
Demonstrasi yang dibuat oleh rombongan Adam Adly dan budak-budak universiti keciciran yang jadi pengikutnya kerana menentang KUIN dan kerajaan Azizan Abdul Razak Kedah, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Golongan yang menentang segala sistem pendidikan dengan pelbagai alasan sistem itu, sebenarnya hanya menggunakan AUKU untuk menutup ketidakupayaan mereka meneruskan tumpuan kepada pendidikan.
Sebabnya sangat mudah.... TIDAK SEORANG PUN termasuklah Adam Adly yang merupakan pelajar cemerlang. Bahkan kesemua mereka adalah pelajar yang lulus pun cuma cukup-cukup makan tapi ingin memberitahu dunia, kononnya mereka tidak bileh jadi lebih cerdik berbanding pelajar universiti lain kerana kekangan AUKU.
Ia mengingatkan kita kepada pelajar-pelajar aliran agama yang dihantar belajar ke universiti di Asia Barat terutama sekali Mesir yang ada sesetengahnya mengambil masa berbelas tahun untuk lulus ijazah pertama!
Inilah padahnya apabila orang politik mencari pengaruh di kalangan pelajar universiti dan mengganggu pembelajaran mereka dengan doktrin kebebasan dan kepimpinan yang bukan-bukan.
Agak mujur kerana UMNO tidak ikut serta dalam peperangan mencari pengaruh sepertimana yang dilakukan oleh PAS dan PKR. Sebaliknya UMNO menyediakan dan membuka ruang untuk pelajar-pelajar tersebut melengkapkan diri dengan bekalan masa hadapan. Kalaulah UMNO pun turut serakah dan begitu menginginkan kuasa sepertimana PAS dan PKR, pastinya dunia pendidikan negara akan bertujar menjadi malapetaka.
Sayangnya PAS dan PKR tidak seperti UMNO. Sebaliknya mereka terlalu mementingkan diri dan tidak menghiraukan apa akan berlaku pada masa hadapan biarpun mereka sendiri sudah dapat melihat kesannya sekarang. PAS dan PKR tidak peduli dengan kecemerlangan genenerasi masa hadapan sebaliknya lebih suka melihat kalau lebih ramai pelajar Bumiputera yang keciciran.
Adam Adly hnayalah manifestasi daripada keserakahan yang ditunjukkan oleh PKR dan PAS. Tidak sahaja Adam Adly, tetapi juga kawan-kawannya yang lain.
Agak menarik, memandangkan PAS sendiri sedang memusuhi AZIZAN ABDUL RAZAK dan KERAJAAN PAS KEDAH, tindakan Adam Adly menentang KUIN, dibuat-buat tidak nampak. Namun ramai menjangkakan, Adam Adly hanyalah buah pertama yang sedang dipungut sebelum lebih ramai buah busuk seperti itu yang akan muncul, yang bukannya berjuang untuk pembelajaran yang lebih hebat tetapi berjuang untuk menjadi pelajar universiti yang tidak perlu belajar dan boleh dipandang megah dengan CGPA 2.25!


0 comments:
Post a Comment