
Tidak ada alasan untuk mempertahankan sebarang tingkah laku salah guna kuasa dan rasuah jika ia terbukti benar dan diuji oleh kebenaran maksima Mahkamah. Sama ada ia Ketua UMNO Bahagian, bekas Menteri Besar hatta Menteri pun harus berhadapan dengan undang-undang negara.
Namun dalam penghakiman Khir Toyo pagi tadi, saya dapati penghakiman oleh Datuk Wira Mokhtarudin sangat melucukan dan bakal menjadi bahan lawak jenaka dalam fraterniety guaman negara.Bagi mereka yang membenci Dr. Khir atau UMNO, hukuman tersebut adalah adil dan Dr. Khir layak mendapatkannya. Itu soal lain. Jika Dr. Khir benar-benar rasuah sekalipun sudah tentu kita mahukan beliau dijatuhkan hukuman atas sebab yang betul dan alasan yang diterima akal.
Malangnya apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan bahawa penghakiman dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak memenuhi ujian-ujian penting dalam menjatuhkan hukuman. Saya menulis dalam ulasan sebelum ini bahawa untuk membuktikan sama ada Khir Toyo bersalah atau tidak dalam mendapatkan satu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi ialah bergantung kepada jawapan kepada soalan-soalan berikut:
1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.
2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.
3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.
4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.
5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.
6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.
Hujahan ini sangat luar biasa kerana Pendakwaraya tidak pernah memanggil saksi mereka Datuk Sumardi untuk memberi keterangan mengenai situasi tersebut. Namun Hakim memilih untuk mempercayai kenyataan SP2 yang dinafikan oleh tertuduh.
Malahan Mokhtaruddin juga berhujah bahawa pengakuan SP2 dan Dr. Khir bahawa SP2 ada menawarkan hartanah tersebut dengan harga RM 5 juta merupakan bukti yang mencukupi untuk menunjukkan Dr. Khir mendapatkan barangan dengan balasan yang kurang daripada nilai sebenar. Ini bermakna menurut tafsiran Hakim, harga yang ditawarkan oleh SP2 menjadi “benchmark” balasan tidak mencukupi seperti dalam pertuduhan.
Hakim tidak langsung mengulas mengapa beliau menolak atau tidak menerima nilai pasaran oleh penilai profesional seperti Rahim and Co dan Irhamy and Co sebagai benchmark untuk menentukan balasan tersebut mencukupi atau tidak. Hakim juga tidak langsung mengambil hirau penilaian oleh Jabatan Penilai Hartanah dan lain-lain penilai.
BACA SETERUSNYA DI MYKMU.COM















