

Beberapa pihak pecacai PKR dan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk membela Badrol Amin yang telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Sudah ada kenyataan yang mengatakan, Badrol Amin sebenarnya bukan ditangkap berdua-duaan dengan wanita berkenaan sebaliknya ditangkap dengan ramai orang termasuk suami wanita tersebut di bilik hotel.
Kononnya anggota-anggota penguatkuasa JAIP hanya datang pada pukul 4:40 pagi ke bilik berkenaan. Sewaktu anggota-anggota JAIP datang, sudah ada ramai orang dalam bilik hotel tersebut. Jadi, berpandukan kepada kenyataan terrsebut, Badrol Amin dikatakan tidak berkhalwat dan berita tentang khalwat hanya diuar-uarkan dan direka oleh blogger-blogger pro-UMNO.

Ada juga cerita, Badrol Amin tidak bersendirian bersama-sama wanita berkenaan, sebaliknya dia telah diheret masuk ke dalam bilik hotel itu oleh suami wanita terbabit sebelum JAIP datang menyerbu. Kononnya suami wanita tersebut yang bernama Fazli Pungot cemburukan Badrol Amin yang begitu berkarisma dan seringkali menjadi sebutan di bibir isterinya.
Para pecacai PKR dan Pakatan yang seringkali MENGHALALKAN YANG HARAM, sekarang ini bertungkus-lumus untuk merosakkan segala faktor yang mampu memberikan imej terbaik buat Badrol Amin. Malah dari awal lagi, mereka telah cuba menjadikan Jabatan Agama Islam Pahang sebagai mangsa pertama dengan menuduh Jabatan Agama Islam Pahang berkonspirasi dengan semua pihak untuk mengenakan Badrol Amin.
Yang pasti dalam sehari dua ini, kita akan dapat membaca banyak kisah Fazli Pungot yang merupakan suami kepada wanita yang ditangkap khalwat bersama-sama Badrol Amin. Tidak setakat itu sahaja, pastinya juga cerita pembelaan diri oleh Badrol Amin akan dijadikan kalam wajib oleh puak-puak pencacai PKR yang sudah terdesak dalam semua perkara.
Kita tunggu!!!


1 comments:
Yang ada video pun boleh lepas. Video 99% tulen di sahkan oleh pakar. Sekadar kes macam ni tak kan tak boleh lepas. Jamin terlepas punya.
Post a Comment