Permainan kartel yang menguasai pasaran barangan keperluan semakin merbahaya. Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat, namun ketiadaan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dari pihak berkuasa, menjadikan kumpulan kartel sebagai PENYEDUT DARAH rakyat kebanyakan yang cukup hebat.Kini, bekalan gula dan minyak masak kembali 'hilang' dari pasaran. Mungkin 'kehilangan' gula tidak terasa sangat kerana komoditi tersebut tidak lagi dimonopoli oleh seorang individu semata-mata. Seperti ketika 'kehilangan' gula dari pasaran yang lepas, rangkaian pasar mini SAVEMORE yang dimiliki oleh Syed Mokhtar Al-Bukhari tidak mengalami penyusutan, bahkan SAVEMORE menjadi penyelamat orang ramai dengan bekalan gula yang tidak putus-putus.
Selain nama Syed Mokhtar Al-Bukhari, ada satu lagi nama yang mempunyai kaitan dengan gula DAN TERLEBIH-LEBIH LAGI MINYAK MASAK iaitu Robert Kuok!
Permainan menyorok bahan makanan merupakan taktik yang paling lama digunakan untuk menunjukkan penguasaan, selain memberikan tekanan kepada kerajaan bagi kenaikan harga mahupun menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.
Dek kerana itulah, setiap kali harga barangan naik, maka ahli politik pembangkang akan serta-merta menuding jari kepada kerajaan untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa segala kekurangan tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan. Ahli-ahli politik pembangkang yang hampir keseluruhannya menjadi balaci kepada penguasa-penguasa barangan makanan di pasaran, akan bertindak sebaik-baiknya kerana kekurangan bahan makanan, tidak hanya akan memberikan keuntungan besar kepada penguasa mereka, sebaliknya kepada survival parti politik pembangkang sendiri.
Di sebalik usaha kerajaan untuk mengurangkan kepanikan di kalangan rakyat dengan terus memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak dan gula masih tidak terjejas, di beberapa tempat, termasuklah di kawasan penulis sendiri, bekalan untuk kedua-dua bahan berkenaan sudah semakin berkurangan.
Catuan telah mula dikenakan oleh pekedai. Alasan yang diberikan ialah, penghantaran bekalan oleh orang tengah sangat terhad dan orang tengah juga telah menaikkan harga gula serta minyak masak serta barangan keperluan yang lain. Dan peningkatan harga tersebut tidak hanya berlaku kepada gula dan minyak masak, malahan semua harga barang keperluan juga dinaikkan.
Paling ketara adalah harga ikan dan hasil laut. Dengan memberi alasan, musim tengkujuh dan sebagainya, peningkatan harga hasil laut begitu ketara semenjak kebelakangan ini. Penguasaan kartel menyebabkan KERAJAAN KELIHATAN LUMPUH DAN TIDAK BERUPAYA. Walaupun sesekali berlaku penguatkuasaan di pasar dan kedai, namun golongan yang sebenarnya menaikkan harga iaitu pemborong dan orang tengah tidak pernah dikenakan sebarang tindakan. Malahan, dalam SEMUA KES mereka terlepas begitu sahaja!!!
Oleh kerana itulah, kebelakangan ini kita dapat melihat bagaimana golongan pemimpin Pakatan melakukan serangan yang sangat agresif terhadap Syed Mokhtar Al-Bukhari memandangkan keupayaan anak Melayu-Bumiputera-Islam itu memecahkan monopoli golongan yang telah lama menyedut darah rakyat Malaysia...
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk menunjukkan kononnya pengurangan bekalan bahan makanan dalam pasaran adalah disebabkan oleh golongan 'UMNO' seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari.


0 comments:
Post a Comment