MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Monday, January 30, 2012

PEGUAM ANWAR TUNJUK PERASAAN, MERAJUK MACAM BUDAK LAPAR GULA-GULA!!!


Semakin lama, perangai peguam-peguam di Malaysia sudah semakin teruk. Bukan sahaja teruk, bahkan semakin menjengkelkan. Kebebasan kepada para peguam yang tidak terhingga telah menjadikan mereka terlalu besar kepala, berasa semua orang di Malaysia perlu mengikut kehendak mereka dan mereka sahajalah yang terlebih pandai dalam hal perundangan, bahkan dalam hal politik.

Dan apabila peguam-peguam berkenaan mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim, maka yang pastinya peguam-peguam berkenaan akan bertukar menjadi PEGUAM-PEGUAM SYAITAN. Tugas yang seharusnya mereka pikul iaitu mempertahankan undang-undang dan tidak bersalahnya anak guam mereka, bertukar menjadi modal politik untuk mereka letakkan nama dalam hierarki dalam parti politik pilihan mereka.

Membenarkan peguam menjadi ahli politik, merupakan satu kesilapan besar Malaysia. Seringkali barisan peguam yang juga merupakan ahli politik kerap bertindak dalam mengendalikan sesuatu kes dengan cara ahli politik. Dan mereka juga tidak segan silu untuk menggunakan sebarang cara bagi mendapatkan perhatian.

Itulah yang berlaku di Mahkamah Syariah siang tadi ketika prosiding rayuan pertuduhan qazf oleh puak Anwar Ibrahim. Peguam-peguam yang mewakilinya bertindak keluar dari bilik mahkamah secara tiba-tiba kerana tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah.

Terdahulu, Kamar Ainiah memohon supaya Shamsuddin, Che Mat dan Jamil Khir memfailkan kebenaran bagi mengetepikan notis rayuan yang difailkan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak pertuduhan qazaf yang difailkan Anwar terhadap Mohd Saiful.

Bagaimanapun panel tiga anggota mahkamah terdiri Hakim Datuk Zohdi Toha, Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Hasan menolak permohonan Kamar Ainiah itu dengan alasan mereka (Shamsuddin, Che Mat dan Jamil Khir) tidak perlu membuat permohonan berkenaan kerana ia tidak relevan dan sia-sia.

Kamar Ainiah sempat mengeluarkan kenyataan, "Biarlah mereka makan duit zakat dan menerusikan prosiding. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan mahkamah." (BACA DI SINI)

Itulah tahap peguam-peguam yang seringkali melaung-laungkan keadilan!

Dan itulah juga tahap yang menyebabkan mereka yang DIPAKSA mendapatkan khidmat PEGUAM, DIPAKSA JUGA membuat bayaran yang berharga tinggi!!!

1 comments:

Anonymous said...

Kamar aniah tu memang dah lama syok dekat anwar itu sebab dia akan cuba pertahankan sehingga keakhir hayat dan memfitnah orang memakan wang zakat. Peguam beginilah selalu menegakkan yang bathil. Ahli.PKR

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template