Monday, February 13, 2012

MALAM INI, RAMAILAH PASANGAN KEKASIH YANG DICEKUP PENGUATKUASA!!!


Menteri Agama yang dikutuk oleh Mahfuz Omar, telah meminta semua jabatan agama Islam negeri menguatkuasakan tindakan undang-undang terhadap pasangan bukan mahram yang ditangkap pada malam ini dan esok. Sekaligus arahan tersebut bertentangan dengan minat PAS yang sekarang ini cuba mendapatkan undi serta pengaruh daripada golongan muda.

Pastinya kaum PKR yang akan bersuara bagi pihak PAS akan mengamuk sakan kerana tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di seluruh negara. Tindakan jabatan agama Islam akan dilihat sebagai mencabuli privasi dan hak asasi manusia.

Pak lebai-pak lebai PAS bolehlah menggunakan dalil bagaimana Syaidina Umar Al Khattab r.a dimarahi oleh peminum arak yang ditangkapnya sambil diperingatkan tentang berdosanya seseorang kerana mencari-cari aib serta kesalahan orang lain.

Yang pastinya malam nanti dan esok, laporan tentang pasangan-pasangan Melayu yang nak sangat berkasih sayang di tempat umum dan di bilik hotel murah akan diarak di khalayak ramai.

Nanti kita tengok siapa yang paling kuat melenting, ya!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template