
Sembang2 kosong...
Baru2 ni ada orang kabor..dia duduk sembang2 ngan seorang yg berjawatan jugak. Citer itu dan ini..terciter ler pasal jemaah tabligh. Antara yg diutarakannya ialah bagaimana jemaah leh kumpulkan duit dan duit tersebut leh digunakan utk peningkatan ekonomi org2 Islam...member ni terkedu gak..
Kisah ni dah banyak kali kedengaran..kisah pemilikan bangunan2 di KL, kilang2 besar, dsb..rumah2 mewah ..dll.Hampir kesemuanya adalah milik bukan Melayu. Mana pi orang2 Melayu???
mmm..aku pun terfikir..bahwa kumpulkan duit orang2 Melayu rasanya dah berjaya dikumpulkan..ada kabor dah sampai trillion..PNB, Tabung Haji, Pusat zakat.. Felda sendiri jika difikir2kan juga merupakan pengumpulan hasil titik peluh keringat peneroka2 gak..
Soalnya sejauh mana kemunafaat semua institusi ni keatas orang2 Melayu secara amnya? Atau sejauh mana munafaat entiti2 ni telah dimunafaatkan oleh orang2 Melayu?? Kita dah ada macam2..macam2..tapi sejauh mana keberkesanannya dalam membangunkan ekonomi orang2 Melayu secara umumnya..
Aku percaya telah ramai korporat2 dan jutawan2 Melayu telah dilahirkan dari entiti2/institusi2 ini..cuma masihkah ianya masih berterusan melahirkan jutawan? Apakah2 jutawan2 yg telah dilahirkan berusaha menjadi rakan2 dan orang2 lain dari bangsa Melayu juga sebagai jutawan?
Masalah terbesar..bila duduk atas kerusi yg empuk dan melihat nombor2 atas kertas sehingga tak cukup jari nak kira digit2 nombor2 trsebut mata terus berpinar2..duit yg dikumpulkan bukan miliknya..tapi perasan seolah2 miliknya. Sangat susah nak dibelanjakan utk orang2 Melayu dan bukan tu saja malah utk kakitangannya. Rasa kononnya bertanggungjawab..Bangga kononnya entiti/institusinya mempunyai wang yg sangat banyak!!
(he he aku pun mungkin berperangai cam tu gak jika duduk dikerusi yg sama)
Pada pandangan aku..Institusi ini leh beli condo2, rumah2 banglo dan rumah2 mewah dan dijual pada orang2 Melayu ngan tanpa keuntungan atau interest cuma kena bayar duit2 proses saja. Gitu juga rumah2 sederhana dibandar2 besar..pemilikan rumah2 sederhana dan mewah dipusat2 bandar dijadikan rumah mampu milik.
Bangunan2 tertentu dibeli dan disewa utk pejabat2 syarikat2 melayu ngan harga yg murah yakni semata2 utk kos pengurusan bangunan sahaja.
Tanah2 premium dipusat2 bandar dibeli dan dijadikan kawasan komersial atau perumahan yg mampu milik.
Walaupun dijual pada harga yg murah..disewa below market price ..institusi2 atau agent ni tak perlu risau kerana asset2 ni masih ada value jika trdesak!!!
Institusi zakat perlu tetapkan KPI percubaan mengeluarkan golongan2 miskin ketahap golongan menengah..sekurang2nya 1,000 - 3,000 orang atau 2,000 keluarga..
Keluarkan dari garis kemiskinan!!
Pusat Zakat juga perlu maklum..kerana bilangan golongan sederhana, golongan elit yg terguling masuk kedalam golongan dibawah paras kemiskinan. Golongan2 ni kekadang masih nampak bergaya dan mewah, pada hal hakikatnya adalah golongan miskin. Ada juga langsung abis segala harta dan tul2 jatuh terjepuk. Mereka ni juga perlu dibantu sehingga kembali kukuh pada kaki2 mereka..
Hanya Islam je dalam dunia ni yg ada pengutipan dan pengumpulan zakat dan diabiskan pada 8 asnaf..Jika pusat zakat benar2 dibelanjakan sesempurna pasti bila kita tutup mata tak de ler risau bagiamana kehidupan anak2 isteri yg kita tinggalkan.Allah swt pelihara mereka melalui perantaraan perintah berzakat! Janji2 Allah swt bahwa suburnya harta melalui zakat tak menjadi jika kutipan zakat tidak diabiskan pada sekelian 8 asnaf tanpa banyak songel, jumpa je terus bagi..walk in je, terus bagi!!Jgn kira apa..jika mereka berbohong, jgn risau Allah swt ada.
Allah swt dah janjikan akan suburkan harta2 orang Islam melalui zakat pasti Dia akan tunaikan..abiskan lah duit zakat, tiap2 hujung tahun..pusat zakat istihar baki simpanan pada ujung tahun ialah "0". Bior2 orang2 Islam yg dibawah tahap kemiskinan berbangga jadi Islam kerana Allah swt tidak melupakan mereka.
Institusi2, Agensi2 yg pada mereka telah dilonggokkan duit2 orang Melayu..ayuh majukan orang2 Melayu. Bior sampai agensi2/institusi2 ni sampai pecah tabung dan hanya jumpa 10 sen 20 sen je baki yg ada!!
JGn kemut sangat..tak bertambah duit trsebut kerana asyik dikemut!!
-aa




0 comments:
Post a Comment