Suka tak suka, percaya tak percaya..janji Allah swt zakat ni leh suburkan harta!!!! Janji Allah swt adalah benar!!!
Tapi janji2 Allah swt hanya menjadi zahir atau makbul bila ianya dilaksanakan ngan baik dan betul..
Sama lah spt fadhilat2 yg dijanjikan oleh Allah swt pada mana2 perintah2Nya dan juga amal2 ibadat yg lain..
Contohnya..fadhilat2 semayang memang mantap, cukup keperluan dunia dan akhirat. Tapi ianya bergantung kepada kualiti dan cara ianya dilaksanakan. Sebabnya setiap perintah2 Allah swt, Allah swt telah hantar nabi saw sebagai contoh..lebih kurang makna amal2/perintah2 tersebut hendaklah ikut dan menepati cara yg nabi saw tunjukkan, para sahabat ra (kerana sahabat ra diiktiraf oleh Allah swt dan nabi saw), para tabiin yg dibawah selia para sahabat ra dan seterusnya..
Jika tidak semayang yg didirikan akan jadi umpamanya kain buruk dan dilemparkan kembali pada yg mendirikannya dan semayang tersebut akan melaknatnya..
Untuk mencapai kualiti amal adalah usaha yg berterusan sampai mati!!!
______________
Gitu juga dalam amalan atau perintah zakat..ianya adalah janji Allah swt utk sucikan dan suburkan harta2 pengeluar zakat, Org2 Islam yg mengeluarkan zakat akan melihat sendiri peningkatan harta benda mereka secara zahirnya...dan sejelas2nya, sehingga berlumba2 untuk menambahkan lagi amalan zakat trsebut ngan mengeluarkan sedekah.
Tapi...umumnya kehidupan ummat Islam, pada mata kasar kita begitu menyedihkan..
Masih ada lagi yg meminta2..masih ada lagi nasib yg tidak terbela..masih lagi peminta2 derma berkeliaran utk bina masjid, madrasah, dan rumah2 anak yatim..apa lagi kisah melarat ibu tunggal ngan anak2nya.
Islam satu2nya agama yg mewajibkan zakat!!!! setahu aku ler.
Bayangkan RM 200 sebulan ngan anak2 3, 4 orang..lebih2 lagi anak2 yg ada masalah kesihatan..dan tiada sumber pendapatan yg lain..FIKIR LAH!!!!
Ada yg kabor..Baitul Mal dan masjid hanya bagi setahun sekali!! memang tul ada senarai penerima2nya..aku tak tahu berapa banyak pemberian setiap tahun tu.
Apa menjadi masalah Baitul Mal, pemberian setiap tahun tu dpecahkan dan diberi pada setiap bulan..Makan dan minum adalah keperluan harian. Leh bagi extra bonus masa raya dan pembukaan sekolah.
Sekarang ni, pendapatan rm 2000 ke rm 3000 dibandar2 ngan satu size keluarga yg tertentu leh jatuh dalam tahap kemiskinan..
Abiskan duit zakat yg dikutip, pastikan setiap tahun setelah ditolak duit pengurusan (amil) adalah kosong..tidak berbaki.
Ni asyik harapkan kerajaan..pada hal dalam Islam sendiri telah ada peruntukannya. Bior bukan Islam je dibantu oleh kerajaan. Org2 Islam tak kelihatan jenuh merayu sana sini..duit perubatan, duit pelajaran (memalukan je sampai berhutang piutang, keluar suratkhabar nama2 terpampang senarai tak bayor hutang- bayangkan apa pandangan org2 kapir pada org2 islam tahu ambik duit tapi tak reti2 nak membayor dan apa ler melaratnya org2 Islam) Sakit mata dan hati org2 kapir, dah ler jadi rakyat Malaysia bayar cukai tapi peruntukkan banyak pada org2 Islam dan org2 Islam pulak tak reti2 nak bayor!!! ada tu bukan tak nak bayor, tapi nak makan pun selalu miss..
Yg nak kawin, tak de duit..apa lagi. Kurang2 selesai ler sikit kelahiran anak2 luar nikah..Bantuan pada pasangan2 muda yg brpendapatan rendah brkawin..maklum ler akibat tekanan hidup perkahwinan dapat brtahan setahun dua..kalau ada anak, merempat ler budak2 tu atas ihsan org lain pulak..akan lahir lah masalah lain.
Yg dah bersara dan jadi warga emas-kalau gomen ada ler pencen..yg lain, camner? pencen lak separuh gak..tak tahu cukup atau tidak, apa citer? kena buang keja, VSS..ada ler setimbun utk beberapa bulan..lepas tu apa? ada gak VSS, tak dapat apa2..camner? Camna pusat zakat leh bantu???
Abiskan duit kutipan zakat setiap tahun..basmikan kemiskinan. Cairkan dan lancarkan aliran tunai.. Ianya akan kembali pada pusat zakat gak. Apabila ummat Islam "buying power" bertambah, syarikat2 Islam akan maju, pendapatan bertambah..kutipan zakat sendiri akan bertambah.. BARULAH kita nampak ngan mata kepala kita janji2 Allah swt tu benar!! Barulah ummat Islam bersyukur dan berbangga kerana diberi hidayat sebagai org2 Islam..salah satu sebab hidayat org2 kapir akan menderu2 masuk Islam..maklum ler dapat duit zakat yg beribu2!! walaupun masih malas nak semayang he he..
Abiskan duit zakat...baru ler DEB dan Transfomasi kerajaan akan berjaya!! kalau tidak gitu2 ler jawabnya..
Abiskan duit zakat..baru ler org2 bukan Islam, India dan Cina tak leh nak persoalkan pasal apa2 ..pasal tu adalah kelebihan agama Islam diatas agama2 lain..tak payah nak buat tabung2 apa2 spt TEKUN, AMANAH IKHTIAR utk org2 Islam..tak payah risau pasal leh bayor balik atau tidak. Bagi je !!
Abiskan duit zakat..barulah ummat Islam tak tertindas, walaupun negara diperintah oleh orang bukan Islam sekali pun..
Abiskan duit kutipan zakat..sampai tak tahu nak beri kat sapa dah!! Duit warga emas, duit balu dan duda, duit pinjaman pendidikan tinggi, duit sagu hati, derma dari kerajaan, jabatan kebajikan masyarakat--bior org2 kapir je merasa..RM 200 je sebulan!! RM 50..RM 100..
Kita malu..bila warga emas kita, ibu tunggal kita, anak2 yatim kita ..beratur mendapatkan imbuhan dan derma dari tangan2 org kapir, MB org2 kapir..dari hartawan org2 kapir!! Kita ingin lihat, tiada lagi org2 Islam beratur ngan muka sedih dan pilu beratur sambut tangan2 org kapir!!
Kerana takut sangat nak abiskan duit kutipan zakat..org2 Islam kena tunduk dan jilat kaki org2 kapir..org2 kapir leh tanya..MANA ALLAH SWT KAMU?????????
Bila org kristian bahagi2kan duit pada org2 Islam yg memerlukan..kita ngamuk sakan!! Bila org2 Islam yg lemah jadi murtad kerana melihat agama kristian lebih baik dari Islam..kita ngamuk sakan!!! Tapi ianya adalah realiti..
Bila lahir ramai anak2 luar nikah jika diakibatkan tak leh kawin pasal duit..kita ngamuk sakan.
Bila anak2 dibuang dijalanan kerana tak mampu nak dipelihara..kita ngamuk sakan..
Bila anak2 Islam tak mampu lanjutkan pelajaran..kita ngamuk sakan.
Bila org2 Islam merempat duduk berteduh atas ihsan org2 kapir..kita ngamuk sakan..
Tapi dalam tu..kita dengor dan baca..ada orang berbangga2 ngan kutipan yg ratusan juta duit zakat!!!
________
Tak pelik jika UMNO hanya bantu ahli2nya saja..Tak pelik mana2 persatuan hanya bantu ahli2nya saja..kecuali PAS, PAS hanya pempin2nya je dibantu oleh ahli2nya atas nama agama dan jihad dan ahli2nya dikerah dapatkan segala macam peruntukan dari kerajaan spt duit pencen, duit balu dan duda, dan macam2 lagi..apa yg dapat kena berikan sedikt pada pempin2nya utk brceramah sana dan sini atas nama agama..dan yg sioknya penceramah2 ni akan kabor pemberi2 asal duit ni adalah golongan zalim..(jgn marah ma, saja ngusik he he)..bak kabor satu dua ustaz, kalau ceramah tak kutuk kerajaan..nanti tak dipanggil lagi, tak masyuk le.
_______
dizaman kegemilangan Islam dulu..contohnya dizaman Umar Abd Aziz ra, tiada peminta sedekah, tiada kecurian..dsb..kerana beliau sentiasa pastikan duit kutipan zakat dan baitul mal sentiasa dibelanjakan.
Kabornya..sampai nak beri sedekah pun dah tak tahu nak beri kepada sesapa.
Org2 kapir memang hidup melarat!!!
___________________
Jgn risau..kalau asyik bayor zakat je pada golongan2 ni, nanti golongan2 leh jadi malas..asyik mengharap duit zakat, org2 kapir masuk Islam tak ikhlas pasal kerana duit zakat yg lumayan..BAYOR je..ianya perintah Allah swt, pasti ada kebaikannya!!
Jgn risau..ummat Islam tak nak keja, pasal bulan2 leh dapat dari Baitul Mal..jgn risau!! ( pasal nak dapat level ni, apabila Islam bebenor gemilang spt dizaman khulafak arrasyidiin- jauh berbatu lagi ler jawabnya)
__________
Aku kabor pasal MB Kedah ni..pasal saja je,,maklum ler kerajaan BERKEBAJIKAN..tu ler Baitul Mal tu bawah tadbir Istana..MB leh nasihatkan.
Atau MB leh buat satu tabung kebajikan yg BERKEBAJIKAN utk rakyat Kedah. Ahh apa2 ler, maklum ler PAKATAN ni ramai pakar2 dan cendiakawan..Takkan nak kabor semua pakar2 dan cendiakawan ni hanya mampu kritik BN je tapi tak mampu nak rancang, dan laksanakan..
Kalau pakar2 ni..aku pun mantap dan kira pakar gak..malah kat kedai2 kopi bersepah!! Mana tahu MB2 dari PAKATAN ni leh tunjukkan contoh pempin2 yg syumul atau mithali..
Bukan sekadar riuh tekan pempin2 lain utk jadi mithali tapi pempin2 sendiri dimaapkan ..ngan atas alasan manusia, yakni ada kelemahan!!
-aa