MARI BERFORUM, BERHUJAH DAN BERTEKAK DI SINI

RADIO PILIHAN THE FLYING KICK

Monday, January 30, 2012

SELEPAS INDIA KAMPUNG BUAH PALA, INDIA KAMPUNG BUNGA RAYA PULA JADI MANGSA PAKATAN!!!

Kalau dah nama Pakatan, sememangnya ia adalah MALAPETAKA dan janji palsu. Kalau bab berjanji dan mengutuk UMNO-BN mereka memang hebat. Tapi kalau bab menunaikan janji, jangankan tunaikan janji, batang hidung yang terpatuk macam batang hidung R.Sivarasah pun takkan kelihatan.

Sebelum ini kecoh dengan masyarakat Kampung Buah Pala yang menjadi mangsa penganiayaan DAP dan penipuan Anwar Ibrahim hidup-hidup. Guan Eng bertaici dan menyalahkan UMNO-BN. Kemudian selepas keadaan menjadi kecoh dan tidak menjadi lebih baik daripada yang difikirkan oleh Guan Eng dan Pakatan, akhirnya penduduk Kampung Buah Pala yang mendapat perhatian diberikan juga rumah walaupun kemudiannya Guan Eng cuba jadikan mereka sebagai umpan politiknya.

Nampaknya keadaan yang sama berulang. Cuma kali ini bukan di Pulau Pinang dan di bawah Guan Eng, sebaliknya di bawah Khalid Ibrahim dan Pakatan Selangor.

Penduduk Kampung Bunga Raya yang telah dijanjikan rumah percuma oleh Sivarasa Rasiah, kini bukan sahaja kempunan, malah mereka hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana terlalu mempercayai Pakatan Rakyat.

Apa yang mereka mampu lakukan ialah, membuat protes. 57 buah keluarga penduduk Kampung Bunga Raya melancarkan MOGOK LAPAR membantah kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan rumah-rumah baru kepada mereka sebagaimana yang dijanjikan pada kempen pilihanraya umum lalu.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasaiah menjelang tahun 2010 telah menjanjikan akan menyediakan rumah untuk mereka di Jalan Pluto. Namun sehingga kini janji tersebut tidak dipenuhi. Bahkan projek perumahan yang bermula pada tahun 2008 itu terbengkalai sehingga sekarang. (BACA DI SINI)

Mujurlah ada UMNO yang datang sebagai penyelamat. Penduduk kampung mengakhiri mogok lapar mereka pada sebelah petang apabila mereka dilawati oleh ADUN Paya Jaras, Muhammad Bushro, setiausaha politik Perdana Menteri, Shafie Abdullah dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar.

Ketiga-tiga pemimpin UMNO tersebut telah memberikan janji akan membantu penduduk kampung yang malang itu akibat perbuatan khianat Pakatan Rakyat, khususnya R.Sivarasah.

Terdahulu, Noh Omar telah menyerahkan kunci bagi projek perumahan yang terbengkalai dan cuba diambil nama oleh Azmin Ali setelah projek berkenaan siap di Hulu Kelang. Projek perumahan tersebut berjaya diselesaikan dan disiapkan dengan BANTUAN UMNO dan BARISAN NASIONAL manakala Pakatan Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor pula lepas tangan!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

MASUKNYA WAKTU SOLAT

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template