Kedah negeri tua. Malah sejarah Kedah jauh lebih tua dari mana-mana negeri di Malaysia. Kedah juga pernah menjadi pusat ibu kota Langkasuka dan Kedah jugalah pencetus kepada kewujudan Gangga Negara.
Negeri ini juga menjadi fenomena agama. Orientalis mengatakan penduduk Kedah pada zaman sejarah, menganuti agama animisme, kemudian beragama Hindu dan sesetengahnya Buddha. Islam hanya datang kemudian.
Itu kata kaum Orientalis…
Tetapi tidak pernah sekali, mana-mana pendokong teori sejarah Orientalis yang dapat menerangkan mengapa terlalu banyak pengaruh Iran, sama ada daripada perkataan, ungkapan mahupun pengenalan kepada sesuatu objek. Tidak pernah pula ada mana-mana penyokong teori Orientalis yang dapat menerangkan mengapa Muzaffar Syah I bergurukan Syeikh Abdullah Al Yamani walaupun sebelum itu sudah ada Syeikh Kuala!
Maka bagi yang kurang memahami apa yang ingin diperkatakan bersandar kepada faktor di atas, ia sekadar ingin menerangkan penduduk Bumiputera sebenarnya sangat kaya dengan sejarah yang amat unik.
Begitulah, pada ketika negeri-negeri lain, penjajah mereka hanyalah Inggeris dan Siam manakala Melaka pula mempunyai tambahan dua lagi penjajah iaitu Portugis dan Belanda. Namun Kedah lebih dari itu.
Kini, selepas merdeka, Melayu-Bumiputera nampaknya berdepan dengan penjajahan berbentuk baru terutama sekali di kawasan selatan.
Kekurangan dan harga tanah yang tinggi di Pulau Pinang, selatan Kedah mulai tededah kepada satu lagi bentuk pelaburan iaitu PELABURAN KE ATAS TANAH-TANAH PERKUBURAN SWASTA. Ditambah pula dengan kegilaan orang Melayu yang gemar menjual tanah, akhirnya menjadikan kawasan tanah pemilikan Melayu di selatan Kedah semakin mengecil.
Sebenarnya tidak ada sebarang akta yang boleh mencegah orang Melayu selatan Kedah daripada menjual tanah-tanah mereka kepada pihak yang sanggup menawarkan harga yang sedikit tinggi atau kerana ‘kawan-kawan’ lain telah menjual tanah mereka, jadi trend itu juga ingin dituruti.
Dalam banyak keadaan, Melayu Kedah hilang tanah kerana gelagat-gelagat seperti inilah. Berapa ramai Melayu Kedah yang akhirnya tersadai di KEDA-KEDA di seluruh Kedah kerana tidak lagi mempunyai tanah sekalipun pada masa yang sama, mereka jugalah yang bertukar menjadi penyokong kuat PAS di Kedah?
Tanah merupakan maruah yang paling tidak ternilai. Namun berapa ramai daripada orang Melayu Kedah yang mampu menilai.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM


0 comments:
Post a Comment