Sunday, February 12, 2012

KETAGIH DARAH SELEPAS KERAP MELAKUKAN SEKS KETIKA DIDATANGI HAID!!!


Ini bukan berita aneh sebagaimana yang dilaporkan oleh HARIAN METRO, sebaliknya ini adalah berita yang amat memalukan, terutama kerana wanita yang baru berusia 16 tahun yang berasal dari sebuah negeri di utara Semenanjung itu kelihatan berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dunia remaja umat Islam semakin mencabar dari sehari ke sehari. Bukan sahaja ancaman yang terdapat dari segi pendoktrinan, tetapi juga pengaruh-pengaruh daripada pelbagai elemen, sentiasa mengancam serta menghakis akidah selain amalan beragama.

Umat akhir zaman semakin terpesona dengan nafsu. Dan kebanyakannya berlegar-legar pada tingkat nafsu terendah iaitu Ammarah, sekalipun ada yang cuba menonjolkan mereka bernafsu mutma'innah.

Dengan apa yang tersedia sekarang, jihad untuk membebaskan diri daripada daki dunia, seakan-akan sudah menjadi jihad terbesar.

Ini baru jihad untuk keluar dari gangguan nafsu syahwat. Bagaimana pula dengan gangguan nafsu lain, contohnya mahukan kuasa pemerintahan?

Bagaimana pula dengan mereka yang mengaku sebagai ULAMA tetapi sangat berhantu dengan kemenangan dalam pilihanraya kononnya ULAMA adalah yang paling layak menjadi umarak, sedangkan tidak ada SEORANG PUN ULAMA MUKTABAR sepanjang sejarah Islam, menjadi kerajaan selepas Sahabat Al-Rasyidin.

Tidakkah itu juga merupakan nafsu yang akan mendorong kepada perangkap ulama su' sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi s.a.w yang muncul pada akhir zaman?

Antara zina ketika haid, antara ketagih darah sehingga membuak-buak nafsu syahwat dan antara bernafsu untuk menjadi pemerintah dengan menggunakan agama... yang mana agaknya jauh lebih menjijikkan dan mendatangkan kerosakan yang lebih besar?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template