Secara kasar masing2 banyak membangkitkan masalah kaum China...yg dilihatkan seolah2 ditindas dan tidak mendapat hak sama rata atau keadilan.Masalah kaum China..dan tidak fokus masalah rakyat Malaysia!!
Mungkin aku bukan dari kaum China jadi aku tak faham kat mana mereka ditindas atau dinafikan hak sama rata serta keadilan dinegara ini!!
Tuntutan hak milik tanah, peruntukan sekolah cina , tol2 yg kononnya membebankan dsb.
-Tuntutan hak milik tanah..atau property!
Aku tak der statistik tapi mata aku nampak org2 China memiliki hartanah yg lebih bernilai dari orang2 Melayu, kemungkinan besar jika dipaparkan nilai hartanah org2 China dan orang2 Melayu..silap haribulan hartanah org2 China yg lebih tinggi.
Tak caya tanya org2 PAS dan PKR, mereka kata org2 UMNO jual tanah org2 Melayu..jual kat sapa?
-tuntutan sekolah cina.
Jika skop perbincangan kearah nasional, isu rakyat Malaysia..bukan isu perkauman, maka sekolah2 aliran cina dan india sepatutnya adalah usaha swasta atau persendirian bukannya usaha nasional.
Sekolah kebangsaan bukanlah sekolah Melayu tapi sekolah nasional dan berbahasa nasional..
sepatutnya jika DAP bukan parti perkauman gitu juga MCA dan kedua2 parti berjuang untuk rakyat Malaysia, keadilan utk rakyat Malaysia dan hak sama rata rakyat Malaysia maka kedua2 parti sungguh2 galakkan orang2 cina gi kesekolah kebangsaan..
Lebih2 lagi slogan..Malaysian first, Chinese second..
Disekolah kebangsaan, semua dapat peruntukan kerajaan dan tiada berkecuali..
Malangnya..kedua2 parti lebih suka tampakkan mereka lah champion bangsa Cina, dan bukan champion bangsa dan rakyat Malaysia.
Dan dari senario hari ni, pasti kedua2 parti tak berani nak jadi champion rakyat Malaysia..kerana kedua2nya bergantung pada undi kaum China. Tapi oleh kerana itu..selama2nya kaum china akan terus dihantui semangat perkauman.
Kedua2 pempin gagal memalaysiakan rakyat china dan gagal menjadikan rakyat Malaysia yg memahami dan mematuhi perlembagaan persekutuan!! sedangkan mematuhi dan menerima Perlembagaan Persekutuan adalah syarat utk menjadi rakyat dan warganegara Tanah Melayu.
Mana2 kaum ketika ini..semada Pakistan, Nepal, Bangla, Jepun, Mat salleh dll yg ingin menjadi rakyat dan warganegara Tanah Melayu adalah menjadi syarat menerima dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu..
LGE kononnya berbangga di PP semua bahasa digunakan utk nama2 jalan..cina, melayu, Inggeris, dan India..
Ini adalah sangat2 bertentangan ngan Perlembagaan Persekutuan..Bahsa Nasional, bahasa rasmi adalah bahasa Melayu!! Setuju atau tidak, suka atau tidak..tu lah hakikatnya. Orang2 cina kena terima hakikat..INi adalah Tanah Melayu, bukannya Tanah Besar China, bukan Hong Kong, bukan Taiwan..gitu juga orang2 India kena terima hakikat bahwa ini adalah Tanah Melayu..bukannya Benua Besar Hindu!!
Selagi tak dapat terima hakikat ni..selagi tu ler mereka rasa mereka adalah pendatang, dan 2nd class citizen! Bukan salah Melayum, bukan salah PAS, bukan salah UMNO..tapi salah mereka masih tak dapat terima hakikat bahwa tanah ini namanya TANAH MELAYU!!
Ianya bukanlah perkauman..tapi adalah hakikat. Kerana tidak mungkin seseorang tu leh dikatakan rasis..jika dia duduk diChina dan berkata pada orang2 Asing bahwa tanah ni adalah Benua Besar China.
Tol!!!..
Chua So Lek sinis bila berkata LGE hanya sembang kosong je..nak hapuskan TOL!! bila ditanya apa perancangannya, minta share/kongsi sedikit!!
Kalau kurangkan..mungkin masuk akal. Jika TOL dihapuskan sama sekali..sapa nak tanggung kos pengurusan dan maintenance? Kerajaan sendiri pun jenis nak sediakan belanjawan setiap tahun pada jalan2 negeri dan jalan2 persekutuan!!
Malah masih banyak kawasan dalam negeri2 di Malaysia yg memerlukan belanja yg besar utk sediakan keperluan asas ni..atau menambah baikkan jalan2 yg sedia ada.
Hiway PLUS contohnya..tak ramai gunakan tiap2 hari. Jalan2 kampong, jalan2 taman, jalan2 negeri pun bersepah tunggu utk dibaiki!! dan kos pengurusan dan maintenance semakin hari semakin naik.
Tol2 ..kurangkan bebanan kerajaan, perbelanjaan utk pengurusan dan maintenance ditanggung oleh pengguna..kerajaan leh tumpukan pada mereka yg lebih memerlukan jalan2 negeri, kampong dan taman2.
Kos potong rumput tepi jalan, buang sampah2 ditepi2 jalan ( masih ramai rakyat Malaysia anggap jalanraya tempat buang sampah- ni bukan masalah cina, melayu dan india-ni masalah perangai), kos lampu2 jalan, kos repair kerosakan2..seluruh jalan2 negeri, persekutuan, kampong2 dan taman2..agak2 berapa?
Jika PAKATAN menang malam ini..esok juga dihapuskan tol!! PAKATAN tak nak beritahu pulak kat ruang mana PAKATAN akan perah duit rakyat??
Yg sioknya..TOL ni satu debat yg berpanjang sejak mula adanya TOL!! tapi jika dibuat kajian agak2nya berapa % agaknya pengguna jalanraya ber TOL ini..dan ada sesapa paksa mereka? Tak nak bayar TOL, mudah je..jgn gunakan jalanraya bertol..atau naik kenderaan yg dikecualikan dari bayar TOL!! mmm mungkin ini perancangan PAKATAN..sesapa guna kenderaan yg dikenakan TOL, bukan saja kena bayar TOL tapi kena kompaun lagi..he he..BERNAS gak ini!!
DAP dan MCA perlu bawa rakyat Malaysia berbangsa China benar2 menjadi rakyat Malaysia..Malaysian First, Chinese 2nd!! ( Kalau tidak tetaplah merasa diri sendiri sebagai 2nd class citizen pasal kata Kit Siang..Malaysian First, Chinese 2nd)..
Bukan rebut ngan Melayu..tapi hidup bersama!!
-aa


0 comments:
Post a Comment