Presiden PAS telah membayangkan yang dia mungkin tidak akan bertanding dalam PRU akan datang tetapi berbahasa dengan alasan kalau parti menetapkan dia perlu bertanding, maka dia akan menurut.
Dan sudah tentulah alasan yang diberikan adalah, dia sudah terlalu lama berada dalam arus politik, malah telah berada dalam saf kepimpinan PAS semenjak dia berusia awal 30-an.
Yang paling kuat melompat kalau Hadi Awang tidak bertanding sudah tentulah puak Anwarinas dalam PAS yang mahu menukarkan parti itu menjadi sayap agama DAP yang bukan sahaja menyembah DAP dan Kit Siang tetapi yang paling penting sentiasa menjadi tulang belakang Anwar Ibrahim.
Walaupun usia dan peluang kepada pemimpin muda dijadikan sebagai alasan, namun perkembangan mutakhir menyaksikan Hadi Awang kehilangan teras dan tulang belakang peribadinya dalam parti selepas Anwarinas melancarkan gerakan menghapuskan PARASIT dalam parti tersebut.
Dengan kepincangan Majlis Syura dan Dewan Ulama, Hadi Awang sebenarnya semakin bersendirian dalam parti berkenaan. Penguasaan puak Anwarinas pula semakin ketara terutama selepas kemenangan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS.
Seandainya benar Hadi Awang menetapkan yang dia tidak akan bertanding lagi dalam PRU akan datang, pihak yang paling terjejas sudah tentulah Anwar dan DAP. Kekuatan PAS sekarang ini masih lagi begantung kepada Hadi Awang dengan jenama ULAMA dan tanpa Hadi, label ULAMA hanya akan tinggal sebagai berhala usang semata-mata.
Anda fikir Hadi akan 'besara'? Kalau itulah yang anda fikirkan, dan bergembira, anda tersilap kerana kenyataan tersebut tidak lebih daripada menagih simpati semata-mata!!!




1 comments:
cakap2 politik..nak bersara sekarang pun boleh.
Post a Comment