
Selepas solat Jumaat semalam, satu demonstrasi telah diadakan untuk membantah Memorial Park Sungai Kob, Karangan yang bakal menjadi Memorial Park di Asia Tenggara apabila ia siap kelak.
Penduduk mulai berkumpul di luar Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Mewakili Penduduk Mukim Karangan. Jumlah kehadiran adalah lebih kurang seramai 750 orang.
Antara yang hadir termasuklah Wahi bin Sidin, Pengerusi Bertindak dan Ahmad Asi Ariffin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Serai.Rata-rata, mereka yang hadir sangat kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri yang langsung tidak menghiraukan masalah tersebut. Malah mereka juga mendesak agar rojek tersebut tidak diteruskan.
Melihat kepada banner yang dibawa, perkara ini sebenarnya boleh menjadi barah yang lebih merbahaya pada masa hadapan memandangkan provokatif pada banner-banner berkenaan menunjukkan isi hati penduduk yang bukan sahaja kecewa kerana nasib mereka tidabaikan, tetapi juga kerana penjajahan berbentuk baru yang langsung tidak mampu ditolak lagi..... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments:
Post a Comment