Tuesday, February 28, 2012

KAKI PUKUL TIGA BININYA DAN BAKAL EMPAT? HEBATNYA BILA JADI PENGIKUT ANWAR!!!

Para pecacai PKR dan Pakatan sedang bergembira sakan apabila wanita subahat khalwat Badrol Amin menyatakan bahwa khalwat tidak berlaku. Bagaimanapun, mereka tidak pula dapat menerangkan bagaimana kes khalwat terbina dan Badrol Amin ditangkap dan terpaksa memberi keterangan kepada JAIP berhubung penangkapan itu selain daripada terpaksa menegaskan bahwa itu semua cumalah perangkap UMNO, JAIP dan blogger pro-UMNO semata-mata.

Badrol Amin mendakwa, dia telah dibelasah oleh 20 orang lelaki yang tidak dikenali. Katanya, dia lebam-lebam kena belasah. Tapi hairan, ubat kuat apalah agaknya yang dia telan sehinggakan dia tidak kelihatan mengalami sebarang kecederaan pun. Kalau orang biasa, 20 orang bantai terutama pada bahagian kepala dan belakang tubuh, bukan sahaja sedang koma di hospital, malah silap-silap harus terus lumpuh kalau tidak sekejap pun, selama-lamanya!

Tapi Badrol Amin langsung tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada langsung laporan polis dibuat berhubung perkara itu. Laporan kepada pihak hotel yang sentiasa menjaga reputasi mereka, juga tidak dibuat oleh Badrol Amin.

Barangkali Badrol Amin sedang merancang untuk menyaman hotel itu kerana membenarkan 20 orang lelaki tidak dikenali membelasahnya di dalam bilik hotel!

Sekarang, Badrol Amin kata, dia nak berundur untuk selamatkan PKR walaupun dia tidak bersalah dan belum didapati bersalah!

Amboi, lunak benar bunyinya. Zuhud benar suaranya!


Rakan blogger THE UNSPINNERS mendedahkan perangai busuk dan jahat Badrol Amin yang suka membelasah bini. Tetapi yang paling mengejutkan ialah, pendedahan itu juga membuka satu lagi tembelang Badrol Amin yang dia sebenarnya berbini tiga. Manakala wanita yang menjadi subahat khalwatnya di Kuantan pula dalam proses perceraian, sekaligus dilihat bakal menjadi isteri keempatnya!

Manakala sahabat blogger SEMUT HITAM pula mempertikaikan cakap berbolak-balik Badrol Amin yang antara lain, dalam kenyataan awal, dia kena pukul tetapi disebabkan tidak ada tanda-tanda pada tubuhnya untuk menyokong pendapatnya yang dia dipukul, dia kata pula, saksi atau wanita subahat khalwatnya pula yang dipukul.

Nampak sangat bersalahnya Badrol Amin!!!


0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template