1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, February 24, 2012

ARTIS PAKAI TUDUNG... UMPAMA PELACUR BARU BELAJAR CUKUR BULU!!!

Friday, February 24, 2012

Kalau nak pakai tudung, pakai sajalah. Tak payahlah nak rasa besar kepala dan besar sangat rambut tu sebab sekarang sudah pakai tudung. Tak payahlah bercerita kononnya, pakai tudung itu telah menyebabkan dihina, disindir dan diketawakan!

Sebenarnya, trauma dan stigma pakai tudung di kalangan para penghibur di negara ini, jauh lebih besar berbanding kemahuan mereka sendiri untuk bertudung atau menutup aurat. Cerita artis dapat hidayah, diperbesar-besarkan sehinggakan perkahwinan di Makkah juga menjadi tajuk cerita dan berita!

Itu belum lagi cerita bagaimana insafnya seorang artis sehingga akhirnya dia bertudung. Belum lagi cerita artis yang sudah mendapat hidayah sehingga sekarang ini dia menjadi penceramah yang lidahnya lebih munafiq dan zindiq daripada kaum kafir yang membenci Islam serta umatnya. Belum lagi cerita artis yang dahulunya, wanita dan arak jadi hidangan setiap hari, sekarang ini kopiah dan jubah jadi pakaian harian!

Sebenarnya yang dibimbangi sangat puak-puak penghibur ini ialah ketiadaan kerja. Disebabkan itulah, mereka terpaksa mencipta cerita dan terpaksa membesarkan tudung yang dipakai atau perubahan yang sedang mereka alami.

Bayangkanlah begini...

Seseorang yang tidak mengenal tikar sembahyang, tiba-tiba sahaja 'dapat hidayah' dan mula bersolat sampai lebam-lebam dahi. Punyalah mendapat taufik dan hidayah, masa sujud, bukan main lagi dia tenyeh dahinya agar kelihatan berbekas dan kelihatanlah dia seperti seorang yang alim serta tanda di dahi itu akan menjadi cahaya penyuluh di dalam kubur nanti.

Dan disebabkan dia bersolat, maka semua orang lain di sekelilingnya dilihat tidak menjaga solat. Maka dia pun berdakwah meminta agar orang-orang di sekeliling bersolat. Walaupun tidak berbunyi, bersolat seperti dia, tapi tindakannya berdakwah itu ialah, TIRULAH AKU. Maka diceritakan kesedapan bersolat, kesyahduan bersolat, kecintaan kepada Allah Taala menerusi solat dan seangkatan dengannya.

Cakap-cakap sebegitu memang betul. Dakwah itu benar. Yang tidak benar dan munafiqnya ialah tindakan berdakwah yang hanya kerana diri sendiri. Kewajipan solat telah bertukar menjadi cerita untuk menunjukkan yang dia telah menemui jalan pulang!

Begitu juga dalam bersikap terhadap tudung di kepala.

Dewasa ini, kita melihat terlalu ramai para artis dan penghibur yang 'sudah menemui jalan pulang'. Tetapi mereka tidak reti tutup mulut dan duduk senyap. Sebaliknya, perubahan itu menjadi satu fenomena dan satu pemberitahuan. Seolah-olah besar sangatlah perubahan yang telah dibuat sehingga memerlukan awam mengetahui dan menyanjungi perubahan tersebut.

Secara tidak langsung, hidayah dan inayah itu masih jauh dan belum dekat. Terlalu banyak daki-daki kecintaan dunia dan dunia glamour yang melekat di sanubari. Dan tidak lama lagi, kita akan menyaksikan bagaimana tudung yang tidak menarik bertukar menjadi trend dan fesyen yang berwarna-warni dan mereka kekal mempunyai alasan mengapa tudung yang dikenakan itu sangat berfesyen dan berwarna-warni.

Artis dan tudung... umpama pelacur yang baru belajar cukur bulu.... bersihnya belum tentu tetapi pengumumannya penuh dengan cerita-cerita dongeng tentang perubahan sikap!!!

1 comments:

Anonymous said...

bawak2 lar taubat cucu tok wan,

Blog Archive

Labels