tentang Anwar Ibrahim yang meliwat bekas pemandu isterinya, merupakan perbincangan berlandaskan fakta ketiga-tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang sebulat suara bersetuju, wujudnya perbuatan liwat walaupun mahkamah akhirnya membebaskan Anwar kerana masalah teknikal iaitu tarikh kejadian tanpa sedikit pun meminda fakta berkenaan.

Begitu juga dengan perbicaraan terbaru yang sudah memakan masa lebih 3 tahun dan ditunda lebih 70 kali melibatkan perbuatan liwat terhadap bekas pembancuh kopinya.

Wan Azizah dan Nurul Izzah sendiri terbabit dalam kes ini, terutama dalam KESILAPAN besar membohong di mana Anwar berada pada waktu itu dalam satu sidang media ad-hoc tetapi mereka tidak dijadikan sebagai alibi oleh Anwar untuk memperkukuhkan dakwaan dia tidak meliwat, terutama selepas ibu dan anak itu memberitahu, Anwar ada bersama-sama mereka dan sedang bermesyuarat.

Kalau penderitaan Shahrizat dibandingkan dengan penderitaan Wan Azizah, ia langsung tidak setaraf, tidak sama bahkan sama sekali bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan. Tetapi seandainya dibandingkan dengan penderitaan Betty Chew yang melolong apabila rahsia anak lelakinya yang berusia 16 tahun diperkatakan, sehinggakan Lim Guan Eng tersalah cakap dan membuat penjelasan mengapa anak lelakinya dipindahkan sekolah, mungkin ia boleh diterima akal.

Namun apakan daya, puak-puak ini sememangnya mahu rakyat Malaysia menerima budaya seks songsang sebagai perkara biasa.

0 comments

KALAU PAKATAN MEMERINTAH, SENANG KITA SEMUA!!!

Seorang Melayu totok yang penulis kenal sejak dari kecil lagi, merupakan jiran berselang dua blok rumah ibu bapa penulis di Ampang.Kerjanya hanya melepak di kedai kopi, mengharapkan kawan-kawan datang belanja makan minum serta rokok dan sumber pendapatan utama adalah duit daripada anak lelakinya. Panjang muncungnya apabila penulis menempelak perangai pemalasnya tetapi tersangat perasan, tidak sedar diri dan yang paling penting, menganggap negara terhutang budi kepadanya.

Dahulu, dia adalah seorang peniaga cendol di Bandar Baru Ampang. Majunya tidaklah seberapa memandangkan dia lebih banyak berprovokasi dengan pelanggan berbanding menggalakkan mereka melanggani cendolnya. Marahnya kepada seorang lagi penjual cendol yang turut sama menjual rojak di tapak yang terletak bertentangan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang atau sekarang ini merupakan tapak masjid baru, memang tidak pernah padam.

Katanya, pelanggannya banyak lari kerana pesaingnya itu suka pakai bomoh. Katanya lagi, cendol pesaingnya itu diperam dengan cacing tanah untuk rasa yang lebih sedap dan tahan lama. Santan yang digunakan pula adalah santan serbuk sedangkan dia menggunakan santan asli walaupun rasa santan cendolnya dengan air paip tidak jauh bezanya.

Bila jualan cendolnya tidak pernah lebih dari RM100 sehari, dia menjual semua barang-barang perniagaannya kepada pesaing yang sangat didendaminya. Dia duduk di rumah, kononnya untuk mencari idea supaya cepat kaya. Isterinya pula terpaksa bekerja di kilang memproses daging ayam tidak jauh dari rumah penulis untuk menyara kehidupan mereka dan anak-anak. Bila kami bertemu, ceritanya tidak lain, semuanya salah kerajaan. Semuanya salah orang lain sehinggakan nasibnya tidak pernah berubah.

Itu cerita hampir tujuh tahun lampau. Lama tak jumpa dia, penulis bertemunya kembali di restoran yang dahulunya bernama Durbar tidak jauh dari rumah ibu bapa penulis di Ampang, tatkala singgah sebentar di restoran tersebut untuk membeli sup kambing yang dipesan oleh bapa penulis. Dia rupa-rupanya dah jual rumahnya dan sekarang, menyewa bilik kecil di rumah bapa angkat penulis yang bernama Pak Man... juga tidak jauh dari rumah lamanya.

Dan dia pun dengan bangganya bercerita tentang dunia politik yang baru diceburi. Tugasnya hanyalah mengambil kontrak memasang banner, pemidang dan sesekali menerima upah untuk meramaikan majlis ceramah termasuklah ceramah Chegu Bard di Dewan Orang Ramai Kampung Tasik Tambahan, Sabtu tiga minggu lepas dengan harga RM30. Sembangnya tetap macam dulu, tetap juga menyalahkan segala sistem yang ada dan kerajaan yang memerintah.

"Kau tengok, kalau Pakatan menang dan memerintah esok, senang kita ni."

Kata-kata itu membuatkan penulis tersenyum. Dia yang memberitahu telah berpisah dengan isterinya, penulis lihat tiada sebarang peningkatan dan usaha diri, kecuali meratap, merengek, salahkan orang lain dan marahkan orang lain kerana membiarkan dia bersendirian.

"Ini jam, aku ni wakil YB Zuraidah kat kawasan kita ni. YB Khassim pun kalau nak dapatkan apa-apa maklumat tentang Lembah Jaya, cari aku."

Penulis tidak mahu memanjangkan cerita sebab ceritanya tidak pernah berubah... hanya berkisar tentang dirinya. Pemusatan dunia ini hanyalah di sekitar pusat dan dua teteknya. Tetapi penulis teringat semula cerita tentang betapa senangnya hidup jikalau kerajaan sudah bertukar.

Melihat kepada keadaan dirinya dan kata-katanya, walau bertukar empat ratus tujuh puluh lapan kerajaan sekalipun di Malaysia ini, dia tetap akan mengeluh. Dia tetap akan merengek. Dia tetap akan berasa dialah yang THE BEST yang semua orang tak peduli pun. Malah kalau turun kerajaan dari langit sekalipun, perangai standard penjual cendol beridolakan tok bomoh akan kekal dalam fikirannya. Cerita-ceritanya untuk menunjukkan yang dia tu SOMETHING dan SOMEONE hanya menambahkan mundur pada diri dan pemikirannya, bukan sebaliknya.

Maka tidak hairanlah, apabila penulis ceritakan tentang jiran berkenaan kepada bapa penulis, dengan sinis orang tua itu berkata....

"Mat Jamn... memang macam tu lah.... yang duk pi layan orang jamn macam tu, buat apa. Dia tu, kalau Nabi s.a.w ada kat depan dia pun, dia akan salahkan juga apasal Nabi s.a.w sebarkan Islam kat dia. Payah kalau orang banyak sangat pakai hukum nafi dan isbat ni."

0 comments

BODOH SUNGGUH LA BUDAK RAFIZI NIH!!!


Belajar sampai Cambridge tapi bodoh!
MALANG sungguh Rafizi Ramli,anak muda yang belajar hingga ke Leeds University akhirnya mempraktiskan segala pendidikannya untuk menjadi penipu,memutarbelitkan fakta,pemfitnah dan membenarkan dirinya diperbodoh dan diperalatkankan oleh Saifuddin Nasution dan juga Zuraida,Ketua Wanita KeADILan untk menyerang National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC),syarikat yang diterajui oleh Dato Sri Mohd Salleh Ismail.

Ketidakmatangan Rafizi menilai kepentingan projek Pusat Fiflot Nasional sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh orang Melayu sepenuhnya menterjemahkan bahawa pendidikan bertaraf tinggi anak muda ini tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan bangsa dan Negara ini malah kebodohannya menilai projek berharga RM250 juta itu cukup membimbangkan sejauh mana daya fikir anak muda yang pernah mendapat pendidikan di MCKK ini.


Projek ternakan lembu selama ini dimonopoli oleh bangsa asing dan apabila Melayu berpeluang untuk membangunkan projek ternakan ini, ada orang Melayu termasuklah Rafizi tidak senang ataupun adakah berkemungkinan Rafizi alat kepada bangsa asing itu untuk menjahanamkan projek ini dan memangsai syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan ini?


Rafizi yang bagaikan menjadi budak suruhan Saifudin dan Zuraidah cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat bagi mempercayai fitnah dan pembohongannya kononnya syarikat ini telah diberikan geran percuma oleh kerajaan untuk membangunkan NFC sama sekali tidak masuk akal kerana jelas syarikat ini sebenarnya meminjam daripada kerajaan. Bila meminjam syarikat ini kena bayar balik bila sampai tempoh yang telah ditetapkan.


0 comments

Wednesday, November 9, 2011

LGBT MEMBAWA KEPADA MURTAD

Wednesday, November 9, 2011
Pendapat S.S Mufti Pahang bahawa kecintaan terhadap hubungan sejenis atau dalam kata lain, seks songsang boleh membawa kepada murtad sebenarnya mempunyai natijah yang amat besar.

Kita pasti akan dengar fatwa-fatwa dari golongan yang berasa mereka sangat bijaksana dan lebih pandai tentang hukum hakam agama Islam berbanding orang lain bahkan terlebih aula berbanding orang UMNO, dalam tempoh yang terdekat ini.

Penentangan terhadap LGBT sebenarnya merupakan penentangan secara langsung terhadap Pakatan Rakyat yang merupakan penyokong tegar kepada perjuangan menuntut sama hak untuk apa-apa jenis hak, selain kebebasan bersuara serta membuat pilihan.

Walaupun segelintir kecil orang PAS kelihatan seperti menentang, namun itu hanyalah topeng semata-mata bagi mengelakkan kemurkaan orang Melayu dan Islam terhadap PAS. Apa yang sangat pasti PAS terpaksa bercakap berdasarkan skrip pemberian DAP.

Tentu sekali PAS pasti mempunyai fatwa mereka sendiri memandangkan pendapat Mufti Pahang itu kelihatan sangat tidak berpihak kepada Pakatan. Sebarang perkara yang tidak sependapat dengan Pakatan akan dipandang sebagai kesesatan UMNO.

Yang tak sesat dan tak terseleweng cuma PAS walaupun Nik Aziz kata, perpaduan dengan UMNO tidak perlu, tetapi bantuan kafir dan syaitan akan diterima asalkan PAS menang pilihanraya, diterima dengan otak tumpul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments

PERUT MAK RAFIZI RAMLI KERAS MASA NGANDUNGKAN DIA DULU!!!

Rafizi Ramli merupakan antara figur yang ditonjolkan oleh PKR sebagai kepimpinan baru yang bijak, ada otak, mempunyai perancangan yang lebih baik untuk negara, aset negara yang tidak boleh ditolak atau diketepikan serta bersikap liberal selain menentang sebarang penyelewengan serta tegas terhadap sebarang ketirisan.

Itu gambarannya... sedangkan apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Tidak dinafikan, sebagai lulusan Cambridge, Rafizi memang ada otak. Malangnya, otak Rafizi jenis otak empat segi. Rafizi yang terpesona dengan politik telah dipergunakan oleh ikonnya sendiri. Rafizi dalam kata lain telah diliwat oleh orang-orang yang dikaguminya.

Apa yang berlaku semalam, jelas menunjukkan bagaimana Saifuddin Nasution mempergunakan Rafizi sebagai benteng utamanya. Permainan itu adalah permainan biasa bagi Saifuddin Nasution. Jantan bermuka jamban berlekak-lekuk itu, diketahui seorang yang sangat pengecut dan selalunya dialah yang lari dulu.

Apabila bercakap di dalam Dewan, Saifuddin Nasution dilindungi oleh imuniti sebagai Ahli Parlimen. Imuniti tersebut membolehkan Ahli Parlimen boleh bercakap apa-apa sahaja tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang negara, kecuali dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Ahli Parlimen.

Namun apabila berada di luar Dewan, sekalipun di Lobi Parlimen, sebarang kenyataan mempunyai natijah perundangan sekiranya ia bersifat fitnah.

Itu yang berlaku kepada Rafizi sekarang. Saifuddin Nasution menjadi mangkuk tambah sekadar membuat feeding dan duduk di sebelah. Yang bercakap dan memutarbelitkan Laporan Ketua Audit Negara berkenaan Feedlot atau NFC, adalah Rafizi Ramli. Yang diserang bukannya kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging dan menentukan harga barangan berkenaan, sebaliknya Rafizi menyuarakan tohmahan kartel-kartel daging yang terjejas kerana NFC dengan harapan, orang ramai hanya berminat mendengar tetapi tidak berminat untuk mentelaah kembali laporan Ketua Audit Negara terutama pada muka surat 135 sehingga muka surat 145 berkenaan KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.

Sudah ada berita yang kedengaran, Rafizi Ramli bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada NFC berhubung tohmahan yang dibuatnya. Kesilapan terbesar bagi Rafizi ialah, dia terlalu berterus-terang yang dia adalah PENCACAI KARTEL DAGING yang enggan berkongsi pembahagian RM1.5 bilion dengan sebuah syarikat Bumiputera!!!

0 comments

Blog Archive

Labels