Friday, February 17, 2012

BILA NOH OMAR AJAK BERDEBAT, TAK PAYAHLAH MINTA FAEKAH NGANGKANG PULAK YER!!!

Noh Omar mencabar Khalid Ibrahim untuk berdebat isu pasir. Tapi percayalah, yang terlebih sibuk dan melenjit-lenjit bukannya Khalid Ibrahim tapi perempuan pengeluar minyak muka, Faekah Hussin.

Khalid Ibrahim awal-awal lagi sudah mengatakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan tidak perlu kerana ia isu lama. Kononnya, Kumpulan Semesta Sendirian Berhad, bersih dan telus. Kononnya juga Kerajaan Negeri Selangor sangat bersih.

Menurut Noh, terdapat banyak bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan. Dan seandainya kalau benar kerajaan Pakatan Selangor benar-benar ingin membuktikan yang mereka telus dan bersih, Pakatan perlu mendedahkan tentang penyelewengan serta skandal pasir di Selangor.

Khalid suatu ketika dahulu, menyatakan di bawah KSSB, Selangor akan mendapat perolehan sebanyak RM150 juta duit pasir tetapi berlaku pentadbiran yang pengecoh, kutipan hasil tidak sampai 10% daripada RM150 juta sebagaimana yang diuar-uarkan.

Di situ sahaja sudah nampak ada penyelewengan dan pengecohan yang berlaku. Mengapa pula Khalid Ibrahim berani menyatakan bahawa isu pasir adalah isu lama.

Apa yang lamanya skandal pasir dari tahun 2008-2012 berbanding NFC dari tahun 2005 sehingga 2009? Mengapa segala jentera Pakatan termasuklah JINGGA 13 bersungguh-sungguh ingin membuktikan ada penyelewengan pada NFC tetapi skandal pasir di Selangor cuba didiamkan dan dibuat sambil lewa?

Kalau Faekah Hussin teringin hendak berdebat dengan Noh Omar, eloklah difikirkan status dirinya dahulu. Faekah kena tanya dirinya sendiri, dia siapa berbanding Noh Omar. Yang perlu menjawab dalam hal ini adalah Khalid Ibrahim. Atau paling cikai pun, Azmin Ali, tukang dalang terbesar dalam hal-hal mencuri dan merompak hasil khazanah negeri Selangor.

Elok disahut cabaran Noh Omar. Selama ini, Pakatan cukup kuat berkokok tentang perdebatan. Sekarang, peluang untuk berdebat sudah sampai. Berdebatlah tentang isu pasir, isu yang sentiasa cuba disorokkan oleh Pakatan.

Terutama apabila ia melibatkan kematian PATRICK WONG, ugutan bunuh ke atas seorang pekerja KSSB dan ugutan jenayah terhadap orang lain!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template