Saturday, February 4, 2012

MAULIDUR RASUL TIRU KRISMAS? PELAWOK! PELAWOK!



Dek kerana fahaman politik popular, isu sambutan Maulidur Rasul yang diperdebatkan kembali kedengaran. Dan sudah tentulah, selain golongan tertentu yang beranggapan bahawa sambutan Maulidur RAsul sebagai BIDAAH, satu lagi golongan yang beranggapan membuat sambutan Maulidur Rasul adalah TASYABBUH kepada Kristian kerana Kristian menyambut hari kelahiran Jesus Christ pada sambutan Hari Krismas.

Fahaman kedua ini dipopularkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. Dan sebagai orang politik, Nik Aziz berjaya mengumpulkan sokongan terutama daripada kalangan mereka yang buta kayu, kurang berilmu tetapi taksub kepada 'aura Nik Aziz' semata-mata.

Tak kisahlah walau apa pun fahaman Nik Aziz tentang hal sambutan Maulidur Rasul, namun berdasarkan kenyataan-kenyataan kontroversinya sebelum ini terutama sekali yang menganggap Muhammad s.a.w sama sahaja seperti 'MAMAT-MAMAT KAMPUNG YANG LAIN' kecuali kerana wahyu dan JAWATAN NABI SERTA RASULnya, jelas sekali apa yang diucapkan oleh Nik Aziz berkenaan sambutan Maulidur Rasul sejajar dengan kempen penghakisan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w.

Malangnya, bagi kaum PAS totok yang buta kayu, alasan mereka tentang kasih sayang kepada baginda Rasulullah s.a.w, hanya tertakluk kepada amalan semata-mata. Kata mereka, tiada gunanya tunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah s.a.w menerusi Sambutan Maulidur Rasul tetapi tidak memilih PAS yang memperjuangkan Islam sebagai Kerajaan Putrajaya. Kasih sayang seperti itu kosong, kata mereka.

Maka, tok guru-tok guru dan para ustaz PAS pun mula mencipta frasa 'KASIH SAYANG KEPADA RASULULLAH S.A.W BERMAKNA MENGIKUT SEGALA SURUHAN DAN AMALAN BAGINDA.'

Cakap itu sememangnya betul tetapi pada masa yang sama juga, mengandungi niat yang menyeleweng. Dan sebagai buktinya, pendapat Mursyidul Am tentang Muhammad bin Abdullah s.a.w sudah cukup untuk menunjukkan Muhammad bin Abdullah s.a.w bagi puak-puak ini hanyalah seorang manusia biasa yang hanya mulia kerana 'JAWATAN'. Kasih sayang kepada Muhammad bin Abdullah s.a.w hanyalah kerana 'jawatan' yang disandangnya. Islam yang disyiarkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w hanya kerana Islam itu adalah 'barang' yang boleh mendatangkan keuntungan dunia, terutama sekali dari segi kuasa dan politik!

Kata Nik Abdul Aziz, sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, adalah meniru kaum Kristian. Punyalah dia tak mahu bertasyabbuh dengan kaum Kristian, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu. Dihujahkannya pula, pada zaman Sahabat r.a, tabiin, tabiit tabiin dan solafus-soleh, tiada sambutan sebegitu rupa. Hanya selepas 300 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, barulah ada Maulidur Rasul.

Aneh tidak aneh, Nik Aziz sendiri perlu menjawab, mengapa hanya selepas hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w maka munculnya mazhab-mazhab iaitu terutama selepas Islam berkembang ke wilayah-wilayah bukan Arab yang mempunyai geografi, sosio-budaya dan iklim yang berbeza.

Pernah atau tidak Nik Aziz menerangkan mengapa sewaktu zaman Khalifah Uthman Affan r.a sendiri, berlakunya pembacaan al Quran yang berlainan nada sehingga kemudian, diletakkan baris dan tanda baca pada setiap ayat untuk menyeratakan bacaan al Quran di semua wilayah Arab dan Ajam?

Bidaahkah baris dan tanda baca pada ayat-ayat al Quran sedangkan Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan pun pada masa baginda s.a.w masih hidup? Adakah ijtihad Syaidina Abu Bakar r.a dalam hal ini bersalahan dengan ijtihad Syaidina Uthman Affan r.a dan Syaidina Ali r.a?

Kita renung sejenak 'permasalahan ini' dan mungkin ada kalangan yang boleh mendapatkan 'fatwa' daripada bijakpandai seperti Nik Aziz dan golongan yang serupanya.

Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan di dalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa),kenapa baginda berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul."

Daripada Mutawalli Sha'rawi: "Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda s.a.w dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah s.a.w dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan".

Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268.

Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutus-Nya Nabi s.a.w untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku".

Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak.

Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim.

Dan Muslim menulis di dalam Sahihnya, Rasulullah s.a.w bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku."

Rasulullah s.a.w mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah s.a.w telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus.

Oleh kerana Rasulullah s.a.w sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama.

Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi s.a.w, ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut.

Justeru pendapat yang dikeluarkan oleh Nik Aziz berkenaan sambutan Maulidur Rasul kelihatan terlalu janggal. Sambutan tersebut sekalipun tidak dibuat pada zaman Solafus Soleh tetapi ia diharuskan dan tiada halangan untuk menyambutnya berdasarkan fatwa ulama-ulama muktabar yang kemuktabaran mereka jauh mengatasi Nik Aziz yang hanya lulus Sastera Arab!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template