
Kita selalu dengar pempin2 politik harus turun padang..supaya dapat mendengar dan melihat sendiri penderitaan rakyat..agar dapat lebih memahami masalah rakyat..tapi pempin2 politik hanya mampu lakukan apa yg mereka mampu lakukan dan masih terbatas!!
Kita ingin melihat dan mendengar para2 ulamak dan para cendiakawan pula turun padang..gunakan ilmu dan kemahiran mereka untuk mempertingkatkan mutu kehidupan rakyat..
Kita ingin mendengar para2 ustaz dari berbagai institusi2 yg ada jadi anak angkat, atau jadi keluarga angkat dan duduk sebumbung ngan keluarga2 dari berbagai lapisan..dari korporat sehingga kepada fakir miskin.. ambik tempoh dalam 3 bulan..
1 ustaz, 1 keluarga..3 bulan duduk bersama, makan dan minum..tidur sebumbung..bagaimana ciri2 kehidupan beragama dapat diterapkan. Dan sesama mengalami pahit maung,susah senang kehidupan..mungkin ngan ini apabila para ustaz ni berdoa untuk orang2 Islam jadi lebih bermakna kerana dapat menghayati bagaimana susahnya nak amalkan agama Islam yg suci murni dalam kehidupan yg serba mencabar diabad ini. Kita tak mahu mendengar corak kehidupan Islam yg ideal yg jauh hakikatnya dengan corak kehidupan hari ni, kita ingin melihat bagaimana satu2 keluarga hidupnya dapat berubah kepada satu kehidupan yg berkualiti yakni kehidupan beragama semada keluarga tersebut dari keluarga yg mewah atau keluarga yg serba kekurangan. Ustaz bersama2 mereka..didepan mata mereka.
Kita taknak dengar ustaz2 berceramah..yg kabornya sepatutnya begini sepatutnya begitu,,tapi pada hakikatnya..sepatutnya begitu dan begini seolah2 satu citer2 fantasi.
Contoh yg paling terang dan jelas..kita dulu sering didengarkan akan ceramah2 ustaz2 PAS bahwa pempin sepatutnya gitu, sepatutnya gini..yg umumnya menjadi impian setiap rakyat..pempin mithali kononnya. Tapi ustaz2 ni bila benar2 berkuasa..dah jadi pempin..ceramah2 pasal pempin yg ideal dah tak kedengaran lagi..tapi ceramah2 inginkan lebih kemewahan, kekuasaan yg pulak didendangkan tapi atas nama agama, keadilan, kebebasan dsb.
Dulu kisah2 kezuhudan Umar Abd Aziz ra, ketegasan Umar ra, dan akhlak serta kasih sayang Nabi saw sering dipedengarkan sebagai contoh pempin mithali..pempin2 UMNO dibandingkan ngan mereka ini..sahler bezanya umpama langit dan bumi.
Tapi bila dah berkuasa..ligatnya serupa, gaya dan perawakan serupa, egonya pun leh tahan..mmm kalau dah manusia tetap manusia..kalau dah melayu tetap ler melayu. Ada dulunya sentiasa berketayap, kini ketayap pun dah hilang..ciri2 kezuhudan, ketegasan, kehalusan pekerti seorang pempin seolah2 tak pernah wujud dalam kamus mereka lagi.
Hari ni..kabornya peningkatan kes mental, cerai, anak luar nikah, gejala sosial semakin meruncing bukan saja seks luar nikah tapi seks sesama jenis juga makin menular..
Alim ulamak dan para ilmuan Islam masih berdendang sesama sendiri dalam kepompong sendiri, garu2 kepala seolah gatal kerana hairan kenapa ehwal orang2 Islam semakin hari semakin membimbangkan..para ilmuan Islam berdebat, berceramah, berhujjah, menulis kitab2 ( banyak copy and paste atau cedok dari penulisan dulu2 atau tulisan lama edisi baru atau menterjemahkan penulisan2 orang lain-mujur ler kitab2 agama orang2 dulu tidak ada "hak cipta terpelihara" dan kena bayor royalti)
Kenapa tiada penulisan baru yg benar2 asli dan berkualiti dan boleh mengubah kehidupan pembaca2nya? Kerana tiada penghayatan kehidupan....jika tiada penghayatan kehidupan bagaimana mungkin adanya penghayatan agama!!
Hasil usaha kerajaan ribuan ustaz2 telah dilahirkan..ada dari Mesir, Jordan dan pusat2 pengajian yg tinggi..semada kemudiannya berkemkan PAS, neutral, ataupun UMNO..walaupun rasa tak terhutang pada kerajaan, tidakkah rasa terhutang pada mak pak dan rakyat jelata yg harapkan sesuatu dari mereka? Daripada membebankan 100 % kepada kerajaan, tidakkah sanggup ambil sedikit beban ini..masalah penyakit ummat adalah masalah para ulamak juga.
Tak perlu ler nak buat live show series pulak..tak payah ler keluar TV..tak payah ler nak jadikan modal untuk buat CD atau keudarakan pada U-tube..tak payahler. Turunlah padang galas ler tanggungjawab sebagai pewaris ambiya' yakni menggalas masalah ummat keatas bahu sendiri. Tak perlu le minta budget dari kerajaan..tak perlu ler minta sesapa sponsor..gaji yg perolehi tu pun dah cukup..
Dari peringkat mufti sehingga para ustaz kafa..masa cuti sekolah leh ler bersama2 keluarga angkat..atau duduk serumah ngan mat2 bangla dan mat2 aceh..mat2 pakistan..duduk kat rumah kongsi Indon..atau berkampun kat mana2 masjid yg mana duduk ngajar selama beberapa bulan dan beramah mesra dan ambil ehwal orang2 Islam disekitarnya..untuk beberapa bulan..
1 ustaz,1 keluarga..1 ustaz, 1 masjid...1 ustaz, 1 taman atau 1 kampong..
Guru2 madrasah tahfiz dan alim..rasa2nya masa cuti buat apa? Ummat dahagakan curahan budi para ilmuan Islam..jadilah pewaris ambiya' yg sejati..para ambiya mengenali setiap orang dari kaumnya dan ehwal mereka spt bapa mengenali anak2 mereka sendiri..
Golongan2 batil sedang mula menghampiri ummat2 Islam..semakin hari semakin dekat, semakin akrab..
Usahlah tunggu dijemput..usahlah tunggu dipelawa..tawarkan diri spt mana para ambiya' tawarkan diri mereka pada kaum dan ummatnya. Nabi saw sanggup tawarkan dirinya untuk menanggung sakitnya sakaratulmaut agar ummatnya tak menderita menghadapi maut walaupun pada saat2 penghujung kehidupannya..takkan pewaris2 ambiya' hari ni tak sanggup pikul penderitaan ummat sekadarnya?
Ummat Islam di malaysia bukannya menderita tak cukup makan, berlebih makan ada ler (laporan obesiti-perut berlipat2 baik dikalangan korporat maupun kalangan biasa-termasuk ler aku), bukan tak cukup duit, siap berhutang piutang lagi pasal nak bermewah, -bukan tak cukup vitamin, macam2 maajun dan kopi power ada dipasaran-bukan tak cukup bantuan kerajan, tak cukup ngan subsidi siap bagi RM500 lagi-
Tapi ummat menderita kerana ketandusan rohani..walaupun selalu semayang, zikir dan beribadat tapi hati penuh ngan zulmat..marahkan orang itu dan ini, stress, sistem tu tak kena, sistem ni tak kena, orang tu dapat aku tak dapat..ummat menderita kerana hilangnya kasih sayang sesama ummat..ummat menderita kerana musnahnya budi pekerti..kerana maruah semakin menipis..dipijak dan disepak oleh orang2 kapir!!
Sememangnya menderita seorang khalifah kerana menjadi hamba abdi pada orang2 kapir..pada dunia..pada kuasa..pada harta..pada nafsu serakah.
Ulamak bagaikan doktor pada ummat..memahami penyakit yg dihidapi maka betul lah dose ubat utk diberikan.
-aa


0 comments:
Post a Comment