HUDUD dan perlaksanaannya…
HUDUD jika tak dipolitikkan pasti telah ada kemajuan dalam perlaksanaannya spt prbankan Islam, pendidikan Islam, ekonomi Islam dll..
Perbankan Islam, pendidikan, ekonomi orang2 Islam yg telah dibangunkan dan diusahakan tapi masih lagi ditahap pembangunan dan lum mencapai tahap matangnya lagi, tapi telah tampak akan buah2 dan hasil2nya..Mereka yg berusaha atas perkara ni dan masih aktif berusaha..semoga Allah swt limpahkan kurniaNya dan menerima usaha dan pengorbanan mereka. Malah dalam perlaksanaan hukum syariah, telah mula ada mahkamah syariah..walaupun masih terhad dan meluas, tapi nampak usaha keatasnya telah dilakukan.
HUDUD, olehkerana ianya telah dipolitikkan..maka sebarang kata2, fikir dan pandangan akan dianggap sebagai pro-UMNO atau pro- PAS…
Dizaman Nabi saw yakni pada peringkat awal Islam, perintah2 dan hukum hakam Islam telah diturunkan berperingkat ikut kemampuan dan kesediaan ummat ketika itu.
Pada peringkat, perintah yg pertama ialah seruan pada kalimah, seruan pada IMAN..setelah sampai satu tahap..maka turun pula perintah Sembahyang 5 waktu..perintah ni tidaklah membatalkan perintah yg awal malah menguatkan lagi usaha atas perintah yg pertama..seterusnya posa, zakat, dan haji dan seterusnya sehingga datang ayat AQ tentang agama ni telah disempurnakan..
Ummat ketika tu dididik dari meniarap, merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya mampu berdiri..sehingga mampu brdikari…
Allah swt telah tunjukkan tertibNya dalam menerapkan kesempurnaan agama dan untuk diteladani sehingga kiamat.
Gitu juga, pada anak2 yg dilahirkan dalam Islam..anak2 ni ditertibkan utk diajor semayang ketika umur 7 tahun dan dirotani pada umur 10 tahun jika enggan..Tetapi kita selalu terlepas pandang ialah seruan pada IMAN dari sejak baby sehingga umurnya 7 tahun..dan seterusnya sehingga ia dewasa dan seterusnya… seruan atas iman tidak dibuat pada peringkat awal dan berterusan..usaha mendidik semayang pada umur 7 tahun akan hadapi masalah..seterusnya menangani ketika umurnya 10 tahun juga akan hadapi masalah.
Walaupun Islam telah sempurna..penerapan agama tetap ada peringkat2nya…ni adalah tertib.Begitu juga dalam pengajian; pengajian ilmu feqah, tasauf dll ..semua ada alif ba ta nya..tak der “short-cut”…
Tetapi..kerana politik..survival parti politik..maka Islam dipermain2kan..oleh ahli2 agama sendiri.
Ngan alasan ISLAM telah sempurna..maka mesti amalkan 100%, sebarang alasan bermakna telah suku suku kan agama..ambik suku dan buang suku..yg mana telah dihukum KAPIR!!!!! Mmmm Mudah bebenor…………
mereka tidak melihat keadaan ummat, tahap iman ummat, kesusahan ummat, penderitaan ummat..mereka hanya pentingkan parti mereka, survival parti mereka..jawatan dalam parti mereka…Jika ada dikalangan brcakap sesuatu yg bercanggah dalam agama..JELAS SEJELASNYA..tetap mereka nak pertahankan..brmacam2 alasan diberikan..ALASAN yg terbaik, didakwanya menentang ulamak, menentang Islam..isu yg dipersoalkan tidak dijawab ngan baik.
Ummat hari ni ..umpama org dewasa yang uzur dan tenat..Ummat hari ni hampir2 ibarat ummat diawal Islam..Cuma dulu ibarat bayi, sekarang ni ibarat org dewasa yg uzur dan tenat.
Orang dewasa yg uzur dan tenat..tak leh dipaksa makan, berjalan dan berlari..mereka hanya terbaring dan terpaksa disuap..Nak jaga orang dewasa yg uzur dan tenat lagi seksa dan mencabar dari menjaga seorang bayi..
SEORANG IBU LEH JAGA RAMAI BAYI/ANAK…TAPI SEORANG IBU YG UZUR DAN TENAT, 10 ANAK LUM TENTU MAMPU JAGA. Silap hari bulan antor je kehospital atau rumah org2 tua..
Oleh itu dalam hasrat melihat kesempurnaan agama kembali dilandasannya..ahli2 agama kena imbas kembali usaha2, pengorbanan2, sifat2 perjuangan diwaktu awalnya agama..Tertib dari GURU BESAR yakni nabi saw dan anak2 muridnya yg terbaik spt Abu Bakar ra..dsb..perlulah diikuti..
Bukannya pengorbanan ngan tambahkan isteri muda, besarkan keta, pakai dan bergaya ngan baju baru ..dan tundukkan kepala utk disekeh2 oleh orang kapir. Disekeh bukan kerana agama tapi demi angan2 nak duduk kat PUTRAJAYA, angan2 nak duduk kerusi empuk..angan2 nak potong riben perasmian majlis2..angan2 nak jalan atas karpet merah..angan2 nak ada eskot polis..angan2 leh selalu masuk TV3 (walaupun sekarang ni benci bebenor)
Ummat semakin uzur, semakin keliru, dibiarkan keliru ..angguk2 je pada mereka, cukup. Ummat dibiorkan dihimpit ngan berbagai2 masalah, ngan kaborkan pada ummat bahwa punca masalah mereka ialah UMNO tanpa buat apa2 utk selesaikan masalah. Malah banjir dikawasan mereka pun adalah salah UMNO..
APAKAH BENAR2 SERIUS dalam nak melaksanakan HUDUD..atau sengaja biorkan ianya menjadi isu ?
TAK MUNGKIN, PAS yg ada ramai ulamak dan tok guru dalamnya tak mampu laksanakan HUDUD…ianya adalah strategi politik..umpan politik..kalau dilaksanakan di Penang, Kedah, Kelantan, Selangor..tak der le lagi isu nak dipolitikkan di empat2 negeri, dan sudah pasti isu2 pembangunan dll selain HUDUD akan jadi isu.. yg mana PAS tak berapa cerdek nak brceramah dan nak buat…pasal semua tu kena keja ma !!
Gagal mentadbir dan memakmurkan negeri2 ni, mereka akan tumbang juga..walaupun HUDUD dah dilaksanakan..jika mereka tumbang, ISU apa yg nak mereka bawa lagi??? selain HUDUD? TAKKAN nak kapirkan orang pasal ekonomi bertambah baik? Takkan nak munafikkan orang kerana rakyat dapat bekalan air bersih?
SO jgn laksanakan HUDUD...kalau menang dan nak kekal merintah, isu HUDUD leh dipermainkan, org2 Melayu leh ditakut2kan ngan neraka, ngan tuduhan KAPIR dan MUNAFIK jika tak kekalkan PAS merintah..atau tak menyokong PAS. Dan kalau KALAH pun, isu2 ni leh terus dipermain2kan..ramai org2 Melayu takut dilaknati oleh tok guru dan ulamak, takut disumpah kapir, munafik dll..susah nak masuk syurga nanti kalau tak dapat rekomen org2 alim, katakan..
.....benarlah kata2..golongan yg paling jahat dalam dunia ialah ulamak yg gunakan agama utk keuntungan dunia.......bukan saja dirinya rosak malah ribuan dan jutaan leh rosak!! Bukan rosak kerana dadah, judi, arak, dsb tapi rosak akan agamanya.
-aa