
Azmin Aku mengulangi taktik lapok nak buat pendedahan tentang penyelewengan sesiapa sahaja yang mengutuk atau mengeji Anwar Ibrahim. Kali ini, yang menjadi mangsa untuk didedahkan 'penyelewengan' adalah Hasan Ali. Kata Azmin Ali, Hasan Ali patut tutup mulut. Kalau Hasan Ali tak tutup mulut, kalau tidak dia akan buat pendedahan tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Hasan Ali sewaktu Hasan Ali menjadi Exco Selangor.
Hasan Ali bagaimanapun dengan beraninya mencabar Azmin untuk melaporkan 'penyelewengan'nya itu kepada SPRM dan polis sekiranya benar Azmin Ali mempunyai bukti seperti yang diperkatakannya. Sebaliknya Hasan Ali juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh yang diperolehinya daripada pemberi maklumat serta sumber-sumber yang lain.
Taktik dedah mendedah ini sebenarnya adalah taktik paling lapok dan paling menggelikan hati. Tentu sebahagian besar daripada kita masih lagi ingat dengan BUKTI BERKOTAK-KOTAK dan BUKTI BERLORI-LORI yang sangat popular di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan sampai sekarang jangankan berkotak-kotak atau berlori-lori, satu keping surat bukti pun belum keluar lagi dari tahun 1998 sehinggalah 2012.
Jadi kalau Hasan Ali kata dia nak dedah selepas Azmin nak dedah, maka faham-fahamkanlah cerita kelakar ini akan berlegar sampai ke mana. Apatah lagi kalau yang nak dedah ni Azmin yang menggantikan Ezam Mohd Nor.




0 comments:
Post a Comment