
Jam 2:40 tengah hari tadi, iaitu selepas lebih 24 jam, Badrul Amin Bahrom tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang dengan ditemani oleh Ahmad Nizam bin Abdul Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh yang juga merupakan seorang peguam dan isterinya.
Ketika artikel ini ditulis, Badrul Amin Bahrom masih lagi berada di tingkat atas pejabat Jabatan Agama Islam Pahang untuk memberi keterangan. Badrul Amin sebelum ini ketika mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah, menyatakan, tragedi yang berlaku itu adalah disebabkan konspirasi UMNO dan Jabatan Agama Islam Pahang.
Badrul Amin Bahrom ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang ketika berdua-duaan dengan isteri orang bernama Zati Wani, seorang juruteknik sebuah kolej komuniti di Rompin.
Berdasarkan keterangan yang dibuat oleh Badrul Amin, dia telah berkenalan dengan pasangan tersebut semenjak mereka menyertai rombongan umrahnya. Bagaimanapun, Badrul Amin tidak menceritakan bagaimana dia boleh terlibat jauh dengan isteri orang sehingga boleh dibawa masuk ke bilik hotel.
Ini laporan yang diterima:
Pada 27 Februari 2012, Badrul Amin telah tiba di pejabat JAIP jam 2:40 petang dengan ditemani oleh Ahmad Nizam bin Abdul Hamid, Ketua PKR Cabang Temerloh yang juga seorang peguam. Turut menemaninya adalah salah seorang isterinya.
Badrul Amin datang dengan menaiki kereta Camry berwarna hitam bernombor pendaftaran CAP 16. Sebaik-baik sahaja sampai, dia terus ke tingkat atas pejabat JAIP.
Seramai lebih kurang 8 orang wartawan dari TV3 dan ASTRO AWANI berada di hadapan pejabat JAIP. Tiada kelibat ahli atau penyokong hadir mengiringi Badrul Amin.
Jam 3:03 petang, Izawati Irwani binti Abdul Rasyid dengan diiringi suaminya, Fazli bin Pungot serta seorang lagi wanita yang dipercayai saudara Izawati Irwani tiba di pejabat JAIP dengan menaiki sebah kereta jenis Proton Exora berwarna putih dan bernombor pendaftaran JMB 1846... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM


0 comments:
Post a Comment