IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, January 23, 2012

MANA HILANGNYA AMRAN KASIMIN?

Monday, January 23, 2012

Ketika UMNO-BN kalah mengejut di Selangor pada PRU12 lalu adalah disebabkan kesilapan membuat percaturan dan terlalu banyak unsur campurtangan melibatkan 'kawan-kawan', kroni dan geng sendiri. Akhirnya berlakulah sepertimana keputusan yang dapat dilihat pada PRU12.

Salah satu nama yang tercicir pada PRU12 sekalipun menang bergaya di kawasan serta kubu musuh pada PRU11 adalah nama Amran Kasimin. Amran Kasimin merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seringkali dikaitkan dengan Dr. Harun Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS terutama apabila kedua-duanya bergabung membentuk Darul Syifa di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi sebagai Pusat Rawatan Alternatif yang menggunakan kaedah pengubatan spiritual Islamik.

Amran Kasimin merupakan contoh terbaik bagaimana keputusan pihak tertentu yang campurtangan dan cuba menunjuk pandai, akhirnya menyebabkan Bangi jatuh ke tangan lawan. Terlalu yakin akan menang, menyebabkan Amran Kasimin dipinggirkan dan diletakkan seorang calon yang hanya bertaraf SPM di situ untuk memenangi hati pengundi-pengundi yang rata-ratanya terdiri daripada golongan pertengahan.

Bandar Baru Bangi merupakan kawasan yang menjadi penempatan sebahagian besar kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa pusat pengajian tinggi swasta yang lain.

Kemenangan Amran Kasimin pada 2004 ada hubungkait hubungannya dengan Dr. Harun Din. Teruja dengan perasan sombong dan bongkak, keputusan yang dibuat dengan meminggirkan Amran Kasimin, menyaksikan Dr. Shafie Abu Bakar bekas rakan sekerja Amran Kasimin berjaya merampas kawasan berkenaan.

Itu merupakan salah satu contoh bagaimana UMNO telah melakukan kesilapan besar di Selangor pada tahun 2008. Faktor calon merupakan perkara terpenting tetapi diketepikan dan dikesampingkan kerana pengaruh-pengaruh luaran yang mahu mengukuhkan kedudukan mereka dalam UMNO tanpa menghiraukan peluang UMNO-BN sendiri untuk menang dalam PRU.

Berdasarkan kepada sembang-sembang ketika hampir PRU ini, nama seperti Dr. Amran Kasimin kembali disebut-sebut dan diulang-ulang terutama sekali di kawasan yang latar belakang pengundinya adalah yang berkaitan dengan akademik.

Dan yang menariknya, ada juga pihak yang dengan sengaja cuba mencipta kelulusan mereka sendiri walaupun latarbelakang akademik mereka telah pun diketahui umum, semata-mata untuk menunjukkan mereka adalah dari kalangan manusia yang berpendidikan!

0 comments:

Blog Archive

Labels