Thursday, February 23, 2012

MAT SABU KOMUNIS TAK SAMBUT HARI KOMUNIS KA HARI NI?


Semalam mahkamah menolak permohonan Mat Sabu untuk mengenepikan perintah perbicaraan dalam kes pembelaan ke atas kekejaman komunis dan memperlekehkan kepentingan serta perjuangan anggota-anggota polis terutama pada zaman sebelum merdeka. Mat Sabu dalam usaha untuk membela KOMUNIS telah menuduh anggota-anggota polis Bukit Kepong yang dibunuh kejam oleh 200 orang komunis yang turut disertai oleh Mat Indera, seorang pengganas komunis Melayu yang amat kejam, sebagai anjing penjajah, manakala komunis-komunis itu pula adalah pejuang kemerdekaan.

Daya fikir Mat Sabu yang lemah dan mungkin beranggapan bahawa Mokhtaruddin Lasso yang merupakan salah seorang daripada komunis Melayu yang membala dendam sebagai pejuang negara. Malah MatSabu sebelum ini telah enyatakan secara jelas bahawa Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan negara sekalipun PKM merupakan sebahagian daripada tentera imperialisme yang berkiblatkan Beijing dan Moscow.

Usaha Mat Sabu untuk mengiktiraf komunis dilihat sebagai usaha terdesak parti PAS bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina sekalipun lebih 90% masyarakat Cina di negara ini bukanlah penyokong komunis, malahan ramai daripada sanak saudara mereka yang telah dibunuh oleh komunis pada zaman darurat dahulu.

Ulangtahun serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong yang telah mengorbankan anggota-anggota polis serta ahli keluarga merka selain beberapa orang penduduk kampung, pastinya akan menjadi buah mulut Mat Sabu serta gerombolannya yang cuba mencipta sejarah baru di negara ini dengan pengiktirafan yang diberikan kepada komunis.

Mungkin Mat Sabu masih lagi berani untuk menyatakan komunis adalah pejuang kemerdekaan negara ini atau barangkali juga dia sudah sedar bahawa isu komunis telah menyebabkan PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak konsisten dan terlalu menurut perintah orang lain berbanding menggunakan otak sendiri.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template