
SEHINGGA hari ini Pas dan Pakatan masih gagal melekatkan imej buruk pada insan yang bernama YB Datuk Dr Hasan Ali.Pelbagai usaha dan label buruk telah dan sedang cuba dilekatkan pada batang tubuh Hasan Ali, tapi hingga kini Pas dan rakan pakatannya masih belum menemui racun perosak terbaik yang boleh membunuh keyakinan penyokong Pas dan pakatan terhadap insan ini.
Nak label Hasan Ali mengkhianati perjuangan Pas, tak boleh kerana Pas sendiri yang pecat hasan.Alasan pemecatan juga sangat rapuh. Hanya atas alasan tidak mentaati persefahaman yang telah dipersetujui antara komponen pakatan.
Nak label Hasan sebagai pengkhianat kepada perjuangan Islam Pas langsung tak boleh sebab Hasan Ali lagi keras prinsip perjuangan Islamnya dari pemimpin Pas yang lain.
Hasanlah satu-satunya pemimpin Pas yang begitu konsisten memerangi isu-isu yang menggugat Islam dan kesuciannya. Malahan Hasan menerima hukum pecat adalah disebabkan isu yang berkaitan murtad dan pembenterasan gejala maksiat di Selangor.
Usaha melabel Hasan sebagai agen UMNO juga kelihatan gagal sama sekali. Jika Pas berjaya menanam imej ini pada dahi Hasan Ali sudah pasti Pas dan pakatan akan berasa lega yang teramat. Mudahlah kerja-kerja untuk mempertahankan sokongan ahli Pas terhadap parti.
Amat malang bagi Pas kerana pendekatan mencemar nama Hasan Ali melalui label sebagai agen UMNO tidak dapat meyakinkan penyokong Pas yang jujur kepada perjuangan Islam.
BACA SETERUSNYA DI PERAKTODAY




0 comments:
Post a Comment