Anwar Ibrahim memberikan ikrarnya bahawa jikalau Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, Pakatan akan membantu mempertahankan kewujudan Israel. Sekaligus dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar akan memimpin Malaysia menjadi sebahagian daripada pecacai Israel dan Zionis dunia boleh berbuat sekehendak hati mereka di negara ini.
Itu yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim. Dan ikrarnya itu pula dipetik oleh Wall Street Journal, medium yang paling disukai dan dipercayai oleh Anwar Ibrahim semenjak dari zaman dahulu lagi.
Sehari dua ini Anwar pasti akan diserang kerana janjinya itu. Anwar pula pasti akan tesenyum kerana sekali lagi dia berjaya mencuri tumpuan dan membuatkan orang ramai di Malaysia terus memperkatakan tentang dirinya. Peduli apa sama kebencian sebahagian orang Islam di Malaysia terhadap kenyataan tersebut. Yang paling penting, Anwar bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan, sebaliknya kerana berjaya sekali lagi mencetuskan buah baru untuk Pakatan Rakyat menghentam UMNO dan Barisan Nasional.
Negara Zionis Israel adalah negara haram yang diwujudkan oleh Britain dan negara-negara Eropah yang enggan menerima Yahudi Zionis sebagai sebahagian daripada struktur masyarakat mereka. Negara haram Zionis Israel yang sepatutnya diwujudkan di Argentina kemudiannya dipindahkan ke Palestin kerana hanya kaum Arab sahaja yang boleh melayani Yahudi Zionis.
Tidak ada negara yang sanggup bersahabat dengan Israel dari kalangan negara Islam kecuali pemimpin negara Islam itu telah dipegang telurnya oleh Amerika Syarikat. Dan walaupun pemimpin UMNO-BN dikatakan telur mereka dipegang oleh Amerika Syarikat tetapi setakat hari ini, tidak ada seorang pyn dari kalangan mereka yang berani menyatakan kesanggupan untuk menjaga kewujudan dan keselamatan negara Zionis Israel.
Yang berani berbuat begitu hanyalah mereka yang sangat yakin bahawa Israel dan bapa angkat musuh Allah Taala sudah memberikan keyakinan kepada mereka akan bantuan dalam segala segi. Tanpa sokongan sebegitu amat mustahil makhluk yang mengakui mereka adalah beragama Islam akan bermulut lancang sebegitu rupa.




0 comments:
Post a Comment