Friday, February 17, 2012

KALAU MENGUNTUNGKAN, MENGAPA HANYA TANAH MELAYU!!!


Ini bukan cerita dongeng. Bukan juga cerita Harry Porter dengan tongkat sakti yang berlawan dengan Voldemort. Ini cerita tentang manusia yang bijak mengambil kesempatan untuk menghidupkan aliran kapitalis yang serakah dan tidak peduli dengan sebarang elemen melainkan keuntungan besar.

Orang kita bukannya tidak bijak. Tersangat bijak sebenarnya terutama apabila dibantu oleh hawa nafsu dan serakah haloba.

Dikatakan penyenaraian tanah agensi tertentu akan menguntungkan banyak pihak. Cakaplah dan terangkanlah bagaimana keuntungan boleh dicapai. Tetapi sampai kiamat pun, tidak ada seekor pun cerdik pandai yang memberi cadangan penyenaraian tanah FELDA itu yang dapat menjawab, MENGAPA HANYA TANAH MELAYU?

Dari dahulu sampai bila-bila gamaknya, yang bakal menjadi mangsa dan dimangsakan adalah TANAH MELAYU. Tubuhlah segala macam NGO Melayu, Badan Perekonomian Melayu dansebagainya tapi kesudahannya, yang akan digadaikan adalah tanah Melayu, dengan alasan paling remeh, nak bagi Melayu untung.

Tidak ada untungnya tanah diperniagakan. Tanah seharusnya dimajukan dan dijaga, bukannya diniagakan, diapungkan atau disahamkan yang kemudian dengan saham-saham virtual atau saham tidak berfizikal, membuatkan tanah-tanah tersebut bertukar tangan tanpa sebarang akad, tanpa sebarang saksi kecuali transaksi yang dilakukan dalam keadaan paksa dan separuh rela.

Atau lebih tepat lagi, umpama orang kalah judi yang mencagarkan tanahnya di meja judi... Redha dan mengambil risiko yang tidak sepatutnya hanya kerana keuntungan yang tidak seberapa.

Mengapa hanya tanah Melayu.... Itu sahaja yang perlu dijawab!!!

Kalau dah betul sangat nak majukan orang Melayu dan para peserta FELDA, mengapa tanah FELDA? Mengapa tidak tanah kampung baru? Mengapa tidak tanah-tanah memorial park? Mengapa tidak perniagaan lain yang bukannya membabitkan tanah?

Dan mengapa pula perlu ada ORANG TENGAH yang menjadi tukang perancang kepada penggadaian tanah-tanah FELDA ini yang memberi alasan lunak sepertimana iblis menunjukkan kesedapan berzina sekalipun Allah Taala telah mengingatkan bahawa ia adalalah maksiat terkeji?

Jangan kerana kerajaan sekarang kerajaan anak tempatan, perangai penjajah yang gemar mendahulukan keuntungan berbanding masa hadapan generasi baru, dibuat dan digula-gulakan kononnya untuk kepentingan kaum peneroka, sedangkan isi dan segala kuah sebenarnya bakal menjadi milik pihak yang membuat proposal pengapungan tanah FELDA.

Buktikan yang pihak yang membuat proposal itu tidak untung lebih besar daripada peneroka FELDA, maka blog ini akan memberi sokongan dengan sepenuh hati dan tenaga.

Jangan hanya keuntungan dua ipar duai berproksikan seekor anak musang, puluhan kerusi pilihanraya melayang!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template