
Ramai yang mempertikaikan tentang keberkesanan kerajaan negeri pimpinan Khalid-Teresa dalam hal menarik pelaburan. Kerajaan Khalid-Teresa tidak mampu langsung menarik pelaburan ke negeri Selangor meskipun mereka telah mengambilalih sebuah negeri yang telah disediakan segala prasarananya oleh kerajaan terdahulu iaitu UMNO-BN.
Namun tanpa disedari, kerajaan Khalid-Teresa sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang sangat cekap, tidak suka membazir dan bijak menggunakan segala peluang yang ada.
Pendedahan tentang KILANG PELACURAN 24 jam membabitkan warga asing di Meru iaitu kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Osman, sememangnya membuktikan bahawa kerajaan Khalid-Teresa memang buat kerja untuk memajukan negeri itu. (BACA DI SINI)
Mungkin disebabkan itulah maka Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengambilalih sendiri jawatan Exco Hal Ehwal Islam yang sebelum ini diserahkan kepada PAS. Memandangkan Exco sebelum ini telah menjalankan dasar dan operasi yang menyebabkan industri yang sangat menguntungkan itu terjejas. Jadi, terpaksalah Exco Hal Ehwal Islam itu dicantas, disingkir dan dipecat.
Jadi, dengan perkembangan ini, jangan sesekali menyalahkan Khalid-Teresa lagi. Khalid-Teresa telah menggunakan segala kepakaran mereka untuk memajukan Selangor. Walaupun mungkin orang ramai jijik dengan pelacuran tetapi memandangkan industri tertua dunia itu merupakan industri yang paling menguntungkan, apa salahnya Selangor bertukar menjadi pusat pelacuran sepenuhnya.
Yang penting adalah keuntungan. Kalau nak tunjuk bukti, Meru adalah bukti utama, Selangor memang berusaha untuk bertukar menjadi negeri pelacur!!!




0 comments:
Post a Comment