iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, January 29, 2012

PAS SUDAH TERSEPIT BILA DIHIMPIT PERSOALAN AKIDAH DAN POLITIK!!!

Sunday, January 29, 2012

Suka atau tidak, ahli-ahli PAS perlu menelan walaupun mengkelan dan tidak boleh dihadam permasalahan ini. Persoalan mengapa PAS MELARANG ahli-ahlinya daripada menyertai Perhimpunan Menyelamatkan Akidah yang dibuat kerana faktor politik atau lebih tepat lagi kerana takutnya PAS kepada DAP, bukan persoalan yang boleh ditutup atau buat-buat lupa begitu sahaja. Para pemimpin PAS perlu menjawabnya dengan penjelasan mengapa HIMPUN menurut aqaid fatwa PAS sebagai HARAM sehinggakan larangan perlu dikeluarkan kepada ahli-ahlinya.

Pendedahan yang dibuat oleh Hasan Ali tentang masalah ini sebenarnya mengundang perkara yang lebih rancu untuk ditelah bagi pihak PAS. Para pemimpin PAS kelihatan terlalu berhati-hati untuk mendedahkan perkara sebenar kerana kalau ianya terdedah, maka bukan sahaja seluruh ahli PAS yang ada iman dan akidah kepada Allah Taala dan agama yang disyiarkan di bawah nubuwwah Muhammad s.a.w akan mempersoalkan larangan berkenaan bahkan ahli-ahli PAS yang agama mereka hanyalah TAQLID semata-mata juga akan melompat.

Persoalannya ialah mengapa PAS menentang himpunan ummat yang tidak membezakan parti dan fikrah politik walhal dari semasa ke semasa PAS sentiasa bercakap besar tentang Islam yang mereka perjuangkan. Telah didoktrinkan di dalam benak para pengikut PAS bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah sama dengan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a dan solafus soleh.

Justeru perlu ada penjelasan yang sangat logik untuk menerangkan tentang tindakan PAS menghalang ahli-ahlinya daripada menyertai HIMPUN kerana perkara pokok yang diperkatakan dalam perhimpunan berkenaan adalah AKIDAH. Dan akidah pula adalah perkara yang tersangat penting bahkan kedudukannya jauh lebih penting dari Siyasah Syariyyah. Adakah PAS sudah mula mengajar ahli-ahlinya bahawa Siyasah Syariyyah dan Tahalluf Siyasi yang diamalkan sekarang jauh lebih penting daripada AKIDAH sehinggakan perkara akidah boleh dipermain-mainkan?

Kita tengok balik sejarah Islam. Kewafatan Rasulullah s.a.w bukan dahaja menyebabkan umat Islam yang masih baru mula mencintai baginda seperti ibu mertua dan bapa mertua baginda iaitu Hindun binti Utbah dan Abu Suffian bin Harb berada dalam kekeliruan dan kecelaruan, bahkan para Sahabat al-Rasyidin seperti Syaidina Umar Al-Khattab r.a juga turut sukar menerima kenyataan. Sehinggakan pada satu peringkat Syaidina Umar r.a menghunus pedang dan menyatakan akan membunuh sesiapa sahaja yang berani menyatakan Muhammad s.a.w telah wafat.

Dan pada masa yang sama, muncul jugalah kumpulan umat Islam yang murtad dan enggan membayar zakat. Tiada tahalluf siyasi yang diamalkan oleh Syaidina Abu Bakar r.a sebaliknya tindakannya ialah menyeru mereka kembali kepada Islam atau mereka akan diperangi. Malah kemunculan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul palsu yang mempunyai pengikut puluhan ribu, juga tidak membuatkan Syaidina Abu Bakar r.a bertahalluf siyasi dan bertoleransi dengan mereka sehinggakan peperangan menentang kaum murtadin tersebut.

Apakah PAS akan memberi alasan bahawa pada zaman Syaidina Abu Bakar r.a tidak ada proses demokrasi dan pilihanraya seperti di Malaysia pada zaman ini, sehingga membuatkan PAS terpaksa bertaqiyyah dalam hal yang sepenting ini?

Sedangkan kalau dibandingkan dengan apa yang dihadapi sekarang, keadaannya sudah amat jauh berbeza memandangkan kewafatan Rasulullah s.a.w telah menjangkau lebih seribu tahun dan ilmu Islam yang ada pada hari ini sudah berbelit-belit serta bercampur-campur sehinggakan sukar untuk membezakan antara bidaah dengan sunnah lagi. Atau dalam bahasa lain yang lebih mudah faham, akidah umat Islam pada hari ini bukan sahaja mengalami ancaman tetapi juga hakisan yang sangat teruk.

Justeru, HIMPUN yang digerakkan oleh segelintir ahli politik biarpun mempunyai kepentingan, seharusnya memberi peluang kepada PAS untuk membuktikan mereka benar-benar serius dengan Islam sebagaimana yang diusrah dan ditamrinkan kepada jemaah. Apabila larangan dikeluarkan agar ahli-ahli PAS tidak menghadiri majlis tersebut, seharusnya ada alasan yang amat kukuh mengapa larangan tersebut dibuat.

Sukar sangatkah PAS untuk mengakui bahawa mereka sebenarnya sedang tersepit teruk memandangkan kepentingan berpilihanraya sebenarnya yang mendorong arahan sebegitu dikeluarkan?

0 comments:

Blog Archive

Labels