IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, February 2, 2012

90% MELAYU BARU BUKAN PENGUNDI... MALANGNYA NASIB!!!

Thursday, February 2, 2012

Kalau bab berdemonstrasi, Melayulah juaranya.

Kalau bab tak puas hati, Melayu jugalah heronya.

Kalau bab mempersoalkan orang lain kaya diri sendiri tak kaya-kaya, Melayu jugalah hebatnya.

Kalau bab nakkan kebebasan, Melayu juga jaguhnya.

Malangnya, Melayu ini 'terlalu tuan' sampaikan untuk mengundi pun, Melayu menjadi 90% mereka yang boleh mengundi tetapi tidak pernah mendaftar!!!

Hebat sungguh Melayu...

Maka tidak lama lagi, Melayu-Melayu itu jugalah yang akan marah mengapa itu mengapa ini...

Sedangkan Melayu-Melayu itu tidak pernah peduli pun dengan apa yang WAJIB mereka lakukan. .

Yang disibukkan,Melayu mesti jadi berbeza.... Bukan berbeza secara positif, tetapi berbeza dengan cara yang bukan-bukan... Contohnya, disuruh mengaji dan belajar, dibantainya berdemonstrasi.

Melayu tak mengundi?

Malangnya hidup... Dan kalau ini berterusan dalam tempoh tidak sampai tiga dekad lagi, bangkai Melayu pun, kalau nak ditanam, perlu dapat kelulusan orang bukan Melayu.

Melayu! Melayu! Kalau bertengkar, boleh tumbuk meja, boleh upah bomoh... Tapi nak daftar dan pergi mengundi pun, malas!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels