1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, January 3, 2012

Beza Antara Namewee Dengan Adam Adli!!!

Tuesday, January 3, 2012


Bila fikir2kan elok lagi Namawee dari Adam Adli..Namawee cuma maki hamun dan mencarut dalam U-tube tanpa halangi perjalanan, sesapa tanpa buat perhimpunan haram dan tanpa meyusahkan mana2 pihak..semada org2 awam maupun polis.

Namawee gunakan kebebasan media IT...kebebasan tanpa menyusahkan sesapa. Adam Adli dan rakan2 mahasiswanya pulak nak gunakan kebebasan yg dilarang dan salah disisi undang2. Namawee jadi “hero” sendirian..Adam pula perlu sokongan dari orang2 lain termasuk dari pempin2 parti politik. Bebas yg dituntutnya adalah kebebasan yg dipimpin dan berselindung diketiak orang lain. Mencabar undang2, mencabar kerajaan, mencabar pihak pengurusan university, mencabar polis..menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Apakah AUKU melarang gunakan U-tube, FB, twitter dll..aku tengok ramai gak yg luahkan perasaan mereka dalam e-mail, e-group, e-forum, dll, ok je. Tak tahu ler..pasal aku tak tahu pun pasal AUKU.

Patutlah Namawee dihargai...

Didalam Islam adalah salah jika kita menjadi penghalang lalu lintas..dalam Islam juga adalah salah melanggar undang2 setempat.
 
Adam Adli diajar agama Islam yg hanya pentingkan label sahaja tapi amalannya ikut acuan yahudi dan nasrani..Kebebasan yg diberi tidak mahu digunakan tapi hendak guna kebebasan yg dilarang baik dari segi agama maupun fitrah kemanusiaan. Nak buat camner, pempin tertinggi PAKATAN yg menjadi sanjungannya mempunyai cita rasa yg sama iaitu ada yg halal dan sah disisi undang2dan agama....masih tetap suka hubungan seks luar tabiee dan zina...ada cara yg sah yakni pilihanraya tetap juga nak dapatkan kuasa kerajaan melalui demostrasi dan kekerasan.

Atas nama KEADILAN dan KEBEBASAN..Islam dan undang2 diliwat. Hormat pada undang2 diliwat ngan teruk sekali..malah undang2 dan agama mesti ikut kehendak mereka dan barulah dikatakan KEBEBASAN dan KEADILAN. Pempin2 PAS yg kononnya berjuang kerana Allah swt ngan berpandukan AQ dan sunnah, terpaksa akur pada KEADILAN DAN KEBEBASAN yg dibawa oleh peliwat dan pendusta yg besar!! Terpaksa akur ngan pejuang kebebasan SEKS sejenis..dan kemurtadan..PAS telah lemas dan buta akibat nafsu rakus kekuasaan sehingga sanggup menjadi musuh kepada Allah swt dan RasulNya..Ummat manusia leh ditipunya bahwa apa yg mereka buat adalah Feqh Politik tapi ngan Allah swt dan RasulNya mampukah mereka menipunya.

Hj Hadi pernah diingatkan dalam mimpinya..bahwa beliau berada dalam lumpur..(ada yg riwayat beliau mimpi bahwa nabi saw dalam lumpur)...Kini jelas akan tafsiran mimpi beliau..beliau telah campakkan dirinya kedalam onar dan mungkar..atau beliau telah campakkan agama dalam kekotoran dan kehinaan..Bukti yg jelas semasa Berseh 2.0, beliau terang2 bersekongkol ngan kaum kapir yg perjuangkan kemurtadan dan kebebasan seks sejenis...dan dengan peliwat, penzina dan pendusta yg besar dan terang2an!! Apakah beliau tidak teringat akan mimpi beliau..telah diberi amaran sedemikian rupa, jika masih disanggah..tunggulah hukum dariNya. Dosa seorang yg jahil biasanya tidak mendatangkan bala yg besar..tapi dosa org2 yg alim amatlah besar kesannya pada ummat.. Kembalilah tika masa masih ada...

-aa







2 comments

PENJILAT KOR MENG DAH BUAT PEMBELAAN!!!


Nga Kor Meng saman rakan blogger, SEKUPANGDUAS dengan jumlah RM10 juta setelah blogger berkenaan tetap dengan pendirian enggan meminta maaf kepada Nga Kor Meng. Nga Kor Meng pula pada masa yang sama, cuba menafikan bahawa isterinya terlibat dalam Ethan dan Elton, syarikat yang dianugerahkan kerja menyiapkan dan membekal lounge suit untuk Ahli Majlis MBI walaupun secara jelas, memang isterinya merupakan salah seorang pengarah dalam syarikat berkenaan.

Secara jelas dan nyata, bukti-bukti yang ditampilkan oleh SEKUPANGDUAS amat sukar dinafikan oleh Nga Kor Meng. Malah, pemimpin-pemimpin DAP Perak seperti Kulasegaran sendiri mendesak agar Nga Kor Meng untuk memberikan penjelasan tentang perkara tersebut. Bukan itu sahaja, terdapat juga desakan yang meminta Nga Kor Meng melepaskan jawatan dan berundur kerana memang jelas wujudnya penyelewengan dan rasuah dalam urusniaga berkenaan.

Pendedahan yang dibuat oleh rakan blogger berkenaan, sememangnya satu PUKULAN MAUT buat Nga Kor Meng. Nga Kor Meng sehingga ke hari ini tidak mempunyai jawapan untuk persoalan yang dibangkitkan. Manakala Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga terlibat dalam skandal berkenaan, terus mendiamkan diri dan tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan.

Disebabkan itulah, salah satu daripada kaedah untuk menakut-nakutkan blogger pro-UMNO yang bekerja keras melakukan pendedahan penyelewengan dan skandal pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nga Kor Meng adalah dengan melaga-lagakan blogger-blogger pro-UMNO di Perak.


Kaedah seperti yang dilakukan oleh salah sebuah penjilat Nga Kor Meng yang menamakan blognya sebagai SANTAU BERAPI sememangnya amat menarik untuk dilihat. Apatah lagi penulis blog berkenaan membuat perbandingan antara Perak News dan Perak Today, dua buah portal yang bekerja keras untuk menembusi pemikiran pelayar-pelayar siber yang sebelum ini dikuasai oleh tohmahan dan hasutan daripada Pakatan sahaja.

Ia seolah-olah menggambarkan bayangan prinsip hidup DAP dan para pemimpinnya iaitu parti tersebut hidup dengan melaga-lagakan Melayu-Bumiputera di mana-mana sahaja mereka bertapak. Sebarang kerjasama antara Melayu-Bumiputera, akan menyebabkan DAP seperti syaitan yang dibacakan Ayatul Kursi.

Itu jugalah cerminan mengapa DAP amat bimbang sekiranya PAS dan UMNO berada dalam satu saf. Bahkan itulah juga yang menyebabkan DAP menggelinjang bagaikan cacing kepanasan apabila para pemimpin Melayu-Bumiputera dari pelbagai parti mula memperkatakan tentang penyatuan dan perpaduan seperti mana yang berlaku di Sarawak dan Sabah!!!

0 comments

NUR AMALINA PAKAI SEKSI SEBAB SALAH UMNO!!!


Seperti yang dikatakan oleh sahabat blogger, MPP, sememangnya perangai orang PAS ini sudah sampai ke peringkat yang amat kronik. Sebarang perkara yang berlaku, sekalipun anak mereka terberanak 'tanpa disengajakan' pun akan disalahkan kepada UMNO juga.

Sebuah blog PAS atau lebih tepat lagi, blog rasmi PAS Parit Buntar, PASPB, menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional atas apa yang berlaku. Paling melawakkan ialah apabila mereka turut mengaitkan bekas pelajar yang mendapat pembiayaan daripada Petronas sebagai ahli Kelab UMNO. (BACA DI SINI)

Islam dan PAS adalah dua perkara yang sama sekali berbeza. Islam adalah addin yang syumul, manakala PAS dan UMNO pula hanyalah sekadar organisasi yang menjadikan Islam dan Melayu sebagai modal untuk mereka mencari kuasa.

Mensejajarkan Islam dengan mana-mana organisasi ciptaan manusia seperti PAS samalah seperti menyamakan warna hitam dengan warna putih. Walaupun kedua-duanya dalam konteks warna, tetapi fizikal dan rupanya berbeza sama sekali.

Penulis blog berkenaan, ternyata bukanlah seorang yang pernah belajar di luar negara. Barangkali dia hanya banyak mendengar cerita-cerita atau berkhayal sehingga perasan yang dia memperolehi laduni untuk dia mengeluarkan cerita kononnya, pelajar-pelajar Malaysia perlu mengikuti kursus BTN yang memaksa pelajar-pelajar yang hendak ke luar negara menyokong UMNO.


Satu perkara yang menyerlahkan KEBODOHAN dan KEJAHILAN penulis blog berkenaan ialah, mana-mana orang yang mengenali dan mendalami Islam mahupun mengikuti perjuangan Islam, tidak akan mudah terdorong untuk menyokong mana-mana parti politik secara taksub, sebaliknya nilai-nilai Islam yang terkandung di dalam dirinya, akan menjadikan dia seorang yang berfikiran waras dan tidak melihat kelompok tertentu sebagai lebih baik daripada kelompok yang lain.

Sebabnya sangat mudah... dalil-dalil yang digunakan oleh Islam adalah NAQLI dan AQLI... nas dan akal tidak berpisah... bukannya cuma pakai akal atau membuta tuli kononnya mengikut nas tanpa berakal kerana Islam yang diturunkan oleh Allah Taala menerusi Nabi Muhammad s.a.w mengajar akal manusia agar lebih baik dengan nas-nas yang nyata.

Para pemimpin PAS terdahulu dan kaum ulama yang mendirikan parti itu dahulu, tidak pernah mengajarkan perkara-perkara taghut seperti anutan penulis blog berkenaan atau ahli-ahli PAS yang gagal bukan sahaja dalam bab memahami nas, tetapi juga penggunaan akal!!!

Secara jelas, penulis blog ini sebenarnya amat BAGHAL untuk memahami maksud ayat, setiap lelaki dan perempuan itu menanggung dosa dan pahala daripada amalan masing-masing... tidak pula dikatakan bahawa yang dipertanggungjawabkan nanti adalah KERAJAAN, PEMERINTAH atau parti politik, melainkan individu dalam kerajaan, pemerintah atau parti politik berdasarkan amalannya menghasut atau mendidik dengan perkara-perkara positif.


0 comments

RANCANGAN DAN ARAHAN AZMIN ALI, TERBONGKAR LAGI!!!


Setiap cabang PKR di seluruh negara telah dikerahkan dan diarahkan oleh Azmin Ali agar menghantar sekurang-kurangnya 100 orang ahli pada 9 Januari 2012 ke Kuala Lumpur. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi menunjukkan solidariti serta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim yang akan mengetahui nasibnya setelah perbicaraan liwat yang paling panjang dalam sejarah Malaysia diketahui keputusannya pada hari itu.
Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan agar penganjur demonstrasi Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) agar menarik semula hasrat mereka untuk menghimpunkan orang ramai di pekarangan Mahkamah Tinggi dan di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Agak menarik apabila modus operandi PKR yang diketuai oleh Azmin Ali, tidak lagi menggunakan blog mahupun Facebook, sebaliknya menggunakan Twitter dan BBM.
Dalam arahannya, Azmin Ali meminta agar ahli-ahli PKR yang hadir untuk menggemparkan pihak berkuasa dan menggertak hakim Mahkamah Tinggi agar datang secara bersendirian sama ada menggunakan kenderaan sendiri mahupun kenderaan awam. Mereka tidak digalakkan berkonvoi bagi mengelakkan pihak berkuasa mudah mengesan serta menangkap atau menghalang kemasukan ke Kuala Lumpur.
Tempat pertemuan adalah di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012, jam 7.00 pagi. Kesemua PKR Negeri turut diarahkan agar mendapatkan sokongan daripada PAS dan DAP untuk menghantar ahli-ahli mereka seramai mungkin ke pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.

0 comments

HABISLAH... ZOMBIE UM NAK SAMAN POLIS!!!

Baru dua hari lepas, dia ni nazak dah nak mampus sangat-sangat dah. Si Adam Adli pulak hantar mesej merata-rata kononnya dia dah kritikal sangat. Nga Kor Meng, Chegu Bard, Sam Ketot dan Nurul Izzah pun kata dia dah sakratul maut. Alih-alih hari ini, elok pula sihatnya. Siap nak saman polis lagi.

Safwan Anang, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), mendakwa dia telah ditumbuk, dihentak dengan lutut dan dibelasah sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah. Dan yang paling menariknya, katanya lagi, kumpulan pelajar yang merusuh di hadapan pintu pagar UPSI tu tak buat sebarang provokasi, sebaliknya polis yang melakukan serangan.

Akai budak universiti tahap cipan!

Peguamnya pula kata, tindakan hospital membenarkan Safwan Anang keluar dari wad amat diragui memandangkan Safwan Anang betul-betul belum sihat. Malah Safwan Anang mengadu, dia masih mengalami kesukaran bernafas.


Yerlah... tulang rusuk patah ler katakan... memang ler sukar bernafas. Yang tangan teregang atas kepala tu, sekadar senaman sahaja. Sebenarnya Safwan Anang adalah HANTU yang bangkit dari kubur untuk menyatakan kebenaran tentang kezaliman pihak polis terhadap golongan pelajar universiti yang membuat rusuhan dan demonstrasi di hadapan pagar UPSI.

Cuba tengok betul-betul video di bawah... bukankah ini menjelaskan bahawa sememangnya cakap-cakap HANTU YANG BANGKIT DARI KUBUR bernama Safwan Anang itu tidak lebih daripada akai budak universiti yang belum khatam peperiksaan akhir?


1 comments

YUYU LUNA DAH MELALAK KENA BUANG KOLEJ!!!


Salah seorang daripada dua pelajar UPSI yang dikenakan tindakan, Siti Nur Piteriah atau lebih glamour dengan nama Facebooknya, Yuyu Luna sedang melalak dan memekak apabila dikenakan tindakan oleh pihak UPSI akibat demonstrasi yang turut disertainya pada malam Tahun Baru 2012.

Seorang lagi pelajar UPSI adalah Adam Adli.

Menurutnya, dia 'kabur' atau tidak faham mengapa tindakan sebegitu diambil terhadapnya. (BACA DI SINI)

Yuyu Luna telah dibuang dari kolej dan besar kemungkinan tidak boleh mengambil peperiksaan pada minggu hadapan.

Budak ini ingat, dia boleh sesuka hati mak bapak dia buat sesuatu kemudian memekak tentang KEBEBASAN AKADEMIK? Suka-suka hati mengangkang tengah malam, kemudian menyalahkan orang lain mengangkangkannya?

Nah, sekarang rasakanlah... ada baiknya kalau dia langsung tidak diberi peluang dan tempat di UPSI lagi. Tidak seharusnya dia digantung, sebaliknya disingkirkan terus. Budak-budak seperti Yuyu Luna a.k.a Siti Nur Piteriah tidak berminat dengan belajar dan menumpukan perhatian kepada pelajaran, sebaliknya lebih berminat dengan Anwar Ibrahim, demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Sekarang, bolehlah tunjuk perasaan dan berdemonstrasi dengan penuh kebebasan. Dan sekarang juga sudah boleh mengusap apa-apa yang patut pada Anwar Ibrahim tanpa perlu bimbang tertakluk kepada sebarang peraturan dan undang-undang kolej. Kalau ada yang menyekat pun, cuma undang-undang perkahwinan dan undang-undang fiqh.

Menariknya, cerita fasiq yang dicipta oleh budak perempuan ini ialah polis dan pihak pentadbiran UPSI takut dengan dia sebab dia aktif dalam gerakan mahasiswa. Itu fasallah dia kena buang dan dihalang daripada mengambil peperiksaan semester.

Alasan yang diberikan ini tidak ubah seperti seorang pencuri yang ditangkap kerana mencuri tetapi memberitahu orang ramai, dia ditangkap kerana kecekapan tangan dan kelicikannya yang boleh menyebabkan negara kehilangan takhta pemerintahan!!!

Bodoh punya budak universiti... dah diberi peluang belajar, belajar sajalah... lepas tamat pelajaran, kau nak tungging terbalik pun, buat sajalah... sekurang-kurangnya kalau tak ada kerja masa tu, masih juga ada modal sekeping kertas bernama ijazah atau diploma atau lebih tepat lagi kelulusan!

Yang tak sabar-sabar sangat, pasal apa... MELAYU-BUMIPUTERA pulak tuh!!!!

0 comments

BENARKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BIAYAI GERAKAN BEBASKAN ANWAR 901?


Tiada pengumuman yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor. Namun daripada sumber-sumber dalaman, Kerajaan Negeri Selangor yang didominasi oleh Pakatan Rakyat akan mengeluarkan sejumlah perbelanjaan untuk membiayai demonstrasi yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari nanti di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Malah seandainya perarakan itu bertambah besar serta merebak ke seluruh Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan pembiayaan yang besar yang diambil daripada perbendaharaan negeri Selangor.
Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi Selangor bergaji RM1. Walaupun diberikan cerita-cerita hebat tentang dirinya, sebagai penasihat ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim sangat gagal menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Daripada 60 perjalanannya ke luar negara yang sudah tentu dibiayai daripada cukai rakyat Selangor, tidak ada satu pun perjalanannya yang mendatangkan hasil, sebaliknya Anwar Ibrahim melakukan perjalanan ke luar negara semata-mata untuk mencari pengaruh bagi menyelamatkan dirinya daripada hukuman mahkamah pada 9 Januari nanti.
Walaupun PKR secara rasmi kelihatan ‘pasrah’ bahawa mereka akan kehilangan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum parti tersebut menjelang 9 Januari, namun hakikatnya AMK serta cabang-cabang dalam PKR bekerja keras untuk membangkitkan kemarahan rakyat bagi melakukan tekanan terhadap keputusan mahkamah.
Gerakan Bebaskan Anwar 901 (FAC) dilihat sebagai usaha terakhir kumpulan yang selama ini menyanjung tinggi Anwar Ibrahim selaku pemimpin negara. Hebahan dan hasutan dibuat pada sepanjang masa untuk menggerakkan orang ramai ke jalan-jalan raya. Pengalaman menggunakan kelebihan Blackberry Messenger (BBM) pada BERSIH 2.0 akan digunakan sekali lagi bagi mendapatkan orang ramai sebagai penyokong dan pencetus huru-hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari.
Dilihat pada blog dan Twitter serta Facebook, Gerakan Bebaskan Anwar 901 kelihatan kurang sambutan. Namun apabila berada dalam lingkungan yang mendapat akses BBM kumpulan berkenaan, anda akan dapat melihat bagaimana kempen dijalankan secara aktif dan progresif.

0 comments

SAM KETOT SEMAKIN KEMARUK MENGHASUT SETELAH TIADA TINDAKAN SEBELUM INI!!!


Pada BERSIH 2.0, bukan main lagi bersemangat Sam Ketot menghasut orang ramai agar turun ke jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Malah pada satu peringkat, Sam Ketot membayangkan huru-hara dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat itu bertujuan untuk menumbangkan Kerajaan Pusat yang dipilih oleh majoriti rakyat Malaysia pada PRU12 lalu.

Desakan, laporan polis mahupun tekanan agar Sam Ketot 'diambil' pihak berkuasa kerana hasutan dan cuba menimbulkan acara subversif, tidak diendahkan. Sam Ketot terus bebas ke sana ke mari dan melakukan hasutan tanpa berasa takut kerana dia telah 'dibebaskan'.

Kini, Sam Ketot kembali semula dengan hasutannya. Video di bawah jelas membuktikan bahawa Sam Ketot sedang menghasut seluruh rakyat Malaysia untuk keluar ke jalanraya bagi mencetuskan huru-hara semata-mata untuk menunjukkan kepada hakim Mahkamah Tinggi bahawa sebarang keputusan yang dijatuhkan, perlu mengikut kehendak PKR dan Pakatan Rakyat.

Sam Ketot cuba berlagak pandai. Kononnya tidak salah kalau hendak pergi ke mahkamah beramai-ramai. Memang tidak salah, tetapi di mana Sam Ketot setiap kali tercetus rusuhan akibat demonstrasi yang digerakkan oleh PKR?


Bukankah Sam Ketot yang terlebih dahulu melarikan diri dan menyorok sepertimana dia menyorok dalam jamban di salah sebuah masjid apabila dihambat oleh orang ramai di Sentul tidak lama dahulu? Bukankah Sam Ketot juga yang lari apabila dihambat oleh beberapa orang Pemuda UMNO sehingga dia terkencing di dalam seluar ketika menyorok di dalam sebuah kereta yang dikepung oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Melaka?

Dan seandainya berlaku juga rusuhan pada 9 Januari nanti, Sam Ketot adalah orang pertama yang perlu diburu dan dicari. Mungkin ada baiknya juga kalau dia dilepaskan bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam satu kandang agar memudahkan punggung gebunya itu membuatkan air liur Anwar Ibrahim menitik-nitik sampai ke perut!!!

0 comments

SHARIZAT JALIL HANYA PERLU MENIRU NIK AZIZ!!!

Serangan terhadap Sharizat Jalil terutama daripada PKR cuba diperhebatkan. Bahkan serangan dari dalam UMNO sendiri terhadap Sharizat Jalil, semakin meningkat menjelang PRU13 apabila Sharizat dilihat mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin tertentu.

Khabar-khabar angin yang mengatakan Sharizat Jalil telah menyerahkan surat perletakan jawatan, telah dinafikan olehnya sendiri. Sebaliknya dari semasa ke semasa, Sharizat Jalil dilihat semakin mendapat sokongan yang meluas sama ada dari Wanita UMNO, mahupun dari kalangan Muslimat PAS, sekalipun Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof menempelak Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud yang dilihat cuba menyebelahi Shahrizat Jalil.

Para penentang Sharizat sama ada dari dalam UMNO apatah lagi di luar UMNO-BN cuba mempersoalkan moraliti Shahrizat kerana enggan melepaskan jawatannya selaku Menteri dan Ketua Wanita. Serangan yang dihalakan kepada Sharizat, tidak hanya melibatkan batang tubuh Shahrizat tetapi juga terhadap anak-anaknya sepertimana yang berlaku kepada Wan Izzana Fatimah Zabedah, salah seorang anak perempuan Shahrizat dengan mempersoalkan gaji serta pendapatan yang diperolehinya.

Namun sesuatu yang sangat menarik serta tidak pula disentuh ialah bagaimana 'masalah' Sharizat Jalil sebenarnya jauh lebih kecil berbanding RM600 juta peruntukan Kerajaan Pusat yang diurusatur oleh Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Nik Abdul Aziz menerusi PMBK.

Begitu juga dengan penukaran Board of Director Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dengan orang politik PR termasuklah Mat Sabu di Pulau Pinang untuk menguruskan RM1.2 bilion geran Kerajaan Persekutuan untuk menaiktarafkan Empangan Mengkuang.

Begitu juga di Selangor, most of the GLC diganti dgn Politician PR, dikatakan Corporate Governance.....sampai gaduh2 nak lantik SUK sendiri....bukan kroni
Di Kedah pun serupa Kulim Hitech (pada mulanya ada sumbagan drpd Khazanah), CEO terpaksa cari pintu bila Oztaz Azizan create post COO (dulu tak dak pun) dan lantik Chairman drpd Org Pas dikatakan Corporate Governance.....bukan kroni
Tapi bila NFC yg hanya dpt pinjaman RM 250 juta drpd Kerajaan Pusat utk memastikan our "Food Security" dikatakan kroni, just because Chairman NFC suami Menteri BN... (SUMBER)

Mengapa agaknya RM250 juta itu yang dipandang tetapi RM600 juta, RM1.2 bilion dan beratus-ratus juta ringgit lain di Selangor, tidak dipandang, baik oleh pecacai Pakatan, mahupun orang dalam UMNO yang mahu melihat Shahrizat meletakkan jawatan? Mengapa tidak diadakan desakan agar mereka yang terlibat dalam 'KETIRISAN' yang jumlahnya berbilion ringgit itu melepaskan jawatan?

Mengapa hanya Shahrizat Jalil seandainya benar, penentangan terhadap rasuah dan ketirisan adalah objektif utama pembabitan dalam politik?

Atau Shahrizat Jalil hanyalah scapegoat untuk melindungi ketirisan yang lebih teruk dan benar-benar tiris berbanding NFC?

0 comments

VIDEO KLIP SAMPAI BOGEL, PENYANYI INI DIBENARKAN BUAT PERSEMBAHAN DI MALAYSIA?!!!


Apabila sahabat blogger ANAK SEBERANG menyiarkan berita tentang seorang penyanyi berkulit hitam dari Amerika Syarikat bernama Erykah Badu akan membuat persembahan di Malaysia pada 28 Februari nanti, berita tersebut seolah-olah menggambarkan pihak berkenaan yang meluluskan permohonan PINEAPPLE CONCERTS SDN. BHD, langsung tidak peka dengan persekitaran dan suasana dalam negara.

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia pada 28 Februari di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dalam siri jelajah Australasia dengan Malaysia sebagai destinasi pertamanya.

Tahun lepas, penyanyi kelahiran Iran, Mohsen Namjoo yang telah dijatuhi hukuman bunuh di negara kelahirannya kerana menghina al Quran di dalam lagunya, juga hampir-hampir mengadakan persembahan di Malaysia. Bagaimanapun, tentangan daripada orang ramai dan dari pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin parti politik menyaksikan pihak berkuasa Malaysia terpaksa menarik semula kebenaran berkenaan.

Kebenaran untuk mengadakan persembahan di negara ini kepada penyanyi luar, merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan yang diterajui oleh Rais Yatim. Bagaimana gamaknya, pegawai-pegawai kementerian tersebut yang cukup terkenal dengan kejumudan dan kebekuan otak mereka, terlepas pandang tentang Erykah Badu?

Atau mereka sebenarnya langsung tidak pernah ambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan bidang tugas mereka, melainkan politik dalam RTM dan Kementerian semata-mata? Kalau mereka prihatin, ada mata dan ada telinga, pastinya pemeriksaan terperinci dilakukan untuk memastikan anasir-anasir lucah seperti Erykah Badu tidak terlepas masuk ke dalam negara ini.

Agak-agak la kalau nak bersikap terbuka sekalipun. Bukan semua perkara boleh diwujudkan sikap terbuka!!!

Cuba tengok klip video di bawah membabitkan penyanyi berkenaan kalau benar nak bersikap terbuka!!!




0 comments

Monday, January 2, 2012

NUR AMALINA CHE BAKRI KE NIH? ISYYY... AWAT SEKSI SANGAT?

Monday, January 2, 2012



Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap foto-foto yang penulis terima melalui email ini. Masih  ingat tak dengan pelajar cemerlang SPM ini-namanya Nur Amalina Che Bakri.
Apa yang penulis boleh katakan-penulis sangat sedih bahawa pelajar cemerlang yang mengegarkan negara ini sewaktu kita dulu dengan kecemerlangannya dalam keputusan SPM 2004 telah berubah sangat.




Kalau nak komen ,penulis harap guna bahasa yang elok ya…jika ter-emosi tolong jangan komen…


3 comments

KETIKA PAKATAN SIBUK BERCERAMAH DI DATARAN SHAH ALAM, HASAN ALI TANGKAP 52 PASANGAN BERKHALWAT!!!


Pakatan Rakyat dan mesin propaganda mereka sangat berbangga dengan kehadiran ramai di Dataran Shah Alam pada malam Tahun Baru dan membandingkan persembahan Pakatan Rakyat pada malam itu yang menampilkan Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak dengan Konsert Battle Of The Band yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Selangor di I-City dalam Karnival Sayangi Selangor. 

Kata mereka, Pakatan memberikan ruang dan peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapatkan kehidupan yang bebas daripada maksiat. Bahkan ada juga yang bercakap besar kononnya, semenjak pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, rakyatnya sudah semakin insaf dan mula melihat agama sebagai jalan menyelamatkan diri. 

Dan mereka pun memberikan contoh kehadiran ramai di Shah Alam pada malam Tahun Baru sebagai menyokong pendapat dan hujah mereka itu. 

Namun hakikatnya, apa yang berlaku di Selangor adalah sebaliknya. Baca petikan berita di bawah secara teliti. 

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nur Hamizah Othman berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkhalwat di beberapa hotel murah yang diserbu di sekitar Shah Alam dan Serdang bermula dari pukul 1 pagi hingga 5 pagi tadi.
Beliau berkata, sebanyak 11 hotel bajet telah diserbu dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Anti-Zina dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali itu.
“Mereka yang ditahan adalah berusia di antara 15 hingga 45 tahun dan kesemuanya disyaki berkhalwat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
“Kesemua yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan mulut dan akan dipanggil semula untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Hamizah berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan itu, pihaknya mendapati ada di kalangan pasangan terbabit disyaki berkhalwat dengan pasangan bukan Islam.
“Namun, penguat kuasa JAIS tidak menahan pasangan mereka yang bukan Islam dan hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang ditahan dalam serbuan itu,” katanya.
Bagaimanapun, Nur Hamizah enggan mendedahkan jumlah sebenar lelaki dan wanita Islam yang ditahan dalam serbuan tersebut. (SUMBER)

Pastinya puak-puak penyokong Pakatan akan mengatakan, disebabkan HUDUD tidak ada di Selangor, itulah sebabnya berlakunya manusia-manusia yang gemar berkhalwat dan berzina. Kalau ada HUDUD, kata mereka, tentu masalah itu akan selesai dengan mudah. 
Selangor di bawah Pakatan Rakyat, dari awal lagi sudah menolak HUDUD dan QISAS yang menjadi modal kempen PAS untuk mendapatkan undi secara paksa daripada orang Islam!!!
Bagaimanapun, PAS Selangor tidak pula menjatuhkan hukuman kafir kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor yang telah menolak HUDUD dan QISAS kerana Khalid Ibrahim adalah kaum puak mereka sendiri. Lainlah kalau Khalid Ibrahim itu orang UMNO, awal-awal lagi gelaran dan label penolak Islam akan diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ceramah tentang penolakan Khalid Ibrahim juga akan diadakan sepanjang masa!!!
Yang menarik dalam berita di atas ialah, sekali lagi nama HASAN ALI menjadi sebutan. Pada ketika Exco lain berseronok dan berhibur di Dataran Shah Alam, Hasan Ali mengetuai penguatkuasa JAIS menggempur hotel-hotel bajet yang banyak terdapat di Selangor, terutama di kawasan-kawasan yang wakil rakyatnya adalah dari Pakatan Rakyat!!!

0 comments

BLOGGER PAKATAN SEDANG DIBURU!!! TAKUT KE?


Blog-blog pro-Pakatan sebenarnya cuba memanipulasikan sebarang berita yang berkaitan dengan Adam Adli serta gerombolan pelajar-pelajar universiti yang tidak berpuas hati dan gila demonstrasi. Justeru sebarang berita yang dianggap boleh meraih simpati dan meningkatkan kebencian awam terhadapi institusi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM, maka mereka akan berusaha untuk memanipulasi berita tersebut dengan sedaya upaya.

Tengah malam Tahun Baru 2012 menyaksikan Adam Adli serta kumpulan pelajar yang menganggotai SMM dan BEBAS membuat demonstrasi di hadapan UPSI. Alasan kepada demonstrasi tersebut adalah KEBEBASAN AKADEMIK dan SELAMATKAN ADAM ADLI. Adam Adli yang menjadi penyebab utama demonstrasi tersebut dikutuk dan dihina oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana berperangai biadap dalam satu demonstrasi yang menyaksikan bendera berwajah Najib Abdul Razak diturunkan.

Walaupun dinafikan, laporan daripada beberapa sumber menyatakan bendera yang diturunkan telah dipijak-pijak sebelum dinaikkan semula. Apatah lagi demonstrasi jalanan sehingga ke pekarangan PWTC yang kemudian disambut pula oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, sememangnya mempunyai ciri-ciri khusus campurtangan Pakatan khususnya PKR di dalamnya.

Kemuncak daripada kemelut tersebut adalah penglibatan Adam Adli dan kawan-kawannya berdemonstrasi pada subuh Tahun Baru 2012 di pekarangan UPSI. Kehadiran pasukan polis dilihat sebagai umpan yang boleh meraih simpati. Pihak polis yang dilihat bertolak ansur dan memberikan ruang kepada pelajar-pelajar tersebut berucap dan melakukan upacara MENTALKINKAN AUKU, ternyata telah diperkotak-katikkan apabila arahan polis agar mereka bersurau selepas 15 minit tidak diendahkan.

SAMBUNG BACAAN DI PERAKTODAY

0 comments

HASAN ALI SERANG PUB RONNIE LIU DI DAMANSARA!!!


Nama Hasan Ali di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP Selangor semakin suram. Tindakan terbarunya menyertai anggota penguatkuasa JAIS menyerbu pub di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya yang menyaksikan 41 orang Islam ditangkap kerana meminum arak, pastinya mengundang kemarahan yang bukan sedikit daripada puak DAP dan PKR.
Operasi Mungkar menyaksikan 41 orang Islam ditahan dengan 18 daripada mereka ditahan kerana meminum arak termasuk 6 orang wanita, sekaligus menyalahi Undang-Undang Syariah Selangor.
Kata Hasan, JAIS memiliki bukti yang kukuh dan akan menghadapkan kesemua yang dituduh itu di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang jika disabitkan dengan kesalahan boleh menyebabkan mereka dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang dari RM3,000 atau kedua-duanya.
Kesemua yang ditahan itu akan memberikan keterangan mereka pada 11 dan 12 Januari sebelum JAIS menetapkan tarikh bagi tujuan kaunseling.
Hasan Ali bagaimanapun menolak andaian bahawa serbuan JAIS itu mempunyai kaitan dengan kontroversi yang menyelubunginya sebelum ini.
Bekas Pesuruhjaya PAS itu, kerapkali membela operasi-operasi JAIS dan menyokong langkah-langkah jabatan tersebut memperkasakan penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.
Bulan lepas, Hasan Ali memberitahu DUN Selangor bahawa mubaligh Kristian menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti peralatan Bible yang menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. 3 Ogos 2011 sebelum itu, Hasan Ali terlibat dalam satu kontroversi besar apabila JAIS melakukan pemeriksaan ke atas premis yang disewa oleh Damansara Utama Methodist Church ketika majlis pemurtadan sedang berlangsung.


0 comments

SELANGOR HUB-MAKSIAT, USTAZAH DITANGKAP BERKAIN BATIK DENGAN BOYFRIEND DI AMPANG!!!



AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara.

Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya.

“Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor.

“Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik,” katanya.

Di hotel berasingan, sekumpulan pemuzik lelaki perempuan bukan muhrim dari Singapura dicekup tidur sebilik.

“Difahamkan mereka pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk membuat persemba-han,” katanya.

Beliau berkata, turut ditahan, seorang lelaki warga Pakistan bersama pasangannya warga Indonesia.

Wanita yang berusia 26 tahun itu bekerja sebagai pembantu pelayan restoran, manakala pasangannya berusia 31 tahun itu seorang kontraktor.

Operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir jam 6 pagi itu mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Pegawai Masjid Nurrusaadah di Kampung Cheras Baru, Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan dan Masjid Masjid Ubudiah Kampung Tasek Tambahan.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali - SH




ULASAN TFK:


Tahniah kepada penguatkuasa syariah yang terbabit. Semenjak Selangor menjadikan INDUSTRI LENDIR dan HUB-MAKSIAT terkemuka di Malaysia, berita-berita sebegini semakin kerap didengar. Dan dengan kewujudan hotel-hotel bajet yang serba menimbulkan misteri, terutama di sekitar kawasan yang diketahui bukanlah kawasan perindustrian dan kawasan pelancongan mahupun tempat pertemuan utama parti-parti politik, ia seolah-olah menggambarkan ada 'pembersihan wang' yang terpapar pada kewujudan hotel-hotel bajet berkenaan.

0 comments

AKAL BUDAK UNIVERSITI, PATAH TULANG RUSUK TAPI TANGAN BERSILANG ATAS KEPALA!!!


Kalau berdasarkan kepada mesej yang dihantar oleh Adam Adli, keadaan Safwan Anang memang sudah terlalu kritikal sehingga menyebabkan Adam Adli berasa perlu untuk menyeru semua pelajar-pelajar universiti 'turun' membantu dan menyuarakan tentangan mereka terhadap sistem sedia ada.

Kalau berdasarkan kepada propaganda Pakatan Rakyat, Safwan Anang memang dah NAK MAMPUS sangat-sangat dah... patah tulang rusuk, patah gigi, tulang retak, tulang cenonggeng patah, jantung terbelah...

Alih-alih ada pulak gambar dia di katil hospital dengan tangan bersilang atas kepala dengan ditemani oleh seorang penjilat tegar Anwar Ibrahim, N.Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR yang dilantik oleh Anwar Ibrahim.

Tentu ramai yang masih ingat bagaimana N.Surendran cuba menggemparkan Malaysia dengan cerita Anwar Ibrahim cuba dibunuh oleh polis dalam BERSIH 2.0 Julai lalu walaupun hakikatnya, Anwar tertungging dan mengalami 'kecederaan' kerana melanggar pintu kaca ketika cuba melarikan diri daripada diberkas polis.

Demonstrasi SMM dan BEBAS di pekarangan UPSI juga nampaknya mengikut skrip yang sama iaitu langgar pintu kaca.

Selepas ini, banyak premis yang berpotensi untuk dijadikan tempat demonstrasi perlu menggantikan pintu kaca masing-masing dengan pintu besi. Sekurang-kurangnya tidaklah pintu itu pecah dan pemilik premis pula dipersalahkan kerana membuat pintu daripada kaca.

Akal budak universiti... kononnya hebatlah sebagai budak universiti tetapi akal sebegini, kalaulah semua pelajar universiti terutama sekali yang Melayu-Bumiputeranya ada, makin gelaplah masa hadapan negara ini, khususnya di kalangan Melayu-Bumiputera.... sudahlah kecemerlangan akademik macam tangan menggapai awan, berlakon ikut skrip pun dah macam sinetron bajet rendah!!!

0 comments

UNISEL ADALAH TEMPAT TERBAIK UNTUK MEMBIAK DEMONSTRAN!!!


Ketika perang tarif air dan perampasan hak membekalkan air di seluruh Selangor dari SYABAS, UNISEL tiba-tiba sahaja menjadi sebutan apabila pentadbiran universiti tersebut menyatakan, mereka membenarkan pelajar-pelajar universiti swasta milik Kerajaan Negeri Selangor itu terlibat dalam demonstrasi atas alasan, membiakkan liberalisme dan keterbukaan demi mematangkan pelajar-pelajarnya.

Secara terbuka pada Disember 2010 itu, UNISEL cuba menggunapakai Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) yang tidak membenarkan para pelajar universiti terbabit dalam sebarang demonstrasi anjuran parti politik, tetapi dibenarkan menyertai demonstrasi yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat.

Memandangkan UPSI terletak di Perak dan Kerajaan Negerinya pula adalah UMNO-BN, maka demonstrasi yang dilakukan oleh Adam Adli serta gerombolannya tidak dibenarkan oleh Akta 555. Kecuali Kerajaan UMNO-BN di Perak yang menganjurkan demonstrasi tersebut, Adam Adli dan kawan-kawannya tidak ada pilihan kecuali memindahkan UPSI ke Selangor.

Dan sudah tentulah kerja tersebut adalah sesuatu yang mustahil kerana ini zaman umat Muhammad bukannya umat Sulaiman bin Daud.

Memandangkan juga majoriti yang ditangkap dan ditahan bukannya pelajar-pelajar UPSI sebaliknya hanya dua orang iaitu Adam Adli dan Lulu Yuna yang telah pun digantung pengajiannya kerana masalah disiplin, satu-satunya tempat untuk mereka mengembangkan budaya demonstrasi seperti yang dilakukan adalah dengan berpindah ke UNISEL.

Dengan prestasi yang ditunjukkan oleh UNISEL semakin menurun dari setahun ke setahun. Malah, UNISEL sedang mengalami masalah kewangan yang sangat teruk termasuk jumlah pelajar yang semakin mengecil.

Campurtangan secara langsung Kerajaan Pakatan Selangor dalam UNISEL telah ditegur oleh DYMM Sultan Selangor apabila Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali pada 14 Februari 2011 mengumumkan perlantikan Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor UNISEL menggantikan Rosmah Mansor yang menamatkan khidmatnya pada 5 Februari tahun yang sama.

Tindakan Halimah mengumumkan perlantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kkuasa Sultan Selangor dalam soal itu. Ini kerana, meskipun pemilihan Raja Arshad telah mendapat perkenan Sultan Selangor, pelantikannya harus dibuat oleh baginda berdasarkan perlembagaan UNISEL.

Ia perbuatan cuba membelakangkan baginda. Halimah tidak sepatutnya mengumumkan perkara itu terlebih dahulu kerana hanya Sultan Selangor sahaja yang berhak melantik Raja Arshad untuk mewakili baginda sebagai Canselor universiti milik kerajaan negeri itu.

Ini kerana berdasarkan perlembagaan UNISEL, Canselor UNISEL ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik sendiri oleh baginda, bukannya kerajaan negeri apatah lagi Halimah. 

Memandangkan UNISEL dilihat sentiasa berperangai MENJOLOK MATA sehinggakan kuasa Sultan selaku Canselor pun tidak dihormati, malah diberitahu bahawa pelajar-pelajar institusi pengajian tersebut dibenarkan berdemonstrasi maka, elok benarlah ADAM ADLI dan kawan-kawannya atau mana-mana budak lepasan SPM pangkat cikai yang terasa ingin nak jadi pelajar universiti memohon masuk UNISEL. 

Apatah lagi dengan keadaan UNISEL kekurangan pelajar serta terdesak dek kesempitan kewangan, kehadiran lebih ramai pelajar baru, mungkin akan menyelesaikan kedua-dua masalah berkenaan!

3 comments

ZAHID HAMIDI PAKAI ILMU PENGGERUN, TONY PUA TERKETAR-KETAR!!!


Cabaran Zahid Hamidi agar Tony Pua bersemuka dan membawa segala dokumen yang ada padanya untuk membuktikan berlakunya penyelewengan dalam pembelian kapal selam serta beberapa peralatan ketenteraan yang lain, membungkamkan mulut agen Singapura itu.

Walaupun Tony Pua dalam satu kenyataan menyatakan persetujuannya untuk bersemuka dengan Zahid Hamidi, namun kenyataannya itu tidak berkredibiliti memandangkan Tony Pua masih lagi bermain politik dan berusaha menekan Zahid Hamidi untuk mengakui bahawa Tony Pua dan Pakatan Rakyat adalah lebih SUPERIOR dalam usaha mendapatkan lebih banyak maklumat dan rahsia ketenteraan Malaysia yang boleh disiarkan kepada awam.

Secara jelas, Tony Pua memang ketakutan kerana dia tahu, dokumen-dokumen yang diakuinya itu sebenarnya hanyalah kertas-kertas kosong. Kalau ada pun butiran, hanyalah butiran yang diekstrak daripada Internet yang memberikan perincian secara rambang dan tidak menepati perincian sebenar aset ketenteraan Malaysia.

Atau barangkali Tony Pua sedang menunggu-nunggu arahan selanjutnya dari seberang tambak untuk dia bersemuka dengan Zahid Hamidi.

DAP terkantoi apabila selama ini mereka sibuk mencanangkan kononnya kedua-dua kapal selam TLDM tidak boleh menyelam sebaliknya hanyalah replika kapal selam yang dibeli dengan harga yang mahal. Guan Eng ketika selepas menyelam bersama-sama salah sebuah kapal selam Malaysia itu mengambil masa lebih tiga hari untuk mengeluarkan teori kononnya kapal selam yang dinaikinya itu bukanlah kapal selam Malaysia sebaliknya kapal selam yang memang didatangkan oleh pihak pengeluar untuk tujuan LIMA 2011.

''Saya ingatkan lagi. Tony, awak jangan kurang ajar. Kalau tidak berpuas hati dengan isu pertahanan negara, jangan hanya menggunakan media untuk menyokong awak sahaja.
''Awak jangan besar kepala dan mencabar di belakang tabir sahaja tetapi tidak berani ke depan," katanya.



0 comments

Sunday, January 1, 2012

PAS NAK SAMAN POLIS SEBAB ADAM ADLI TAK DIBELASAH SAMPAI MATI!!!

Sunday, January 1, 2012

Berlakon nazak sudah, berlakon cedera kononnya kena pelangkung dengan cota polis pun sudah, memutarbelit cerita kononnya polis yang buat serangan terhadap budak-budak universiti yang telah diasuh dan dihasut oleh PKR, namun bukti-bukti yang ditunjukkan terutama menerusi rakaman video secara jelas membuktikan bahawa budak-budak universiti yang tidak berminat dengan pelajaran tetapi lebih berminat dengan demonstrasi, memang wajar di KHAAAAKKKK TUIHHHH!!!

Sekarang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS mengancam untuk menyaman polis kerana telah melakukan 'kekasaran' terhadap pelajar-pelajar yang cuba meruntuhkan pintu pagar dan kemudian merempuh barisan anggota polis yang berkawan dengan tujuan untuk mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada anggota-anggota keselamatan itu. Kegagalan bahkan sebaliknya mereka pula yang ditangkap dan disumbat masuk ke dalam lokap, membuatkan JUHAM cuba mencari kaedah lain untuk meraih populariti iaitu menyaman pihak polis.

JUHAM menyeru semua pihak untuk tampil memberikan bukti yang dirasakan dapat dimanipulasi dan diputarbelit agar berpihak kepada budak-budak BEDEBAH itu, tetapi enggan menerima sebarang bukti yang menunjukkan BUDAK-BUDAK BEDEBAH yang diasuh dengan pemikiran MUNAFIQ dan ZINDIQ sememangnya merancang untuk melakukan kekacauan lebih besar.

Kalau benarlah JUHAM terdiri daripada peguam-peguam yang berkaliber, tentu sekali mereka tidak akan mempersoalkan layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu dengan BUDAK-BUDAK BEDEBAH SMM dan BEBAS.

Sebabnya mudah, BUDAK-BUDAK BEDEBAH SMM dan BEBAS mempamerkan karektor sebagai KAYU API NERAKA, manakala ASPIRASI pula akur dengan arahan pihak polis agar bersurai setelah diberikan ruang untuk bercakap dan menyampaikan memorandum.

BUDAK-BUDAK BEDEBAH SMM dan BEBAS pula sekalipun diberikan ruang untuk berucap dan menjalankan upacara mentalkinkan AUKU, mengambil sikap berbaring di atas jalan raya dengan tujuan menyebabkan keadaan menjadi HAVOC dan kesesakan lalu lintas yang teruk, sekaligus ingkar dengan semua arahan.

TAKKANLAH PEGUAM-PEGUAM PUN SEBANGANG ITU JUGA?!!!

Takkanlah semuanya mengikut ACUAN KEBANGANGAN ANWAR IBRAHIM yang tidak lulus dalam bidang akademik sebaliknya sangat mahir dalam menimbulkan huru-hara dan kerosakan awam?

Dalam hal ini, sewajarnya polis dan penduduk tempatan menyaman BUDAK-BUDAK BEDEBAH SMM dan BEBAS bersama-sama Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan JUHAM atau mana-mana badan yang cuba untuk terus melakukan hasutan dalam hal ini!!!

BACA DI SINI



0 comments

RAJA PETRA PULA 'DIUTUSKAN' UNTUK PAKU KOTE BENGKOK ANWAR IBRAHIM!!!


Barangkali Anwar Ibrahim terlupa bagi makan ANJING BELAANnya, Raja Petra Kamaruddin atau RPK atau barangkali juga ANJING BELAAN itu sudah bosan asyik makan benda yang sama, akhirnya ia menyalak lagi. Dan sama seperti sebelumnya, salakannya membuatkan KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim menjadi kecut!

Kata-kata RPK bahawa Anwar Ibrahim TIDAK BOLEH JADI PERDANA MENTERI DAN PENGAMAL HOMOSEKSUAL dalam masa yang sama, sebenarnya tidak ubah seperti memaku paku terakhir pada keranda Anwar Ibrahim yang sudah pasti akan dimasukkan ke liang lahad walau apa pun keputusan pada 9 Januari nanti.

Taktik liwat SUKA SAMA SUKA telah dipalukan oleh Anwar Ibrahim dan barisan peguambela mahalnya semenjak dari awal lagi. Sebahagian daripada penyokong Anwar melihat LIWAT SUKA SAMA SUKA sebagai bukan satu kesalahan, sebaliknya mempersoalkan mengapa hanya Anwar yang dihantar untuk dibicarakan dan tidak Saiful Bukhari Azlan, mangsa dalam kes berkenaan.

Persoalan jijik atau tidak PERKATAAN dan PERBUATAN LIWAT itu sendiri, ditenggelami oleh fantamorgana SUKA SAMA SUKA. Itu yang cuba dibangkitkan oleh pasukan Anwar Ibrahim semenjak dari mula lagi.

Sekarang, RPK sudah pun memberikan BUAH TERAKHIR menjelang 9 Januari 2012. Para pemimpin PKR pula sedang sibuk memikirkan apa alasan yang boleh diberikan untuk menangkis serangan terbaru RPK.

BACA DI SINI

0 comments

BUKTI BERVIDEO: PELAJAR SERANG PINTU CERMIN, BUKAN DIA DISERANG POLIS!!!


9 Januari nanti, Adam Adli mengaku dia akan dibicarakan... itu yang diberitahunya kepada kawan-kawannya yang lain. 9 Januari juga merupakan keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim. 9 Januari juga PKR dan AMK berusaha untuk mewujudkan huru-hara di Kuala Lumpur agar keputusan mahkamah berpihak kepada Anwar Ibrahim.

Polis telah memberikan ruang dan masa yang secukupnya untuk Adam Adli serta kawan-kawannya untuk berkumpul dan menyerahkan apa yang mereka ingin serahkan. Namun nampaknya bukan itu yang mereka hendak lakukan. Sebaliknya mereka ingin BUKA! BUKA!... BUKA PAGAR!

Pintu pagar UPSI digoyang. Kata-kata semangat oleh Adam Adli sebelum itu bahawa mereka pasti akan 'BERJAYA MENAWAN UPSI' cuba direalisasikan menerusi perobohan pintu pagar utama. Salah seorang daripada pelajar universiti (atau demonstran upahan) memanjat pintu pagar sebelum anggota-anggota polis mengambil lelaki berkenaan.

Tindakan polis mengambil demonstran pemanjat pagar, menyebabkan kawan-kawan Adam Adli mencipta polemik seterusnya. Beberapa orang daripada mereka merempuh pintu kaca sebuah klinik berhampiran sehingga pecah. Darah dan kecederaan yang ditunjukkan digunakan untuk spinning kononnya polis membelasah pelajar-pelajar universiti yang berdemonstrasi itu!

Nah, bukti video menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku!

Demonstrasi aman eh? Siapa yang mencetuskan rusuhan dengan perlanggaran undang-undang walaupun polis telah memberikan ruang 'untuk berkumpul dan menyerahkan apa yang sepatutnya'.


2 comments

NURUL IZZAH BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK DEMI ADAM ADLI!!!!


Macam yang diketahui, yang menanggung sakit dan masa hadapan yang malap adalah pelajar-pelajar universiti yang gila nak berdemonstrasi dan kemudian merempuh barisan FRU yang mengawal keadaan. Tetapi pemimpin-pemimpin PKR yang menjadi SYAITAN PENGHASUT akan lari terlebih dahulu. Sebabnya mudah, mereka tahu apa konsekuensnya.

Apa-apa sahaja berita kemalangan akibat REMPUHAN PELAJAR-PELAJAR tersebut akan diijadikan modal untuk meraih simpati sebanyak mungkin. Dan para pemimpin PKR tidak akan segan-silu berbohong serta memutarbelitkan cerita.

Yang merempuh adalah pelajar-pelajar bangang yang diketuai oleh ADAM ADLI, tetapi pemimpin-pemimpin PKR mengatakan dan menegaskan bahawa POLIS yang merempuh serta membalun pelajar-pelajar universiti bangang itu.

Pembohongan itu sangat jelas ditunjukkan oleh NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM, salah seorang pemimpin PKR yang amat mengharapkan sokongan para pelajar universiti untuk PAPA JAHATnya menghadapi 9 Januari nanti.

Nurul Izzah mengutuk polis kononnya polis bertindak kasar. Kononnya perhimpunan tersebut dibenarkan oleh undang-undang dan para pelajar universiti bangang itu perlu dibenarkan untuk membantah AUKU dengan duduk dan berbaring di jalan raya sambil mengganggu lalu lintas kerana jalanraya memang dibina sebagai medan demonstrasi. (BACA DI SINI)

Ia mengingatkan semula kita kepada kerja-kerja Tian Chua yang cuba mencetuskan rusuhan yang lebih besar dengan merempuh pihak polis menyebabkan polis bertindak balas. Kemudian, pada akhir cerita, Tian Chua cuba berbohong kononnya polis yang membuat rempuhan. Sedangkan bukti bervideo pula menunjukkan sebaliknya dengan Tian Chua memberi arahan kepada Melayu-Melayu yang ada bersama-samanya untuk merempuh.

Begitu juga dengan DRAMA KEMATIAN SURARDI di pekarangan Puduraya, cuba dijadikan sebagai modal meraih simpati. Kononnya SEBELUM SESAK NAFAS DAN NAZAK NAK MAMPUS, sempat lagi Suradi minta solat hajat, minta doa dan berucap dengan pembesar suara dipegang oleh seorang 'Cina'...

Malangnya, subuh tadi, tidak ada pelajar 'Cina' yang mahu berlakon bersama-sama Adam Adli dan kawan-kawan setaraf bangangnya!

Hakikatnya, para pelajar tersebut telah dipergunakan oleh PKR sebelum, semasa dan selepas demonstrasi dengan mereka sendiri tidak terlibat berurusan dengan pihak polis!!!

0 comments

DARIPADA NAZAK, ELOK PADAM JER TERUS... PADAN MUKA!!!


Belajar tak mahu, yang disibukkan adalah menimbulkan huru-hara semata-mata untuk menunjukkan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Bayangkanlah dari Jalan Pantai Baru boleh sampai ke Tanjung Malim semata-mata untuk menunjuk perasaan. Bila disuruh oleh polis agar bersurai secara aman, berkeras nak tunjuk lagak.

Akhirnya yang menyusahkan dan disusahkan adalah diri sendiri!

Itu nasib yang menimpa Pengerusi BEBAS, pelajar Universiti Malaya, Safwan Anang yang dikhabarkan sedang nazak dan makan ikut tiub kerana 'kekejaman' pihak polis!


Daripada nama-nama yang ditangkap serta melakukan demonstrasi, tidak seorang pun pelajar-pelajar terbabit terdiri daripada pelajar-pelajar bukan Melayu-Bumiputera. Sebaliknya yang terlibat adalah 100% pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera.

Blogger-blogger Pakatan sedang mencanangkan yang Safwan Anang sedang kritikal. Ada pula yang melaporkan, pelajar terbabit sedang nazak dah nak padam. Bagaimanapun, berdasarkan SKRIP SURADI, Safwan Anang dijangka akan 'mendapat mukjizat' dan hidup sihat menjelang pagi esok tanpa sebarang kecederaan yang ditunjukkan walaupun berita-berita yang dilaporkan ialah, dia kritikal dan nazak kerana dikerjakan oleh pihak polis.


17 orang diberkas dan dicampakkan masuk ke lokap. Jumlah yang hadir untuk tunjuk perasaan hanyalah tidak sampai 50 orang. Namun yang bersorak kegembiraan kerana 17 orang pelajar jahanam itu ditahan oleh polis, ratusan orang yang bukan sahaja bersorak, bahkan mencemuh pelajar-pelajar berdemonstrasi yang menjenamakan diri mereka sebagai mewakili Mahasiswa Malaysia dan RAKYAT MALAYSIA!

Kena belasah, kritikal dan nazak merupakan helah meraih simpati yang dilihat sekadar skrip lama BERSIH 2.0 yang sudah basi. Tiada simpati buat Safwan Anang dan Adam Adli, sebaliknya.... PADAN MUKA!!!

1 comments

AKHIRNYA KE LOKAP JUGA KAU, ADAM ADLI!!!


Nak berdemonstrasi sangat puak-puak nih!

Ambik kau... akhirnya terhumban ke dalam lokap!

Kalau berdemonstrasi untuk meningkatkan mutu pembelajaran masing-masing, atau nak naikkan CGPA, rasa-rasanya seluruh rakyat Malaysia akan menyokong Adam Adli dan kengkawan bangangnya. Ini tidak, mereka berdemonstrasi untuk menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, sesuatu yang sebenarnya langsung tidak ada kena-mengena dengan kehidupan dan tugas mereka selaku pelajar universiti.


Mungkin alasan yang diberikan boleh mewajarkan gelagat demonstrasi mereka, tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan cetek kerana motif sebenar adalah untuk membolehkan mereka meraih simpati dan sokongan daripada pelajar-pelajar universiti bagi tujuan 9 Januari nanti!

Demonstrasi di hadapan UPSI malam tadi, telah menyebabkan Adam Adli, Syukri Razab dan 15 orang yang lain, diberkas dan dihumbankan ke dalam lokap di Balai Polis Tanjung Malim.


Seelok-eloknya selepas ini, singkirkan mereka terus dari UPSI. Biar mereka sambung belajar di UNISEL pulak. Lagipun UNISEL memang menggalakkan dan melahirkan graduan-graduan demonstrasi yang bakal menggegarkan dunia. Jangan diberi peluang langsung kepada Adam Adli dan kawan-kawan jahanamnya daripada terus berada di universiti awam. Tempat mereka boleh diberikan kepada anak-anak Melayu-Bumiputera yang benar-benar ingin belajar dan meningkatkan taraf hidup.

Kalau tak salah, ada kursus yang khusus tentang demonstrasi yang diajar di UNISEL di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor!!!

13 comments

BERITA TAHUN BARU 2012, SELESEMA BURUNG KEMBALI SEMULA... JUGA BERMULANYA DARI CHINA!!!



Seorang lelaki berusia 39 tahun, mati akibat jangkitan virus SELESEMA BURUNG di Hong Kong!

Gelombang baru SELESEMA BURUNG yang telah merugikan dan membunuh ramai rakyat Malaysia, nampaknya kembali semula.

Maka, berhati-hatilah dengan PRODUK DARI CHINA serta mereka yang kerap melancong ke China dan Hong Kong kerana BESAR KEMUNGKINAN mereka adalah pemangsa-pemangsa yang akan membunuh lebih ramai rakyat Malaysia dengan SELESEMA BURUNG.

Dari Hong Kong dan dari China...

Anda ingat Robert Kuok dan Roti MASSIMO?



Sudah 20,000 ekor unggas dibunuh di China tetapi mengapa berita tentang hal ini, langsung tidak sampai ke Malaysia?

Siapa sebenarnya yang menahan berita SELESEMA BURUNG di China daripada sampai ke Malaysia?

0 comments

BUKTI BERVIDEO: INI BUKAN LIWAT ATAU ROGOL, CUMA 'KEJUTAN SEKS'!!!!


"Ingin saya tegaskan, pendakwaan ke atas saya hari ini adalah berniat jahat dan dirancang oleh Abdullah," ujar Anwar.
Penasihat PKR itu juga mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jikalau beliau dikatakan melakukan seks luar tabie bersama-sama bekas pembantu peribadinya, kerana ia adalah SUKA SAMA SUKA.
"Jika SUKA SAMA SUKA, mengapa saya seorang sahaja yang dipanggil ke mahkamah? Kenapa tak dipanggil kedua-duanya?"

0 comments

Saturday, December 31, 2011

VANDETTA DI DATARAN MERDEKA, ANWAR JUMPA BOMOH SIAM DI PHUKET!!!

Saturday, December 31, 2011

Ini maklumat yang baru diterima!

Anwar Ibrahim sekeluarga khabarnya berada di Phuket sekarang ini. Alasannya sudah tentulah bercuti. Dan Anwar Ibrahim dijangka pulang pada 2 Januari 2012.

Bagaimanapun, maklumat yang satu lagi menyatakan, Anwar Ibrahim sekeluarga sedang menghadap seorang BOMOH SIAM yang diketahui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Ketua Umum PKR itu dan keluarganya.

Khabar-khabar angin tentang Anwar dan KAUM BOMOH sebenarnya sudah menjadi OPEN SECRET. Salah seorang bomoh yang kerap menemani Anwar ialah seorang lelaki Punjabi yang pasti akan berada di kerusi paling hadapan setiap kali Anwar berada di mahkamah.

Kalau benarlah khabar-khabar angin yang sedang berkeliaran dengan bebas, maka semakin jelaslah menunjukkan Anwar Ibrahim dan kaum kerabatnya juga semakin yakin, bahawa KAUM BOMOH adalah manusia yang sangat SUPER yang boleh membantu Anwar Ibrahim lepas bebas daripada hukuman mahkamah kerana kesalahan meliwat!!!

Sesudah diberikan gelaran ANUGERAH TUHAN, Imam Mahdi yang diiktiraf oleh Badrul Amin nampaknya semakin hebat dengan cerita-cerita yang tidak kurang sensasinya terutama sekali yang membabitkan BOMOH!!!

0 comments

ADAM ADLI BERLAGAK HEBAT, LAMBANG KEGAGALAN PENDIDIKAN TINGGI!!!


Adam Adli marah sebab ibu bapanya kena ugut. Katanya, tindakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Reezal Marican bertemu dengan ibu bapanya adalah untuk mengugut demi memperbaiki imej UMNO yang teruk tercalar dan dipersoalkan oleh kebanyakan rakyat kebelakangan ini.

Pandai pulak budak Adam Adli buat cerita. Sesiapa sahaja yang berjumpa mak bapa dia, akan dianggap berjumpa untuk mengugut!

Dia tak buat salah, katanya... tapi daripada tindakan dan gelagarnya sendiri, Adam Adli sebenarnya sedang ketakutan kerana perbuatannya sendiri. Di sebalik keyakinannya yang dia tidak melakuan kesalahan kerana menurunkan bendera yang ada muka Najib Abdul Razak, dia sendiri melihat semua benda sebagai hantu yang sedang berusaha mencekik batang lehernya.

Pada masa yang sama, dia mengaku yang dia adalah seorang MAHASISWA. Adam Adli yang merupakan hanya salah seorang daripada pelajar-pelajar universiti yang mempunyai masa hadapan yang sangat malap, kecuali kalau dia terjun dalam bidang politik dan menyertai politik PKR serta DAP, cuba menyeret pelajar-pelajar universiti lain agar BERMASA HADAPAN MALAP sepertinya.

Tidak dinafikan, mana-mana kerajaan di muka bumi ini, kecuali Kerajaan Negeri PAS, Kerajaan Negeri PKR dan Kerajaan Negeri DAP, mahu menyediakan generasi muda agar mempunyai modal insan yang terbaik iaitu ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kepakaran dalam disiplin-disiplin tertentu. Namun Adam Adli juga merupakan contoh terbaik bagaimana usaha yang mulia tidak semestinya akan menghasilkan manusia berilmu yang baik.

Sebaliknya gelaran manusia berilmu digunakan untuk memperlekehkan dan memperlecehkan sistem yang akan menyediakan serta menjadikan dia sebagai seorang yang terlatih pada masa hadapan. Takjub dengan diri sendiri kononnya sudah MAHASISWA dan orang lain serba bodoh belaka, menjadikan Adam Adli sebagai seorang yang sangat ANGKUH dan tidak akan ke mana-mana pada masa hadapannya, kecuali terus-terusan menjadi penentang dan hidup dengan pelbagai isu yang boleh menyeret namanya sama ada ke arah positif mahupun negatif.

Lambang kegagalan anak muda bernama Adam Adli sudah terpapar pada sikap angkuhnya yang berasa sangat kuat kerana sokongan daripada masyarakat Pakatan Rakyat!!!

BACA DI SINI

3 comments

Blog Archive

Labels