Sunday, February 12, 2012

NAJIB GADAI AKIDAH... KUTUK SAJA KE?


Secara peribadi penulis sebenarnya sangat bersetuju dengan pendapat Mufti Perak tentang kehadiran Perdana Menteri sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves. Mungkin bagi tukang-tukang penasihat Perdana Menteri, 'menghantar' Perdana Menteri ke Batu Caves akan mendatangkan undi atau kasih sayang daripada masyarakat India.

Dar segi akidah, penjelasan yang diberikan oleh Mufti Perak adalah jelas. Tiada sebarang dakwa dkwi trntang pendapat orang yang lebih sohih dan lebih alim tentang perkara ini.

Namun sesuatu yang perlu difikirkan dalam masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama, apatah agi hak mengundi bagi setiap rakyat Malaysia ialah satu undi seorang, seharusnya kaum penasihat Perdana Menteri lebih menggunakan otak berbanding menggunakan kepala lutut.

Walaupun Malaysia agama rasminya adalah Islam tetapi Islam di Malaysia tidak memerintah atau menguasai agama lain. Dan dalam budaya Islam dari zaman Rasulullah s.a.w juga, Islam tidak pernah campurtangan dalam mana-mana perayaan atau budaya agama lain walaupun Islam bertoleransi dengan amalan agama lain.

Menyibuknya Perdana Menteri dalam perayaan Thaipusam, seolah-olah memperlihatkan penguasaan seorang Perdana Menteri beragama Islam ke atas agama Hindu. Mungkin bagi seseorang yang beragama Islam, kes ini dilihat sebagai kejayaan. Namun kepada RACIST seperti HINDRAF, tindakan Najib itu membuka ruang yang sangat luas kepada fitnah baru.

Najib bukan satu-satunya pemimpin beragama Islam yang berbuat begitu. Sebelum Najib, Anwar Ibrahim terlebih dahulu memulakan tradisi menyibuk dengan upacara agama lain untuk mendapatkan undi dan sokongan. Dan bersama-sama Anwar adalah Nik Aziz yang sangat bangga kerana dapat bersama-sama sami di watt dalam banyak upacara.

Penggadaian akidah semata-mata untuk mendapatkan undi dan pengaruh dilihat sudah menjadi satu kelaziman. Dengan beralasankan, tidak salahnya meraikan agama lain atas dasar politik, kebanyakan pemimpin Islam termasuklah yang berjubah dan berserban mengenepikan ideologi yang dibawa oleh Nabi s.a.w dan dikembangkan oleh Sahabat r.a.

Cukuplah Anwar seorang yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Tidak perlulah ada seorang lagi Anwar Ibrahim di Malaysia!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template