MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Friday, January 27, 2012

KHALID SAMAD ADALAH IBN SABA' MODEN DI TANAH MELAYU!!!!


Abdullah bin Saba' merupakan figur yang paling menjengkelkan. Malah kaum dan Imam-Imam Syiah sentiasa cuba mencari jalan bagaimana hendak menolak atau menafikan kewujudan Abdullah bin Saba' kerana figur yang hidup pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a ini merupakan pendiri agama Syiah yang 'mencuri' idea dan konsep tajalli Dzat Allah seperti yang diterima pakai oleh Kristian Saul.

Paling terkenal dan paling dilekatkan pada identiti Abdullah bin Saba' adalah MUNAFIQ yang kerjanya adalah mengucar-ngacirkan umat dalam segala segi termasuklah akidah dan siyasah. Dalam beberapa riwayat, dikatakan Abdullah bin Saba' telah dihukum bunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Manakala dalam riwayat yang lain, dia dikatakan telah dihalau ke Madain dan diperangi oleh khalifah-khalifah seterusnya.

Di Malaysia, kalau nak tengok identiti Abdullah Saba' yang paling dekat, bolehlah diperhatikan kepada Khalid Samad. Khalid Samad jelas cuba mendewa-dewakan CheguBard dan HINDRAF. Permusuhannya terhadap UMNO menjadikan lidah Khalid Samad amat mudah memutarbelitkan cerita sebenar.

Khalid Samad menasihati orang ramai agar menolak taktik politik samseng 'seperti yang diamalkan oleh UMNO'. Walhal yang samseng dalam kes di Kampung Jalan Kebun adalah CheguBard dan HINDRAF. Mengganggu orang kampung yang sedang ke masjid untuk berjamaah solat maghrib dan kemudian membuat bising mengacau tumpuan ibadat penduduk kampung, memang jelas merupakan perkara BUGHAH yang boleh dijatuhi hukuman pancung sampai mati.

Tetapi yang pastinya, Khalid Samad membela perbuatan CheguBard dan HINDRAF. Sebaliknya dia menyalahkan UMNO pula walaupun UMNO tidak terlibat langsung. Alasannya adalah, beberapa orang penduduk kampung yang datang mengepung dewan berkenaan memakai baju UMNO. Anehnya, tidak pula Khalid Samad menyalahkan syarikat-syarikat yang jenama mereka ada pada setiap pakaian yang tersarung ke badan pengepung-pengepung dewan tersebut. Barangkali kerana mereka bukan UMNO, maka syarikat-syarikat berkenaan AMAT MUSTAHIL terlibat sekali.

Pandai pulak Khalid Samad cuba menyalahkan UMNO kerana penglibatan golongan remaja yang menentang PKR dan Pakatan Rakyat. Kalau menyokong PKR, PAS dan terutama sekali DAP, lain pula cara cakapnya.

Macam tu ler perangai Ibn Saba'. Dia menjadikan Ali r.a sebagai Nabi, kemudian mengangkat Ali r.a sebagai Allah Taala dan akhir sekali menjadikan seluruh keluarga Ali r.a sebagai tajalli Allah Taala. Dan sebelum sampai ke peringkat itu, Ibn Saba' bermula dengan politik... Langkah yang dituruti dan dijejaki seratus peratus oleh Khalid Samad!!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template