MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Monday, January 30, 2012

ARTIS MELAYU JELITA INI BERSEDUDUKAN DENGAN KEKASIHNYA?!!!

SELEPAS dilemparkan dengan tuduhan enggan membayar hutang baru-baru ini, penyanyi Arrora Salwa sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi terbaru yang mendakwa dia bersekedudukan dengan kekasihnya pula.

Arrora atau nama sebenarnya Salwa Md. Razak, 27, berkata tuduhan yang mendakwa dia tinggal serumah dengan kekasihnya yang juga bekas anggota kumpulan Max:247 iaitu Mohd Fairuz Shaari (Alloi) adalah satu lagi fitnah yang cuba disebarkan oleh bekas pembantu peribadinya untuk mencalar reputasinya.

“Dakwaan ini (bersekududukan) adalah satu lagi fitnah yang melampau. Selepas nama saya diburukkan dengan cerita kononnya enggan membayar hutang, kali ini bekas pembantu peribadi saya menuduh saya tinggal serumah dengan kekasih pula?

“Saya dan kekasih ada berbincang tentang cerita ini tetapi kami lebih senang mengambil pendekatan untuk bersikap tenang kerana ia tidak berasas sama sekali,” katanya.

Arrora berkata, dia mengakui kerap berkunjung ke rumah kekasihnya namun mereka tidak pernah berdua-duaan kerana lelaki itu tinggal bersama keluarganya.

“Tuduhan itu tidak ada berasas kerana kami tidak tinggal serumah seperti ynag didakwa. Kalau hendak tahu, Alloi tinggal bersama orang tuanya dan hubungan saya dan ibu bapanya memang akrab.

“Malah, saya akui kerap berkunjung ke rumahnya atau tidur di sana atas pelawaan ibu Alloi,” katanya yang enggan ambil peduli dengan dakwaan liar tersebut.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Ahmad itu menolak dakwaan yang mengatakan dia enggan membayar hutang sejumlah RM1,400 yang dipinjamnya sehingga diburu oleh seseorang.

Sebaliknya, Arrora berkata wangtersebut telah dipinjam oleh bekas pembantu peribadi yang tidak lagi tidak lagi bekerja dengannya.

-mStar Online

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template