
Bila memperkatakan tentang Hishamuddin Rais, maka akan terbayanglah kita, seorang budak kampung ceruk Kuala Pilah yang kemudian berjaya memasuki Universiti Malaya tetapi kemudian terpengaruh dengan ajaran sosialis yang amat mirip dengan komunis. Orang inilah yang apabila diberikan peluang belajar dan melanjutkan pelajaran, memilih untuk berdemontrasi dan berpolitik sehingga akhirnya keciciran.
Apabila tindakan dilakukan oleh pihak berkuasa, akibat terlalu takut, dia lari malam. Selama lebih dua puluh tahun, dia hidup di luar negara dan di sebalik fahaman tegar sosialisnya itu, dia akhirnya terlantar di Tanah Inggeris dan sungguhpun menyatakan kebencian pada orang putih, dia sendiri lebih orang putih berbanding orang putih di negara bekas penjajah Malaysia itu.
Cumanya, lebih Hishamuddin Rais berbanding orang putih ialah katanya, masa dia kecil dahulu dia pernah ke sekolah agama... Masa dia kecil dululah....
Tak ramai yang masih ingat bagaimana dia merayu-rayu kepada Dr.Mahahir agar membenarkan dia balik ke Malaysia walaupun sebenarnya tiada sebarang larangan pun dikeluarkan menghalang dia balik. Yang menjadi masalah adalah dia sendiri. Dia yang takut dengan bayang-bayang dan dia yang takut akan dikenakan tindakan undang-undang.
Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik terutama sekali pada ketika Anwar Ibrahim sudah berada begitu hampir dengan kemuncak kuasa terutama sekitar 1995-1996 akan ingat bagaimana keluarga Hishamuddin Rais di Jemapoh turut merayu bagi pihak manusia yang membuang dirinya sendiri itu.
Hishamuddin Rais balik ke Malaysia pada ketika Anwar Ibrahim memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan sepanjang percutian Dr. Mahathir.
Janjinya untuk tidak menimbulkan sebarang masalah kepada negara, dilupakan sebaik-baik sahaja Anwar Ibrahim berhadapan dengan tuduhan mahkamah. Dia yang dahulunya bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah bencana terbesar Malaysia, bertukar menjadi puaka yang turut seronok melihat seluruh negara bergejolak sepertimana yang diharapkan berlaku di pekarangan Lincoln Institute sekitar awal 1970-an dahulu.
Tidak kisahlah, sebab dia memang penyokong Anwar yang berfahaman sosialis sejak azali...
Dalam isu terbaru, Hishamuddin Rais cuba memutarbelitkan sokongan Anwar Ibrahim kepada Zionis Israel menerusi wawancara dengan AWSJ. Dia cuba menjadikan Asian Wall Street Journal sebagai entiti Kapitalis yang sangat dibenci oleh puak-puak sosialis dan komunis sepertinya.
Hishamudin Rais cuba menggambarkan kononnya Anwar Ibrahim sedang berhelah untuk memperlihatkan kepada Asian Wall Street Journal yang dimiliki oleh Dow Jones, yang kepentingan serta peluang mereka akan lebih terbuka di Malaysia sekiranya Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.
Wall Street dan Dow Jones adalah sinonim dengan penguasaan Zionis terhadap struktur kewangan dunia!
Dalam usaha untuk menaikkan kembali imej Anwar Ibrahim yang sudah runtuh kerana menyokong Zionis Israel, alasan 'helah' seperti yang digunakan oleh Hishamuddin Rais kelihatan terlalu amat janggal.
Secara terang-terangan, Anwar Ibrahim sudah mengaku, keselamatan dan kewujudan Israel akan dipertahankan sekiranya Pakatan menguasai Putrajaya. Malah beberapa bulan dahulu pun, Anwar Ibrahim melutut kepada Zionis Israel memohon ampun dan maaf kerana telah menyerang APCO dan menyelar kepentingan Zionis.
Anehnya, Hishamuddin Rais tidak pula menyebut tentang perkara itu. Begitu juga dengan hubungan baik Anwar Ibrahim dengan pelbagai agensi serta entiti Zionis. Cubaan Hishamuddin Rais untuk menggambarkan Anwar Ibrahim menggunakan dirinya untuk memperdaya Zionis menerusi entiti serta kepercayaan mereka sendiri, sebenarnya sudah cukup menggambarkan betapa terdesaknya puak-puak penyokong Anwar itu sendiri menangani masalah MULUT LANCANG ANWAR. (BACA DI SINI)
Memperdaya atau tipu helah Anwar kepada Zionis setakat ini tidak langsung menampakkan hasil, sebaliknya yang kelihatan ditipu daya dan diperdayakan adalah Anwar Ibrahim yang masih kemaruk hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Hishamuddin Rais selaku penagih tegar sosialisme, boleh memberikan seribu satu dalih tetapi fakta-fakta yang ada jelas menunjukkan segala dalih-dalihnya untuk memutihkan imej Anwar Ibrahim tidak berjaya langsung!!!


0 comments:
Post a Comment