
Sudah tidak ada istilah yang paling sesuai untuk dilengkapkan pada batang tubuh dan nama Mahfuz Omar, melainkan sepanjang hayat sejarah Malaysia dan ketamadunan Malaysia, akan terkenallah individu itu sebagai MANUSIA TERBODOH yang pernah dilahirkan di negara ini.
KEDAHAN96ERS.COM mencatatkan tentang cercaan Mahfuz Omar terhadap Jamil Khir kerana 'terlupa' menasihati dan menahan Perdana Menteri daripada menghadiri upacara keagamaan penyembah Dewa Muruga di Batu Caves, dalam apa yang dikenali sebagai Thaipusam. (BACA DI SINI)
Namun pada masa yang sama, Mahfuz Omar terlupa tentang peranan Majlis Syura PAS yang konon-kononnya berkuasa penuh ke atas PAS namun gagal menasihati Mursyidul Am yang sudah beberapa kali merasmikan majlis keagamaan Buddha di serata Kelantan.
Tidakkah Majlis Syura PAS mampu menasihati Mursyidul Am atau kealiman Mursyidul Am mengatasi semua pendapat serta ilmu anggota-anggota Majlis Syura PAS Pusat sehingga dia boleh berijtihad dengan amalan yang bukan sahaja bertentangan dengan apa yang diungkapkan oleh Mahfuz tetapi juga bertentangan dengan kewujudan Majlis Syura PAS sendiri.
Menteri Agama tidaklah sehebat Majlis Syura kerana Menteri Agama hanyalah seorang individu sedangkan Majlis Syura yang mempunyai Dewan Ulama pula, mempunyai individu-individu yang diiktiraf faqih dalam PAS tentang disiplin-disiplin ilmu yang tersendiri.
Jadi, sebelum Mahfuz patuk orang lain, patutnya kalau dia berotak, dia akan patuk batang hidungnya sendiri. Kecualilah kalau dia sebenarnya memberi isyarat bahawa NIK AZIZ bukan sahaja sudah tua dan nyanyuk tetapi juga lemah akidah!!!
Tapi berani ke Mahfuz buat macam tu?
BACA KEDAHAN96ERS.COM untuk penjelasan selanjutnya.


1 comments:
Mana dia berani! Takdak tote!!
Post a Comment